Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label motivasi. Papar semua catatan

21 Jun 2024

Kenapa tiada semangat | Ke mana hilangnya semangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tak tahu nak kata macam mana semangat boleh hilang.  Hilang ke mana tak tau.
Mungkin juga semangat tu nanti boleh muncul semula lepas hayati lirik lagu ini... mana tahu kan




Semangat yang hilang

Tidak engkau seorang, juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan
Nanti aku disana, diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur manapun, jasad aku ditanam
Aku, akulah jua
Kita laksanakan, mati hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian, segunung harap di pulang
Usah diragukan keupayaan diri
Api yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya disini, "semangat kita hilang"

Semangat yang hilang, oh-oh
Kita cari pulang

Semarak impian, segunung harap di pulang
Usahlah diragukan, keupayaan sendiri

Api yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya disini, "semangat kita hilang"
Malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang
Biar ia berpesan, di lubuk hati terpendam

Di dalam kubur manapun, jasad aku ditanam
Aku, akulah jua

Kita laksanakan, mati hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian, segunung harap di pulang
Usah diragukan, keupayaan diri
Api yang membara, mengikutkan kata apa
Jawapannya disini, "semangat kita hilang"

Semangat yang hilang, oh-oh
Kita cari pulang
Semarak impian, segunung harap di pulang
Usahlah diragukan, keupayaan sendiri

Api yang membara, mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini, "semangat kita hilang"

Malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang
Biar ia berpesan, di lubuk hati terpendam

Malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang
Biar ia berpesan, di lubuk hati terpendam

Malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang
Biar ia berpesan, di lubuk hati terpendam

Malu bertanya kawan, sesat cari jalan pulang
Biar ia berpesan, di lubuk hati terpendam

Sumber: Musixmatch
Pencipta lagu: Js Kevin


07 Januari 2021

12 TIPS BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semoga hari-hari yang kita lalui senantiasa dikelilingi keindahan dan kebaikan.  Hari ini, akak nak share tips kenapa kita perlu berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain?  Jawapan mudah adalah kerana kita tidak sama dengan orang lain.  




12 TIPS BERHENTI MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

  1. Fikir kenapa anda perlu membandingkan diri anda dengan orang lain?
  2. Adakah cara hidup anda sama dengan cara hidup orang lain? 
  3. Betulkah kehidupan orang lain lebih sempurna daripada anda?
  4. Mungkin hanya daripada luaran sahaja
  5. Setiap orang unik dan berbeza 
  6. Renung... hidup bukan pertandingan, hidup adalah perjalanan
  7. Perjalanan hidup anda tiada kaitan dengan orang lain 
  8. Anda yang menentukan apa yang anda mahu dan ke mana anda mahu pergi 
  9. Gagal itu biasa sebab anda manusia yang tidak sempurna
  10. Yang penting anda bangun dan usaha lagi 
  11. Ingat apa sahaja yang anda lalui pastinya bersesuaian dengan kehidupan anda
  12. Lalui kehidupan anda dengan penuh bersemangat, sabar dan tawakal kepada-Nya.

Sama-sama kita perhatikan diri sendiri, ada tak yang tersangkut pada mana-mana nombor di atas.


Terima kasih. 

22 Julai 2020

7 tips kurangkan sikap bertangguh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




7 tips kurangkan sikap bertangguh




Kenapa kita suka bertangguh satu-satu kerja? Sebabnya, Matlamat kita tak jelas!

Untuk mengatasi sikap bertangguh, kita perlu lakukan sesuatu supaya sikat itu tidak mengganggu masa depan kita.  Memang sukar untuk tukar sikap kita, tetapi kita perlu berusaha untuk mengubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Mari kita sama-sama hati tips untuk mengatasi sikap bertangguh.  Tak dapat buat semua jangan tinggal semua.  Sekurang-kurangnya ada sesuatu dari tips berikut yang mampu kita lakukan.


1) Pilih apa yang kita nak dalam kehidupan.   Contoh : Buatlah sasaran yang jelas seperti apa yang kita nak capai dalam tempoh 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan seterusnya.


2) Tulis atas kertas! Jangan biarkan dalam otak.  Bila ditulis, kita akan baca dan nampak setiap masa.  Sebaiknya tulis dengan terang dan tampal di lokasi yang senang kita nampak.


