Assalamualaikum dan salam Muharram (boleh ker?),
Hari ini 10 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 16 Disember 2010. Pagi tadi dalam program tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuk Hari Asyura... Banyak pengetahuan baru yang aye peroleh. Cuma untuk mengulas lanjut apa yang ustaz cerita tu... rasanya tak dapatlah sebabnye aye bukanlah handal sangat nak berhujah, kalau setakat ulang balik boleh le... tu pun tak dapat juga sebab tak sempat juga sebab tak sempat salin, cuma ingat jer apa yang ustaz cakap... rasanya boleh leh untuk ingatan diri sendiri kot...
Berbalik pada Hari Asyura, teringat aye masa zaman bebudak dulu... masa tu dalam group sedara mara dan sepupu sepapat aye sorang jer perempuan yang besar sikit, lain2 adik2 tu masih baby... so dah takder geng lain ikut jer abang2 dan sepupu sepapat tu panjat pokok kelapa... hehehhe... tak der la panjat tunggu kat bawah tolong kutip daun jer... sementara tunggu bubur masak. ha nak cerita juga bab masak bubur asyura ni gotong royong oleh pak pak sedara dan tok2 sedara pangkat nyang pun ader... bila bubur (manis & berempah) masak jer... kami le jadi tukang rasa dulu... tak payah guna mangkuk ... guna tempurung kelapa... Oit... kami bebudak ni buat pertandingan tau, sementara tunggu bubur masak kami basuh dan kikis sabut2 dan apa2 yang ada kat tempurung tu... gosok sampai berkilat.... wauuuuu.... bila makan ramai2 sambil duduk atas batang pokok kelapa yang dah tumbang ... seronok nye... masa bebudakkk bukan kira nak malu dengan budak lelaki... ace sekarang.... idak ler...
Lupa lak nak citer lagi... kenduri asyura tu buat kat laman rumah Nyang (tapi kami panggil Tok sebab terikut-ikut ngan Paksu yang masa tu lebih kurang sebaya jer kami) eh... masa tu Nyut pun ada lagi.. kampung di dalam kawasan Tembila, Kg Raja, Besut, Terengganu.... meriah nye...
Bila tiba hari Asyura setiap tahun memang terkenang juga peristiwa tu... zaman kanak2, mana nak kutip lagi... gambor pun takder... kat kampung mana le ada semua tu ... cuma simpan dalam kotak memori jer... yang semakin lamasemakin luput dan terhakis... nak jumpa sepupu sepapat tu pun dah payah sekarang nih... ye lah semua dah berkeluarga....
Sori yek... gambor tak der...
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
lambat tengok kalendar.. terlepas nak puasa hari ni... (TT__TT)
BalasPadamto Faarihin,
BalasPadamerk... tak dapat puasa hari ni, hari2 lain pun ada lagi ... cuma pahala jer yang berbeza... sobs... simpati..