Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label catatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan. Papar semua catatan

07 Jun 2024

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Penghulu Segala Hari


Alhamdulillah

Hari ini yang indah.
Setiap hari adalah hari yang indah
Tiada yang tidak indah
melainkan indah-indah belaka

Salam Jumaat

Jika kita tidak mampu bersaing
dengan para solehin dalam beribadah,
berlumbalah dengan para pendosa
dalam beristighfar


Mug telah kosong

Sebiji mug yang telah kosong
Pada asalnya kosong
Diisikan sepaket kopi segera berserta air panas
Diminum berserta sekeping roti berintikan telur hancur
Dan kini... mug ini kembali kosong
Di bilik yang kosong
Mungkin juga sekosong perasaan ini
pabila telah tepu memikirkan segala isu


💝 Terima kasih.

14 Julai 2017

Mencari catatan bersama semangat baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari catatan bersama semangat baru.  


Apabila terlalu lama laman ini dibiarkan sepi makanya SZ kini terasa seperti terasing di blog sendiri.  Ya, sudah terlalu lama tidak mengisi ruang ini dengan catatan ringkas atau catatan yang dipinjam dari mana-mana.  Catatan itu hilangnya bersama semangat.




Lalu... diperhatikan satu-persatu muka laman ini dengan harapan dapat mengumpul semula semangat untuk mencatat sesuatu.  Pada dasarnya catatan itu ada tetapi terlalu jauh tenggelam di dasar sana. Dasar yang dibuat sendiri.

SZ amat berharap dapat meneruskan penulisan di laman ini biarpun sedikit tetapi ada hasil.

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen di ruang ini.

szi.


29 Oktober 2014

Komunikasi mengikut emosi berbagai hala

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,





Corak hidup sekarang atau gaya hidup sekarang barangkali menyebabkan kita sering rasa tertekan. Kita terpaksa berhadapan dengan banyak situasi dalam masa yang singkat dan terpaksa berhadapan dengan emosi orang sekeliling yang tidak menentu. Bagaimana pula dengan emosi kita ketika berhadapan dengan situasi yang huru-hara ini? Semuanya terpulang kepada kekuatan jiwa kita dan juga kekerasan hati. Bukan kerana keras kepala tetapi supaya jiwa kita tidak mudah tersentuh.

Mungkin juga ia berpunca dari kita sendiri yang tidak bijak. Tidak bijak membahagi masa dan membezakan antara masa bersama kerja atau keluarga. Kesukaran membahagikan masa ini boleh jadi juga berpunca dari cara kita dibesarkan, cara kita dididik dan cara kita menerima situasi itu; sama ada secara serius atau hanya ala kadar seperti main-main. Semangat kita juga dipengaruhi oleh cara kita membahagikan masa. Untuk menjadi orang yang bijak dan berjaya sudah tentu menuntut pengorbanan yang jitu lahir dari dalam diri kita sendiri. Kita tidak mungkin mampu berhadapan dengan situasi yang mengelirukan ini seandainya kita tidak serius dalam meningkatkan kekuatan jati diri.

Komunikasi, turut memainkan peranan penting. Barangkali kita pernah mempunyai suara yang tidak keluar. Kenapa? Kerana kita tidak berani bersuara dan takut untuk bersuara.

Dalam keadaan tertentu kita mungkin mempunyai halangan tertentu dalam menyampaikan hasrat. Banyak batasan seperti masa, tempat dan keadaan semasa. Dalam situasi ini sudah tentu kita akan rasa amat tertekan. Di sini, saya merasakan kita memerlukan kekuatan semangat untuk berlawan dengan tekanan dari luar. Berserah dan berdoa kepada Allah agar setiap urusan kita dipermudahkan.

Sudah pasti ada di mana-mana tempat atau situasi yang kita tidak sedar bahawa kita juga pernah membuatkan orang lain berada dalam situasi serupa.

Muhasabah diri dan beristighfar merupakan jalan terbaik untuk menanam kembali kekuatan semangat yang semakin pudar.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

29 Ogos 2014

MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam kehidupan kita, kadang-kadang banyak perkara yang kita terlepas pandang.  Sama ada kita tidak perasan, buat tidak kisah atau memang tidak perasan langsung.

