Pengikut Setia

31 Disember 2010

Solat Sunat Istikharah Untuk Raja?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

renungan di hari Jumaat.... semoga mendapat manfaat

~~~~~~~
"Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya". (Ibnu Abi Jamrah)


...

30 Disember 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima jemputan dari nanaazlia melalui chatbox... jenuh juga mencari siapakah gerangannya kerana tiada link kat situ... alih2 terjumpa link kat Redmummy.com .  Rupa2 nya nana selalu juga singgah kat sini, cuma aye yang tak terperasan...sori yer

Okeh nak cerita pulak tentang GA anjuran mama kembar 3 (mk3), GA ini sempena dengan ulang tahun perkahwinan mk3 yang ke-6, 1st Giveaway! 
Syarat-syaratnya, boleh terus ke blog mama kembar 3, panjang lebar penjelasan kat situ.

Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

Inilah hadiah-hadiahnya:
Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

Hadiah Ketiga: Telekung Travel


aye nak tag:
hans (bolehkan?)

Saudara yang zalim

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Diantara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.


(Ibnu Sirin)

Take the Nestle Wellness Profiler test today!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Apa yang anda makan mampu menentukan tahap kesihatan anda.  Senang cerita ia turut menggambarkan peribadi anda.

Take the Nestle Wellness Profiler test today!

Want to find out if you’re living a healthy lifestyle? Want to know how to live a stress free balance lifestyle? Thanks to Nestle, take the profile test to a journey of self-discovery towards improvement. Discover a few simple truths and build towards a healthier and balanced lifestyle. Take the Wellness Profiler to find out if you’re an Advocate, an Investor, a Manager or a Hopeful and gain valuable insights to your approach on nutrition and health. Here’s to the start of a new year, and to a healthier you!

Let’s discover a few simple truths and build towards healthier and balanced lifestyle choices. Try out now! #NestleProfiler


Jumaat Cuti Umum | Peristiwa Suzuki 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat 1Malaysia,

Tahniah kepada pasukan Malaysia juga Indonesia kerana telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2010.  Sekalung syabas dan tahniah sudah tentunya kepada pasukan Malaysia.

Peristiwa Piala Suzuki AFF 2010 pastinya terpahat dalam sejarah Malaysia tahun 2010.  Manakan tidak di atas kemenangan pasukan bolasepak Malaysia ke atas Indonesia 4-2, telah membuka ruang untuk rakyat Malaysia mendapat cuti-cuti Malaysia Umum pada hari Jumaat, 31 Disember 2010. 

Terima kasih juga kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

cuti panjang weh... baju sekolah anak2 dah beli ker...

29 Disember 2010

Trofi Piala Suzuki AFF 2010 menjadi milik Malaysia | No Heart Feeling

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Akhirnya Malaysia berjaya juga membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF 2010, buat pertama kali semenjak kejohanan berkenaan diwujudkan.  Biarpun Malaysia tewas 2-1 pada pusingan kedua namun kerana bekalan 3-0 pada pusingan pertama Malaysia menang dengan agregat 4-2.

Pelikke bila wanita buat catatan tentang sukan, bola pulak tu... cerita tentang sukan memang bukan bidang aye tapi kena layan jugak RTM1, sebabnya kalau tidak Encik suami tu lari nonton kat luar pulak ngan kawan2... tu pun nampak macam tak senang duduk...

Berani yek buat kenyataan nih... hehehe, sebabnya encik suami aye ni kureng sikit dengan IT tambahan lagi blog.  Walaupun dialah dihati yang sentiasa beri support untuk aye berblogging... hah, sambil layan dia tengok bola, aye layan jer blog nih...

akhir kata, Tahniah dan syabas buat pasukan Malaysia dan esok nak cuti ker?... Takyah la... kerja dok bertimbun tu... cuti jer hari Sabtu dan Ahad ni yek...

Oh ya... citer tentang klinik kesihatan tu... nanti aye publish kan...

Sekian adanya...

Croydon Baby Boy Giveaway

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Dalam kekalutan Piala Suzuki AFF 2010, tak pasal-pasal join GA anjuran Afidah Arif.  GA khas untuk newborn nephewnya... comelnye baby

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke blog Afidah Arif:  From Dubai With Love

Aye nak tag:

sekian adanya

Kemuncak debaran Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia,

Debaran perlawanan separuh masa pertama selesai sudah.  Malaysia dan Indonesia masih terikat dengan 0-0.  Tetapi awas, perlawanan separuh masa kedua masa belum selesai... perjuangan yang belum selesai.

Ops... wah dah golll.... no. 10 memang gah.... gol pertama untuk Malaysia... adakah ia benar?... nantikan keputusan akhirnya... ewahhhhhh akak tak pandai nak mengulas sukan sebab akak bukannya Hasbullah Awang... yang dah memang expert...

RIBUAN penyokong Indonesia di luar Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta menjelang perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 antara pasukan tuan rumah dan Malaysia. Malaysia bertandang ke tempat lawan berbekalkan kelebihan tiga gol selepas menang di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu. - Foto Osman Adnan

Dec 29, 2010 5:32 pm

(Sumber gambar:  Berita Harian Online)

Ada apa dengan angin di klinik kesihatan dan Gelora Bung Karno

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Malam ni jangan lupa Malaysia jumpa Indonesia dalam penentuan dan perlawanan akhir Piala Suzuki 2010.  Biar apapun rintangan dan gelora yang melanda, Malaysia mampu menang sebagai hadiah tahun 2010... dan buat saudara dari Indonesia kita kan dari satu rumpun bangsa yang sama, mengapa harus ribut-ributan...

Dah beberapa hari tak merekod dan merapu kat sini...

Angin apa yang menyerang entah lah... pembawa budak kot... dah maleh semacam jer... nak marah tak marah, nak bengang pun tak berfaedah... so diamkan diri....

Tiba-tiba dapat juga BE dari Nuffnang... terima kasih.... tambah lagi sikit... angin push push tu pergi la ...

hehehe... memang dasar ...

nanti nak buat cerita sikit tentang apa yang anda perlu bawa ke klinik kesihatan, especially semasa menunggu giliran untuk dipanggil doktor... tunggu malam skit... itu pun tengok angin jugak.... dah tak larat nak berjaga malam bukan apa, alif dok sibuk nak tengok ultraman kat youtube, si dina huda pulak nak tengok cerita princess... kena tunggu depa tidok dulu... hui ngantuk le... ni yang buat angin rajin tidur dulu...

27 Disember 2010

Yang baik tentang pohon kurma dan Suzuki Cup 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bahagia dan teruja juga nampaknya di penghujung bulan untuk tahun 2010 ini, walaupun kita sering digembarkan dengan berita-berita sedih tentang kemalangan jalan raya yang menyayat hati dan pelbagai kisah duka lain, terselit juga berita gembira yang tidak kurang hebatnya.

Setelah sekian lama Malaysia sering dibayangi berita duka tentang bolasepak.  Namun berita gembira bagi seluruh rakyat Malaysia pastinya apabila berjaya menewaskan Indonesia 3 0 pada perlawanan akhir pusingan pertama.  Sudah tentu menjadi harapan seluruh warga Malaysia agar kemenangan itu akan dibawa terus ke perlawanan seterusnya. 

sumber gambar
Memang mengejutkan, dalam perlawanan awal Malaysia sering tewas dan menang dengan kemenangan yang agak tipis... Seperti hero dalam drama pulak, kalah awal kemudian menang di hujung cerita.  Semoga pasukan bolasepak Malaysia tidak sebegitu... TERUSKAN KEMENANGAN UNTUK NEGARA.

Pada pendapat aye, kesudian YAM Sultan Pahang mencemar duli turun ke padang pada malam itu amat bermakna dan memberi suntikan semangat kepada pasukan Malaysia barangkali.  Sekadar pendapat saja... nak cakap lebih-lebih kurang sesuai pulak dengan aye yang bukanlah peminat tegar bolasepak.  Tetapi aye menulis cerita ini sekadar untuk meluah rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Permisalan seorang mukmin adalah seperti pohon kurma, menyerap (mengambil) yang baik dan menghasilkan yang baik pula".  Ibnu 'Amr

Apa lagi konklusinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lari topik jap, sekarang nih rakyat Malaysia dok sibuk sembang pasal kemenangan Malaysia ke atas Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir peringkat pertama Piala AFF Suzuki Cup 2010, kenaikan harga makanan dan minuman di kedai mamak tahun 2011, Anugerah Skrin 2010, Idola Kecil 3, cahaya laser semasa Piala Suzuki Cup 2010 dan juga tentang berita orang Felda dapat bonus... lumayan!

sumber gambar
catatan kosong bukan kerana roti canai kosong atau air kosong dah naik harga, tetapi kerana idea nak menulis dah kosong....

hati dan idea seakan membeku apabila BE dan ME nuffnang tidak juga meningkat... apa lagi konklusinya??....

sekali lagi kesalan kerana berbloging seakan lari dari tujuan asal kerana mengejar kepentingan dunia.

500 Blog! Adakah masuk dalam senarai atau sekadar bermain di pinggiran sahaja

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Apa lagi nak diceritakan?  Dah rasa macam nak demam ada, tersampuk pun ada dan rasa macam nak muntah pun ada juga... di penghujung tahun 2010 ni Ben buat buat pulak pertandingan mencari harta karun.  Harta karun mana lah yang dicari... entah lah boleh masuk dalam senarai ke tidak, sebabnya dah terliwat terlewan neh... tak per la Ben kalau tak dapat masuk dalam senarai tak per, layan jer catatan ni kalau agak2 rajin ler... heheheh.... Ben memang rajin... buat pertandingan bagai lagi... dari 100 ke 200 ke 50000 pasni ni ningkat lagi pengikutnya ke 10,000 pulak yerk...

Syarat penyertaan ada kat sini.  Kalau lambat mungkin dah kena delete kot.
~~~~~~~~~

