Pageviews

Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

28 April 2016

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KUALA LUMPUR, Rabu – Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.


Gabenor Baharu Bank Negara
Gabenor Baharu Bank Negara

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber: IsmaWeb


Semoga kecemerlangan Bank Negara Malaysia akan diteruskan di bawah kepimpinan Gabenor baharu Bank Negara:  Datuk Muhammad Ibrahim

03 September 2013

Kesan kenaikan harga minyak petrol Ron95 dan Diesel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, 3 September 2013 tepat jam 12.00 malam atau lebih tepat pada jam 00:01 harga minyak petrol Ron95 dinaikkan sebanyak 20sen dari harga sedia ada iaitu RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter.  Harga diesel turut menerima kenaikan harga sebanyak 20sen seliter.

Sungguh satu kejutan yang amat luar biasa kerana sebelum ini kenaikan harga tidak begitu tinggi.  Tak tahu nak tulis macam mana sebab sudah tentu isu kenaikan harga sekarang ini sudah dimonopoli oleh ramai otai-otai blogger.

Sewaktu keluar atas urusan keluarga malam tadi (macam isi borang keluar waktu pejabat pulak), sempat juga meninjau stesyen minyak... melimpah ruah kenderaan hingga ke bahu jalan.

Cerita ini diteruskan begini...


Jalan raya pada awalnya kelihatan tenang dan trafik juga lancar.



Sehinggalah tiba ke satu tempat... kelihatan deretan kereta menunggu sesuatu di pinggir jalan


Sehingga di sini baru perasan rupanya pam minyak dah penuh sesak.


Kereta masuk ke stesyen minyak dari setiap pintu masuk... 


Walau apa pun yang berlaku perjalanan harus diteruskan ditemani lampu neon yang bergemerlapan.  Tiba-tiba terfikir apa perlunya deretan lampu warna-warni itu.  Seandainya sekadar hiasan untuk memberi warna kepada malam... hentikan saja... bukankan itu satu lagi pembaziran... atau akan tunggu sehingga naik lagi satu kadar?

Dah puas membaca (kalau baca terima kasih) dan melihat cerita dari gambar yang kabur itu, kita lihat pula kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat.  Kesan-kesan yang dinyatakan di sini adalah selain dari kesan biasa yang kita akan baca atau lihat.

1.  Isu utama dalam blog
Nak bagi tahu lah ... kan blogger ni wartawan tidak bertauliah.  Walau apa saja berita dan isu semasa semuanya nak dikongsikan bersama pembaca.  Tidak kurang juga isu itu dicoretkan sebagai catatan perjalanan atau diari seorang blogger.

2.  Topik perbualan hangat di Facebook dan Twitter
Kalau tak percaya buka facebook sekarang dan twitter... rata-rata isu kenaikan harga minyak menjadi topik utama.  Tak percaya... silakan percaya :P

3.  Petrol dan Diesel akan segera habis
Malam tadi, kemungkinan juga di sesetengah tempat akan adanya stesyen minyak yang kehabisan stok Diesel dan Petrol.  Ada ker?  Kalau tak habis pun dikatakan habis sebab nak simpan untuk detik 12 malam.

4.  Menjadi sebahagian daripada tajuk assignment, esei atau soalan peperiksaan
Kepada kalian yang sedang belajar terutama Diploma Pentadbiran Awam, topik ini akan menjadi sebahagian daripada tajuk assignment atau soalan peperiksaan akhir bagi Isu-Isu Semasa.  Cepat cari bahan dan banyakkan membaca apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kenaikan harga barang dan kesan-kesannya kepada kerajaan serta rakyat Malaysia.  Korang jangan tak tau ini boleh jadi contoh soalan gak nie...

5.  Meneruskan hidup seperti biasa
Walau setinggi mana sekali pun harga minyak dinaikkan kehidupan mesti diteruskan dengan cara dan kaedah tersendiri bagi mengikut perkembangan semasa.  Mungkin juga ada sebahagian daripada bajet terpaksa dicantas atau dikurangkan.  Teruskan hidup dengan akhlak mulia disamping penerapan nilai-nilai murni.  Tak perlu lakukan perkara yang tidak berfaedah...