Kadang-kadang kita memang pandai bercakap dan pandai bagi arahan kepada orang lain hingga terlupa untuk bercakap dengan diri sendiri dan juga lupa untuk mengarahkan diri.

Baiklah, tanpa berceloteh lebih panjang, berikut adalah petikan e-mail yang diterima.  Catatan berikut adalah copy paste sepenuhnya dari e-mail yang diterima.  Semua catatan berikut dapat memberikan sedikit kesedaran dan keinsafan kepada kita.

--------------------------------------------------------------------------

MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU

ZAKAT HANYA 2.5 %, DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA


As’salamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


PER:  MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PENGURUSAN KERJA-KERJA MENAMBAK TANAH SETINGGI 6 KAKI SERTA PEMBANBANGUNAN BERUPA BAIK PULIH & UBAH SUAI BANGUNAN YANG SEDIA ADA BAGI MENANGANI MASALAH BANJIR

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas

2. Berhubung dengan perkara di atas dimaklumkan bahawa Madrasah ini yang sudah beroperasi selama 13 tahun dan kini mempunyai 60 pelajar keseluruhannya dari golongan anak yatim, fakir dan miskin. Pihak madrasah terpaksa memohon dana seperti diatas kerana setiap tahun pada musim hujan, madrasah ini akan dilanda banjir. Pihak Madrasah terpaksa berusaha untuk membina bangunan 2 tingkat, dimana tingkat bawa akan dibina untuk dewan, tingkat atas untuk asrama dan menambun tanah di kawasan-kawasan yang amat memerlukan.

3. Sehubungan itu pihak madrasah dengan rendah diri memohon sebarang sumbangan ikhlas dari pihak muslimin/muslimat samada berupa WANG ZAKAT (Simpanan, Perniagaan, Saham, KWSP, Emas & Perak atau lain-lain jenis ZAKAT) / KIFARAT / FIDYAH / DERMA / SEDEKAH / WAKAF (perkakasan/peralatan) ataupun lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan untuk tujuan diatas.

4. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas mengikut kemampuan muslimin/muslimat bolehlah dimasukkan terus ke akaun CIMB Islamic Berhad kami diatas nama;

“MADRASAH TAHFIZ PINANG BARU”
NO. AKAUN 8601 76 3713 (CIMB BANK)

lain-lain sumbangan berbentuk kebendaan boleh dihantar terus ke alamat seperti dibawah.

5. Akhir sekali diucapkan jutaan terima kasih dan pihak kami mohon doa yang berpanjangan dari muslimin/muslimat. Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin/muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin/muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut.

Sekian. Terima kasih.

Yang ikhlas,

Juhari Mat Rani

HAJI JUHARI BIN MAT RANI
Mudir Madrasah Tahfiz Pinang Baru

Kampong Pinang Baru, Bukit Besi, Dungun,
23200, Terengganu Darul Iman
No. Tel. : 013 986 2660, No. Faks: 09 838 9052,

MAIDAM 09 630 3030, Balai Polis 09 833 7222, POS (M) 09 833 7030,
Pej. Daerah 09 848 1616

--------------------------------------------------------------------------

28 Ogos 2014

Hari, Minggu dan Bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hari, Minggu dan Bulan

Hari ini sibuk sangat dengan persiapan mesyuarat sekejap lagi.  Selepas mesyuarat kena follow-up dengan tindakan seterusnya.  Keputusan mesyuarat hari ini belum tahu lagi apa akan jadi kerana kekurangan persediaan tambahan pula ini adalah mesyuarat pertama kali yang diurusetiakan, jadi saya tidak tahu lagi apa akan jadi semasa mesyuarat... tak mampu nak jangka.

Minggu ini agak sibuk juga dengan pelbagai macam ragam dan tindakan yang harus diambil.  Bukan sahaja minggu ini bahkan minggu-minggu yang lain juga turut begitu.  Jika ada kelapangan pun mungkin sehari atau dua hari... tetapi tetap juga penuh dengan macam-macam.

Bulan yang sibuk juga sebab sekarang bulan kemerdekaan.  Eh... macam lah saya pula yang terlibat secara langsung dengan aktiviti bulan kemerdekaan.  Walau apapun Saya Sayang Malaysia, Saya Anak Malaysia Merdeka.