Ada apa dengan pemilik blog ini!

Seorang wanita melayu terakhir (perasan pulak ala-ala Datin Normala?), ibu kepada sepasang anak2 cerdik yang pintar lagi bijaksana, seorang isteri kepada lelaki yang romantik dan bompastik lagi hensem.  Kekadang suka merapu dalam blog nih bila idea dah kering, namun idea banyak malas pulak nak menulis kerana tak sanggup menghadap notebook [Toshiba Satellite L200] dalam tempoh yang lama kerana kesiankan anak2 dan suami juga.... yehaaa

Ada apa dengan tujuan berblogging?

Ada banyak tujuan, antaranya:-
1.  untuk bercerita kisah suka dan duka
2.  untuk kumpul harta - buat duit juga (?)
3.  untuk cuba skill dalam penulisan
4.  untuk mengisi masa lapang
5.  untuk mencari kenalan
6.  untuk suka-suka
7.  kerana sokongan orang kuat (suami lah tu)
8.  kerana ada masa untuk merapu
9.  untuk menyertai pertandingan ini (itu yang penting!)

ada lagi yang tertinggal?  dah lah kot.... sikit-sikt dah la... nak termuntah pulak...

Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia Blog,

(catatan sehingga 27/12/2010, untuk catatan terkini sila teruskan ke bawah, terima kasih)


Di saat-saat akhir di hari-hari terakhir bagi tahun 2010 dan menjelang masuknya tahun 2011, blog sharinginfoz ingin mengadakan contest siapa nak buku "Buat Duit Dengan Blog". 

2 pemenang akan dipilih dan hadiahnya adalah buku seperti di gambar sebelah, satu setiap seorang.


Syarat-syaratnya adalah sangat mudah dan untuk lebih memahami sila rujuk di entry bertajuk [Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"]



Mengapa aye nak buku di atas?
Sudah tentu untuk menambah pengetahuan tentang dunia bloging dan secara tidak langsung boleh menambah pendapatan.  Sementelahan dalam dunia teknologi maklumat sekarang, jika sekadar pengetahuan tentang buat blog sahaja tidak memadai, kerana zaman sekarang apa saja yang berada di hujung jari ada duit. Hah keluar duit dari hujung jari?... Tu lah... kena baca buku ni.

Melalui buku hasil karya Yazid Yahaya dan diterbitkan oleh PTS saya berupaya mengetahui lebih banyak teknik menghasilkan blog bukan sahaja sebagai sumber untuk menambah kenalan di alam maya atau mengenali kumpulan-kumpulan blog atau perisian tertentu tetapi juga bagaimana untuk menjadikan log sebagai sumber utama wang.  Sudah tentu di dalam buku ini terdapat strategi tertentu buat duit melalui blog yang turut dibongkar, teknik mendapatkan komisen melalui iklan di blog dengan cara mudah dan cepat.


Memang banyak manfaat dan faedahnya.

26 Disember 2010

Jangan tinggalkan dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Peringatan untuk diri yang sering alpa...berdoalah untuk kebaikan diri dan masyarakat sejagat, jangan berdoa hanya ketika susah sahaja.


Janganlah kalian meninggalkan doa! Dan jangan sampai perbuatan dosa yang kalian lakukan, menghalangi kalian untuk berdoa kepada Allah, karena sesungguhnya Allah telah mengabulkan permohonan Iblis, padahal ia adalah makhluk yang paling buruk. 
(Lihat surat al-Hijr ayat 36 dan 37) (Sufyan bin 'Uyainah)



25 Disember 2010

Jom tengok rumah di Puncak Iskandar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

al kisah petang-petang ni, tak der ape nak sibuk sangat kat rumah kami sekeluarga (3 orang  jer) tengok rumah contoh di Puncak Iskandar. 

apa kata kita mulakan dengan ruang makan dan dapur, ruang ni menghadap ke kolam renang (di luar) dan ruang tamu di depan serta ke belakang ada 3 lagi bilik tidur
Sebahagian kolam renang yang boleh dilihat dari ruang makan keluarga.  Ada gambar kolam renang penuh kat situ juga tapi ... modelnya pulak tak bersedia untuk di 'interframe'.


