Cari Blog Ini

Pengikut

29 September 2021

29 SEPTEMBER | HARI JANTUNG SEDUNIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


29 SEPTEMBER |  HARI JANTUNG SEDUNIA


Penyakit jantung dianggap sebagai 'pembunuh senyap' tidak mengira latar belakang mangsanya.  Jantung adalah organ penting untuk badan yang mana ia berfungsi untuk mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada semua organ dan anggota badan.

Sempena hari jantung sedunia, bersamalah kita menjaga kesihatan jantung dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.


Selamat Hari Jantung Sedunia
Selamat Hari Jantung Sedunia


Sayangi Jantung Anda


*  Amalkan suku suku separuh
*  Hidup tanpa tembakau dan alkohol
*  Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
*  Jalani saringan kesihatan dan ketahui isiko kesihatan
*  Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam
*  Kawal stress dengan bijak
*  Kekalkan berat badan unggul

update:
Hari Jantung Sedunia


7 Tips jaga jantung
Tips jaga jantung


Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.


Wordless Wednesday | Nasi Goreng Inas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Wordless Wednesday | Nasi Goreng Inas 

 



Inas dah pandai masak.



28 September 2021

Giveaway by Shida Radzuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Giveaway by Shida Radzuan



Bestnya, rakan blogger Shida Radzuan organize Giveaway lagi. Kesempatan yang yang tidak harus dilepaskan. Ada beberapa kali dah akak terlepas join giveway Shida Radzuan, sebab masa tu tak berapa aktif dengan blog. Kali ini tak boleh lepaskan lagi.

Ada apa dengan Giveaway By Shida Radzuan pada kali ini?


Giveaway by Shida Radzuan

Nak tau... klik banner di atas. atau klik pada caption.


Apa yang saya suka dengan blog Shida?


Banyak yang saya suka dengan blog Shida. Antaranya:
1. Paparan blog yang ringkas. Tak banyak warna dan corak.
2. Cepat loading. Tak perlu tunggu lama, klik jer pada link blog shida di Best Blog 2021... dengan pantas terus keluar paparan blog Shida.
3. Content yang menarik, ada info dan maklumat. Entri santai pun menarik dan terselit juga info.


Demikian serba ringkas dari akak. Korang jom join... klik link pada banner di atas.








Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini.

Seperti biasa dan selalunya, bila hari bekerja jarang masak pagi kat rumah.  Kalau masak pun air panas jer untuk buatkan air milo atau teh untuk sarapan anak-anak.  Kadang-kadang sempat juga goreng nasi atau bakar roti itu pun untuk anak-anak di rumah.  Mak nak kerja ... beli jer sarapan di gerai tepi jalan.  

Hari ni, hasrat hati nak beli pulut rendah di kedai depan ayam ori, tapi tak dapatlah orang ramai dok menunggu.  Cari di gerai lain... lambat sikit sampai.  Suami yang turun beli, akak memang malas nak turun kereta.. tunggu order sampai jer hehehe


Nasi lemak kari daging

Nasi lemak hari ni pelik sikit.  Selalunya letak rendang daging atau rendang ayam.  Tapi isi rendang dah habis, jadinya jadilah kari daging kuah rendang.  Suami akak ni macam faham jer kan.  Akak kurang sikit kalau nasi bungkus letak kuah.  Kari daging tu ambil daging saja dan tambah kuah rendang yang masih berbaki.  Untuk tengahari, makan bihun goreng.  Juga dari gerai yang sama.  Lawan pula dengan vico panas.  

Alhamdulillah.  Selesai sarapan dan makan tengahari.  Rezeki yang berbeza namun tetap ada.





27 September 2021

Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali



Baca tajuk macam pelik.  Ya, sahabat yang baru dikenali dan rapat baru saja beberapa bulan, belum sampai setahun.   Dalam tempoh beberapa bulan yang kenal ni, hanya jumpa beberapa hari saja dalam seminggu disebabkan penggiliran tugas sepanjang PKPP.  Nak kata tak sedih tak juga, tapi rasa tak puas lagi mengenali sahabat dengan lebih dekat.


