Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan

10 Ogos 2017

Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah


Bagaimana nak dapatkan bayi pintar?
Kenalkan al-quran kepada anak.
Betul, kenalkan alQuran kepada anak.
Inilah hadiah PERTAMA yang kita perlu berikan sepenuhnya.
Bila anak dah biasa dengar ibu baca Al Quran, tak mustahil anak pun suka membaca Al Quran.
Bila ayah suka berdoa sepanjang ibu mengandung, anak akan terdidik menjadi baik seperti yang didoakan.

Bagaimana nak laksanakannya?


Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah

Program Bayi Pintar EQ Kasih by Dr Hidayah


Tarikh:
19 - 20 Ogos 2017

Tempat:
Petaminda, Bangi

Apa yang dipelajari?
#Cara meransang minda bayi
#terapi minda
#deep breathing exercise
#carta tumbesaran bayi
#menu ibu sihat

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta.  

szi 💖

21 September 2016

Baby Stroller Idaman Quinny Zapp Xtra 2 Baby Stroller

Baby Stroller Idaman Quinny Zapp Xtra 2 Baby Stroller


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baby Stroller Idaman Quinny Zapp Xtra 2 Baby Stroller.  Untung ibu-ibu zaman sekarang, ada banyak pilihan baby stroller.  Banyak jenis dan banyak ragam.  Dan sudah pasti setiap ibu impikan stroller yang terbaik buat si manja.  Stroller bukan saja memudahkan perjalanan bersama si kecil tetapi juga turut menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.  





Baby Stroller terbaik buat di kecil


Sedang mencari Baby Stroller terbaik untuk si kecil anda? Serius... memang rambang mata kalau kita survey baby stroller ini. Ada pelbagai jenama yang ada di pasaran. Nak pilih yang sesuai bukan senang. Selain kita pilih jenama, kita juga pilih kualiti supaya stroller tersebut boleh tahan lama dan selamat.

Apa yang penting bayi kita selesa dan selamat. Itu adalah matlamat penting dalam pemilihan stroller bayi. Diharapkan para ibu jangan ambil ringan perkara ini.

So.... di sini saya nak review satu baby stroller yang paling top di kalangan ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. Jenama Baby stroller ini boleh saya katakan adalah top list di dalam senarai jenama baby stroller yang ada di luar sana.

Baby Stroller yang saya perkatakan ini adalah Quinny Zapp Xtra 2. Yes, jenama Quinny memang tidak asing lagi. Dalam banyak-banyak model. Model Zapp Xtra 2 adalah diantara model yang mampu milik berbanding model Quinny yang lain.






Model Quinny Zapp Xtra 2.0 ini sesuai untuk new born sehingga anak berumur 3 setengah tahun. Anda boleh lihat gambar dibawah sebagai rujukan.


Sangat berbaloi kan? Lama juga boleh digunakan.



So, Quinny Zapp Xtra 2 memang bagus sebab dia boleh fold terus. Jadi memang kecik dan kompak. Space dalam bonet kereta anda boleh jimat. Tengok gambar dibawah.








Dibawah adalah details Quinny Zapp Xtra 2.0



  • Very Compact: Quinny Zapp Xtra 2 can be folded with the seat into a compact package.
  • Extremely Manoeuvrable: The Zap Xtra 2 swivel wheel guarantee ease of steering, moving around any obstacles in the city
  • 3 Forward and 2 rearward positions: Choose from 3 forward and 2 rearward facing recline positions for Xtra seating comfort.
  • Height Adjustable Footrest: The footrest adjusts is to allow for your child’s relaxed afternoon nap.
  • Repellent Fabrics: The Quinny Zapp Xtra 2 seat cover is water repellent, so simply wipe-clean any spill.
  • XL Sun Canopy: The Quinny Zapp Xtra 2 has an XL canopy to shield your child from sun, wind and rain.
  • Shopping Basket: Shopping is made is with the spacious, easy access shopping basket that holds up to 5kg.
  • Swivel Wheel: Move around smoothly without hassle or lock the swivel front wheel on rough terrain.


Masih tidak dapat gambarkan bagaimana Quinny Zapp Xtra 2 ini?


Apa kata tonton video dibawah. Memang Awesome stroller ini.







Testimoni Ibu Yang Sudah Beli


Ibu 1: Memang puas hati beli sebab anak memang nak duduk dalam stroller dan pengendalian stroller ni pun best, smooth je tolak dan agak compact jugak. Letak dalam boot kereta memang tak mkn space .


Ibu 2: The 3 wheels make it so easy to push and turn around with very little space (I’m sure I could do a 360 degree turn in it on the same spot!) It was easy weaving through the crowds at The Baby Show!


Ibu 3: Untuk yang selalu travel naik flight, i tak rasa quinny zapp xtra ni is the best choice.

Opss... sebelum lupa. Stroller ini boleh pasang sekali dengan Maxi-Cosi Cabriofix. Jika baby new born sesuai beli sekali dan boleh diangkat dan pasang di dalam kereta pula.





Dimana Mahu Beli Stroller Ini?

Ok... part ini sebenarnya kene hati-hati juga. Sebab saya pernah lihat ada Quinny Zapp Xtra 2.0 tiruan yang dijual Pusat Borong di Klang. Jadi hati-hati jika ada yang jual murah.