Pemandangan yang lebih jelas dari counter bar di dapur menghadap sebahagian ruang tamu juga...

ruang tamu

tak sempat pula nak snap dalam bilik tidur, layan jer dulu gambar landscape di luar rumah tetapi masih dalam kawasan pagar
keluar tengok banglo sebelah... Banglo Areca Tropika

tengok dari luar jer bang? ...pintu dah kunci sebab masa lawatan dah tamat, tu lah lambat lagi.  Tak per esok datang awal sebelum jam 5.00 petang. Ok!

pandangan sisi kanan dari depan, luasnya agak boleh le muat 3 buah kereta termasuk exora.  kalau buat barbeque kat situ pun okeh, kawasannya memang luas bangat... hehehe
Masa untuk pulang... alif kata rumah kat belakang dia tu rumah hitam dan dia memang suka... nama sebenar rumah tu terlupa pulak... nanti tengok brochure baru dapat letak nama kat sini.  Oleh kerana tak dapat masuk banglo "oren" maka tak dapatlah nak snap gambar dalam banglo tu....


Kediaman eksklusif di Puncak Iskandar dengan kolam renang dalam kediaman (option)
MRCB Land Transforming Communities.
Sekian lah catatan ringkas mengenai rumah idaman di Puncak Seri Iskandar

Nasi lemak halba & susu kambing bermadu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Terlewat sikit buat entri ni, cerita tentang sarapan pagi tadi... nasi lemak halba bersama sambal tumis dan ikan kering cincang serta sayur campur dan minum bersama susu kambing bermadu.  Itu cerita tentang menu aye pagi tadi, famili lain menu yang sama juga cuma minum dengan teh dari Sabah (pemberian makcik Ann, jiran di Sungai Galah).  Nak tambah lagi... makan juga dengan karipap pusing segera keluaran Tok Ma dibeli dari Kedai Mesra Petronas Bandar Universiti.

Tetapi rasanya tak juga terlewat untuk keluarkan entri nih, sebab menu yang sama diulang sehingga makan tengahari, masak banyak ...

gambar susu kambing tak sempat nak upload kat sini.

Cerita bab nasi lemak ni, aye dapat idea lepas jumpa Mat Gebu semalam, terima kasih kerana bagi idea untuk menu hari ni... tapi resepi aye tak sama dengan resepi nasi lemak halba dari Mat Gebu...ada ubah suai sikit... apa?  biarlah rahsia, kalau diceritakan kat sini nanti termasuk pulak dalam kategori plagiat resepi orang... apa2 resepi dari Mat Gebu memang banyak membantu.  Kalau agak2 tak tau nak masak apa tengahari ni atau petang ni... jumpalah Mat Gebu. klik pada link nasi lemak halba kat atas...

Sekian.

Suara yang keras dari ibu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Malaysia dan 1Dunia,


Sebagai seorang anak, sejak dari kecil lagi kita diajar agar berlemah lembut ketika bercakap dengan ibu dan bapa atau juga dengan orang yang lebih tua dari kita.  Bukan itu sahaja bersopan dan berlemah lembut adalah budaya kita sebagai orang Melayu dan terutamanya orang Islam.

Andai pernah berkasar atau meninggi suara dengan ibu cepat-cepatlah minta maaf, supaya tak lama rasa tersinggung di hati ibu...

~~~~~~

~~hayati bait-bait berikut, semoga mendapat manfaat:-~~

"Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki".

~~~~~

24 Disember 2010

Ada lagi 27 hari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Diam tak diam tinggal lagi 27 hari menjelang 20 Januari 2011.
Ada apa dengan 20 Januari 2011?
Itulah tarikh EDD ikut perkiraan atas kertas atau dalam buku pink...
Kalau tarikh EDD ikut perkiraan aye mungkin juga 7 hari lagi...

38 minggu saja sudah cukup... kurang tak pernah...

tunggu jer lah cerita seterusnya

Cari alasan - rehat minda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Biar apa pun alasan cuti yang diberikan,
jangan sesekali gunakan ia untuk melihat keburukan orang lain
jadikan segala peristiwa suka dan duka serta kejadian sepanjang 2010 sebagai tips kuatkan semangat
bagi meneruskan perjalanan dan perjuangan hidup yang belum selesai
bagi tahun 2011 serta tahun-tahun yang akan datang.

Apa kata untuk menghilangkan stress dan tekanan kerja
sepanjang tahun 2010 ini kita rehatkan diri sambil berjalan-jalan di Singapore
atau mana-mana tempat yang difikirkan selesa...

selamat.....

Cerita apa tengahari Jumaat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pagi tadi dah buat catatan ringkas...
Oleh kerana dah tengahari ni, kena lah tukar topik pulak yer

Tengahari ni nak cerita bab masakan pulak... tapi kurang sesuai sebab aye tak masak tengahari ni.
Kalau dulu masa ofis depan rumah, bila hari Jumaat, tengahari jer mesti balik masak.  Tunggu abang K balik solat Jumaat baru makan bersama, rehat sekejap pi kerja...

Tapi sekarang ni... rumah dah jauh sikit dari ofis, lagi pulak tengahari memang tak balik rumah... makanya makan kat cafe jer ngan kawan2 ofis kekadang makan sorang2... balik petang baru masak untuk makan malam ngan famili....

Eh... nak tambah lagi, kalau masa bujang dulu2, tengahari Jumaat ni pi jalan kat shopping mall pun okeh jugak... kekadang sekadar window shopping jer, jamu mata... balik rumah mengigau mengidam pulak...

dah lah... cerita tengahari nih, nanti nak buat cerita untuk petang dan malam pulak....


.

Pentas dunia di hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Catatan ringkas di pagi Jumaat penghulu segala hari.  Semoga mendapat manfaat bersama.

Barang siapa mengetahui bahwa dunia ini adalah negeri tempat berlomba untuk meraih dan mengumpulkan amal shalih, dan ia pun mengetahui bahwa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka makin tinggi pula kedudukannya di surga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikitpun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik.  Ibnu 'Aqil

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hanya kerana segmen pengikutnya mencecah 6600

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Terbaca (bukan la... memang dah baca) catatan Bro Ben mengenai keadaan blognya apabila tanpa segmen.  Memang hairan juga kerana blog Ben Ashaari yang pernah aye kenali dulu timbulnya bukanlah semata-mata segmen, banyak juga tip-tip berbloging yang diutarakan. 

Bagi blogger yangbaik macam aye (perasan? tidaklah memang nama blog begitu) walaupun terlebih dahulu wujud dari Ben Ashaari, sesekali dan beberapa kali juga ada rasa segan dan silu sebab bukan sahaja nak mencecah 6000 pengikut, seribu pun jauh lagi.

