Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Ibu bapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibu bapa. Papar semua catatan

04 September 2016

Lirik Nasyid Buatmu Ibu Nyanyian Aeman

Lirik Nasyid Buatmu Ibu Nyanyian Aeman 



Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Lirik Nasyid Buatmu Ibu Nyanyian Aeman, tidak sama dengan situasi sebenar?  Begitulah pada pandangan YB.  Berulang kali mendengar alunan ini menjadikan hati ini menjadi sayu dan terasa diri ini terlalu jauh untuk dikenang seperti ibu yang dialunkan.

Bagi setiap anak-anak,... ya begitulah yang mereka impikan dan tidak kurang juga impian kita sebagai ibu bapa.  Namun ada masa kita tewas dengan perasaan kita sendiri.  Lalu dikenang semula pengorbanan ibu kita yang terdahulu... Jauh sekali rasanya perbezaannya.  Tidak sama dengan kita.  Dan lagi ini sudah pasti amat sesuai untuk ibu kita.

Namun begitu, bait-bait dalam lagu ini sedikit sebanyak memberi semangat dan motivasi untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak dan juga isteri yang hebat buat seorang suaminya.


Gambar hiasan.



Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana…

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu… dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


Terima kasih baca entri ini, Lirik Nasyid Buatmu Ibu Nyanyian Aeman

29 Jun 2015

1 sebab utama mendapat taufik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1 sebab utama mendapat taufik


Sesungguhnya diantara sebab terbesar untuk dapat meraih taufik dari Allah Subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat adalah birrul walidaini (berbakti kepada kedua orang tua). Sebaliknya, diantara sebab terbesar yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah adalah 'uququl walidaini (durhaka kepada Ayah dan Bunda).  (Shalih al-Maghamisi hafidzahullah)


gambar hiasan


Oleh itu, sentiasalah kita berbakti kepada kedua orang tua kita.  Andainya mereka telah tiada, kita masih berupaya meneruskan bakti kepada orang tua kita dengan sentiasa sedekahkan pahala bacaan al-Fatihah kepada arwah mereka.  Selain dari itu, kita juga boleh terus berbakti kepada kedua orang tua kita dengan cara berbakti kepada sahabat-sahabat mereka serta saudara mara mereka yang juga merupakan saudara mara kita juga.

Sekian.  Semoga bermanfaat.

27 Jun 2014

Berbakti kepada kedua orang tua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berbakti kepada kedua orang tua



Sesungguhnya diantara sebab terbesar untuk dapat meraih taufik dari Allah Subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat adalah birrul walidaini (berbakti kepada kedua orang tua). Sebaliknya, diantara sebab terbesar yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah adalah 'uququl walidaini (durhaka kepada Ayah dan Bunda).  
(Shalih al-Maghamisi hafidzahullah)

29 Ogos 2013

Antara amalan utama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Berkongsi secebis pengetahuan yang ada.  Semoga bermanfaat buat diri sendiri dan semua yang membacanya.


Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.  (HR Bukhari)


Jom Solat


Berbakti kepada ibu bapa.  Gambar hiasan


Berjuang di jalan Allah.  Sungguh luas maksudnya.  
Yang paling jelas dan mudah difahami adalah mengikuti setiap suruhanNya dan menghindari laranganNya.  


Wallahu a'lam.


21 Julai 2013

Erti Sebenar kasih sayang dan kejayaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.



ERTI SEBENAR KASIH SAYANG

Renungan Buat Kita Semua:

Seseorang kanak-kanak yang secara lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya.  Insan seumpama ini selalunya tidak akan nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya.  Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan, dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.

Orang-orang seperti ini mungkin mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan yang sebenar.  Mereka suka merungut dan dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan bagi menambah apa yang sudah diperolehi.

Jika kita tergolong dalam kelompok ibu bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?

Kita boleh menyediakan anak-anak dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini.  Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan mangkuk bersama adik-beradik yang lain.  Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang betul.  Kita mahu mereka faham hakikat bahawa betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua, rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda mereka dahulu.

Perkara pokok yang sangat penting kita beri tumpuan ialah supaya anak kita belajar untuk menghargai usaha dan sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka, menghayati kesusahan yang mereka itu lalui dan menghargai usaha-usaha kerja berpasukan bagi mencapai apa yang diimpikan.  Kita mahu anak-anak faham bahawa kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan tawakkal yang seikhlasnya.