Silalah beli di butik-butik bayi yang diyakini. Tapi jika anda ingin membeli diatas talian.



Saya cadangkan anda beli di website The Baby Store ( www.thebabystore.com.my) . Website ini memang menjual Quinny original yang diambil melalui distributor di Malaysia.



Ada juga yang jual stroller ini yang diambil melalui Singapore. Tapi masalah yang akan anda hadapi adalah jika berlaku kerosakkan. Nak repair? nun.. kene hantar ke Singapore.... memang tidak berbaloi.



So.. memang saya rekemen beli sahaja di website The Baby Store. Diskaun pun ada juga.. jangan risau. Apa yang penting beli barang Original tanpa was-was.



Klik sahaja butang "Order Now" dibawah jika anda ingin dapatkan baby stroller ini.



Jika anda first time daftar di website tersebut. Jangan lupa claim 200 points masa check out. Ada diskaun lagi. Eh... ada lagi tau... setiap RM1 belian anda beli. Anda akan kumpul mata ganjaran juga dimana anda boleh tebus pada belian seterusnya... Memang jimat. Serius.


Selamat Berbelanja.






Terima kasih baca entri ini, Baby Stroller Idaman Quinny Zapp Xtra 2 Baby Stroller

.

27 Julai 2016

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah di beli dari jualan amal Persatuan Pelajar di FSSR. Banyak lagi shawl yang dijual, ada pelbagai pilihan warna dan corak serta saiz.  Sudah lama sebenarnya mencari shawl untuk Irdina Huda.  Tudung yang ada sekarang adalah tudung sarung jenis Ariani.  Sebelum raya lepas memang mencari shawl yang sesuai, tetapi tiada yang berkenan di hati. Tambahan pula dengan kesuntukan masa, tak sempat survey.  Cari kat kedai atas talian pun tak jumpa juga yang berkenan.

Kebetulan hari ini ada jualan oleh pelajar-pelajar FSSR, maka sempatlah singgah sekejap.  Itupun nak cepat juga, singgah dalam perjalanan ke satu perjumpaan lain.  Belek belek sekejap, mata terus terpaut dengan corak dan warna yang comel ini.

Dua shawl comel

RM 1.00 sehelai.  Percaya atau tidak?

Macam tak percaya kan?  Tetapi itulah, akak pun dua tiga kali tanya adik-adik pelajar tu.  Tak yakin dengan jawapan dia, bayar dengan duit besar sikit.  Dan, bila dapat baki... maka betullah itu harganya.  Entah di mana mereka dapat modal dan keuntungan dari perniagaan mereka ini.

Apa yang pastiny dua helai shawl ini akan dihadiahkan kepada Irdina Huda.  Konon-kononnya Angah sebab dia anak ke dua.  Tetapi tak pernah panggil pun dengan gelaran tu.

Shaw ini juga sebagai hadiah kerana cemerlang dalam peperiksaannya yang lepas.  Tahniah Angah!.


Terima kasih sudi baca entri ini Dua shawl comel jadi pilihan untuk Angah

25 April 2016

Inas Insyirah dan Che Seri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inas Insyirah dan Che Seri

Dah lama YB tidak bercerita mengenai anak-anak di blog. Entah kenapa pula malam ni teringat nak post entri mengenai Inas Insyirah. Bertepatan dengan tajuk entri, Inas suatu masa dulu takut sangat dengan Che Seri. Bukan kerana rupa Che Seri yang menakutkan tetapi kerana Che Seri yang suka menyakat. Tiap kali jumpa ada saja yang nak diusik. Ada ketika sampai menjerit-jerit bawa ke tidor. Aduhhh, jenuh nak pujuk.

Itu cerita dulu, kini tidak lagi. Kalau tak silap dalam sebulan dua ni Inas dah semakin serasi dengan Che Seri. Mungkin sebab jarang dapat jumpa. Semenjak Inas tinggal di rumah pengasuh. Che Seri pula sibuk dengan urusan sekolah anak-anaknya.



Pagi tadi, sempat lagi mereka berwefie.





Inas dah semakin montel. Kena bagi diet, kurangkan makanan berlemak terutama makanan segera. Che Seri pun apa kurangnya, dia sendiri yang mengaku dah gemuk walapun nampak kurus macam lidi :-P

Sehingga di sini dulu kisah Inas Insyirah dan Che Seri. Ada peluang kita bercerita pasal isu lain pula. 

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

31 Mac 2016

Pulut kuning tanak bertelur dadar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pulut kuning tanak bertelur dadar



Pulut kuning memang sinonim dalam budaya Melayu.

Masa zaman kanak-kanak dulu pernah tengok arwah mak dan tok buat pulut kuning, nampak macam susahnya.  Tu belum tunggu nak makan lagi, siap bercatu. Budak-budak tak boleh makan pulut banyak-banyak nanti kembong perot.  Masa tu kita akur saja dengan cakap orang tua.  Tiada lah nak bantah atau banyak soal.  Janji dapat makan cukuplah, sikit pun tidak mengapa kerana bukan selalu dapat makan pulut kuning.