3) Tetapkan tarikh untuk capai matlamat.  Tarikh biar terang,


4) Senaraikan tindakan-tindakan untuk capai matlamat yang ingin kita capai.


5) Susun tindakan itu mengikut keutamaan.


6) Buat tindakan serta merta!


7) Jangan buat benda lain selain dari apa yang kita nak buat


Sebab, ini adalah salah satu tindakan yang akan bantu kita untuk capai apa yang kita nak.  Bila sudah buat semua senarai ini jangan hilangkan, baca dan tengok setiap hari, lagi bagus tampal dekat dinding pintu bilik kita, bila keluar kita nampak barulah kita sentiasa ingat dan akan masuk dalam minda bawah sedar kita.


Semoga bermanfaat ! 😍  7 TIPS KURANGKAN SIKAP BERTANGGUH 

14 Jun 2020

Bercakap dengan pemenang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bercakap dengan pemenang




Bercakap dengan pemenang, hasilnya positif.
Bercakap dengan orang berusaha, hasilnya positif.
Bercakap dengan orang rajin, hasilnya positif.
Bercakap dengan orang yang suka cari penyelesaian, hasilnya positif.

Itu bezanya. Semoga kita juga jadi begitu dan buat orang suka bercakap dengan kita.


Terima kasih.

27 Oktober 2015

Kesan daripada penulisan dan teguran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kesan daripada penulisan dan teguran


Setiap hari kita menegur orang dan setiap kali juga kita ditegur.  Teguran dalam bentuk tulisan dan juga dalam bentuk lisan.  Kesan dari daripada teguran itu yang 'makan dalam' sehingga memakan diri sendiri atau juga boleh memberi kesan kepada orang sekeliling kita.  Teguran secara lisan boleh lah kita kata umpama mencurah air di daun keladi atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan.  Tetapi tidak semua orang begitu penerimaannya, ketika ditegur dia diam seperti tidak faham tetapi kesannya kepada diri orang yang ditegur itu kita tidak tahu sehinggalah dia bertindak diluar jangkaan kita.


Tidak semua orang mampu bertenang dengan baik apabila ditegur.  Tambahan cara teguran yang mengguris hatinya.  

Sebagai manusia normal kita harus ingat tidak semua orang mempunyai nasib yang sama seperti kita. Tidak semua orang mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama kerana setiap dari kita lahir pada masa dan tempat yang berlainan.  Cara penerimaan dan kefahaman kita juga berbeza walaupun pada isu yang sama.

Bukannya YangBaik berhasrat untuk menolak teguran.  Tetapi teguran yang diberikan itu biarlah berpada bukan secara paksaan.  Kerana kesannya kita tidak tahu.  Apa yang akan terjadi dan bagaimana pula penerimaan orang bila dipaksa.  Tegurlah secara berhemah dan lemah lembut.  Kita kan kaya dengan bahasa yang indah-indah.  

Dalam keadaan tertekan bila ditegur secara kasar dan dipaksa tanpa kerelaan, ada ketika akal menjadi buntu dan bakal berakhir dengan jalan yang singkat... terjun bangunan dan sebagainya.  Fahami situasi orang yang kita tegur.



Kita yang ditegur sudah pasti memerlukan masa yang panjang untuk berfikir dan bertindak. Memahami arahan dan teguran bukanlah sesuatu yang mudah ketika kita berada dalam saat genting antara mengawal emosi dan menurut 'arahan'.

Tabahlah dalam mengharungi ujian kehidupan.  Biarkan ujian itu berlalu tanpa sebarang calar. Kerana setiap ujian yang menimpa kita itu adalah sesuai dengan tahap kekuatan kita.

Maaf seandainya tulisan ini mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati. 

Tegurlah saya sekiranya tulisan ini menyakitkan hati dan perasaan anda.


02 Jun 2015

Penentuan itu bukan milik kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Penentuan itu bukan milik kita. Biasa kita dengar ungkapan "kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan". Biasakan! Bukanlah bermaksud saya hendak menolak perancangan kita, tetapi begitulah lumrah dalam kehidupan seharian.

Kita semua bahkan semua orang telah merancang yang terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Namun bila tiba hari kejadian ada pula dikalangan ahli kita yang ditimpa musibah. Kita tahu dan semua orang tahu bahawa musibah itu tidak diminta. Tiada siapa yang meminta ditimpa musibah.

