Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Budi Yang Baik Dikenang Jua
Seperti biasa, hari ini kekurangan idea nak mengarang. Tajuk dah ada tetapi malas pula nak mengulas panjang. Jadi semasa bersiar-siar ke laman blog rakan blogger di tepi blog, terjumpa dengan blog yang menyiarkan entri supaya entri blog kita perlu ada kaitan dengan nama blog supaya dapat tempias SEO. Tetapi YangBaik nak menulis mengenai SEO tak berapa pandai dan boleh dikatakan gagal kalau berbicara mengenai SEO. Sedikit sangat pengetahuan YangBaik mengenai SEO.
 |
Fikir. Gambar hiasan |
Budi Yang Baik Rakan Blogger
Walaupun YangBaik memang suka dengan IT dan gajet serta apa saja yang berkaitan dengan IT tetapi YangBaik bila baca sesuatu entri ... tak suka panjang lebar. Sebab tu lah bila mengarang kat blog pun ayat tersekat-sekat, kadang-kadang tergantung. Pernah beberapa kali ditegur oleh rakan blogger supaya memanjangkan ayat dalam karangan.
Bukan tidak menghargai setiap teguran yang diberikan. YangBaik tetap berusaha untuk menulis banyak tetapi bimbang juga bila menulis tanpa ilmu kelak binasa diri sendiri.
Sedikit demi sedikit YangBaik berusaha membalas budi baik rakan blogger yang tidak pernah jemu memberi pandangan dan teguran.
Anak semilang di tapak tangan
Anak itik di atas para
Pesananmu tuan dalam ingatan
Budi yang baik dikenang jua