Berbeza dengan zaman sekarang, pulut kuning boleh didapati pada bila-bila masa.  Tambahan bila dah pandai buat sendiri.  Masak pulut kuning bukan tunggu nak belajar atau berguru.  Cukup dengan tengok macam mana orang buat lepas tu bacalah resepi kat mana-mana yang terjumpa.


Pulut kuning tanak bertelur dadar
Pulut kuning tanak bertelur dadar

Kalau tak silap rasanya entri ini merupakan entri kedua mengenai pulut kuning, dengan resepi yang sama.

Pagi-pagi lagi gigih menanak pulut kuning.  Tanak?  Ye, bukan kukus.  Sebab tanak lebih cepat dan mudah cuma hasilnya tidak berapa cantik.  Yang penting jaga api dapur, biar perlahan paling perlahan.

YB pernah juga buat pulut kuning kukus.  Rasanya tak berbaloi sebab bila kukus banyak kerja. Lagipun buat sikit saja untuk makan anak beranak.  Rasanya lebih kurang sama jer.  Hahaha... jangan kata YB buat ajaran sesat pula.

Ikut citarasa dan kreativiti masing-masing lah yer.

Pulut kuning kesukaan anak-anak.  Tak sempat buat rendang, makan saja dengan telur goreng dadar yang digulung.  Semuanya serba ringkas.  Habis juga sepiring anak-anak makan pagi tadi sebelum pergi sekolah.

Cubalah buat pulut tanak sendiri.  Tak susah airnya sama banyak dengan beras pulut dan masak guna api paling kecil.  Kalau masak guna rice cooker lagi mudah.  Selamat mencuba :D


Sekian,  Terima kasih sudi baca entri Pulut kuning tanak bertelur dadar

26 Februari 2016

Rambut anak lelaki sudah panjang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rambut anak lelaki sudah panjang


Sudah agak lama juga YB tidak bercerita mengenai anak-anak.  Bukan kerana tiada cerita mengenai mereka tetapi tidak tahu apa yang nak diceritakan.  Tidak pasti juga dengan apa yang hendak dituliskan.  Seperti tajuk untuk entri ini.  

Di mana letaknya SEO pada tajuk atau pada entri tidak tahulah.  Sekarang tiada pula cerita sensasi berkaitan dengan rambut atau anak lelaki.  Kalau cerita mengenai drama "Tundukkan Playboy Itu" adalah.  Belum tengok lagi pun drama tu, dah berapa episod pun tak tahu. :P

Entahkah sesuai atau tidak dengan selera YB... Anak-anak memanglah tidak layan lansung drama Melayu, yang dilayan hanyalah cerita kartun Upin Ipin, Hagemaru, Robocar Poli atau Ultraman. Semua cerita berkaitan dengan minat anak lelaki saja.  Cerita yang mak minat pula... ikut sajalah citarasa anak-anak.  Lama-lama mak pun dah ikut macam watak mak dalam kartun... hehehe

Okeylah panjang sangat intronya, tiada kaitan lansung dengan rambut anak lelaki YB yang sudah panjang.


Ni ha... anak lelaki yang dimaksudkan.  Kiranya anak bongsu lah nie :P.  Rambutnya dah panjang hampir menutup telinga dan dah sampai ke leher.


Alahai Anak bila diminta bergambar untuk kenang-kenangan begini pula lagaknya.  Abid memang suka pergi ke kedai gunting rambut.  Bila saja ayahnya cakap nak gunting rambut... oooih melompat-lompat teruja sangat.  Tetapi bukan sekarang, tunggu hujung minggu yer.  Sekarang ni memang tak sempat, umi dan ayah balik kerja pun dah petang sangat.  


Dah nak bergambar dengan teddy pula.  

Dah masuk dalam perancangan dan cadangannya hujung minggu ni bolehlah gunting rambut Abid dan Alif.  Anak lelaki tak elok rambut panjang.  Terutama anak lelaki yang sudah bersekolah.  Kalau anak perempuan senang jer umi guntingkan.  Selamat bajet. 

Dalam cerita ni tiada pula gambar anak lelaki yang sudah sekolah tu.  Memang susah nak bergambar sekarang ni.  Merajuk kot sebab umi tak nak tangkap gambar lukisan dia.  :D

Layan kerenah anak-anak memang macam-macam.  

Okeylah  nak beransur dulu.  Kalau sempat kita cerita pula mengenai pengalaman di kedai gunting rambut.  Itupun kalau YB rajin nak post entri.


Terima kasih sudi membaca entri Rambut anak lelaki sudah panjang

01 Februari 2016

Berjaya juga habiskan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berjaya juga habiskan


Memang tidak percaya.  Tetapi kena percaya sebab ubat ini mesti dihabiskan.  Jika tidak dihabiskan akan mendatangkan kesan sampingan dan boleh memudaratkan.  Hmmm... memang susah nak percaya tetapi itulah... seperti yang telah dinasihatkan oleh Doktor.

Hari ini, YangBaik telah berjaya habiskan ubat antibiotik yang telah diberikan oleh Doktor gigi tempoh hari.  

Habis juga

Kurang jelas.  Tak mengapa.  Boleh tengok entri lepas... carilah.  