Kalau nak dapatkan tip yang ringkas dan mudah tentang 1dunia blogging, janganlah segan-segan singgah kat blog Ben Ashaari.  Kalau aye nak review tip yang pernah Ben buat.... hei... tak kuasalah, sebab bukannya kepakaran aye dalam bab2 cam gini... lagi pun apa yang aye akan dapat kalau aye review ... percuma pulak tu... nak tunggu Ben buat segmen review pulak... itupun belum tentu jugak aye sempat.  Manakan tidak kalau dah ribu riban pengikutnya. Tu tak termasuk lagi senarai menunggu dalam bloglist...

Apa yang pasti aye sendiri pun tak terikut kerajinan Bro Ben mengemaskini catatan dalam blognya... selang sejam atau 2 jam... dah bertukar.... pernah juga meniru (itu jer yang tau), tapi tak lama sebab aye bukanlah pandai sangat bab mengarang, kalau bab2 merapu merapi... boleh juga, itu pun tak juga hebat... sekadar makan nasi goreng yang dipanaskan jer... (eh ada kaitan ker).  hentam sajalah...

sekian. dah larut malam nih....mata pun dah mengantuk, tunggu mr abang K (tak der misai macam datuk k) tak balik2... kalau dapat keluar jumpa kawan2, tak ingat jalan balik rumah la pulak...

adush...

23 Disember 2010

Siapa punya ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

macam-macam orang... atau aye yang tak paham...

macam ni punya carian pun ada ke?

layan.....

"semua hasil carian (0) orang (0) halaman (0) kumpulan (0) aplikasi (0) acara (0) kiriman rakan (0) kiriman dari setiap orang (0)lihat semuaorang yang mungkin anda kenali ieyqa natasya delovemiz zana adalah rakan bersama. tambah sebagai rakanamy baizuramiz zana adalah rakan bersama. tambah sebagai rakanbuat iklanditaja oleh urban planner? quaint or ginormous, build the city you want from the ground up. play cityville, zynga's newest game!nur syakila main permainan ini global conversations: climate climate change threatens plants and animals globally. what should be done to save them? join the conversation.suka · 61,626 orang menyukainya. 博雅德州撲克最刺激的撲克游戲. 獨創大樂透玩法,每一秒都有人獲得百萬大獎. 快來參加把,下一個中獎的就是你! 《新仙境傳說》華文版!快點我 gameflier.com 要玩就玩最新的!華文版與台灣同步零時差!全新三轉新職業新增可愛魔物~守候永恆的愛!我在新仙境傳說等你 cariansemua hasil carian tiada hasil ditemui. semak ejaan anda atau guna istilah lain. "

sumber:  nuffnang.... member's only ...

kalau nak tulis kat atas tu memang ada yang kurang percaya....

kalau tengok gambar nih... boleh percaya ker?



klik pada gambar kalau kurang jelas....

Catch Korean Pop Stars live in Malaysia!

Assalamualaikum dan good day,

this article made for lovely churp churp darling.

~~~~~~~
Got your passes for DiGi LIVE Kpop Party 2011 passes during the pre sale earlier? Don't worry, if you missed the pre sale, you can still purchase your party passes at various outlets - DiGi Retail Centre at Sunway Pyramid, Rock Corners at The Gardens, and a few more outlets, check them out and share today!

The Kpop party is not just about partying to your favourite K-Pop artist performing, you will also get the chance to have a meet and greet session with them!

We're talking about once in a lifetime experience! How do you join this meet and greet session contest? You just need to look out the details under 'Meet & Greet Contest".

Do share this with your crazy K-Pop addicts! Till then enjoy rocking with the K-Pop! There's another round of on-ground passes sale at Queensbay, Penang this weekend (25- 26 Dec).

There's a gift for 100 early birds as well as lucky draw for those who bought it! Spread the word!


~~~~~~~
ChurpChurp Social Share » Catch Korean Pop Stars live in Malaysia! (Preview)

Kenapa Aku Letih Bekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

selamat membaca...


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
  • 1.7 juta darinya sudah bersara, Jadi tinggal 21.3 juta orang.

  • 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun, Jadi tinggal 20 juta orang. 

  • 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,Universiti dll), Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

  • 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja, Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

  • 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan, Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.....

  • 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll), Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

  • 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.....

  • 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

  • Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... aku yang buat blog ini dan engkau membacanya...

  • Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer baca blog aku...tak buat kerja langsung... jadi tinggallah

  • Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! perasan sorang-sorang pulak.............



P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.





catatan sekadar untuk hiburan saja.  jika ada yang terkena mohon maaf...

Bila akal mula berjalan-jalan | Aku Bukan Blogger Itu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Akal yang ada memang sentiasa berjalan dengan ligatnya
Memikirkan pelbagai perkara, ada juga perkara yang tidak difikirkan kerana berada luar kotak pemikiran juga kerana di luar lingkup pemikiran yang dirasakan tidak perlu difikirkan bukan bermakna berfikiran sempit...

Tiba-tiba akal itu seakan akan perlahan pergerakannya
Kerana peertukaran suasana dan lokasi kotak pemikiran
Bukan kerana tidak perlu berfikir, tetapi kerana pemikiran itu kaku dan membeku seperti jumud  dan tiada arah jelas untuk difikirkan.

Namun tidaklah sesekali akal itu dibiarkan kaku dan membeku atau menjumud
Harus dan wajib juga akal itu berjalan agar tidak mati dan kaku membeku.

Melancong ke Singapore? Maklumat lanjut ada di YourSingapore.com
Sesekali akal itu dibawa berjalan ke Singapore.  Melihat dan meninjau keunikan negara asing.
Lantas memikirkan bagaimana untuk maju seperti negara Singa itu?

Shopping di Jipaban pulak? Ads by Nuffnang, maklumat ada di sini...jipaban.com
Dibawa juga akalitu berjalan-jalan di jipaban.com Ha?... Ya... jipaban.com, unikkan namanya. Jipaban pusat sehenti baru untuk membeli belas secara atas talian.  Semenjak diperkenalkan banyak sudah pembekal melapor diri di situ... rajin2 melawat ke situ.  Dengan kepelbagaian dan keunikannya yang tersendiri, pembelian secara atas talian menjadi lebih mudah memberikan banyak pilihan.


Akal itu seakan berhenti pula di churp churp.  Namun noktahnya tiada di situ kerana tugasannya sentiasa ada untuk dilaksanakan.

Akal kini terjaga seketika dari lena dan perjalanan jauh yang panjang dan meletihkan, setelah dikejutkan oleh tugasan hakiki yang lebih penting.  Bukan tugasan dari blogger Ben, kerana aku bukan blogger itu, aku tidak cukup pantas untuk semua itu.... kerana keadaan dan masa telah membataskan aku untuk melaksanakan itu semua.