Jala Jelita
Jala Jelita Viral


Nak meraikan besar-besaran tak dapat, bersederhana pun tidak.  Hanya sekadar yang ada.  Hari ini diberikan kesempatan berjumpa dengan sahabat yang tidak berapa hari lagi akan berhenti kerana mengikut suami.  Isteri mithali.  Kami di pejabat pasti kesunyian dengan ketiadaanmu tetapi memori bersama tetap tersemat di sanubari.

Semoga sahabat kami yang amat disayangi ini berbahagia dengan pilihan yang dibuat dan dimudahkan urusan serta dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hidup bersama keluarga.

Semoga kia bersua lagi.  Good Luck Shiera.




22 September 2021

Hidup ini penuh kata laluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini penuh kata laluan


Setiap hari terpaksa hadap kata laluan
Terlupa kata laluan hidup jadi tak keruan
Setiap aplikasi perlu kata laluan
Nak transfer payment perlu kata laluan



Hari ini terlupa lagi kata laluan lagi.
Entah kenapa sistem clock-in buat onar pulak hari ini, kena login semula.
Dah lah akak ni malas nak ingat kata laluan... berulang kali cuba kata laluan masih tak dapat.  Makanya terpaksa reset kata laluan sebab terlupa kata laluan.
Ni.. dah tukar kata laluan baru harapnya boleh ingat lah ehh.

Bab lupa kata laluan ni tak kan habis.... dah tulis tapi lupa letak kat mana.  Sudahnya kena reset juga.

Korang mesti ada juga kan pengalaman lupa kata laluan.







13 September 2021

Isnin, pagi yang indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isnin, pagi yang indah





Pagi yang indah.
Semoga ia adalah permulaan hari yang baik.
Mendapat keberkatan dariNya.
Dipermudahkan segala urusan.
Diberi perlindungan olehNya.
Diberikan keampunan dari segala dosa,
Dan dikurniakan kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.


Muhasabah diri.
Terima kasih.


12 September 2021

Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)


Sudah masuk ke bulan September 2021.  Sebelum ni setiap bulan terima laporan  Prestasi Carian Blog (performance on Google Search) tapi tak tergerak pula nak buat posting.  Sebabnya rasa tak berapa penting nak post prestasi yang tak berapa cantik.  Hanya sekarang baru terfikir kalau kita tak post macam mana kita nak ingat prestasi blog ... so ini laporan prestasi yang pertama bagi blog Zarida Ishak.




Prestasi Carian Ogos (August performance on Google Search).  Dapatan carian sepanjang bulan Ogos pastinya tidak berapa memuaskan kerana tiada posting baru yang diwujudkan di blog ini.  Langsung tiada penulisan di blog walapun telah beberapa kali mencuba.  Disebabkan tiadanya entri terbaru menyebabkan blog ini tidak berapa nak muncul dalam enjin carian google.  Baik... kita perkemaskan entri dan posting pada bulan berikutnya.



Content Achievement (Pencapaian kandungan).    Nampaknya maksud badan ikhtisas masih mendapat perhatian, begitu juga dengan posting berkaitan jus delima Gulsan dan zikir pada hari Sabtu.  Maksud badan ikhtisas telahpun diketahui. Begitu pun, jus delima Gulsan telah lama tidak diamalkan kerana pernah terputus bekalan tidak berapa lama dulu lalu digantikan dengan supplement lain.  Zikir hari Sabtu In Shaa Allah sentiasa diamalkan pada setiap hari Sabtu.



Top performing pages (Halaman berprestasi tinggi).   Agak menarik, solat sunat istikharah mendapat klik yang tertinggi.  Bertepatan dengan kehidupan harian, dalam mencari keputusan yang terbaik adalah melalui istikharah.  Koleksi ucapan hari Jumaat mendapat klik kedua tertinggi mungkin disebabkan banyak gambar dan jalan ceritanya yang tersendiri.  Pun begitu posting zikir hari Sabtu tidaklah mempunyai jalan cerita yang panjang namun masih menyumbang kepada prestasi halaman yang ke3 terbaik.


Petikan prestasi seterusnya dilihat banyak berkaitan rapat antara satu sama lain.



 


Demikian serba sedikit catatan berhubungn prestasi blog Zarida Ishak pada bulan Ogos 2021.  Akak masih lagi mencari jalan untuk meningkatkan rank dan prestasi blog ini.  Perlu banyak ilmu dan pengisian entri yang bermanfaat dan bernilai.

