10 Surah Penghalang Ujian
Hidup kita tidak lari dari ujian. Mahu atau tidak ujian itu tetap datang dalam bentuk dan rupa yang berbeza. Ujian yang datang itu didatangkan oleh Allah mengikut kemampuan hambaNya. Kita selaku hambar perlu bersabar dan menerima setiap ujian dengan rela hati tanpa bersungut. Memang benar kita selaku manusia biasa yang lemah sering kali leka dan alpa namun itu bukanlah alasan untuk kita berusaha mengatasi setiap halangan dan ujian yang menimpa.
Berikut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh kita lakukan. Bacalah surah-surah berikut, selain daripada dapat menghalang ujian kita juga beroleh pahala yang besar kerana membaca Al-Quran.
- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
- Surah Ad-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.