Akhirnya, akal seorang blogger... sesekali seperti wartawan juga dan sesekali seakan suka merapu.
Mengapa?  Kerana dunia blogger ini hanyalah pentas untuk penulisan dan idea itu tak bisa berhenti di sini...

p/s:  terselit juga iklan untuk nuffnang...

22 Disember 2010

Azam, Harapan dan Anugerah Cinta 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap dari kita pasti mempunyai harapan atau juga azam untuk dilaksanakan pada setiap tahun.  Dah penghujung tahun 2010, agak-agaknya azam dan harapan untuk tahun 2010 dah tercapai tak?  Kalau tak banyak paling kurang pun 80% dah tercapai.  Baki lagi tu carry forward  ke tahun 2011.  Itupun kalau sesuai dan boleh dibuat carry forward.  Tak macam baki cuti, kerana tak semua baki cuti boleh dibawa ke hadapan, contohnya baki cuti tanpa rekod... mesti habiskan tahun ni juga sebelum 31/12/2010.

Jika ada harapan atau azam yang masih tidak tercapai, janganlah berputus asa, cuba lah berharap lagi.  Kerana tidak mustahil suatu ketika harapan dan azam itu pasti tercapai.  Kadang-kadang kita tak perasan pun dah tercapai dan tak teringat pulak bila kita berazam dan berharap begitu.  Jangan berhenti mengharap ... seperti lagu pulak.

21 Disember 2010

Jom jadi dermawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


sumber gambar:  google; tiada kaitan dengan isi cerita dan tajuk, hanya secara kebetulan ia mempunyai kata nama awal yang sama dengan 'derma' 




sumber gambar:  google; mungkin ada kaitan dengan isi cerita dan tajuk...

"Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia ini adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia ini adalah orang yang kikir untuk menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain".  Wahab bin Munabbih


Taxi dinobat juara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Menjawab persoalan dan pencarian tentang taxi dan angkubah...

Mencari penyelesaian bagi sebuah kekusutan dan kekalutan serta kekeliruan...

