Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Musim Perayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Musim Perayaan. Papar semua catatan

01 Julai 2016

Lebuh raya utama dijangka sesak

Lebuh raya utama dijangka sesak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Lebuh raya utama dijangka sesak mulai hari ini, berikutan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak berapa lama lagi.  Tunggu sahaja pengumuman oleh penyimpan mohon besar pada Isnin malam.  Apakah kita akan menyambut hari raya pada hari Selasa atau Rabu.  Macam suspen jer.

Baiklah seterusnya kita baca dulu berita yang disediakan untuk entri kali ini.

KUALA LUMPUR, Jumaat – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama kelihatan lancar pagi ini, namun dijangka mulai sesak pada sebelah petang.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih lagi terkawal.

“Bagaimanapun, aliran trafik dijangka bertambah pada petang ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata, beberapa kawasan di LPT dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.

“Trafik dijangka akan bergerak perlahan dari Slim River menuju ke Sungkai, Plaza Tol Gombak ke pantai timur dan dari Tol Duta menghala ke utara,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.-

20140131-msh
Sumber berita ini disalin semula dari laman ismaweb.net.

Justeru untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pastikan laluan yang anda pilih adalah betul dan pada masa yang sesuai.

Pastikan juga kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan untuk perjalanan jauh yang bakal mengundang tempoh masa yang luar biasa.  Dapatkan panduan lengkap penjagaan kereta di sini (klik jer).


Sementara itu, terima kasih sudi baca entri ini Lebuh raya utama dijangka sesak

15 April 2016

Baju Kurung Untuk Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju Kurung Untuk Hari Raya


Biarlah orang nak kata apa.  Bukan tak hormat orang, tetapi apa yang kita buat ada sebab kita sendiri, tidak kacau periuk nasi orang.  Baju kurung untuk hari raya.  Puasa pun belum, silap-silap puasa tahun lepas pun belum berganti lagi.  Promosi awal sebagai persiapan awal, supaya bila tiba masanya kita tidaklah tergopoh gapah sehingga terabai amalan sunat dan wajib pada bulan puasa atau pada hari raya.

Okeylah YB bukanlah pakar sangat dalam buat ayat-ayat promosi atau ayat-ayat pemasaran, tetapi adalah belajar sikit-sikit secara tidak rasmi.

Bukanlah nak kata sekarang, tetapi boleh dikatakan promosi baju kurung baru berlaku sepanjang masa.  Kerana baju kurung kita pakai setiap hari sama ada untuk bekerja, untuk majlis-majlis sosial seperti kenduri kahwin, makan malam dan sebagainya.  Jadi bersempena dengan hari raya yang bakal tiba maka kita tambahlah lah sikit ayat-ayat yang berkaitan dengan hari raya... kan.


Kurung Moden Medina Prada


Berikut adalah antara koleksi baju kurung yang sesuai dipakai pada hari raya yang bakal tiba.


Kurung Medina Prada M003
Kurung Medina Prada M003
Stok:  Saiz M 


Kurung Medina Prada M005
Kurung Medina Prada M005
Stok:  Saiz S, M, L



Ukuran Kurung Media Prada
Ukuran Kurung Medina Prada.


Macam mana?  Minat tak dengan Baju Kurung Moden Medina Prada?  Bolehlah dapat sepasang untuk diri sendiri atau untuk mak mertua.  Bagi suami pula dapatkan sepasang untuk isteri tercinta, bertambah-tambah cinta di mata dan di hati. :P

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai lain-lain koleksi istimewa untuk baju hari raya klik SINI.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk dapatkan Baju Kurung Untuk Hari Raya.




31 Januari 2014

Bekerja pada hari cuti umum sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Corak ini merupakan corak ke-11 bagi tahun 2014.
Telah beberapa hari dihasilkan
hari ini baru berjaya diterbitkan untuk tatapan umum.


Selamat bercuti sempena Tahun Baru Cina.  Kebetulan pula tahun ini TBC jatuh pada hari Jumaat, menjadikan cuti untuk hujung minggu kali ini bertambah kepada 3 hari.  

Namun tidak semestinya 3 hari itu hari cuti buat semua kerana bagi sebahagian daripada kami terpaksa bekerja pada hujung minggu ini.  Termasuklah aye dan rakan-rakan sepejabat.  Bezanya pada hari cuti ini kali tidaklah perlu bergelut berebut trafik dengan bas sekolah, cikgu atau ibu-bapa yang hantar anak ke sekolah.  Tak perlu juga kejar thumb-print kerana masuk jam berapapun tidak menjadi soal.  Asal masuk pejabat dapat siapkan kerja apa yang patut sudah cukup bagus.  Yang bagusnya pada hari cuti sebegini tidak banyak gangguan seperti deringan telefon atau pelanggan yang datang bertamu.

Disebabkan kami tidak menyambut CNY maka tidaklah terasa sangat kesedihan terpaksa bekerja.  Cuma kasihan kepada anak-anak terpaksa ditinggalkan di rumah.  

Selamat bercuti dan selamat bertugas kepada semua.

Apapun aktiviti anda hari ini... semoga yang terbaik buat anda.  Berhati-hati di jalan raya.  Pastikan kesihatan dan kebajikan keluarga terpelihara.



suka duka pentas dunia





$$$



26 Januari 2014

Malu bertanya sesat jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekarang walaupun bukan musim cuti sekolah sesekali ada juga jemputan majlis perkahwinan.  Musim perkahwinan tidak terhap kepada cuti sekolah sahaja.  Walaupun secara lazimnya pada musim cuti sekolah saban hari ada saja majlis perkahwinan.


gambas hiasan


02 Ogos 2013

Pesanan ringkas sebelum bercuti pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ala-ala van penerangan la pulak kan... nak bagi pesanan segala bagai.  Perhatian sekali lagi... pesanan ini ditujukan kepada semua pembaca blog ini (termasuk penulisnya :D)

Pesanan mesra lagi berhemah ini sebagai ingatan kepada kita semua mengenai apa yang hendak dilakukan sebelum meninggalkan pejabat untuk bercuti panjang dan juga sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung berhari raya.

Pesanan berbunyi (kena baca kuat-kuat baru boleh dengan bunyi suara sendiri):

  1. Matikan semua suis lampu, kipas, penghawa dingin dan lain-lain peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, oven elektrik dan lain-lain yang seangkatan dengannya.  Cabut juga plug dari soket.
  2. Matikan juga suis AVR serta komputer termasuk mesin pencetak dan scanner di pejabat dan dirumah (yang mana berkenaan).
  3. Pastikan semua pintu dan tingkap rumah/pejabat ditutup dan dikunci dengan selamat.
  4. Pastikan tiada lubang/ruang yang membolehkan binatang liar memasuki rumah atau pejabat.  Haiwan liar seperti ular dan monyet.
  5. Jika ada tempat air bertakung, hendaklah dibuang dan dibersihkan dengan segera bagi mengelak nyamuk aedes membiak.  Contohnya pelapik pasu bunga.  Pastikan juga tiada bekas yang mengandugi air bertakung di Pantri.  Maklumlah nak cepat dah basuh pinggan mangkuk dan gelas cawan tu... terbalikkan jangan dibiarkan terdedah.
  6. Pastikan rumah atau pejabat ditinggalkan dalam keadaan bersih dan bebas dari sisa makanan bagi mengelakkan kehadiran serangga/binatang perosak seperti tikus, cencorot dan lipas.
  7. Tutup semua punca bekalan air (jika boleh) dan pastikan semua kepala paip ditutup sempurna bagi mengelak pembaziran.  Sekiranya terdapat air menitis dari paip air setelah ditutup ketat dan tak sempat nak panggil tukang untuk 'repair' maka letakkan bekas seperti besen dan letakkan span atau kain didalamnya.  Ini adalah untuk memastikan air tidak bertakung dan mengelakkan pembiakan nyamuk.


Pandu cermat jiwa selamat.

Biar lambat seminit asal jangan tidak sampai langsung.

Sekian adanya ... semoga perkongsian dan pesanan ini dapat dijadikan panduan bersama.  Selamat bercuti.

^-^

'

Carian