Sekian adanya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah tertulis di atas.

05 Julai 2013

Hikmah berbakti kepada ibu bapa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kemesraan antara anak dan ayah, semoga berkekalan hingga ke akhir  hayat.  
Gambar Hiasan

Sesungguhnya diantara sebab terbesar untuk dapat meraih taufik dari Allah Subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat adalah birrul walidaini (berbakti kepada kedua orang tua). Sebaliknya, diantara sebab terbesar yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah adalah 'uququl walidaini (durhaka kepada Ayah dan Bunda).
(Shalih al-Maghamisi hafidzahullah)



"gambar iklan tidak berbayar"

19 Jun 2013

Apakah erti kasih dan sayang seorang ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Masih dan sedang mengalami kejutan yang amat sangat.  Entahlah perasaan dan suasana yang sukar digambarkan apabila seorang anak menengking ibunya sendiri.  Kejutan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa, hanya pada kali ini ia agak melampaui batas dalam perhubungan antara anak dan ibu.

Update
Sebenarnya perasaan dan gambaran peristiwa di atas bukanlah terjadi dalam keluarga atau antara anak-anak aye.  Tetapi ia adalah peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan pada malam tadi.  Di mana keheningan dan kesunyian malam dipecahkan dengan jeritan dan pekikan seorang anak remaja kepada ibunya sehingga mengejutkan jiran sekeliling.

Justeru aye dedikasikan petikan doa ini untuk anak-anak aye, semoga mereka sentiasa menjadi anak-anak soleh. Dan, semoga doa ini juga bermanfaat buat semua orang yang membacanya.
Wahai anak-anakku, umi doakan semoga kalian menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat dan patuh kepada orang tua.  Jadilah anak yang mendengar kata dan hormat pada orang tua.  Semoga anak-anak umi berjaya di dunia dan akhirat disamping mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.  Semoga anak-anak umi juga dilindungi dari fitnah dunia dan akhirat. 
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan dosa saudara-maraku serta sahabat-sahabatku.  

Apa lagi yang hendak diperkatakan apabila seorang anak bercakap dengan nada yang lebih tinggi dari nada ibu bapanya.  Sedangkan di dalam al Quran ada menyatakan berkata 'ah' kepada ibu sudah dianggap berdosa.

Didedikasikan doa ini buat ibuku yang tersayang.  Semoga doa ini turut memberi inspirasi kepada pembaca supaya mempunyai hati dan perasaan kasih dan sayang kepada ibu walau siapa atau dimana ibu berada.
Wahai ibuku yang ku sayangAmpunilah dosa dan kesilapan anakmu iniDalam sedar atau tidak kekhilafan pasti berlakuSemoga ibu segera pulih dan sihat sejahtera 

Apakah masih ada doa yang baik dari seorang ibu
bila mana anaknya telah mengherdiknya dengan keras sekali
Apakah masih tersimpan sedetik kasih ibu
bila mana anaknya mengeluarkan amaran keras kepadanya
Apakah erti kasih dan sayang seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anaknya
bila mana anaknya langsung tidak menghormatinya

Wahai anak
Di mana letaknya harga kasih dan sayang seorang ibu
Terbayarkah nilai pengorbanan seorang ibu dengan herdikan dan cacian?
Berapa pula nilai kasih dan sayang seorang anak terhadap ibu dan bapanya?

Dalam adat berjiran kita sudah semestinya perlu membantu semampu kita, tetapi kiranya bantuan kita tidak dipedulikan apalah kiranya hak kita untuk mempertikaikan.

Semoga dengan entri ini dapat membantu kita dalam beretika terhadap ibu bapa dan orang tua sekeliling kita.  

Rumahku Syurgaku



23 Januari 2012

Tiga yang utama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiga perkara yang utama, terasa seperti ingin dibiarkan saja ungkapan itu kerana yangbaik tidaklah hebat dalam membuat huraian.  Sekiranya dibuat huraian bimbang disalah tafsir pula. 

Jadi, terima lah seadanya semoga memberi kefahaman dan pengertian buat semua.

Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.(HR Bukhari)






.

Carian