Terima kasih.








10 September 2021

Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

 
Setiap kali tibanya hari Jumaat kita akan sentiasa diingatkan untuk melakukan beberapa perkara Sunat terutama membaca surah al-Kahfi.  Rupanya ada banyak sebab dan manfaatnya kepada kita.  Jadi tidak salah untuk kita jadikan amalan.  Semoga mendapat pahala dan keberkatan di dunia dan di akhirat.

Berikut adalah antara sebab kenapa kita sentiasa diingatkan untuk membaca surah al-Kahfi.




Berikut adalah antara petikan dan perkongsian dari Telegram Nasihat Kehidupan.

  1. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa :  Nabi ﷺ bersabda:  “Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal” (HR. Muslim no. 809).
  2. Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi” (HR. Muslim no. 2937)
  3. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR. Ahmad 6: 446).

Dan di antara waktu yang baik untuk membaca surah Al Kahfi adalah pada hari Jumaat. 
 
  1. Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:  “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah” (HR. Ad Darimi 2: 546).
  2. Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ  bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat” (HR. Al Baihaqi)

Sekian adanya.  Semoga bermanfaat.  Terima kasih.

07 September 2021

Mutiara kata hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mutiara kata hari ini



Satu-satunya perkara yang akan membuat kita tetap  senyum walaupun kita sedang bersedih adalah dengan mengetahui Allah sentiasa sayang kita.




Sepi bukan bererti hilang, diam bukan bererti lupa, jauh bukan bererti putus, kerana ada ikatan yang tak mungkin terputus iaitu persahabatan.


Setiap saat berharga setiap saat dikira.
Semoga bermanfaat.  




03 September 2021

Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat



Ibnu Qayyim mengatakan, "Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah [ada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya". 

Hadis dari Ka'ab menjelaskan:  "Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya (Mauquf Shahih)



Keutamaan Sedekah
Keutamaam sedekah pada hari Jumaat



Jom kita lipat gandakan sedekah pada hari Jumaat.

Semoga bermanfaat.



02 September 2021

10 Pesanan Elak Alpa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Pesanan Elak Alpa


Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita lakukan.  Sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk orang sekeliling.  Namun ada ketika kita alpa dan lupa dalam melaksanakan tanggungjawab kita yang hakiki.


(gambar hiasan)


Berikut ada 10 pesanan buat diri yang alpa dari Imam Hassan Al-Banna:


1-  Sekiranya terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2-  Perbanyakkan tilawah al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3-  Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul (fushah) kerana Bahasa Arab yang betul adalah lambang (syiar) Islam.

4-  Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5-  Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6-  Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7-  Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8-  Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9-  Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan (At Ta'aruf) dan berkasih-sayang (Al Hubb).

10-  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga pesanan ini membawa manfaat buat kita semua.  Tidak dapat buat satu jangan tinggal semua.


SEMOGA BERMANFAAT 🥰

01 September 2021

Selamat Datang September

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Datang September


Telah berlalu 31 hari yang lepas adalah bulan Ogos.  Kini tiba pula giliran September, bulan ke sembilan dalam tahun masehi.  Sudah hampir ke penghujung tahun rupanya.  berbaki lagi 3 bulan bagi mengakhiri tahun 2021, Oktober, November dan Disember.  Banyak perkara yang berlaku sepanjang 31 hari lepas.  Debaran demi debaran sehingga terjawab segala persoalan.  Tidak semua yang berlaku itu pernah kita alami pada hari-hari yang terdahulu pada bulan yang terdahulu.

Semoga kehadiran September kali ini membawa khabar gembira, menghilangkan segala duka.  Setiap kebahagiaan yang kita impikan In shaa Allah bakal menjadi kenyataan.  Telah banyak sudah berita duka menyelami hayat kita.

Semoga kehidupan kita sepanjang September ini sentiasa dikelilingi kebahagian, dimudahkan segala urusan yang baik dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan.



Hari baru, bulan baru, semangat baru.
Semangat baru yang lebih baik dari yang dahulu.
Semangat yang lebih kuat, lebih cekal dan lebih gagah serta gigih.

Terima kasih Ogos, Selamat Datang September.