Mengapa Taxi angkubah yang dicari.... lantas ketemukan aye dengan artikel ini....

~~~~~~~~~~~~~~
Sumber:  Berita Harian Online


Kumpulan Taxi
Persiapan pada saat akhir raih wang tunai RM20,000

KUMPULAN Taxi hanya bergabung pada hari sesi uji bakat Hot FM Twisties Bingit berlangsung di Johor Bahru namun disebabkan terlampau leka berlatih sejak awal pagi untuk memantapkan skil, mereka nyaris terlewat mendaftar sebagai peserta. Begitupun sudah tersurat, kerja keras diadun bersama bakat dan kesungguhan melayakkan empat anak muda lingkungan usia 19 hingga 23 tahun itu mara peringkat akhir di Kuala Lumpur seterusnya meraih gelaran juara dan berpeluang merebut kontrak merakamkan album berserta wang tunai RM20,000. Kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya pada Sabtu lalu, adalah permulaan bagi Taxi apabila bersaksikan empat juri profesional-Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) dari Warner Music, Edrie Hashim, Genervie Kam dan Edry Abdul Halim- selain kira-kira 1,000 penonton, mereka memancing tumpukan ramai.

Vokalisnya, Muhd Ar Rashidin Tuah, 19, berkata, detik nyaris tidak dapat mendaftar sebagai peserta akan dikenang sepanjang hayat kerana jika peluang itu terlepas, bermakna Taxi tidak mungkin mampu berada di pentas Twisties Bingit dan membina tapak kerjaya seni.

“Sebelum ini kami memang mengenali antara satu sama lain, cuma ‘jamming’ di studio dengan rakan lain. Sehari sebelum uji bakat, baru kelam kabut mencari anggota dan keesokan harinya, kami terus menempah studio kerana tidak mahu datang kosong,” katanya.

20 Disember 2010

Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)


ChurpChurp Social Share » Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win! (Preview)

Love applications, be it on a Smartphone or Tablet for gaming, informative or educational purposes?

Here's your chance to do so AND be rewarded for it! Use your creative juices to "invent" your own iPad application and you may be worth of winning a free 3g 64GB iPad each! There are 2 prizes up for grabs.

Here's how the 2 winners are chosen: -
1.  The best idea (both creatively and technologically feasible) -
2.  The most creative idea (Your idea may be well ahead of the technology that is available today but WOW us and you can still win a free iPad from Maxis.)

FIRST PRIZE : 1 x 3G 64GB Maxis iPad + WIFI Maxis Modem
SECOND PRIZE: 1 x 3G 32GB Maxis iPad + WIFI Maxis Modem Hurry up Churpers!

Contest ends on Friday, December 31, 2010!

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

ChurpChurp Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Jom jadi sempurna: Sempurnakah kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua orang mahukan kesempurnaan dalam hidupnya terutama dalam setiap yang ada disekelilingnya dan yang ada kaitan dengan dirinya.  Tak kiralah apa juga situasi yang pastinya mesti sempurna... kerana sempurna di mata akan menampakkan sempurnanya hidup... betulkan?

Tetapi dalam mencari kesempurnaan dan mengharapkan kesempurnaan adakah disedari dan ketauhikah kita bahawa tak semua manusia itu sempurna. 

Keinginan yang tinggi untuk melihat dan mendapatkan kesempurnaan menjadikan hidup bertambah parah dan sakit... Sakit hati yang akhirnya menjadi barah...

Kita mahukan orang memberi yang terbaik kepada kita kerana pada kita itulah yang sempurna.  Tanpa disedari atau diselidiki adakah kita sudah cukup sempurna di mata orang itu?

Memang sukar untuk mencari kesempurnaan yang hakiki andai diri kita sendiri tidak sempurna seperti yang kita harapkan pada orang lain.

Namun tidak salah mencari kesempurnaan dan berusaha untuk menyempurnakan hidup dan diri sendiri setelah bersusah payah ....

Ada lagi... tentang sempurna?

.........
......
....
..
.

Kena kencing...kucing atau orang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Dalam hidup ini, dari kecil hinggalah sekarang semua orang biasa melakukannya, ada yang lawas dan tidak.  Yang tidak lawas tu eloklah cepat2 berubat.  Risau jugak kota2 ada penyakit lain seperti penyakit buah pinggang akibat daripada kencing kotor. 

Bagi ibu-ibu hamil, penyakit kencing kotor boleh membahayakan kandungan.  Maka apabila terdapat pergerakan luar biasa pada kandungan eloklah bersegera jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat... kalau setakat jumpa kawan2 tak berbaloi.

Bagaimana pula nak mengatasi anak2 yang suka kencing malam (semasa tidur), habis basah tilam?  Ada sesiapa tahu?  Aye ada petua untuk diri sendiri lah kalau pembaca nak cuba boleh juga.  Caranya sebelum anak itu tidur, sapukan sedikit minyak angin (aye guna minyak 'naman choi chiwit', kalau nak guna minyak angin lain boleh juga seperti minyak kayu putih, minyak geliga) pada tapak kaki dan juga ari-ari...

Kalau dah kena kencing jugak, basuh lah... tilam nak basuh?... hmmm , gunalah febreeze...

itu kalau kena kencing manusia.  Kena kencing ni macam2 juga istilah, ada juga bawa maksud kena tipu... kes ni macam mana nak basuh... pandai2 lah bawa diri....

kalau kena kencing kucing pulak?.... hu... bau nya...

daripada merepek kat atas, apa kata kita layan pulak kata-kata nasihat berikut:

"Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan".  (Sufyan ats-Tsauri)

18 Disember 2010

Melihat kebaikan dan keburukan dalam diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita sering dan memang suka buat kebaikan.  Pada masa itu kita akan rasa bahawa hanya kita saja yang buat baik tiada orang lain yang lebih baik dari kita... AWAS!

Pada masa kita buat kebaikan janganlah pula bila kita tengok keburukan orang lain, terus sahaja menuduh orang itu tak baik... kerana itu semua ujian dan barangkali boleh juga terjadi pada kita.... NAUZUBILLAH!

17 Disember 2010

Akal tidak sekali datang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Akal tidak sekali datang!


Untuk itu bila rasa macam dah mati akal... tunggulah, ia pasti datang semula... banyakkan makan kismis dan berzikir... berfikir dan berehat... kerana ia pasti datang lagi...

..... jangan mati otak... kerana mati otak tak sama dengan mati akal....

fikir fikirkan...


layan.............

p/s:  nak upload picture tapi problem pulak....

Malaysia Mom Bloggers

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia,



Malaysian Mom Bloggers diasaskan oleh Pn. Siti Sifir 10.  Mengapa sifir 10... itu kenalah tanya pemiliknya.
Tujuan Fanpage ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul ibu-ibu yang suka berblogging bukan untuk menyaingi MBP atau MSK.
 
Aye suka join group macam ni sebab boleh tambah kenalan, walaupun aye bukanlah orang terkenal... ewahhh, macam mana nak terkenal kalau asyik buat entry syok sendiri jer... Apa-apa pun tujuan aye berblogging hanyalah sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang (ada ker?) dan mencurah segala karat marat yang sarat dalam pemikiran ni... alahai macam sesi kaunseling pulak.
 
Sesekali memang bila tak der idea tapi nak juga mengarang tu lah jadinye... merapu merepek dan meraban tak tentu pasal.  lain yang nak dicerita lain pulak yang keluar...
 



Malaysian Mom Bloggers

Promosikan Juga Halaman Anda

Apa kaitannya?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Erm... apa kaitannya antara gambar ini dengan cerita yang bakal dicatatkan di sini?

Gambar 1:  "adzan maghrib malaysia 2010 tv3 26 tahun inspirasi hidupku"

Gambar 2:  "azan maghrib tv3 akasia seribu kali cinta selepas ini tv3 26 tahun inspirasi hidupku"