Lepas ini... boleh pergi semula ke klinik gigi dan buat temujanji dengan doktor untuk cabut gigi. Harus pergi segera agar tidak perlu lagi menderita tahan sakit.  Sampai bila harus menahan sakit sekiranya kesakitan itu boleh ditamatkan.

Terima kasih atas khidmat nasihat yang telah diberikan dan terima kasih kerana sudi juga menjengok entri Berjaya juga habiskan.




28 Januari 2016

Habiskan bila perlu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Habiskan bila perlu


Ubat-ubatan tidak kiralah ubat tradisional atau moden, ada peraturan makannya yang tersendiri. Lazimnya bagi ubat moden bila dah mula makan perlu dihabiskan iaitu antibiotik. Bila tidak dihabiskan mungkin ada kesan sampingan, tidak pasti pula apa kesannya. Kerana setiap kali dapat antibiotik bila dah dipesan makan sampai habis, memang dihabiskan walaupun tak suka.

Makan bila perlu pula lebih kepada ubat tahan sakit atau "pain killer". Sejenis ubat yang sewajarnya dielakkan, diambil dengan nasihat doktor apabila sakit yang ditanggung sudah tidak tertahan lagi.

Ubat-ubatan

Inilah antara ubat yang terpaksa dihabiskan, antibiotik. Ubat ini diberikan oleh doktor kerana gusi yang semakin membengkak. Hasrat hati nak cabut gigi kerana sakit yang sudah tidak tertahan. Sakit gigi yang menyerang hampir seminggu. Habis sudah ikhtiar secara tradisional, ke klinik juga akhirnya.

Minggu depan selepas habis antibiotik baru dapat cabut gigi. Sementara itu, bila sakit melanda telan saja "pembunuh kesakitan".


Selfie jom!!
Dua hari sebelum itu, biarpun sedang menahan sakit sempat juga selfie. Pipi sudah pun bengkak.


Pilih jangan tak pilih
Melihat gelagat mereka pilih kenderaan, macamlah kereta itu disewakan secara percuma.


Apa tengok-tengok
Yang satu dah lepas, tinggal lagi 3 buat pilihan. Pilih pilih jangan tak pilih. Biar kempis sikit dompet duit ayah kome.


Akhirnya, masa dah cukup tapi masih lagi tak puas. Sabar yer anak-anak, lain kali kita datang lagi. Mood ayah dah tersentap bila modalnya dah hampir habis untuk benda yang kurang diperlukan.

Ada benda yang perlu dihabiskan ikut masa, bukan semua benda perlu dihabiskan ikut suka hati.

Sekian.  Terima kasih kerana singgah dan baca Habiskan bila perlu
posted from Bloggeroid

15 Januari 2016

Sambal Tumis Telur Yang Mengancam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sambal Tumis Telur Yang Mengancam


Tajuk memang mengancam.  Kenapa mengancam?  Sebab sekarang nie anak-anak dah suka sangat dengan sambal tumis telur.  Bila mereka dah suka, maka akan menjadi ancaman kepada emaknya yang kadang-kadang mood memasaknya kedaung.

Sambal tumis telur ni sebenarnya memang menjadi kesukaan YangBaik juga.  Selain dari sedap penyediaannya juga mudah.

Dengan itu, izinkan YangBaik kongsikan sedikit resepi sambal tumis telur versi YangBaik.

Sambal Tumis Telur

Bahan utama yang diperlukan adalah telur ayam direbus sehingga masak.  Berapa banyak bilangannya terpulang kepada bilangan orang yang akan makan.  YangBaik hanya rebus mengikut bilangan ahli keluarga semasa sahaja (5 orang)

Bahan lain:
1.  20 tangkai cili kering
2.  5 ulas bawang merah
3.  sedikit belacan atau boleh digantikan dengan udang kering
4.  sedikit garam
5.  sedikit gula
*  semua bahan 1-5 dikisar bersama sehingga halus.  Jika hendak lebih mudah beli saja cili boh, bahan-bahan yang lain terpulang kepada kehendak dan keperluan.
6.  asam keping atau air asam jawa
7.  Air

Kaedah:
1.  Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2.  Masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
3.  Masukkan asam keping atau air asam jawa.  Jika tiada boleh digantikan dengan sos tomato atau sos cili (banyak pula pilihannya :P)
4.  Setelah mendidih, masukkan telur rebus yang telah dikupas kulit.  Kacau seketika sehingga rata dan boleh angkat serta hidangkan.

Sambal tumis kini menjadi pilihan anak-anak kerana hanya ini yang mudah dibuat.  Selain dari itu mereka juga mungkin sudah jemu dengan lauk ayam goreng.

Selamat mencuba kepada semua.


08 Oktober 2015

Hasil kerja si cilik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil kerja si cilik


Sesuatu yang amat membahagiakan bila mana kita dapat melihat sesuatu yang indah dan menarik. Terutama ianya datang dari sumber yang kita tidak sangka.  Nak bercerita panjang tak sempat, lagipun tambah dengan malasnya nak menulis banyak.  

So layan jer lah hasil kerja si cilik yang sempat YangBaik rakam pagi tadi.  