Musibah yang melanda ahli kita itu pastinya turut memberi kesan kepada kita. Dengan itu kita perlu ada perancangan kedua atau pasrah saja dengan apa yang bakal kita terima.



Semoga setiap perancangan kita mampu terlaksana dengan baik tanpa aral melintang. Namun setiap rintangan yang tiba sebenarnya ujian ketabahan buat kita.

Sekian.
posted from Bloggeroid

12 Mei 2015

Bagaimana berhadapan saat sukar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana berhadapan saat sukar


Sesuatu yang sukar kita lakukan, apatah lagi bila kita termasuk dalam kategori cepat melatah atau cepat patah semangat.  Bukan nak kata orang lain tetapi peringatan juga buat diri sendiri supaya tidak cepat melatah.

Berikut adalah catatan yang sempat diambil dari sumber yang tak sempat dikreditkan.  Kerana tidak ingat sebenarnya diambil dari mana memandangkan catatan dalam entri ini telah lama disimpan dalam kotak draf.  Kebetulan hari ini baru sempat nak edit semula.

"Heart"


Senarai yang perlu dilakukan.  Dapat lakukan sebahagian saja sudah cukup ketika berhadapan saat sukar.


  1. Bertenang
  2. Bersabar
  3. Ambil Peluang untuk Muhasabah Diri.  Kenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan, kelebihan diri sendiri
  4. Berdiam diri
  5. Menangis - senjata paling kuat wanita?
  6. Berdoa - mohon kekuatan


Pada saat sukar kita memerlukan ketenangan.

Semoga bermanfaat.


23 April 2015

Bagaimana mendapatkan kekuatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana mendapatkan kekuatan


Bagaimana hendak dimulakan hari yang penuh dengan cabaran.  Setiap hari ada saja cabaran. Setiap cabaran yang kita tempuhi itu secara tidak langsung memberikan kita kekuatan... sedikit demi sedikit. Kita kadang-kadang tidak sedar ada di antara cabaran itu hanya kecil sahaja tetapi mampu mengubah cara kita berfikir dan bertindak.  Ada sebahagian pula cabaran dilihat sebagai terlalu besar tetapi tiada tindakan yang diambil... mungkin juga kerana terlalu sukar untuk dihadapi.

Jam tangan Guess 

gambar hiasan

Jam tangan berjenama, contohnya Guess pastinya menjadi sebahagian daripada kekuatan untuk kita. Untuk mendapatkan jam tangan berjenama yang asli pada segelintir orang mungkin tidak sukar tetapi agak sukar bagi kita yang kurang berkemampuan.  Dengan sumber kewangan yang terhad terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian, mana mungkin kita mampu memiliki jam tangan berjenama asli.

Walaupun jam tangan itu hanya sebagai kekuatan untuk kita di dunia, kita tidak seharusnya leka dengan kekuatan yang wajib kita tempuhi untuk mendapatk kebaikan di akhirat sana... suatu tempat yang abadi tanpa pengakhiran.  Kekuatan kita yang abadi adalah doa, ikhtiar dan tawakkal.

Semoga kita beroleh kekuatan dan kemenangan.


31 Oktober 2014

Jadi diri sendiri lebih normal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jadi diri sendiri




Jadi diri sendiri
tidak kira apa orang lain fikir
Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian dengan sebab yang tersendiri
Jadi diri sendiri itu lebih baik dari meniru 

Okey tak ... akak punya terjemahan? :P

Moralnya:
Walaupun kita ada kekurangan kita tidak seharusnya melihat kelebihan pada orang lain itu satu kelebihan kepadanya atau dia lebih dari kita.
Kerana, kita tidak nampak kekurangan yang dia simpan.
Dengan itu, kita juga seharusnya bijak menyimpan kekurangan diri kita tetapi tidaklah pula dengan senang hati menonjolkan kelebihan secara melampau.  Ini sudah lebih...

Sebenarnya siapapun dalam keadaan apapun kita, hanya kita sendiri yang tahu.
Apa yang orang lain kata atau fikir itu kita jadikan sebagai panduan sahaja untuk kita lebih mengenali siapa diri kita.
Tidak perlu rasa rendah diri sangatlah...

okey semua... 

( ^_______^ )



20 Oktober 2014

Bertindak atas kenyataan

Assalamualaikum


Bertindak atas kenyataan

Itulah sebaik-baiknya.




Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.