Antara carian yang sempat singgah di blog yangbaik yang dicapture oleh Nuffnang pada 16/12/2010.  Yang paling best sekali aye suka carian "resepi kek ubi kayu".  Memang tak pernah buat pun kek ubi kayu dan tak pernah publish pun kat sini... mungkin juga dia patut cari kat Dapur Tanpa Sempadan kat dapur tu macam2 resepi ada dari sekecik-kecik resepi (tukar dari sekecik2 anak) hinggalah ke mak bapak tok nek resepi pun ada...

Best juga ada yang mencari "lagu taxi angkubah". Lagu apa tu.. tak pernah dengar pun.

Dan.... carian yang masih lagi popular kat sini adalah Nik Zaris Nelydia.  Semenjak aye publishkan cerita tu pada 4/11/2010, boleh dikatakan setiap hari dan setiap jam ada saja yang singgah mencari Nik Zaris kat sini.  Walaupun sebelum tu dah ada, tetapi singgap 2 atau 3 bulan sekali jer.

Sekian adanya catatan sebuah pencarian dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

Tak diperlukan bukan bermakna habis madu sepah dibuang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sesekali ada terasa tak kehadiran kita ke sesuatu tempat seperti tidak perlukan.  Tiada siapa yang peduli, tak kiralah orang yang kita kenal atau orang yang kita tak kenal.  Tapi kalau dah tak kenal cam ner nak tegur yer?

Tempat itu bukanlah tempat asing bagi kita tetapi bila dah dipedulikan, rasa macam masuk ke tempat baru pulak.  Kawan2 pun tak nak cakap, diam semacam jer... tengok kita pun macam jeling... Kalau jeling-jeling manja gitu tak per gak, tapi ... ntahlah korang rasa lah sendiri. 

Kalau korang pernah alami nya, apa korang buat?  Buat dekk jugak kan... tapi dalam hati mesti curiga juga kan?


Mengapa sombong dan malu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Biasa tak dengar atau baca pepatah... malu bertanya sesat jalan....




Inilah sebabnya:



"Ilmu tidak akan bisa didapat oleh orang yang pemalu dan orang yang sombong".  (Abul Aliyah)

16 Disember 2010

Wikileaks, Twitter dan Facebook

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

just nak share berita jer, jangan pulak korang pikir aye nak cari publisiti...

cerita ni tengah panas sekarang so... nak tumpang sekaki blog... blog ada kaki ker...

baca kat sini...->

Suatu penantian yang menyeksakan namun berbaloi

Assalamualaikum dan salam1Malaysia,

Suatu penantian... memang menyeksakan kalau terpaksa menunggu. Tak kira lama ke sekejap.  Namun ada ketikanya penantian itu mendatangkan hasil yang berbaloi-baloi... macam menunggu durian di pondok durian kat dusun durian di Bota Kiri atau Lambor Kanan atau juga kat kebun durian arwah bapa kat Beruas... hehehe

sumber gambar:  mr. google
cerita dan gambar di atas tiada kaitan dengan apa yang aye nak ceritakan... mesti kah borang bengang sebab aye sering buat cerita separuh jalan lagi pulak suka tukar jalan cerita dan juga suka cerita tak habis... tergantung kan?... takper tunggu lagi...

Nak cerita tentang penantian atau penunggu? Sebuah penantian la... pagi tadi ada 2 orang tetamu datang menunggu untuk bertemu dengan bos... yang seorang ni tak buat appointment pun datang terjah jer, yang sorang lagi memang ada buat temujanji... okeh takper la... tunggu yer, kejap lagi bos sampai.  Tak tau pulak rupa2nya bos cuti... terpaksalah datang dari jauh untuk jumpa dengan tetamunya itu. Tetamu istimewa ?  tak tau pulak... mungkin pada bos special la, kalu tidak masakan dalam cuti pun sanggup datang ofis.

Al kisah 2 orang tetamu tadi... tungguuu punya tungguuuu, baru bos sampai... jumpalah dan bincanglah tentang sesuatu yang hanya mereka saja yang tahu...agak lama juga, sementelahan bos tu memang suka bersembang hanya aye ajer yang tak pandai sembang ... apa nak buat dah sejak azali cam tu...

Sekian adanya.... puas hati...

Kita hanya merancang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baru tadi dok berkira-kira dan bercadang petang ni nak pi cari sayur, ikan, ayam dan bahan2 masakan lain cadangnya nak masak2 malam ni, dah beberapa hari tak makan dengan anak2... dok biar depa makan ngan bibik jer... sian nyer...


sumber gambar:  mr google... lagi
 cadang nak masak tu tak lah hebat macam gambar kat atas tu... tapi buleh la... kalau setakat ikan tilapia goreng atau bakar cicah air asam, sayur campur goreng atau masak lemak cili (tak boleh pedas - nanti anak2 tak makan), lagik... tauhu sumbat pun okeh jugak kan... tapi semua tinggal angan2 jer... mungkin untuk hari lain kot...

kenapa tinggal angan2? sebabnya hubby ada planning lain la pulak nak ajak pi Lekir, jumpa mak... ikut jer eekk... lagi pun hujung minggu ni mungkin tak dapat pi sana sebab hubby kerja..ye la...

sekian....

Perasan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Perasan... rasanya ini adalah antara tajuk yang terpendek yang pernah aye catatkan... tapi tak lah masuk dalam Malaysia Book of Records... sebab tak dipertandingkan pun

Perasan atau ada sesetengah orang kata Perah Santan... dah habis santan tinggal hampas jadilah Hampehhh.

Apa nak cerita nih...

Yang sebenarnya dalam ingatan nak buat tajuk lain dan cerita pun lain, tapi bila dah cuit keyboard kat notebook 1Malaysia nih.. dah jadi lain pulak...

merapu lagi....

Hari Asyura - antara bida'ah dan realiti

Assalamualaikum dan salam Muharram (boleh ker?),

Hari ini 10 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 16 Disember 2010.  Pagi tadi dalam program tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuk Hari Asyura... Banyak pengetahuan baru yang aye peroleh.  Cuma untuk mengulas lanjut apa yang ustaz cerita tu... rasanya tak dapatlah sebabnye aye bukanlah handal sangat nak berhujah, kalau setakat ulang balik boleh le... tu pun tak dapat juga sebab tak sempat juga sebab tak sempat salin, cuma ingat jer apa yang ustaz cakap... rasanya boleh leh untuk ingatan diri sendiri kot...

Berbalik pada Hari Asyura, teringat aye masa zaman bebudak dulu... masa tu dalam group sedara mara dan sepupu sepapat aye sorang jer perempuan yang besar sikit, lain2 adik2 tu masih baby... so dah takder geng lain ikut jer abang2 dan sepupu sepapat tu panjat pokok kelapa... hehehhe... tak der la panjat tunggu kat bawah tolong kutip daun jer... sementara tunggu bubur masak.  ha nak cerita juga bab masak bubur asyura ni gotong royong oleh pak pak sedara dan tok2 sedara pangkat nyang pun ader... bila bubur (manis & berempah) masak jer... kami le jadi tukang rasa dulu... tak payah guna mangkuk ... guna tempurung kelapa... Oit... kami bebudak ni buat pertandingan tau, sementara tunggu bubur masak kami basuh dan kikis sabut2 dan apa2 yang ada kat tempurung tu... gosok sampai berkilat.... wauuuuu.... bila makan ramai2 sambil duduk atas batang pokok kelapa yang dah tumbang ... seronok nye... masa bebudakkk bukan kira nak malu dengan budak lelaki... ace sekarang.... idak ler...

Lupa lak nak citer lagi... kenduri asyura tu buat kat laman rumah Nyang (tapi kami panggil Tok sebab terikut-ikut ngan Paksu yang masa tu lebih kurang sebaya jer kami) eh... masa tu Nyut pun ada lagi.. kampung di dalam kawasan Tembila, Kg Raja, Besut, Terengganu.... meriah nye...

Bila tiba hari Asyura setiap tahun memang terkenang juga peristiwa tu... zaman kanak2, mana nak kutip lagi... gambor pun takder... kat kampung mana le ada semua tu ... cuma simpan dalam kotak memori jer... yang semakin lamasemakin luput dan terhakis... nak jumpa sepupu sepapat tu pun dah payah sekarang nih... ye lah semua dah berkeluarga....

Sori yek... gambor tak der...

15 Disember 2010

Contest Pertama Anjuran al-lavendari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


MARILAH MASUK CONTEST PERTAMA ANJURAN SAYA !  - itulah tagline untuk contest anjuran al-lavendari.