Kesimpulan
Kenaikan harga minyak pada dasarnya adalah untuk membantu kerajaan dalam menjayakan usaha pembangunan untuk rakyat.  Adalah menjadi harapan rakyat agar usaha itu sampai kepada kumpulan sasar di peringkat akar umi dan tidak tersangkut pada mana-mana peringkat yang tidak sepatutnya.  Rakyat telah berkorban untuk menerima potongan subsidi... maka rakyat juga patut mendapat imbuhan yang setimpal di atas pengorbanan itu.


Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-56.


Sekian adanya... Selamat kepada semua rakyat Malaysia


20 Januari 2012

Ducati di RHB Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sebelum berceloteh panjang, tentu ramai yang tidak percaya termasuk Yangbaik sendiri, bawa sekarang ni RHB bank menawarkan Ducati kepada pelanggannya.  Ada yang berminat?  Ducati memang motor yang hebat sehebat namanya dan tidak kurang hebat juga adalah RHB Bank.

(gambar hiasan, sumber yahoo.com)


Hendak bercerita penuh dalam Bahasa Malaysia, Yangbaik kurang bijak sebab Yangbaik sendiri pun copy jer ayat-ayat di bawah ni dari laman web RHB.  Tak salah kan... untuk tujuan promosi jugak...

Just get to the point, here the story behind the Ducati dan RHB:


gambar hiasan - Ducati Monster 795 (sumber:  yahoo.com)
1.  Race for a Ducati.  RHB are giving away 3 Ducati Monster 795, 7 consolation prizes and 10 weekly prizes for 8 weeks!


(gambar hiasan, contoh penggunaan Android)

2.  RHB Now Available on Android.  Banking right here, right now with our new Android App

3.  Zakat Payment Online Promotion.  From now until 21 January 2012

4.  RHB Now Exclusive Deals. Enjoy additional discount on selected deals @ GoodDeals2u.com

5.  Win the 24" Toshiba LCD TV.  Fast and convenient, there is no better way to transfer money than with Western Union® via RHB Now (Internet Banking only).

For more story behind... click HERE.

~~~
catatan suka-suka dari Yangbaik untuk nuffnang dan RHB Bank.

^_^

09 Oktober 2011

Bajet 2012 | Antara bonus, kenaikan gaji dan kenaikan harga barang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bajet Malaysia 2012 telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2011. 

Banyak kebaikan dan faedah daripada pembentangan bajet berkenaan.  Terutama kepada ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 dapat one-off untuk anak-anak sekolah rendah hingga sekolah menengah. 

Dapat juga pelepasan cukai yang agak tinggi. Dan yang paling amat menggembirakan pastinya kakitangan awam, antaranya dapat tambahan bonus lagi setengah bulan gaji atau RM500.00 dan kenaikan gaji.

Apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kenaikan harga barang.  Sungguh tinggilah harapan kami bukan sahaja kakitangan awam tetapi mewakili juga rakyat Malaysia yang tinggal di kampung-kampung andainya jadilah harga barang naik sudah tentu menyusahkan.  Baru nak merasa naik gaji boleh hantar ke kampung lebih sikit, nak menabung untuk masa depan... tiba-tiba macam tiada kenaikan gaji pulak... manakan tidak harga barang dah melambung ... harga ayam pun dah mencecah RM9.00 sekilo belum lagi kira harga ikan mambung sekilo jer dah mencecah RM10.00.

Walau apa pun kenaikan harga barang itu pastinya ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan ekonomi negara dan juga situasi global yang rata-rata menuntut pengorbanan dari semua pihak.

Semoga kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa di tanah air Malaysia yang tercinta ini.  Cukuplah dengan segala musibah melanda selama ini... hentikanlah kekejaman sesama makhluk dan janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri. 

Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa, jangan diikutkan hati dan nafsu yang melulu, semuanya tidak berbaloi. 

Sekian. 

*.*

07 Oktober 2011

Belanjawan 2012 | Dasar Transformasi Nasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


7/10/2011. 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, dasar itu yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah 2020. Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi. Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Ahli Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya, pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


~~~~~

Terkejut atau tidak perlu terkejut kerana bukan semua rakyat Malaysia berminat nak ikuti perkembangan belanjawan 2012. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi lalu di hadapan kedai makan dan terdapat skrin besar di kebanyakan kedai makan, namun tidak kelihatan satu pun skrin yang memaparkan ucapan bajet 2012 yang sedang berlangsung.  Sebaliknya yang ditayangkan adalah perlawanan bola sepak, ... hiduplah sukan untuk negara!