Perkara utama harus kita utamakan dan fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

Tiada guna kita bertindak melulu tanpa fakta seandainya kelak tindakan itu memakan diri sendiri dan menjejaskan reputasi kita.

Kita bertindak bukanlah semata-mata untuk mengampu atau mendapat nama tetapi untuk kebaikan semua pihak.

Agar kelak tiada pihak yang boleh permainkan tindakan kita, kita harus bijak dalam setiap tindakan dan keputusan.

~(@^_^@)~

( ^_^ )/~~拜拜

Terima kasih.
posted from Bloggeroid

08 September 2014

Lumrah yang tidak patut diamalkan walaupun seketika

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Terlewat sangat kemaskini blog untuk hari ini.
Kelewatan sebegini bukanlah tidak pernah berlaku.
Sudah lumrah bila kesibukan bertamu di muka pintu maka perhatian kepada yang lain akan berkurangan.

Sudah sering dan seolahnya menjadi lumrah sesetengah individu apabila mendapat arahan, akan memberikan jawapan "tidak tahu". Walaupun dia tahu bahawa itulah jawapan yang sewajarnya.

Natijahnya... orang lain yang menjadi mangsa untuk menjawab kepada jawapan yang "tidak tahu". Orang lain terpaksa mengambil tahu banyak perkara bagi mendapatkan jawapan sehingga tugasnya yang lain tergendala.

Tolonglah... elakkan daripada menjawab "tidak tahu" sebelum mencari jawapan sebenarnya.

Berusahalah untuk memberikan jawapan selain daripada "tidak tahu".

Berilah sedikit simpati kepada orang lain yang terpaksa menjawab persoalan yang bukan sepatutnya dia cari.

Jika tiada jawapan dan malas berusaha jangan pula dipertikai penghargaan yang diberikan kepada orang lain di atas usahanya.

Lumrah manusia yang suka memberi jawapan "tidak tahu" perlu dikikis dan tinggalkan. Kita bukan anak kecil yang tidak tahu mencari jawapan.

Berusahalah untuk menjadi yang terbaik, jika tidak kepada jabatan kepada diri sendiri.

Selamat! ( ^_^ )/~~拜拜

posted from Bloggeroid

25 Ogos 2014

Putihkan hari dengan motivasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Putihkan hari Isnin dengan Motivasi


Isnin, 
Mulanya hari bekerja 

Isnin,
Kelmarin meja ini ditinggalkan dengan riang
Meja ini dibersihkan dari kotoran dan saki baki longgokan kerja

Isnin,
Hari ini meja itu penuh kembali dengan pelbagai macam istilah
Baru terasa sebenarnya meja ini bukan ditinggalkan bersendirian
Biarpun pintu itu berkunci
Inovasi mencipta pintu dibuka untuk dilonggokkan kerja atas meja
Ha ha ha...

Isnin,
Ku mengharapkan motivasi di awal pagi ini mampu memutihkan semangat yang lemau
Inilah hari Isnin... penuh dengan kontroversi
aku yang perlu berubah demi membawa semangat baru 
Motivasi hari ini..... menjelang tengahari semua kerja yang dirancang sewajarnya disiapkan
Ketepikan gosip-gosip 'liar' yang menerawang di muka pintu 
Tumpukan sepenuh perhatian
Semoga layar khidmat hari ini berkibar megah semegah jalur gemilang.



10 Ogos 2014

Antara Motivasi dan Tabiat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara motivasi dan Tabiat

Motivasi merupakan apa yang membuatkan anda memulakan.  Tabiat merupakan apa yang membuatkan anda meneruskannya.

Motivation is what gets you started.  Habits is what keeps you going.

Motivasi dan tabiat bukanlah sesuatu yang baru.  Kerana dengan semangat dari perkataan keramat itulah yang menjadikan kita berupaya bergerak dan melakukan sesuatu walaupun kadang-kadang kita tidak suka.


09 Ogos 2014

Di sebalik kejayaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Disebalik kejayaan


Di sebalik kejayaan seseorang, terdapat begitu banyak ‘tahun-tahun’ yang tidak berjaya.

Tanpa kita sedari kejayaan kita pada hari ini terhasil setelah kita mengharungi banyak hari yang tidak berjaya pada tahun-tahun yang lepas.

Tidak bermakna pula kita harus berhenti berusaha setelah kita berjaya pada hari ini.  Kerana kejayaan itu tiada noktah.