Inktober1
Inktober1

Inktober 2
Inktober 2

Karya di atas dihasilkan oleh Inas Insyirah.  Tidak pasti pula bila dihasilkan.  Sepanjang masa kelihatan asyik bermain dengan adiknya dan sesekali mengusik abang dan kakaknya yang baru pulang dari sekolak.  

Apa pun ada aktiviti yang berfaedah di situ.  Selain dari banyak bertanya ada juga banyak warna.

#inktober


11 September 2015

Ada apa dengan bintang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan bintang


Ya, ada apa dengan bintang.  Bukannya bintang yang bergantung di langit tinggi.  Bentuknya juga tidak jelas, hanya lambang semata-mata.  Kita sendiri tidak tahu bagaimana bentuk sebenar sebutir bintang.  Tetapi kita dibesarkan dengan bentuk bintang yang sebegini.

Apa yang hendak dimaksudkan dalam entri ini adalah bintang yang diberikan kepada anak kecil setelah dia berhasil melakukan perkara baik.  Dan dia sendiri faham apa yang dimaksudkan dengan perkara baik.  Namun sejauh mana kefahaman anak kecil dengan perlaksanaannya.  Berlalu begitu sahaja menjadikan kita keliru setelah kita memberikan dia kekeliruan.  Oh... agak sukar juga nak perjelaskan isu ini.  Ia mungkin mudah ... sekadar bercerita mengenai bintang.  Bintang hati, bintang kecil atau bintang-bintang.  Apa sajalah.

Inas Insyirah
Inas Insyirah

Pesanan seorang ibu


Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang ibu sebelum bertolak ke tempat kerja telah meninggalkan pesan kepada anaknya.   Pesanan seorang ibu seperti biasa mahukan anaknya sentiasa berkelakuan baik, berbuat baik, hindari pergaduhan sesama adik-beradik apatah lagi mendatangkan kemarahan orang lain.   Ibu tidak pernah pula menjanjikan bulan atau bintang sebagai ganti kepada anak kecilnya itu kerana berkelakukan baik apatah lagi intan berlian atau emas permata.  Namun pesanan itu tetap jua dipatuhi oleh anak kecil yang baru menjangkau usia 4 tahun.  

Begitulah pesanan yang baik-baik dari seorang ibu sentiasa melekat di hati anaknya lalu diaplikasikan melalui tindakan iaitu pematuhan.

Apa kaitan dengan bintang?


Sebagai menghargai pematuhan oleh anak kecilnya, ibu telah secara spontan menghadiah "5 bintang" kepada anaknya lalu disambut dengan kegembiraan yang tidak terhingga kepada berjaya mendapat 5 bintang.  Namun bintang itu hanya sekadar ungkapan bukanlah jasad bintang itu sendiri atau replika bintang yang diberikan.  Lukisan sebutir bintang jauh sekali.  Ohh... pandainya ibu itu melakarkan bintang dipemikiran anaknya.

Ibu itu merasakan pesanannya berjaya mendidik anaknya kerana kepatuhan yang dilaksanakan oleh anak seusia 4 tahun.


Kecewa tidak dapat bintang


Lalu, hari berikutnya seperti biasa sebelum meninggalkan anaknya ke tempat kerja sekali lagi ibu berpesan dengan pesanan yang sama dengan harapan anaknya akan terus patuh pada pesanannya.

Namun, bila pulang dari pejabat entah siapa yang kecewa... Ibu atau anak yang kecewa?  Seperti kedua-duanya kecewa kerana gagal patuh pada pesanan yang diberikan.

Si anak telah ingkar pada sebahagian pesanan yang ditinggalkan.

Bila ditanya mengapa?  

Anaknya dengan bangga menyebut bahawa dia telah mendapat 5 butir bintang semalam jadi hari ini dia pasti akan dapat bintang lagi.

Aduh.... terpinga-pinga ibu itu.  Apakah dia yang telah tersalah memberi kefahaman atau tersalah kerana cepat memberikan 'pingat bintang' kepada anaknya.

Ibu menjelaskan kepada anaknya, oleh kerana dia telah tidak patuh pada pesanan maka bintang itu ditarik semula.  


Bintang tanpa pingat.

Anak kecil itu kehairanan kerana bintang yang tidak kelihatan itu telah ditarik semula.  Dia kelihatan seperti kecewa.  Kecewa seorang anak kecil... sukar untuk dimengertikan.

Sejauh mana dia akan patuh semula kepada pesanan yang berikutnya.

Pesanan bukan kerana bintang


Pesanan yang diberikan kepada anak kecil pada awalnya sesuatu yang murni.  Anak itu patuh kerana mungkin itulah naluri dan kefahamannya.  Namun anak kecil barangkali tidak menyangka bahawa kepatuhan dan ketaatan itu mendapat 'bayaran'.  Apa yang dia lakukan adalah atas nalurinya sendiri.

Kesilapan ibu adalah bila mengajar dengan memberi ganjaran.  Walaupun sekadar penghargaan kecil mungkin mengganggu tahap pemikirannya.  

Anda mungkin ada pengalaman tersendiri dalam memberikan ganjaran kepada anak kecil.  Apapun kaedahnya, seorang ia dapat mengajar kita cara anak kecil berfikir.

Sekadar berkongsi perasaan dan naluri seorang ibu.  

