Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan

31 Disember 2011

Selamat Datang 2012 | Terima kasih 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Selamat datang 2012
semoga kehadiran 2012 pada kali ini memberi lebih kekuatan dan kejayaan

selamat jalan 2011
semoga cabaran dan rintangan yang dihadapi di tahun 2011 menjadi iktibar dan panduan untuk hidup lebih bererti

terima kasih 2011
di atas pengorbanan dan harapan

2012
datangmu bersana kejayaan untuk dunia dan akhirat

terima kasih.

p/s;  malam ni ada pertunjukan bunga api ke?
Biasanya di pekan Lumut ada, tapi kalau nak pergi sana ke pergi awal-awal supaya tidak tersekat dalam jam...


.

30 Disember 2011

Maharaja Lawak Mega 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Persembahan akhir Maharaja Lawak Mega malam ini (30/12/2011), di rangkaian 132, Astro Warna jam 10.00 malam.
Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan
  • PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over)
  • HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak)
  • BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)
  • ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud)
  • OSBON (Mr Os dan Abon)
  • BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
  • RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa)
  • COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri)
  • 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot)
  • Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid sebagai peserta solo.

Kumpulan-kumpulan yang mara ke peringkat akhir adalah OSBON, Boboi, Saehu dan Syok.

Hadiah kepada 3 kumpulan yang terbaik adalah:
  1. Tempat ke 3 Wang Tunai RM 150,000 & Trofi Sumbangan Astro
  2. Tempat ke 2 Wang Tunai RM 250,000 & Trofi Sumbangan Astro
  3. Tempat ke 1 Wang Tunai RM 350,000 & Trofi Sumbangan Astro
 Eh... abaikan nombor di depan sekali... sudah tukar la ...
Oleh kerana Yangbaik memang tak pernah tengok siri mana-mana lawak kat ASTRO, makanya memang tak pandai nak review. Sekadar mengisi masa lapang malam ni nak penuhkan ruang kat blog saja.
So... untuk dapatkan keputusan pemenang maharaja lawak mega untuk malam ni boleh terus ke
~~~~~~~~
*Yangbaik cuma kenal peserta saja tetapi tidak pernah kenal secara detail mengenai kumpulan yang mereka serta.

update:
OSBON JUARA!
.

Solat di hari Jumaat terakhir 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Hari ini 30 Disember 2012 bersamaan 4 Safar 1433, hari Jumaat terakhir dalam minggu terakhir untuk tahun 2011.  Selang beberapa hari lagi Insya-Allah dimurahkan rezeki dan diizinkan kita akan melangkah ke tahun 2012 bermula dengan hari Ahad.

Masih belum terlewat untuk perbaiki kesilapan dan kesalahan.  Langkah pertama yang diambil akan memberi seribu erti kepada langkah-langkah seterusnya.

 
“Apabila datang hari Jumaat, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, kemudian seperti orang yang memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)

  - sekian -

25 Disember 2011

Inas sudah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Entry ini tanpa gambar kerana tak sempat nak bergambar.  Sekadar untuk tatapan dan ingatan bahawa hari ini Inas Insyirah dah jumpa Kak Ju.

Pagi lagi kami sekeluarga dah bersiap tak masak2 kat rumah tapi sarapan di Hutan Bandar (cawangan Seri Iskandar) kerana warung Lesung Batu tutup... melepas la pulak nak makan spagheti dengan sosej ayam berempah....  Macam orang jauh yang baru sampai ke Seri Iskandar, semuanya berbaju baru.

Sejurus keluar dari rumah Kak Ju kami terus ke Kg Makmur rumah Kak Teh kerana majlis pertunangan anaknya #wawa Zainal.  Selamat bertunang.  Dari rumah Kak Teh ke rumah Makcik An dan balik terus ke Seri Iskandar.

Sekian, siri cerita sekerat ... as a diary for today's task.

Selamat bercuti

24 Disember 2011

Selamat Bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar :  google.com (search imej selamat bercuti)

Selamat bercuti.  Walaupun sebahagian besar daripada yang bercuti bukan menyambut apa-apa perayaan tetapi telah dijadualkan untuk bercuti maka ambillah kesempatan ini untuk merehatkan diri bersama keluarga yang tersayang. 

Dalam masa yang sama manfaatkan masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah.  Nak tulis apa yang dikatakan berfaedah tu tidaklah sebab masing-masing dah besar panjang boleh fikir sendiri mana baik dan buruk serta faedah kepada diri dan orang sekeliling.

Sekian.

29 November 2011

Bila Ombak Rindu Melanda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bersiaran, Ombak Rindu mula melanda.  Rindu kepada blog dan rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan blog.  Walau tidak bersua secara nyata namun perjumpaan di alam maya juga sungguh menarik.

Hampir seminggu lalu Yangbaik tidak bersiaran kerana menguruskan hal keluarga.  Bukan tiada peluang tetapi tiada semangat untuk berbloging.  Namun Ombak Rindu yang melanda telah memberi kekuatan kepada Yangbaik untuk melakarkan sesuatu di kanvas blog ini.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah rasa duka di atas pemergian ibu mertua pada pagi tanggal 23/11/2011.  Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

Yang pergi telahpun pergi seperti yang telah dijanjikan olehNya.  Kita yang masih hidup teruskan perjuangan dan bakti kepada negara dan agama. 

Sekian dulu...

20 November 2011

Ada apa dengan 20112011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada apa dengan 20 November 2011?  Yang pastinya ia adalah bersamaan dengan 20112011 iaitu 20 hb 11 tahun 2011.  Sungguh tiada yang istimewanya dengan tarikh ini... sehingga catatan ini ditulis.

Yang pastinya juga catatan ini ditulis kerana nombor 20112011 itu sendiri memang unik dan hanya berlaku sekali seumur hidup.

Pada masa yang sama kalau nak diceritakan aktiviti pada 20112011 adalah pada hari ini, sekali lagi Yangbaik berkampung di HAT Lumut.  Bukan dengan semua ahli keluarga tetapi dengan suami dan Alif. 

Kesihan juga kepada Irdina Huda dan Inas Insyirah kerana terpaksa ditinggalkan dirumah bawah jagaan 'ain'.  Apa pun kehidupan mesti diteruskan.  Ada sesetengah perkara kita terpaksa lepaskan salah satu untuk mendapatkan yang lagi satu, kalau tidak ia akan jadi seperti kata-kata orang lama "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". 

Apapun yang ditulis pada hari ini atau apa juga peristiwa pada hari ini tetap menjadi ingatan dan catatan kisah perjalanan hidup secara peribadi.

sekian

catatan dari HAT Lumut.

>_<
.

18 November 2011

16 November : Satu tahun yang berlalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


16 November, merupakan satu tarikh keramat buat Yangbaik.  Tarikh itu menjadi keramat kerana 16 haribulan November merupakan tarikh Yangbaik mula melapor diri tempat baru dengan jawatan baru.

Kejayaan menjawat jawatan baru ini bukanlah sesuatu yang mudah malahan terpaksa melalui jalan yang agak sukar.  Walau apapun Yangbaik mengharapkan akan sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Sungguh banyak pengalaman suka dan duka yang diharungi sepanjang tempoh satu tahun yang lalu.  Namun pada hari ini 16 November, Yangbaik merasakan masih banyak yang perlu dipelajari dan sempena itu juga Yangbaik mengharapkan akan sentiasa mendapat tunjuk ajar dan bantuan daripada rakan-rakan sejawat mahupun sesiapa saja yang sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar.

Sekian.

Catatan ringkas sempena satu tahun....



*

15 November 2011

11.11.11 | Seharian berkampung di HAT Lumut

Assalamualaikum