Tak disangka-sangka buah cempedak jadi nangka, tapi jalan lupa sekarang nih dah ada cempedak nangka... isinya sedap!!!!... alahai dah lah mengidam pulak mana nak cari nih... dah merepek meraban jugak.  Sebenarnya aye mau bilang aye dah kena tag oleh Bulan yang telah jatuh keriba a.k.a myri (Cikgu Humairi)... nak kena buat juga lah... bukan jer myri yang datang jemput malahan tuan al-lavendari juga datang menjemput.  Tak join segan pulak... alang-alang ada masa nih aye buat juga lah contest ni, mana tau kot2 buleh dapat RM300.00 boleh buat beli jamu dalam pantang bulan depan (Insya-Allah).  Kalau tak dapat bukanlah bermakna aye tak beli pulak jamu tu... beli jugak... cuma kalau dah menang tu save bajet sikit... kan?

Berbalik kepada contest, al-lavendari pertama kali menganjurkan contest ni bersempena dengan pengikutnya yang telah mencecah 300 orang.

keterangan lanjut bolehlah berkunjung ke al-lavenderi atau komensen (klik pada link berkenaan).

Di sini aye nak buat cerita tentang tugasan contest ni pulak....

1.  Negara luar yang pernah dilawati oleh al-lavendari adalah:  Britain / Tajuk entri berkaitan: SONYUM SOKOJAP - 7 ... ROYAL MAI ! / Tarikh disiarkan: 21 Disember 2009.

2.  Negara seterusnya adalah:  Mesir / Tajuk entri berkaitan:  CANDID CAMERA ...KAHERAH !  / Tarikh disiarkan:  15 Disember 2009.

seterusnya.... cukuplah dulu, penganjur cuma nak satu jer... dah lebih2 lak pulak....

tapi tak per... kita usaha lebih dapat ganjaran lebih.... betul tak tuan lavender?  Hehehe suka jugak nak menyakat pakcik2 nih...

sekian...

ops, aye nak tag Ieda, Pakwe dan Hans ... --- oit korang jangan tak jawab pulak tau...


Terima kasih semua.... sekian adanya... toche2

25 maut, lebih 100 cedera kebakaran kilang di Bangladesh

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan 1Dunia,


ASHULIA (Bangladesh): Kebakaran teruk memusnahkan sebuah kilang pakaian Bangladesh dan meragut sekurang-kurangnya 25 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.




Mangsa yang maut dalam tragedi kilang yang membuat pakaian untuk kedai pakaian barat, termasuk Gap, berpunca tindakan mereka terjun daripada bangunan berkenaan untuk menyelamatkan diri. Pihak polis dan saksi berkata, pintu keluar kilang itu terkunci dan ramai yang terjun daripada bangunan itu. Pentadbir kerajaan daerah Dhaka, Mohibul Haq, berkata 25 terbunuh, 22 daripada mereka maut ketika terjun dari tingkat atas atau terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri.



“Tiga mangsa lain terbunuh selepas terbakar teruk dan mayat mereka ditemui di tingkat 10 selepas api berjaya dipadamkan,” katanya. - AFP

Sumber:  Berita Harian Online

Nak interframe !!!??? (Pendapat dan contest)

Assalamualaikum dan salam 1Dunia (pulak),

buat entry ni sekadar nak tanya pendapat pembaca semua...itu pun kalau ada yang sudi bagi pendapat... kalau banyak pendapat yang aye terima dan jawapannya memuaskan hati... aye akan buat ... buat ape?  rasa-rasa nak buat kontest atau GA..

macam ni, suatu masa ketika di awal dan pertengahan blog ini ditubuhkan, aye pernah juga 2 atau 3 kali masukkan kisah keluarga dan juga gambor2 aye... kononnya nak interframe (betulke ejaan nih)... tak lama kemudian aye rasa segan pulak nak letak gambor keluarga atau gambor sendiri... cuma sesekali ada lah letak gambar anak (alif dan diena), sebab nak cerita tentang gelagat mereka berdua (tak lama lagi bertiga.. hehehe)

tapi perlu ke aye tanya pendapat orang lain untuk buat entry dalam blog sendiri... tak sesuai kan?

===> hmmm.... tak per lah kepada sesiapa yang sudi beri pendapat, aye tetap akan terima.  apa yang perlu pembaca lakukan adalah beri pendapat ... perlu atau tidak aye buat kisah keluarga dan kehidupan aye dan mengapa?  setiap pendapat hendaklah dibuat di ruang ulasan di catatan ini.

setiap pendapat yang bernas dan boleh diterima oleh akal aye serta diterima juga oleh 'penasihat' aye maka itulah pemenangnya... dan lain-lain syarat tertakluk kepada terma.

Hadiah?  ada.... akan dimaklumkan kemudian, yang pasti bagilah pendapat dulu.

14 Disember 2010

Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat 1Dunia maya,

Hidup Untuk Memberi
Suatu ungkapan yang senang disebut dan senang dibaca

Hidup Untuk Memberi
Dalam setiap diri manusia pasti ada semangat itu
...semangat untuk memberi
tidak kira miskin atau kaya
hanya cara dan kaedah saja yang berbeza

Mengapa?
adakah miskin tidak boleh memberi
bukankan senyuman juga suatu pemberian

Bukan hanya yang kaya saja mampu memberi
namun ada ketikanya sang kaya raya tidak mampu untuk memberi apa
apatah lagi untuk membantu

Kita biasa memberi
tidak kira sekecil mana pun
kita mampu memberi

fikir sejenak...
apakah  makna pemberian itu
untuk apa memberi
untuk siapa
mengapa memberi

Hidup Untuk Memberi
Memberi perlu ikhlas
datangnya dari niat dan hati yang kudus
bukan kerana nama
bukan juga kerana darjat
bukan kerana harta atau pangkat

Hidup Untuk Memberi
Mengapa memberi kalau tidak ikhlas
bagaimana nak ikhlas
jika pemberian itu diungkit2
hanya menambah luka dan perit
lukanya hati yang menerima
walau yang terima hanya sedikit

waspadalah dengan pemberian itu...
jangan sampai buruk di siku...

jangan sampai yang terluka
jangan sampai makan tercekik...

Hidup Untuk Memberi
Memberi biar berpada
agar dapat pahala
agar terhindar dari dosa

....

13 Disember 2010

Dilema dan Delima

Assalamualaikum,


Dilema dan delima adalah suatu perkataan yang jauh sekali perbezaan.

Dilema adalah sukar membuat keputusan, seperti diluah mati bapa ditelan mati mak... tak tau nak buat pilihan yang mana satu ...

Delima pula adalah sejenis buah yang sedap... ada sesiapa pernah makan?... isinya berbiji dan warna merah... kalau memiliki bibir yang cantik ... dikatakan bak delima merkah... bukan delima mekah yer...

apa nak cerita kat sini? heheeee blur jap...

sebenarnya aye dalam dilema tentang suatu cerita yang nak dibuat cerita dalam blog nih...

tapi buat masa ni... elok aye simpan dulu citer tu... kot2 ada angin rasa2 nak publish, nanti aye publish...

bukan kerana nama

bukan juga kerana gambar

bukan lagi....

bukan kerana tiada idea

bukan kerana nak meniru

bukan jugak.....

bukan

bukan

bukan.....


 

yehaaa

Assalamualaikum,

sukanya hati streamyx kat rumah dah pulih, baru jer 2 3 jam tadi...

nakpi siap2 dulu

nak pi pasar malam

pasar malam dekat pejabat SIDEC, setiap hari isnin

kat bandar U pulak setiap hari rabu

meriah.....

da....

11 Disember 2010

Aku dan budak-budak

Assalamualaikum, salam 1Malaysia dan salam 1Dunia,

nak berkongsi cerita dan kata-kata tentang kisah seorang 'aku' dan budak-budak...

layan....


"Aku tidak suka menjadi seorang pedagang budak. Akan tetapi, menjadi pedagang budak lebih aku sukai daripada aku menimbun bahan makanan sambil menunggu naiknya harga yang memberatkan sesama muslim".  Yazid bin Maisaroh


udah....

tak paham yer.... baca banyak2 kali....

10 Disember 2010

apa nak buat bila...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

apa nak buat bila masuk rumah orang?
=> duduk diam2, jangan nak melilau merata2 dan jaga mata - biarpun tuan rumah kata buatlah macam rumah sendiri...

apa nak buat bila tak der kerja?
=> carilah kerja apa yang patut boleh dibuat, jangan kira apa juga pangkat kita, pegawai ker orat dawai ker... kerja tetap kerja kalau tidak nanti dikatakan makan gaji buta

apa nak buat bila dicampak dan dibiarkan?
=> buatlah apa yang patut, pandai2 lah nak hidup... ikhtiar untuk hidup perlu ada dan gunalah masa yang ada untuk mengkoreksi diri... buat persiapan untuk masa depan

apa nak buat lagi?
=> buatlah apa2 jangan menyusahkan orang sudah... baca buku yang berfaedah...

Carian