30 Jun 2015

Cara terbaik menanamkan keimanan dan akhlak dalam diri anak kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara terbaik menanamkan keimanan dan akhlak dalam diri anak kecil


Anak-anak ibarat kain putih dan kita sebagai ibu bapalah yang memberikan corak dan warna kepada kain putih itu.  Andai cantik maka cantiklah jadinya, walaupun ibu bapa bukanlah orang seni.

Takut nak tulis pasal anak-anak, sebabnya diri sendiri pun kadang-kadang ada juga terlepas pandang dan mendidik anak-anak.

Bunga hiasan

Sesungguhnya cara terbaik untuk menanamkan keimanan dan akhlak yang terpuji dalam diri anak kecil adalah dengan memberikan contoh nyata dan perilaku yang baik. Sesering apapun kita berbicara kepadanya tentang shalat –misalnya- maka tidak akan banyak berpengaruh, kecuali jika ia melihat kita (sebagai orang tua dan pendidik) senantiasa menjaga shalat lima waktu tepat pada waktunya. (Abduh Majalli)

Tidak sukar untuk mendidik anak-anak seandainya kita sendiri pandai menjaga tingkahlaku. Perkongsian ini diharapkan dapat dijadikan iktibar dan peringatan buat diri yang sering alpa.



04 Jun 2015

Hasil karya Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil karya Inas Insyirah. Setiap seorang dari anak kita pastinya mempunyai bakat dan kepandaian tersendiri. Tidak kiralah kebolehan memuralkan dinding bilik, dinding almari atau daun pintu. Anak-anak kadang-kadang tanpa disedari sebenarnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Mungkin juga menjadi satu kerugian kepada kita kiranya kita terlepas mana-mana daya kreativiti.

Ada ketikanya kreativiti itu datangnya seketika, hanya kita leka maka kita tidak sedar bahawa kreativiti itu terbantut bilamana kita tidak memberikan perhatian sewajarnya mengenai kebolehan mereka.



Gambar di atas adalah hasil karya Inas Insyirah. Lakaran itu terhasil daripada tekapan melalui cetakan huruf yang ada pada "papan huruf". Tak perlu dibetulkan gambar itu kerana memang lakaran itu kelihatan seperti huruf yang terbalik kerana "papan plastik" itu diletakkan terbalik. Inas barangkali pernah melihat umi atau abangnya melakar nama pada kertas untuk satu projek kraftangan. Dan, dia meniru perbuatan itu tanpa disedari papan itu terbalik atau memang sengaja diterbalikkan.

Pemikiran anak berusia 4 tahun, kadang tidak terduga terutama bila saraf otaknya bersambung dengan terlalu pantas.

Hendak kenal siapa Inas Insyirah, boleh lihat melalui label/link yang tertera namanya di bawah entri ini.

Sekian.

posted from Bloggeroid

28 Mei 2015

Susahnya Inas nak tidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susahnya Inas nak tidur. Sekarang Inas selalu sangat tidur lewat. Tidak sama masa dia baby dulu. Dah naik pening kepala melayan kerenah dia. Ada saja nak diusik, sentuh sana, belek sini, kejap lagi sembang dengan soft toy 'Minnie'. Agak jemu sembang dengan minnie dia usik pulak abang dia yang sedang tidur.



Bimbang juga bila usianya mencecah 5 tahun pada awal tahun depan. Nak kena hantar ke pra sekolah. Kalau asyik tidur lewat macam sekarang alamatnya lambat bangun pagi dan lambat pulak ke sekolah. Bila Inas lambat ke sekolah alamatnya lambat jugalah umi dan ayah ke tempat kerja.

Nak buat macam mana bagi Inas tidur awal nie... aduyai.

posted from Bloggeroid

Sorok duit bawah karpet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Simpan duit bawah karpet. Tak pernah terfikir pulak nak sorok atau simpan duit bawah karpet apatah lagi tikar getah. Oleh kerana karpet di rumah ni sentiasa berubah maka idea simpan duit bawah karpet bukanlah sesuatu yang sesuai diamalkan.

Karpet di rumah ni pun bukannya banyak, yang sering digunakan hanya sekeping saja itu kecil. Letaknya depan tv bagi senang anak-anak nak tengok tv. Bantal duduk pun dah disimpan dalam almari lama. Ada dua keping karpet lagi, sekeping tu agak besar juga kira-kira seluas ruang tamu merupakan peninggalan arwah bonda, pernah digunakan dirumah ini pertama kalinya setahun yang lepas kini tersimpan bawah katil. Sekeping lagi bersaiz sederhana dan selalunya akan dibentang ketika perayaan atau kehadiran tetamu yang agak ramai.



Karpet ini letaknya depan tv dan menjadi port untuk anak-anak duduk dan melepek depan tv. Sekali tengok Abid duduk depan tv macam ni ... nampak dah besar sangat budak sorang nie. Tiada siapa boleh sangka apa yang difikirkannya. Tegur pun buat tidak endah saja. Tambah bila umi rakam gambar dia... memang dia buat tidak tahu.

Tiba-tiba terperasan pula umi rakam gambar dia apalagi bisingla. Terus pergi ke tempat lain sambil bawa tabung mainan yang sudah kosong.