Malaysia | Di sini lahirnya sebuah cinta...



19 Jun 2014

Mengapa menjerit jika boleh bercakap dengan baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mengapa menjerit

gambar hiasan yang langsung tiada kaitan

Mungkin juga menjadi lumrah kita kan ... bila berhadapan dengan situasi tertentu kita akan menjerit.
Teringat masa zaman bebudak dulu... bila ternampak lipas... menjerit, bila ternampak ulat menjerit.   Tak kiralah apa-apapun suka menjerit.  Last-last bila kena marah dengan tok dan mak barulah lah tak jadi menjerit.

Tetapi bila dah besar panjang .. dah jadi mak budak rasa dan minta untuk menjerit tu datang kembali. :P
Kenapa???? Sebabnya jeritkan anak-anak yang malas mandi, jerit panggil makan, jerit panggil balik... dah petang dekat senja pun tak reti-reti lagi nak balik...

Dan... bila kita lihat orang lain menjerit... baru tersedar buruknya perangai menjerit nie yer.
Sekarang cuba berhenti menjerit dan cakap baik-baik dengan anak-anak sebab anak-anak tu bukannya tak dengar apa yang kita cakap... cakap jer baik-baik dia ikutlah juga kan...

Buat penat jer menjerit nie... bukan dapat apa-apa dapat sakit tekak adalah. :P

Yang sebenarnya niat asal adalah nak tulis mengenai jeritan oleh bos kepada pekerjanya.  Tak jadi pula.  Nak reka ayat dan buat karangan panjang lebar.  

Kita sekarang dah dewasa ... tak perlu dijerit-jerit cakap jer elok-elok bukan kita tak faham.  Bahasa menjerit ni ... buat pekerja lagi stress dan boleh menjatuhkan motivasi... daripada nak buat terus tak buat, kalau buat pun tak berapa nak menjadi.

Hentikan jeritan!!!

17 Jun 2014

Jahit tudung sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Jahit tudung sendiri

Gambar ini telah dimuat-turun ke akaun facebook.

Hari minggu lepas tercapai hasrat di hati yang terpendam sekian lama.  
Hasrat untuk memilik tudung hitam... Rasanya tiada dalam koleksi sendiri... yang ada dulu telahpun dihadiahkan kepada orang lain atas sebab-sebab tertentu.
Dan... kini teringin memiliki tudung hitam dan hasil dari tangan sendiri.

Bukan tidak boleh beli yang sudah siap atau jahit dengan mesin (masih guna tangan jugak kan?)  Tetapi disebabkan mesin sudah uzur dan mengambil masa untuk dibaik-pulih, maka jahit sendiri adalah lebih afdal dan jalan yang terbaik ... buat masa ini.

Kain berkenaan adalah kain hitam dari jenis apa .... maaf saya kurang arif sangat dengan nama kain.  Jenis kain yang saya tahu kain cotton, lycra, satin, sutera dan kain batik (hehehehe).


Keronsang kecil menghiasi tudung polos hitam bagi
menambahkan sedikit kelainan dan tambah seri

Pengalaman menjahit tudung sendiri ini saya perolehi ketika bertugas sebagai guru tadika Islam di Ipoh selepas tamat SPM.  Sekarang skill  (kemahiran) itu sedikit pudar tetapi ditambahbaik dengan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Hasrat untuk memliliki tudung hitam ini suatu ketika dulu pernah timbul tetapi pudar kerana teguran oleh pekerja kedai tudung.  Katanya saya tidak sesuai pakai tudung hitam... nampak gelap dan sebagainya.

Setelah sekian lama... baru-baru ini timbul semula hasrat itu.  Dan kini hasrat telah tercapai.

Inshaa Allah akan berkongsi cara menjahit tudung sendiri sekiranya ada kelapangan serta ada yang berminat untuk mengetahuinya.

Hitam lah hitam  sitampuk manggis
Sungguhpun hitam dipandang manis

Susunan blog berterabur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susunan blog berterabur

Gambar hiasan 

Agak kelam kelibut sikit susunan blog untuk sehari dua ni. 
Ada hati nak tukar template blog walaupun sedang sibuk mengejar dateline.
Tunggu masa rehat baru dapat nak susun semula itupun tengok jika sempat.

