Pageviews

25 November 2009

Ada Apa Dengan Tanggungjawab? Adakah semua kejadian adalah tanggungjawab kita? Fikirkan!


Salam sejahtera buat semua pengunjung... Saya kini kembali setelah sekian lama 'bertapa' bukan dalam gua batu... tetapi dalam gua ciptaan aye.. hehehe...Banyak 'keje' lah... berlambak-lambak ... mana taknya dengan nak siapkan minit mesyuarat, dokumen 5s, bilik fail lagi... ini pun masih tak berapa siap keje... tapi aye rasa macam bersalah plak sebab janji aye pada blog ini belum terlaksana... walau apa pun aye cuba juga selesaikan sebahagian daripada janji berkenaan... maka dengan ini dipersembahkan artikel berkenaan 'TANGGUNGJAWAB' seperti yang dijanjikan.

Cerita bermula mengenai idea untuk menulis mengenai 'tanggungjawab' ini bermula apabila aye terima satu e-mail berkaitan isu kenaikan harga makanan.  Email ini bukan aye seorang saja yang terima tetapi ramai lagi .... satu jabatan...

Seorang 'aku' tidak tahu ke mana hendak ditujukan rasa tidak puas hati ke atas kenaikan harga makanan yang dirasakannya agak melampau di sebuah kafe.

Lantas 'aku' minta bantuan dari seramai mungkin orang untuk mengatasi kenaikan harga tersebut.  Lantaran itu, pelbagai andaian dan telahan serta teguran diterima berkaitan isu berkenaan.  Antaranya 'feedback' yang diterima yang ingin aye kongsikan dengan pengunjung blog aye seperti berikut:

1.  Sorang 'aku' yang tidak kisah keana kenaikan harga itu mungkin tiada kaitan dengan dirinya atau mungkin juga kerana kenaikan itu tidak dirasakan apa-apa kesan pada dirinya.  mungkin tidak menjejaskan 'poket' langsung kerana 'aku' itu tidak makan di situ dan tidak makan makanan itu... Telah menempelak 'aku pertama'.

2.  Seorang 'aku' lagi yang simpati dan bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh 'aku pertama'.  Mungkin senasib agaknya.

3.  Seorang 'aku' lagi, dah lah tidak setuju dengan 'aku pertama', seolah-olah seperti memarahi 'aku pertama' dan 'aku yang senasib' dengannya.  Menyatakan 'aku yang senasib' tidak bersyukur dengan apa yang ada dan tidak boleh menerima perubahan dan tidak boleh berhadapan dengan masalah.  TAK PER ARR..

4.  Ada seorang 'aku' lagi yang ini mungkin juga 'orang yang bertanggungjawab' telah bersuara yang menyatakan bantuan dan pertolongan yang akan diberikan.  SELESAI.

Dari 4 atau 5 atau ramai orang lagi seperti yang aye nyatakan di atas, dimanakah sebenarnya kedudukan kita.  Bukan bermaksud untuk memberi kesalahan kepada sesiapa tetapi untuk memberi ruang kepada kita di mana kita sebenarnya.

~~~

Hari-hari Yang berlalu - Keputusan Undi 1


Hari-hari yang berlalu, berikut adalah keputusan bagi Alasan Cuti Yang Paling Tidak Boleh Diterima. 
Hmmm... agak menyedihkan juga melihatkan keputusanya... Sebab?  Hanya 3 orang jer yang bagi 'feedback'. 
Tak ape... ini baru permulaan dan baru belajar nak buat 'poll'.
Untuk 'poll' akan datang, aye akan pastikan ia dibuat dalam bentuk yang lebih menarik dan lebihkan promosi.
~~~

16 November 2009

Apakah alasan cuti yang paling tidak boleh diterima?

Salam ...

Anda akan bercuti... memang penting sangat dan memang perlu cuti. Jika tidak, mungkin timbul masalah besar yang anda sendiri kurang pasti.  Untuk itu, anda telah mengemukakan permohonan cuti rehat untuk suatu tempoh tertentu.  Apakah alasan cuti yang akan anda berikan... supaya permohonan cuti anda mendapat kelulusan.

Untuk itu juga... undilah alasan cuti anda seperti yang tertera pada petak undi yang terdapat di sebelah.

Sekian, selamat mengundi...terima kasih kepada yang sudi mengundi.

Nota:  entry mengejut

06 November 2009

Akan Update... sementara itu... tajuk akan datang adalah...



Terlebih dahulu terima kasih kepada pengunjung blgg aye... maaf lah sebab dah beberapa hari tak kemaskini... sibuk sangat nih... yang sempat 'menjeling' jer... ni pun curi-curi 'masa' jap...

Sebenarnya tajuk dan cerita dah ada tapi belum berkesempatan nak mengarang...antara tajuk cerita aye akan datang:
1.  siapa yang bertanggungjawab
2.  salah siapa
3.  ummi.. kenapa macam ni
4.  antara dia, aku, mereka dan...
5.  ada lagi....

Sekian, hingga jumpa lagi...