Tahu pula nak ambil duit yang dia sorok tadi. Amboi! buat main pula dengan duit. Boleh pulak simpan bawah karpet yang seciput tu.

Apalagi, cepat-cepat angkat karpet ... banyak lagi rupanya dia sorok duit bawah karpet nie.

Simpan duit bawah karpet memang tidak selamat. Silap haribulan kena sapu bersih.

o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

25 Mei 2015

Kena Tolak di Kantin Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kena tolak di kantin sekolah. Suasana di kantin sekolah pastinya kelam kabut dan penuh dengan hiruk-pikuk. Terutama sekolah rendah di mana kawalan emosi pelajar sekolah rendah sebahagiannya kurang terkawal. Mereka teruja dapat rehat. Tidak disangkal juga ada sebahagiannya yang tertib dan sopan serta berhati-hati. Lumrah kanak-kanak begitulah tidak dapat dielak.


gambar hiasan

Hari ini, anak mengadu kena tolak ketika di kantin sekolah. Budak-budak biasalah bila ada yang tak puas hati atau ada perkara yang dia suka atau tidak suka pastinya akan mengadu. Kena tolak di kantin kadang-kadang boleh jadi perkara biasa selagi tidak jatuh tertiarap. Dalam keadaan murid-murid yang ramai dan tidak terkawal apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Hanya kita yang perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan.

Setiap aduan dari anak-anak kita perlu ambil kira dan ambil peduli. Sekurang-kurangnya ambil tahu punca dan kesan akibat kejadian. Sekiranya tiada kesan yang memudaratkan aduan itu perlu disimpan dan rasanya tidak perlulah diperbesarkan. Adatlah budak-budak. Jatuh bangun tu perkara biasa. Jangan sampai mendatangkan kecederaan. Buat sementara waktu berilah nasihat yang terbaik agar dia lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesalahannya.

Jangan sampai gejala buli terjadi.

posted from Bloggeroid

18 Mei 2015

Projek Sempena Hari Guru | Mini Tote Bag

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek sempena Hari Guru. Sabtu lepas, 16 Mei adalah Hari Guru. Kebetulan pula jatuh pada hari cuti. Maka untunglah cikgu dapat cuti. Tetapi tidak semua cikgu bercuti dan berehat pada Hari Guru. Ada sekolah mengadakan gotong-royong pada Hari Guru.

Bukan sahaja cikgu yang bercuti pada 16 Mei lepas, tetapi kita-kita yang bukan cikgu juga dapat cuti. Kebetulan kan.

Sabtu lepas entah apa pula mimpi malamnya, bangun pagi dapat idea nak buat tote bag. Buat saiz kecil saja dulu sebab kain tak cukup. Kekuatan itu datangnya begitu tanpa disedari.



Alhamdulillah, berjaya juga siapkan 8 unit beg kecil ini. Beg kecil ini dihiasi sulaman riben yang ringkas. Kalau nak cerita halangan dan rintangan memang tidak akan siap beg ini. Hanya dengan kegigihan dan izin dariNya, beg kecil ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada petang Ahad.

Ajak anak-anak buatkan kad hari guru untuk guru sekolah mereka. Tak sempat pula nak rakamkan kad yang mereka hasilkan. Kad yang comel mengikut kreativiti mereka. Ringkas sangat. Jadilah buat sementara ini untuk memberikan mereka sedikit aura Hari Guru di sekolah yang diraikan pada hari ini, Isnin 18 Mei 2015.

Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu. Jasa dan bakti serta tunjuk ajar kalian amat kami sanjung tinggi dan sungguh bermakna buat kami. Semoga Cikgu terus diberkati.

posted from Bloggeroid

13 Mei 2015

Bawa Inas ke Klinik Dr Zakaria

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bawa Inas ke Klinik Dr Zakaria.  Sudah tiga hari Inas dok merengek. Selsema dan batuk-batuk. Nampak seperti tidak teruk. Dibiarkan saja sembuh dan baik dengan sendiri. Kononnya nak bagi antibodi kuat dan teguh.

Tapi tidaklah dibiarkan begitu saja. Pemantauan tetap juga dilakukan, tak boleh main panas banyakkan minum air kosong. Tapi dihentamnya minum ais, air kosong tak nak minum langsung, pantang suam sikit diletaknya ais penuh cawan.

Petang tadi balik rumah, Inas melepek depan tv. Nampak macam okey lah tu. Boleh gelak-gelak lagi. Tapi bila dekat baru perasan ada kesan bintik-bintik merah pada muka dan tangan. Nak kata campak tak juga tapi tak tau lah apa jenis penyakitnya. Tak boleh jadi, kena bawa ke klinik nie...

selfie sementara tunggu ubat

Namun namapun budak-budak, bukannya mahu duduk diam. Melainkan dah tak lalu bergerak sangat.

Di klinik, bukan main lagi ceria. Apa saja soalan yang doktor tanya semuanya Inas jawab dengan tertib. Macam tak percayapun ada juga. Betul ke apa yang dia jawab tu. Tapi Doktor Zakaria nampak macam yakin dan percaya jer dengan jawapan Inas. Kira betul lah tu.