Jangan pening kepala
Bila senang nanti singgah lagi yer
Ehh... tak yah tunggu senang
Bila-bila pun boleh singgah jengok dan baca apa yang berkenan.

Terima kasih atas kesetiaan semua


12 Jun 2014

Sketsa menjelang Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sketsa menjelang Ramadhan

Sumber:  Petikan dari Group Whatsapp


Nama saya Sya'ban, saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya Ramadhan akan datang mengunjung anda tidak lama lagi, bersama isterinya rezeki dan 2 anaknya, sahur dan iftaar.

Mulakan pagi dengan senyuman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Pagi 



Alhamdulillah, pada pagi 14 Syaaban 1435 kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dan melihat mentari pagi.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

(*-*)

10 Jun 2014

Di mana ada mailbox di situ ada SPAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di mana ada mailbox di situ ada SPAM


Sudah jadi lumrah walaupun di mana berada walau apa situasi sekali pun... benda alah yang bernama SPAM pasti akan mengekori.



14 Mac 2014

Belajar bertolak ansur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Belajar bertolak ansur.  Sesekali bertolak ansur tidak akan menjejaskan pendirian kita.  Bila bercakap mengenai pendirian pasti ramai yang tidak setuju dengan ayat ini.


corak hiasan

Entahlah (lagi sekali ayat skema)... dah pagi begini baru dapat idea nak merapu di sini.

Teringatkan kisah anak-anak.  Kalau diikutkan hati memang tidak tertahan dengan kerenah mereka.  Sesekali biarkan mereka menjerit dan menangis rasanya tidaklah membebankan kot!!!.

Mereka anak-anak menjerit berebut permainan mungkin perkara biasa kerana mereka tidak bijak lagi dalam mentafsir suasana... ianya terpulang kepada kebijaksanaan kita dalam menangani beban yang ditanggung oleh anak-anak.  Dengan turut sama melontarkan jeritan tidak mampu meleraikan kekusutan yang terjadi.  Sebaliknya cara yang terbaik adalah membiarkan mereka dengan kawalan dan pemantauan ibu bapa.  

Kita sebagai ibu bapa tidak salah bertolak ansur dengan anak-anak asalkan kena pada tempat dan masa.  Sudah tentu ada kaedah yang tertentu dalam bertegas terhadap anak-anak.  Dengan memberikan pelukan dan ciuman pasti dapat meredakan keresahan pada anak-anak.  

Terpulang kepada kita bagaimana hendak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.



#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

Boleh atau tidak balas komen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Boleh atau tidak boleh balas komen dalam blog?  Bagi sesetengah blogger ia menjadi satu rutin dan kemestian untuk menjawab setiap komen dalam blog.


Dunia blogging sekarang memang sudah cukup meluas.  Saban hari ada saja blogger baru yang muncul... tidak kurang juga blogger yang menyepi atas alasan tersendiri.

Membalas komen dalam blog mungkin mampu mendatangkan semangat dan perasaan gembira kepada blogger atau anon tanpa nama.  

Mengikut pendapat sesetengah blogger menjawab komen dalam blog adalah perlu bagi menjalin hubungan dan kemesraan sesama blogger dan secara tidak langsung mampu menarik pembaca dan pengunjung tetap.

Bagi aye sendiri terpulang kepada blogger nak jawab atau tidak.  Kerana pada tempoh masa tertentu kita terlalu sibuk dengan pelbagai perkara dan tugasan rasmi.  Maka yang sempat dilakukan pada blog hanyalah 'release' komen yang yang ditinggalkan oleh Rakan Blogger.  Tidaklah nanti rakan blogger ternanti-nanti apa respon pemilik blog tadi.

Jangan silap pula, tidak semestinya tidak balas komen itu bermakna komen anda diabaikan.  Jangan berkecil hati.  Sudah pasti kami blogger (perasan popular sekejap) akan membalas semula ke blog kalian yang meninggalkan komen.  Anda tidak dibiarkan...

Cuma berikan kami sedikit masa untuk mendekati dan mengenali anda semua.