Dan sudah pasti kita akan terus mengejar dan mencari kejayaan untuk kehidupan di dunia dan akhirat.





22 Mac 2014

Siapa bos yang bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Malam ni up blog dari hp guna bloggeroid. Agak lama juga aplikasi ini terbiar.




Tak tahu pula nak up cerita apa. Agaknya kalau up cerita mengenai bos yang terkena boleh laku tak?

Tak kisah juga sebab blog ini aye yang punya. Tetapi usah bimbang kerana amat jarang sangat aye masukkan nama sesiapa di dalam penulisan kecuali kisah anak-anak.

Bos yang terkena?

Bila diangkat menjadi bos, kita biasanya akan tersepit antara bos tertinggi, staf bawahan atau sama bos yang sama line dengan kita (dalam carta organisasi jabatan). Lagi perit bila salah satu kumpulan itu lebih berusia dari kita. Masalah juga boleh timbul pabila mereka itu dahulunya kawan-kawan atau juga orang yang lebih lama berkhidmat dari kita.

Ini kira bos dah kena buli la yer.

Bila difikirkan semula... semua itu hanyalah prejudis kita sahaja apabila kita menjadi bos yang tidak bijak.

Bos yang bijak adalah bos yang pandai ambil hati semua orang, pandai berkomunikasi, pandai menyusun strategi, pandai jaga maruah diri tanpa mencalar atau menggugat maruah dan peribadi orang lain

Tidak kurang juga bos sepatutnya bijak membahagi masa dan mengagih tugas serta berani membuat keputusan dan bertanggungjawab atas setiap pilihan yang diambil.

Di mana nak dapatkan semua ilmu pengurusan dan pentadbiran begini?

Semuanya adalah melalui pendidikan, pengetahuan, pengalaman, pendedahan, pemerhatian dan sedikit datangnya dari baka atau semulajadi.

Banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi bos yang tidak dibuli.

Ambil masa untuk mendalami maksud menjadi bos dan berubahlah segera untuk menjadi tegas dan berani tanpa menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Sekian adanya.

posted from Bloggeroid

20 Mac 2014

Bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini bukan sekadar membuat pilihan ya atau tidak tetapi lebih daripada itu.  Dalam menghadapi dilema untuk sesuatu yang tidak pasti kita sebenarnya ada pilihan.  Pilihan itu terpulang kepada kita hendak buat atau tidak, hendak pergi atau tidak, hendak pilih atau tidak semuanya bergantung kepada suara kecil dalam lubuk hati kita.



Kita memang akan sentiasa berhadapan dengan berbagai pilihan.  Kadang-kadang kita melihat dilema itu seperti tidak memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan.  Tetapi percaya atau tidak setiap pilihan yang kita ambil itu ada hikmah tersembunyi.

Untuk mendapatkan hikmah terbaik bagi setiap pilihan yang diambil ia hendaklah diiringi dengan tawakkal dan tawassul kepada Allah.  Dengan yakin dan percaya bahawa pilihan yang kita ambil itu adalah yang terbaik kepada kita.  Mungkin juga kita tidak melihatnya pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang ia akan menjadikan ia sebagai pilihan yang terbaik.

Memang perit sebenarnya untuk menyatakan pilihan itu yang terbaik sekiranya ia menyebabkan kita kecewa atau orang lain kecewa.  Bersabar dan bertenang serta ingatlah bahawa setiap pilihan itu adalah takdir dari Allah.


Tetapi antara pilihan buruk dan baik... sekiranya kita telah tersilap memilih yang buruk segeralah kembali ke pangkal jalan dan beristighfar... bersyukurlah kerana kita masih ada masa untuk melakukan yang terbaik.  Kesilapan lalu dijadikan iktibar dan sempadan dalam menilai kehidupan dan peranan kita di muka bumi ini.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab atas apa juga pilihan yang kita buat.  Kesilapan dalam membuat pilihan adalah kerana kelemahan pengetahuan serta pengalaman kita sendiri.

Hidup ini bukan sekadar pilihan.  Beruntung insan yang sentiasa mendapat kebaikan dalam setiap pilihan dibuat.  Tak perlu curiga atau cemburu dengan pilihannya tetapi berusaha dah berdoa agar pilihan yang kita pilih juga terbaik untuk kita, agama kita, keluarga kita serta insan sekeliling kita dunia dan akhirat.  Semoga pilihan yang diambil itu tidak mendatangkan mudarat dan musibah kepada diri kita dan manusia sekeliling kita.

