Pageviews

18 September 2020

Semangat yang hilang terbang ke laut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semangat yang hilang ke laut


Telah beberapa kali semangat itu hilang
Terbang hilang entah ke mana
Tiada semangat hendak menitipkan sepatah kata
apatah lagi berbaris-baris ayat

Sesekali terasa tenggelam di dasar laut
Karam terhempas dilambung badai

Dipaksakan juga 
Menitipkan apa yang terpendam
Tetapi hilang bersama metafora

Seolah ada hati yang hendak dijaga
Sedangkan sendiri tidak terjaga

Semangat yang hilang terbang ke laut
Laut dalam laut lepas laut merah

Percubaan mengutip semula semangat yang hilang

05 September 2020

Sedikit nasihat untuk hidup kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




"Bila kita selalu sakit, maka rajinlah berpuasa.

Bila kita berwajah gelap, rajinkanlah diri untuk berqiamulail (tahajjud).

Bila kita punya hati yang sempit, maka banyakkan membaca Al-Quran.

Bila kita terlalu susah untuk bahagia, solatlah tepat pada waktunya.

Bila emosi kita sering terganggu, rajinkan berwudhuk dan ber-istighfar.

Bila hati dan jiwa kita gelisah, banyakkan berdoa dan bersukan (beriadah).

Bila kita dalam keadaan stress atau tertekan, seringlah membaca 'La haula wala quwwata illa billah' dan apabila kita merasa rezeki kita teramat sempit, maka perbanyakkanlah bersedekah"
 
Ya Allah. Rahmat-Mu sentiasa mengatasi kemurkaan-Mu. Rahmatilah kami.. Aamiin

Jom Muhasabah Diri

04 September 2020

Hidup bukan sekadar berfikiran positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup bukan sekadar berfikiran positif.





Hidup bukan sekadar berfikiran positif,
tetapi menerima semuanya dengan penuh kesedaran.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang sabar.
Kita diuji untuk jadi orang yang sabar,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi orang yang bersyukur.
Kita diuji untuk jadi orang bersyukur,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu jadi hamba yang beriman.
Kita diuji untuk jadi hamba beriman,
hal yang kita sendiri minta.

Kita diuji, tanpa sedar kita lupa.
Kita pernah merintih mahu ke ke syurga.
Kita diuji untuk jalan kesyurga,
hal yang kita sendiri juga minta.

Hakikat hidup setiap yang berlaku,
bila lihat dengan hati,
ketika itulah keberlimpahan fikiran akan hadir.

Allah pilih hijab kita dibuka.

Saat beban hidup terasa berat sekali amalkan zikir ini.

Rugi tidak diamalkan, ia antara amalan hidup Ustaz Dato' Ismail Kamus sepanjang hidup beliau.
.
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَّمْدُودًا

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak.
(Al Muddasir: 12)
*Baca waktu pagi 313 kali.


Salam Jumaat.  Hidup bukan sekadar berfikiran positif.

03 September 2020

Senarai Blog September Oktober dan November 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Senarai Blog September Oktober dan November 2020




Maaf atas kelewatan mengeluarkan senarai nama pemenang blog list bagi  Segmen Bloglist Pertama Blog SalatulZarida. Ada beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.  Semoga rakan blogger selaku peserta segmen ini tidak patah hati.


Rakan Blogger


Semua rakan blogger yang menyertai segmen ini ditelakkan di dalam satu senarai yang diberi nama Blog List September Oktober November.

Senarai penuh peserta telah dikemaskini di SINI.

Kepada semua rakan blogger yang menyertai segmen pertama kali ini diucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga.  Semoga diberi kesempatan dan ruang untuk mengadakan segmen seperti ini pada masa akan datang.  Sebarang kekurangan dan kesilapan datangnya dari saya sendiri. Semua kekurangan yang ada akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Terima kasih semua atas sokongan.  Jom blogwalking ke senarai blog yang tersenarai.

Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan


Bulan September datang lagi dan pasti akan datang lagi dan lagi pada setiap tahun bila tiba masanya. Agak lewat saya buat posting untuk bulan ini, berikutan kekangan kesihatan dan juga pelbagai helah dunia.  Namun diharapkan kehadiran bulan September pada kali ini memberi nafas baru dan kekuatan serta kesejahteraan kepada kita semua.  Sudah hampir tujuh bulan kita berhadapan dengan musibah covid-19.  



Bulan 9 Adalah Bulan Keemasan


Kenapa?  Bagi ahli pengamal Metafizik, mereka berpandangan demikian kerana September merupakan kemuncak dari angka 2 hingga 9.

Justeru, bagi ahli perniagaan, inilah masanya untuk merebut segala peluang yang datang.  Jangan dilepaskan.  Tapi ingat, jangan sampai tersalah pilih peluang.  Memandangkan scammer  juga banyak menawarkan peluang yang berasakan penipuan pada bulan ini.

Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dalam mengharungi kehidupan dan seteruskan dikurniakan kecekalan dalam mendepani musibah yang tidak diundang,