Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Hari Pertama Kuliah
Setelah sekian lama meninggalkan zaman belajar. Kini saya kembali menyambung pengajian di peringkat sarjana muda secara sambilan iatu belajat sambil bekerja. Pada peringkat umur begini sambung belajar adalah sesuatu yang amat besar maknanya. Manakan tidak dengar urusan rumah, anak yang masih sekolah... Namun mencari ilmu itu bukanlah menjadi penghalang kepada aktiviti keluarga mahupun urusan kerja. Yang penting adalah menghargai setiap peluang yang datang dan tidak mudah putus asa.
Semoga perjalanan pengajian ini dipermudahkan dan saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
28 September 2019
13 Januari 2012
Apa kaitannya baucer buku dengan top-up
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sekarang memang sedang 'in' pencarian mengenai baucer buku 1 Malaysia. Cuma satu yang kurang sedap di dengar apabila Baucer Buku 1 Malaysia ini khabarnya boleh ditukar dengan top-up.
Hello....., wahai adik-adik sekalian, baucer buku itu untuk buku satu kemudahan dan untuk meringankan beban keluarga serta beban pelajar sendiri untuk membeli buku rujukan dan bahan-bahan berkaitan alat tulis iaitu keperluan untuk pembelajaran.
Janganlah disalah gunakan baucer buku itu, memang lah dalam dunia ini ada penawaran dan ada permintaan. Biarkanlah pernawaran itu dengan tawarannya. Tak perlu diwujudkan permintaan lain yang merugikan diri sendiri. RM200.00 tu bukan sedikit jika dapat beli buku bukankah itu sesuatu yang menguntukan.
Fikir-fikirkan lah... dah belajar di Universiti tak kan tak boleh fikir sendiri...mana baik mana buruk..
*
07 Januari 2012
Baucer Buku 1Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Catatan ini dipetik dari laman web MOHE
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.
2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.
6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.
Sumber rujukan: http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html
Edited:
Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar UiTM (Perak) akan dilaksanakan pada 9 Januari 2012 (Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Seri Iskandar.
Agihan dibuat kepada semua pelajar UiTM (Perak) iaitu pelajar sepenuh masa, e-PJJ, PLK, DBA dan EMBA yang masih aktif sahaja dalam sistem SIMs.
Urusan agihan dilaksanakan oleh staf Pejabat Bendahari.
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA