Pengikut Setia

25 Disember 2010

Nasi lemak halba & susu kambing bermadu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Terlewat sikit buat entri ni, cerita tentang sarapan pagi tadi... nasi lemak halba bersama sambal tumis dan ikan kering cincang serta sayur campur dan minum bersama susu kambing bermadu.  Itu cerita tentang menu aye pagi tadi, famili lain menu yang sama juga cuma minum dengan teh dari Sabah (pemberian makcik Ann, jiran di Sungai Galah).  Nak tambah lagi... makan juga dengan karipap pusing segera keluaran Tok Ma dibeli dari Kedai Mesra Petronas Bandar Universiti.

Tetapi rasanya tak juga terlewat untuk keluarkan entri nih, sebab menu yang sama diulang sehingga makan tengahari, masak banyak ...

gambar susu kambing tak sempat nak upload kat sini.

Cerita bab nasi lemak ni, aye dapat idea lepas jumpa Mat Gebu semalam, terima kasih kerana bagi idea untuk menu hari ni... tapi resepi aye tak sama dengan resepi nasi lemak halba dari Mat Gebu...ada ubah suai sikit... apa?  biarlah rahsia, kalau diceritakan kat sini nanti termasuk pulak dalam kategori plagiat resepi orang... apa2 resepi dari Mat Gebu memang banyak membantu.  Kalau agak2 tak tau nak masak apa tengahari ni atau petang ni... jumpalah Mat Gebu. klik pada link nasi lemak halba kat atas...

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian