Menjawab persoalan dan pencarian tentang taxi dan angkubah...
Mencari penyelesaian bagi sebuah kekusutan dan kekalutan serta kekeliruan...
Mengapa Taxi angkubah yang dicari.... lantas ketemukan aye dengan artikel ini....
~~~~~~~~~~~~~~
Sumber: Berita Harian Online
Kumpulan Taxi |
KUMPULAN Taxi hanya bergabung pada hari sesi uji bakat Hot FM Twisties Bingit berlangsung di Johor Bahru namun disebabkan terlampau leka berlatih sejak awal pagi untuk memantapkan skil, mereka nyaris terlewat mendaftar sebagai peserta. Begitupun sudah tersurat, kerja keras diadun bersama bakat dan kesungguhan melayakkan empat anak muda lingkungan usia 19 hingga 23 tahun itu mara peringkat akhir di Kuala Lumpur seterusnya meraih gelaran juara dan berpeluang merebut kontrak merakamkan album berserta wang tunai RM20,000. Kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya pada Sabtu lalu, adalah permulaan bagi Taxi apabila bersaksikan empat juri profesional-Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) dari Warner Music, Edrie Hashim, Genervie Kam dan Edry Abdul Halim- selain kira-kira 1,000 penonton, mereka memancing tumpukan ramai.
Vokalisnya, Muhd Ar Rashidin Tuah, 19, berkata, detik nyaris tidak dapat mendaftar sebagai peserta akan dikenang sepanjang hayat kerana jika peluang itu terlepas, bermakna Taxi tidak mungkin mampu berada di pentas Twisties Bingit dan membina tapak kerjaya seni.
“Sebelum ini kami memang mengenali antara satu sama lain, cuma ‘jamming’ di studio dengan rakan lain. Sehari sebelum uji bakat, baru kelam kabut mencari anggota dan keesokan harinya, kami terus menempah studio kerana tidak mahu datang kosong,” katanya.
Selain Rashid, Taxi yang mengenakan persalinan jahitan sendiri berupa seragam kumpulan pancaragam pada pertandingan akhir itu turut ditunjangi dua bersaudara, Sukri Salleh, 23 (bass) dan Sazuan Salleh, 19 (dram) selain Mohd Edzwan Shah, 23 (gitar).
Sebuah lagi kumpulan, Drama yang turut menonjolkan persembahan meyakinkan hanya mampu berpuashati dengan kedudukan kedua dan tawaran wang tunai RM10,000 namun mereka mendapat., satu lagi kejutan tidak dirancang iaitu peluang merakamkan single.
Ditunjangi empat pemuda-Noorsyaiful Md Zalaludin, 22 selaku vokalis; Mohd Ammar Mohd Habir, 22 (gitar); Mohd Nor Firdaus Abu Bakar, 21 (bass) dan Faeez Ikhwan Abd Halim, 20 (dram), mereka asalnya datang secara solo namun digabungkan penganjur sebagai satu kumpulan.
“Keserasian itu penting untuk menghasilkan sebuah kumpulan yang kukuh. Mungkin awalnya agak sukar, tetapi selepas lima minggu menghadapi segala cabaran bersama dan karektor masing-masing semakin difahami, tumpuan beralih kepada muzik kami.
“Syukur walaupun sekadar meraih gelaran juara. Paling gembira apabila dimaklumkan single kami bakal menyusul selepas ini biarpun awal dulu tiada perjanjian sedemikian,” katanya.
Pemenang ketiga yang membawa pulang RM4,000 adalah Rock And Roll John disusuli D'Vyder dan O’Two di tempat ke empat dan lima yang membolehkan mereka meraih RM2,000 manakala Raw Discover pada kedudukan ke enam bersama RM1,000.
Pertandingan pencarian kumpulan muzik yang memasuki musim ketiga itu mementingkan segala kriteria untuk bergelar sang juara dan selepas segala pertimbangan, Taxi membolot ganjaran utama yang secara keseluruhannya hampir mencecah RM100,000.
Mengimbas semula saat persembahan Taxi di Stadium Kelana Jaya, Ahad lalu, masih terngiang-ngiang dendangan yang dipertaruhkan, Putihnya Lukisan dendangan asal Meet Uncle Hussein serta Jeritan Batinku dan sebuah nukilan sendiri berjudul Angkubah.
Sekali pun mendapat teguran juri, idea spontan yang barang kali dilihat agak klise bagi sesetengah orang terus menaikkan momentum pertandingan sekali gus membuatkan mereka di bawah pentas tidak sabar menanti giliran peserta seterusnya.
Band Drama juga tidak mengecewakan apabila menggunakan unsur drama dalam pembukaan selain mempunyai penyanyi pengiring, cuma mereka mungkin tertinggal sedikit markah daripada juara apabila kadangkala suara vokalisnya tenggelam timbul.
Seperti dinyatakan seorang juri, Edrie Hashim, penilaian dilihat dari pelbagai sudut bagi mencari band juara apatah lagi tahun ini menampakkan kualiti penyertaan terutama selepas tempoh peringkat separuh akhir.
“Kami memperhalusi semua aspek, secara peribadi saya melihat pemilihan pemenang dari sudut berbeza iaitu menerusi pandangan ahli perniagaan dan pemuzik. Semua yang masuk ke finalis memang bagus namun Taxi punya tarikan serta kelebihan bergelar juara,” katanya.
Usai penyampaian hadiah, penonton disajikan pula konsert khas yang membariskan Black, Mizz Nina, Bittersweet, Aizat, Azlan & The Typewriter, Bunkface, Faizal Tahir dan tidak ketinggalan juara Twisties Bingit terdahulu iaitu Modread, Avidity serta Taxi.
Namun paling diingat adalah penampilan istimewa lagenda rock, Wings bersama vokal mantap Awie yang mengalunkan tiga lagu-Peronda Jaket Biru, Hilang dan Jumpa dan Ranggi Metropolis hingga masing-masing tidak berganjak sekali pun jam sudah menunjukkan angka 12 tengah malam.
~~~~~~~~~~~~~~
Sekian adanya... Baru ku tahu...
woow
BalasPadamto za,
BalasPadamyea yea....