Menurut doktor, bintik-bintik merah tu bukan campak tetapi sejenis alahan. Lega sikit bila dengar penjelasan doktor. Risau juga kot-kot penyakit lain.  Inas dibekalkan dengan ubat demam, selsema, batuk, antibiotik dan losyen calamine untuk disapu pada bintik-bintik merah pada kulitnya.

Inas dengan ubat serasi sangat. Tak perlu paksa. Kalau boleh setiap jam nak makan ubat.

Semoga Inas cepat pulih.
posted from Bloggeroid

11 Mei 2015

Bahagi sama banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bahagi sama banyak

Bagi blogger seperti YangBaik, bila dah masuk tahap mak-mak ni pastinya akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar. Terutama dalam isu pembahagian atau agihan makanan. Telah biasa kita berhadapan dengan situasi anak-anak tidak setuju dengan cara kita membahagikan makanan. Semasa anak seorang tiada masalah, masuk anak dua tidaklah menimbulkan masalah sangat. Isu tidak sama akan timbul bila anak ke-3 dah pandai makan sendiri. Itu belum masuk anak ke-4 lagi.

Tetapi itu semua bukanlah masalah sangat cuma kadang-kadang saja bila tiba-tiba ada yang tidak puas hati. Bila disuruh ambil sendiri... tidak pandai pula nak berkira. Ambil sikit atau banyak tidak pula jadi isu yang jadi isu pula... boleh habis ke?



Apapun situasi dan keadaan, pasti ada penyelesaian mengikut kebijaksanaan masing-masing.

Anak-anak penyeri kehidupan berkeluarga. Bagi yang berpeluang memilikinya merupakan satu pengalaman indah. Bagi yang tidak berpeluang memilikinya... pasti ada anugerah dan kelebihan yang lain.

*p/s: blog ini masih dalam proses penyelenggaraan dan penambahbaikan. Semoga bersabar dengan setiap kesukaran.
o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

01 Januari 2015

Aktiviti Keluarga Hari Pertama 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aktiviti keluarga

Bersempena dengan hari ini cuti umum, anak-anak berpeluang menghabiskan masa bersama ibu bapa. Kalau zaman kita kanak-kanak dulu, ibu tidak bekerja setiap hari cuti sekolah adalah hari bersama ibu dan hari bersama bapa ketika bapa tidak bekerja. Zaman sudah banyak sangat berubah. Untunglah ibu zaman sekarang yang tidak bekerja dapat menghabiskan masa bersama anak-anak. 24 jam anak membesar di depan mata. Tidak menyesal dengan keadaan ini kerana jalan begini telah ditakdirkan atas permintaan sendiri. Semoga tiba masanya aktiviti keluarga dapat sentiasa dilakukan bersama tanpa dibayangi waktu kerja pejabat dan urusan kerja yang terpaksa disiapkan dirumah.

Nak dikatakan azam tahun 2015 tidak juga, kerana semenjak ada anak perkara sebegini telah difikirkan secara serius. Namun sekiranya hasrat itu terlaksana pada tahun ini, ianya satu takdir yang amat dinanti dan disyukuri.

Mudah-mudahan.

Hari ini, berkesempatan membawa anak-anak ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Pusat Latihan UiTM atau Institut Latihan UiTM di Kg. Gajah. Dengan anak seusia 2 tahun hingga 9 tahun, saya tidak pasti adakah mereka memahami situasi yang dialami oleh mangsa banjir. Melihatkan gelagat anak-anak yang berebut hendak bermain dengan anak-anak mangsa banjir seolahnya mereka seperti hadir ke suatu majlis perkahwinan atau perkelahan.

Dalam masa yang sama kami bawa mereka meninjau kawasan perkampungan yang terlibat dengan banjir, melihat rumah yang ditenggelami air, padang bola sekolah seperti laut dan jalan yang digenangi air yang entah dari mana datangnya. Walaupun dalam keadaan panas agak terik, air sungai tetap mengalir deras.

Menunjukkan bentuk dan corak awan kepada anak-anak dan menjelaskan apa yang bakal berlaku seakan ibu dan bapa ini pakar kaji cuaca.

Hampir separuh hari mereka disitu. Semoga dapatlah sedikit pemahaman kalaupun tidak semua.

Waktu petang pula kumpulan anak-anak ini terbahagi dua, ada yang tinggal dirumah menonton tv dan berehat sementara seorang lagi ikut umi dan ayah ke majlis keramaian. Kenduri aqiqah, kenduri pertama tahun 2015 untuk kami. Kenduri sahabat ayahnya yang terletak di Taman Indera Barat, Titi Gantung, Bota. Ada gambar keluarga, tetapi saya masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti sepenuhnya.

Lewat petang kami sekeluarga keluar lagi, kali ini ke Desa Iskandar. Melawat rumah baru abang ayahnya. Belum siap sepenuhnya, kehadiran kami disambut mesra walapun mereka kelihatan agak letih dengan urusan mengemas rumah yang belum selesai.

Aktiviti malam tidak jauh bezanya dengan malam-malam yang lain. Menonton tv, melihat perkembangan banjir, perkembangan pesawat air-asia yang terhempas di Laut Jawa. Anak-anak tetap juga meneruskan agenda mereka bersama alat permainan mereka.

Begitulah, setiap hari ada saja perubahan yang berlaku.

o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

Carian