Sedangkan kita dalam kekalutan nak cepat balik dan sampai rumah untung-untung sempat juga tengok kesudahan ucapan bajet 2012.  Paling tidak dapat juga tahu perkembangan terkini ekonomi negara.

Aku anak Malaysia Merdeka!

Sekian.

*.*


05 Oktober 2011

Kisah wanita dan 10 perkara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Wanita dan kisah hidupnya sering dikaitkan dengan banyak perkara, namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah berkaitan 10 perkara yang sering dicari iaitu wanita dan Ramadhan, kesuburan, lelaki, kerjaya, kesihatan, syurga, pekerjaan, ekonomi, komputer dan neraka.  Perkara-perkara ini sering ditemui dalam pencarian bersama mr google.

Graf hasil carian wanita dan 10 perkara (boleh dibesarkan dengan klik pada gambar)

Daripada graf berkenaan, adakah ia menggambarkan apa-apa situasi berkaitan kisah kehidupan wanita?  Contohnya lihatnya wanita dan kesihatan ianya adalah 'zero' atau 0%. Adakah kerana wanita tidak memberi perhatian atau tidak mengambil berat kesihatannya.

Sebaliknya jika dilihat kepada Wanita dan Pekerjaan dan Wanita dan Komputer, ianya menyumbang sebanyak 22%.  Adakah ia cukup kuat memberi makna bahawa wanita itu sudah mahir dengan komputer dan banyak terlibat dalam pekerjaan.  Wanita dan pekerjaan sebenarnya mempunyai konflik berkaitan dengan peranan wanita sebagai isteri dan juga sebagai pekerja. 

Namun wanita juga masih menguasai ekonomi sehingga memungkinkan wujudnya Dasar Wanita Negara.

Dan pada hakikatnya wanita dan lelaki tidak mungkin dapat dipisahkan sementelahan kejadian adam dan hawa mendahului kewujudan manusia di muka bumi ini.  Kerana itulah jugalah wanita harus ingat bahawa adanya syurga dan neraka tempat penghujung penghitungan pahala dan amalan di dunia.  Justeru wanita dan Ramadhan juga tidak bisa dipisahkan.

Sekian, sekadar renungan.  Wanita tiang negara, Rosak wanita rosaklah negara.

*.*

09 Ogos 2010

Hidup ini bukan kita yang menentukan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf, tajuk di atas aye pinjam dari Denaihati.  Tajuknya mungkin sama, tapi sebenarnya secara kebetulan saja kerana isi cerita mungkin berlainan dan memang berlainan sama sekali.

Tersebut suatu kisah tentang sebuah keluarga... Si isteri mendapat tawaran bekerja bagi suatu jawatan yang memang dah lama diidamkan.  Tetapi sayangnya lokasi kerjanya agak jauh dari keluarga.  Walaupun sekarang dengan gaji yang boleh tahan, cuma jawatan biasa-biasa saja, masih bersama keluarga dan susah senang dikongsi bersama suami tersayang... tak kiralah bermasam muka ke... selisih bahu ke... semua tu di depan mata.  Tetapi sekiranya si isteri jawatan baru tersebut, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga, iaitu suami dan anak-anak... patutke... kenaikan gaji baru pun taklah seberapa sangat... cuma sekadar naik pangkat jer.

Teringat juga kata-kata pakar (tanpa rujukan) psikologi dan pakar ekonomi, andainya kenaikan gaji tu kurang dari RM1000.00 atau RM2000.00 adalah tidak berbaloi untuk pindah keluar dari tempat sekarang dengan meninggalkan keluarga dan segala 'kesenangan' yang telah sedia ada... hanya kerana tak kerja 'kesenangan' yang belum tentu. 

Kesimpulan:  Dengan meninggalkan keluarga kerana menerima jawatan kerja baru, bermacam-macam perkara yang perlu difikirkan... antaranya:  Rumah Sewa, pengangkutan, ingatan pada anak-anak... dan yang paling penting... suami ... yeeeaahhh.

Semula:  Pasti juga akan kedengaran suatu kisah lain pulak....seakan-akan suatu alasan:
1.  tak cuba mana tau
2.  hidup ini perlu perubahan
3.  hidup perlu berani

dan jawapan untuk itu.... bersediakah untuk menghadapi semua cabaran dan godaan hidup bersendirian di tempat orang... sedangkan dah lama hidup berkeluarga

Rasa-rasanya sesuai tak guna tajuk "hidup ini bukan kita yang menentukan"?

Sendiri pikirlah...