Cerita ini bermula hanya setelah baru saja sembuh dari demam.  Satu keluarga Yangbaik telah dihujani dengan demam panas bermula dengan suami, anak2 dan akhirnya Yangbaik sendiri.  Pada Hari Raya Qurban yang lepas, tidak lemang ketupat atau nasi impit menghiasi meja di pagi raya ataupun juadah untuk tetamu.  Semuanya tidak sihat.  Alhamdulillah setelah bertarung dengan ujian itu, kami berjaya harunginya. 

Memang tidak diduga dalam kekalutan mengejar dateline bajet perjawatan 2013 dan dokumentasi untuk audit serta macam2 lagi, tiba-tiba ujian yang hebat ini menimpa.  Sungguh tidak diduga, mujur juga tugasan sempat disiapkan walaupun tidaklah berapa sempurna.  Tetapi bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana ujian yang diturunkan itu adalah bersamaan dengan kudrat dan kesanggupan kita menerimanya.  Rasanya tidak lebih dari itu, manakah tidak ada insan lain yang menerima ujian lebih hebat lagi dan rasanya tak tertanggung.

Pada awal pagi 11.11.11, kami dikejutkan dengan panggilan dari Yeop yang berada di HAT Lumut.  Maka kami berdua telah bergegas ke sana pada awal pagi tersebut meninggalkan anak2 dengan bibik di rumah.  Mudah-mudahan mereka selamat.  Tiba di HAT seawal jam 4.30 pagi kami terus ke wad kecemasan melihat ibu mertua yang diserang lelah.  Sehingga jam 9.00 pagi dimasukkan ke wad biasa.  Kami masih di HAT untuk mengikuti perkembangannya.... sehingga ke hari Ahad kami berulang dari Seri Iskandar ke HAT untuk mengikuti perkembangan... dan pada hari Isnin  suami seorang ke sana Yangbaik perlu menguruskan anak2 dirumah...

Begitulah kisah bermula pada 11.11.11, sehingga masa untuk blog ini juga telah terbiar....akhirnya pada hari ini diberikan kekuatan dan semangat baru untuk menulis semula.  Namun tiada catatan yang istimewa atau semeriah dulu... kerana mungkin juga angin telah beralih arah...


....>-<
......

Tidak lupa... terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga... terutama Inas Isnyirah... demam nak tumbuh gigi plus nak berjalan gak kot...

.

01 November 2011

Cerita banyak di bulan Oktober

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sudah banyak rupanya aye bercerita di sepanjang bulan Oktober 2011.  Macam-macam cerita dan yang lebihnya dalah berkisar kehidupan seharian dan yang berkaitan dengan kehidupan aye atau kehidupan anda juga.

Cuma satu kekurangan aye adalah bercerita tentang kewangan dan pelaburan.  Sedangkan dunia sekarang hatta dalam blog pun banyak yang bercerita mengenai kaedah menambah pendapatan sama ada melaui insuran, jualan langsung atau perniagaan 'online'.  Memang bukan dunia aye nak bercerita bab-bab kewangan.  Namun mana tahu beberapa masa kelak aye akan bercerita mengenai dunia kewangan pula. 

Antara catatan bulan oktober yang paling mendapat sambutan adalah:

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 5 Tahun , Ramaikan Folower, dapatkan pembaca dan 16 Oktober - Hari Makanan Sedunia

Sebenarnya banyak lagi catatan popular tetapi bukanlah catatan bulan oktober sebaliknya catatan bulan-bulan yang lepas termasuk juga tahun-tahun yang lalu.

Akhir kata, terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di blog aye yang seberapa ini.  Walaupun ada singgah sebagai silent reader atau tersinggah kerana cari yang lain jumpa yang lain.  Kesudian anda meningkatkan trafik di blog ini sungguh-sungguh dihargai dan secara tidak langsung meningkatkan keazaman aye untuk menambahbaik kualiti karya di blog ini.

Terima kasih. 

Oktober dalam kenangan, November pula menggamit ingatan.


,

25 Oktober 2011

Solusi Isu No. 37 : Kaya Antara Realiti dan Ilusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Masih belum terlewat rasanya untuk berkongsi maklumat mengenai isi kandungan majalah Solusi Isu No. 37.

Antaranya:
  1. Jangan biarkan dosa bersarang di facebook
  2. Melentur anak dengan rotan
  3. Kiamat 2012?
  4. Hidupkan Adab Uama Salaf
  5. Bersederhana dalam ibadah
  6. Kaya Realiti:  Terhibur dengan hidup bersyukur
  7. Umpama bayi baru dilahirkan
  8. Isteri ingin pembantu rumah
  9. Ghairah menghidupkan amalan masjid
  10. Haji Sihat:  Suatu manfaat yang tersirat, dan
  11. banyak lagi artikel yang menarik...
Sekian.  selamat membaca


>-<
.

21 Oktober 2011

Mengapa hari ini tiada pengunjung

Selamat sejahtera,




Tajuk hari ini sehingga jam 12.00 tengahari tiada sambutan, sebaliknya yang sering menerima kunjungan adalah tajuk-tajuk lepas.

Mengapa?

12 Oktober 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 | 5 Tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi pelajar berusia 5 tahun. 
Perhatian! 5 tahun bukan Tahun 5.
Bermula 10 Oktober 2011 hingga 13 Oktober 2011.
Sebanyak 8 matapelajaran, 1 hari 2 subjek
Bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Al-Quran, Tulisan Jawi, Peribadi Muslim, PSSPI dan Matematik.
Terasa seperti mak bapak yang nak ambil exam untuk PTK. (walau PTK dah mansuh)

Semoga Alif berjaya.

Selingan sebentar...

"Tadi ada 3 buku soalan, alif dapat jawab 1 buku jer, maknanya alif boleh dapat nobor satu sebab alif jawab 1 buku"

Cikgu kata alif budak pandai dapat jawab 1 buku jer...

Konfius atau keliru... jangan salahkan anak-anak kalau dia salah tafsir kerana hatinya suci bersih tidak mengerti ejekan atau gurauan...

Sebagai orang dewasa apa pula pandangan anda jika diberikan ganjaran yang tidak setimpal?

???

`

09 Oktober 2011

Blogger yang tersesat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Malu bertanya sesat jalan.  Blogger tersesat buat cerita.  Malu ker nak cerita perihal tersesat jalan?  Tidak lah, bukan semua orang kenal aye. Kalau kenal pun, memang orang yang dah tahu aye ni berat mulut (pemalu la sangat... hehehe).  Dalam otak macam-macam berlegar seribu persoalan tetapi tak terkeluar dek mulut ni nak bersuara, sebab tak tahu macam mana nak tanya dan tak tahu apa yang nak ditanya.  Dan sebab paling mungkin adalah kerana 'blurr' tak tahu jalan cerita dan sebab jadi pak turut (or dalam kes ni mak turut).

Kami telah dijemput ke satu majlis kenduri keluarga di Ipoh.  Asalnya ingat di Chemor dekat dengan kawasan perkelahan di Ulu Chepor.  Hari ni baru tahu rupanya bukan di Chemor.  Alamak! tak tahu jalan la sebab tak pernah pergi pun rumah tu.  Nasib baik jugalah bukan pergi sendiri, kalau tidak memang tak sampai.  Kami pergi berlapan (6 + 2). 

Oleh kerana jalan sekarang dah banyak berubah, terutama jalan utama di Ipoh. Tetapi itu tak kisah lagi boleh redah jer...sampai di Jelapang dah pusing 2 kali tak jumpa jalan sebabnya dulu dengar kata boleh lalu kot Tol Jelapang.

Tau kan? Tol Jelapang dah tutup dan pindah lokasi baru. Tau tapi tak tau pulak jalan nak ke tempat tu pun berubah juga.  Sebab isi minyak Ron 95 penuh jer kalau tidak mau sangkut kat tengah jalan... hishh minta simpang malaikat 44 janganlah sampai jadi macam tu.

Bukan lah nak berlagak tapi tak nak menyusahkan orang yang menjemput, so telefon jer lah jadi perantara tetapi tak sampai juga... So akhirnya kami sampai juga tetapi setelah 'mengikut dari belakang'. 

Yang sebenarnya jalan dah jumpa tapi tersilap simpang jer, sepatutnya masuk simpang kiri tapi masuk simpang kanan. Apa lagi, terbabas jauh la jawabnya... parah memang parah kena patah balik dan mula dari awal sebelum masuk simpang... huwaa...

Dah sampai rumah 'kenduri', orang dah tinggal sikit.  Kira bagus jugalah kan tak susah nak rebut-rebut tunggu tempat makan.  Sampai jer makanan dah siap terhidang, lapar punya pasal terlupa nak tangkap gambar makanan yang sedap-sedap tu... antaranya kerabu mangga, sambal tumis udang, masak lemak labu kuning, sambal tempe goreng (betul ke nama nie?), ikan dan ayam goreng.  Kerabu mangga memang feveret la... ratah macam tu jer... dapat pula door gift coklat rose handmade by Kak Hanim (TQ).

Habis cerita , kami balik le..Sekian.

*.*

.

06 Oktober 2011

Ada apa dengan Steve Jobs

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Seharian, di mana-mana diperkatakan mengenai Steve Jobs, "mastermind" di sebalik lahirnya Apple's iPhone, iPad, iPod, iMac dan iTunes, telah meninggalkan dunia yang fana ini di usia 56 tahun.




Harimau mati meninggalkan belang,
Gajah mati meninggalkan gading,
Steve Jobs mati meninggalkan Apple,
Kita mati meninggalkan apa....? (tinggalkan lah jasa untuk anak cucu)




sekian.

04 Oktober 2011

Dapatkan iPad 2 dengan perkhidmatan berkualiti dan profesional dari Castrol Auto Service

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


iPad 2, sememangnya menjadi impian ramai orang.  Dengan kelebihannya yang pelbagai dan mudah dikendali, siapa saja pasti terpikat.

Jadi ambil peluang keemasan ini melalui perkhidmatan berkualiti dan kepakaran daripada Castrol Auto Service serta peluang untuk memenangi iPad 2.

Sudah pasti sesiapa saja akan tertarik dengan tawaran istimewa ini... bukan sahaja berpeluang memenangi iPad2, tetapi kereta juga akan diberikan khidmat yang terbaik pasti memuaskan hati.


Zoom your way to one of the Castrol Auto Service centres to service your car and win yourself an iPad2!


My car gets quality & professional service while I stand to win an iPad2, only at Castrol Auto Service! #Service&Win

sekian.

*.*

03 Oktober 2011

Persediaan menghadapi PMR Oktober 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Peperiksaan PMR bukan sahaja untuk pelajar tingkatan 3 di sekolah menengah, tetapi juga merupakan ujian yang getir buat ibu bapa juga.  Tak percaya?  Rata-rata di mana-mana sahaja bila berjumpa dengan kawan yang ada anak akan menduduki PMR pasti sibuk bercerita mengenai persiapan mereka untuk anaknya yangbakal menghadapi peperiksaan.  Bukankan itu satu ujian yang getir. 

Tak cukup dengan ujian ketika menduduki Kursus Induksi Umum ditambah lagi dengan ujian PMR anak pula.  Itulah pengorbanan dan perjuangan ibu bapa untuk anak-anak.

Bagaimana dengan keputusan anda sewaktu peperiksaan percubaan PMR tempoh hari? Anda sudah cukup berpuas hati atau masih ada ruang untuk diperbaiki? Jika ya, layari laman rasmi Tutor TV PMR di Facebook ataupun tontoni saluran 602 di Astro untuk mendapatkan tip-tip menarik.


Hanya tinggal beberapa hari sebelum peperiksaan sebenar berlangsung jadi gunakan masa ini sebaik mungkin. Ingat, masa itu emas.

Melayari Facebook x bermakna membuang masa. Lihat, saya mendapatkan tips bagi PMR akn dtg. Anda pun boleh #TutorTVPMR
 
Sekian, selamat mengulangkaji.  Semoga lulus dengan cemerlang dan dapat A yang banyak...
 
*.*

30 September 2011

Take the quiz to see How Malaysian Are You

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Batik Malaysia ?  Jadikan wall paper pun cantik juga, cubalah!


keputusan kuiz untuk yangbaik (aye le tu) baru 90%.  Ingatkan 100%, rupanya masih belum cukup.  Nak cuba lagi, tengok pula apa pula keputusan.


Sekian. Aku Anak Malaysia Merdeka!

*.*

29 September 2011

Hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari ini 29.9.2011 hari terakhir Kursus Induksi Modul Umum Bil. 148/2011.
Hari ini, Kursus Induksi ini diakhiri dengan Ujian/Peperiksaan. 
Hari ini, maka berangkat lah pulang semuanya
Hari ini, semua gembira kerana sebentar nanti mereka akan berjumpa yang tersayang setelah hampir 14 hari berkampung di Pusat Latihan UiTM

Hari ini.... dapat surat CTR... sebelum cuti kena inform bos dulu.

Sekianlah catatan untuk hari ini...

gambar di atas... gambaran aktiviti di sini sehingga hari ini... credit picture to azrul kerana gambar ini diambil dari album "memori induksi 148 2011" dalam album kamera azrul... tq.

Semoga kita semua berjaya dan lulus dengan cemerlang..

Selamat!!!

Carian