Selamat berblogging.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$

04 Mac 2014

Tiada siapa peduli atau endah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pemandangan sebegini sukar diperolehi untuk kali kedua atau berikutnya.  Gambar hiasan

Tiada siapa peduli atau endah pada blog ini?  Betul atau tidak tiada siapa yang ada jawapan tepat.  Kenyataan skema dari blogger yang terdesak sangat-sangat kerana tiada idea nak menulis.

Hampeh...

Dah tengah malam... sibuk mencari idea yang dok bermain depan mata.  Nak tulis tajuk yang kontroversi tak pandai.  Tambahan pula aye sendiri tak berapa suka bila baca tajuk gempak... tapi isi langsung tak sesuai...

Sekarang macam ni la... oleh kerana dah ada peluang nak menulis tulislah yang elok-elok dan mampu memberi manfaat kepada orang yang membaca.

Sekian adanya...



03 Mac 2014

Catatan Lewat Malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Corak hiasan

Seperti biasa sudah lewat sebegini baru berkesempatan menulis panjang lebar di skrin laptop ini.  Entah apa yang hendak ditaip tidak tahu... mungkin juga cerita siang tadi atau cerita semalam yang tertinggal.  

16 Februari 2014

Revolusi anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Buah hati pengarang jantung.  
Empat permata di hati umi


Revolusi anak-anak.  Buat tajuk bunyinya macam keras dan ganas.  Ini adalah kerana menurut Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi keempat, Revolusi membawa maksud perubahan (terutamanya dalam sistem pemerintahan atau dalam sistem sosial) yg dilakukan dengan kekerasan.

27 Januari 2014

Hari ini Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


"Isnin yang puteh"


Hari ini Isnin.  
Terlewat lagi keluarkan entri.
Kerana kesibukan yang melanda
Termasuk juga kemalasan semalam
Semalam sepatutnya buat entri auto publish
Tetapi entah mengapa idea itu lesap... dan lenyap

Hari ini Isnin.
Baru sekarang berkesempatan buat entri
Setelah selesai makan tengahari
Bukan menunggu waktu solat
Kerana azan Zohor baru saja berkumandang
Semoga tidak terlewat
Menunggu giliran atau biarkan saja

Hari ini Isnin.
Banyak sungguh perkara dan tajuk bergelegar di kepala.
Semoga ingatan itu tidak luput
Nantikan saatnya
Sama ada lewat atau cepat
Hanya takdir yang menentukan

Hari ini Isnin
Semoga kekalutan hari ini tidak berterusan
Semoga hari esok dan hari-hari berikutnya berjalan lancar

Hari ini Isnin
Terima kasih kepada yang sudi menjengah
walau sekadar sebaris ayat
ucapan terima kasih siling berganti




suka duka pentas dunia




$$$

25 Januari 2014

24 Januari 2014

Semoga sejahtera di hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Pagi-pagi macam ni sungguh terkesan sekali dengan bunyi.
Maklumlah nak berhadapan dengan suasana kerja yang bakal ditempuhi hari ini.
Sungguh kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.
Namun tidak salah kira merancang dan berdoa semoga yang terbaik untuk hari ini.

25 November 2013

Antara Jatidiri dan Perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bukan kisah sup cendawan atau cendawan berkilau seperti dalam siri Power Rangers.  Gambar ini hanya hiasan.  Apakah kehadiran kita ini umpama cendawan ini yang kadang-kadang memberi manfaat atau sekadar menjadi racun yang bisa tanpa penawar.


Rindu masa lalu sesekali menjelma lalu menyesakkan jantung
Rindu pada kekuatan kudrat mengatasi halangan yang melintang
Rindu masa lalu...


Menyorok atau lari dari masa lalu bukanlah jalan penyelesaian.  Mengatasi halangan adalah kekuatan yang tidak terjangka.  Gambar hiasan ini ketika satu masa yang tidak terlalu lama dulu


Catatan ini pada kali ini agak kurang padat kerana kekurangan kata-kata untuk diluahkan di kanvas ini.  Walaupun kata-kata itu pada dasarnya sering bermain di minda mendesak diri untuk mencari kekuatan dan kesabaran.

Cuma seketika terfikir sejenak... adakah wajar perasaan itu diluahkan di dada kanvas ini.

Hanya masa dan waktu bisa mentafsirkan segalanya.




suka duka pentas dunia


Carian