Sentiasa muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri semoga titik kesilapan yang telah ternoktah itu bisa ditukar kepada hasil yang lebih baik diiringi dengan keinsafan.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

07 Februari 2014

Jangan abaikan pandangan pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jangan abaikan pandangan pertama

Entah apa yang dipandang 3 beradik nie.
Gambar hiasan



Jangan abaikan pandangan pertama.  Begitulah kita yang kadang-kadang tidak ambil kisah dengan penampilan dan pandangan orang pada pertama kali berjumpa.  Mungkin juga kerana terpengaruh dengan kata-kata 'Don't judge a book by it's cover' atau Jangan adili buku itu pada kulitnya.  Betultak?

Sebenarnya kita tersilap sedikit sekiranya kita terpengaruh dengan kata-kata itu.

13 Januari 2014

Jangan kata tidak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar dari akaun instagram yangbaik.  belum publish lagi ehhh


Kenapa jangan kata tidak?  ... dulu-dulu masa mula-mula masuk kerja, pernah dan selalu juga kawan baru (sebenarnya bos) akan kata "jangan kata tidak boleh" atau "jangan kata tidak tahu".  Mula tu bukan tak faham apa yang dimaksudkan tetapi tak faham mengapa 'bos' mesti kata macam tu... kat aye.  Tak suka sungguh... macam benci pun ada.

10 Januari 2014

Cabaran atau peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran atau peluang

Masih terkesan lagi dengan ungkapan yang tertera pada banner satu majlis dan kemudiannya diungkapkan pula oleh seorang ahli akademik pada bulan lepas.  Ungkapan yang cukup memberi makna dan rasanya inilah peluang yang aye perolehi setelah berjaya melepasi cabaran untuk hadir ke program berkenaan.  Nama program yang diringkaskan dengan CHAD2013.

07 Januari 2014

Apa yang tiada kaitan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cadangan gambar untuk hiasan

Apa yang tiada kaitan?
Sekadar nak berkongsi rasa dan pandangan.  Walaupun mungkin ramai yang tidak bersetuju atau tidak kurang ada juga yang mencemuh.  Apa sajalah.

Sedar atau tidak sekarang kerajaan Malaysia telah memperkenalkan 'no wrong door policy' atau polisi tiada pintu yang salah.  Bermaksud siapa juga boleh menyelesaikan aduan dan pekerjaan yang tersilap diterima. Bukan kerana hendak buat semua kerja atau semua benda nak kena ambil tahu tetapi lebih kepada hendak memudahkan semua pihak.

Macam ahli politik pula.... suka tak?  Memang tak suka.

Bila bos dah beri arahan... jangan banyak soal
kenapa saya yang kena buat,
kenapa bukan dia...
kan kerja ini ada kaitan dengan dia
kerja ini tiada kaitan pun dengan saya
kenapa ganggu saya

Eh hello... awak ingat arahan tu saja-saja bos nak bagi...
jangan pulak nak anggap bos tu dah kena 'mandrem'

Ohhh bodek bos ehhh
Alahai... buat apalah nak bodek bos tu
bukan boleh jadi jutawan pun
bos pun bukan jutawan

Kalau buat-buat tanya tu tak boleh ker?
Jawablah dengan sopan...
bila dah tak mampu atau tak boleh
berterus terang saja dengan bos
tetapi pastikan pula alasan yang diberikan itu paling kukuh di dunia
dan alasan yang awak bagi tu... cukup kuat
serta awak sendiri yakin dan percaya dengan alasan yang diberikan itu adalah benar
bukan alasan yang direka-reka

Balik semula kepada bos
Dah jadi bos jangan sesuka hati bagi arahan tanpa usul periksa keupayaan staf
ehh... silap pula
bos memang dah tahu semua tu
Dah jadi bos jangan mudah terpengaruh dengan 'bodekan' staf
dah jadi bos jangan juga mudah percaya bulat-bulat apa yang dikatakan orang sekeliling..
Dah jadi bos kena rajin 'study' gerak badan dan gaya bahasa staf...

eh sakit...

tak tau lah apa yang dikarang di atas difahami atau tidak...
cuma sekadar luahan untuk meredakan rasa hati yang terbuku
paling tidak dapat berkongsi perasaan

semoga tidak menyusahkan

sekian


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


-


Carian