Pengikut Setia

31 Julai 2022

BULAN MUHARRAM BULAN YANG ISTIMEWA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Bulan Muharram bulan yang istimewa



Empat kemuliaan bulan Muharram yang harus kita ambil tahu, dan sekurang-kurangnya ambil kisah.

1. Termasuk Empat Bulan Haram (suci)




Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak 12 bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullah (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Di antaranya (bulan-bulan tersebut) adalah empat bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut..” (QS. At-Taubah: 36)

Justeru, jelas menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang serta sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar.


2. Bulan Muharram dinamakan Syahrullah (Bulan Allah)



Dari Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda,
“Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim)

Keterangan:
As-Suyuthi mengatakan, Sementara dulu, orang jahiliyah menyebut bulan Muharram ini dengan nama Shafar Awwal. Kemudian ketika Islam datang, Allah ganti nama bulan ini dengan Al-Muharram, sehingga nama bulan ini Allah sandarkan kepada dirinya (Syahrullah). (Syarh Suyuthi ‘Ala shahih Muslim, 3:252)


3. Kemuliaan Hari 'Asyura 10 Muharram



Dari Ibnu Abbas r.a, beliau menceritakan, ketika Nabi tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura’. Beliau bertanya, “Hari apa ini?” Mereka menjawab, “Hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, sehingga Musa-pun berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukur kepada Allah. Akhirnya Nabi bersabda, “Kami (kaum muslimin) lebih layak menghormati Musa dari pada kalian.” kemudian Nabi memerintahkan para sahabat berpuasa. (HR Bukhari)


4. Para ulama menyatakan bulan Muharram adalah bulan paling mulia setelah Ramadhan



Hasan Al-Bashri mengatakan:
"Tidak ada bulan dalam setahun, setelah bulan Ramadhan, yang lebih mulia di sisi Allah dari pada bulan Muharram. Dulu bulan ini dinamakan Syahrullah Al-Asham (bulan Allah yang sunyi), kerana sangat mulianya bulan ini. (Lathaiful Ma’arif, Hal. 34)


Sumber:  #quotephotovideo #nasihatkehidupan


30 Julai 2022

Salam Maal Hijrah 1444Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Salam Maal Hijrah 1444Hijrah



Sesungguhnya orang-orang yang beriman, 
orang-orang yang berhijrah
dan berjihad di jalan Allah,
Mereka itu mengharapkan rahmat Allah
dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang.
 (Surah Al-Baqarah, 2:28)

Selamat Tahun Baru Hijrah 1444.  Semoga tahun ini membawa keberkatan, rahmat dan kesejahteraan dalam kehidupan kita semua.



29 Julai 2022

Hari Jumaat Penghujung Zulhijjah 1443 penuh dramatik

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari Jumaat Penghujung Zulhijjah 1443 penuh dramatik


Salam Jumaat Barakah. "Allahhumma solli 'alaa Muhammad, waalaa aali Muhammad"

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.


Alhamdulillah permulaan hari yang agak baik dan kekalutan masih juga seperti biasa dengan anak-anak yang bersiap awal pagi dan ada juga yang bersiap di saat akhir sebelum bertolak ke sekolah.  Walaupun sepanjang minggu hari persekolahan, waktu masuk sekolah tidak pernah berubah melainkan waktu balik sahaja yang ada harinya tidak sama.  Masih juga ada yang leka.  Orang kata "Anak-anak sementera nak besar".

Cerita anak-anak sekolah tidak akan habis selagi mereka tidak tamat zaman sekolahan.  Sama-sama selusuri kehidupan zaman sekolah mereka dengan sepenuhnya.


Nasi dagang 

Awal pagi seperti biasanya bila tak sempat masak dan sediakan bekal untuk anak-anak atau makan sendiri, BZ akan cari kedai makan yang ada nasi dagang.  Sekarang ni dah ada banyak kedai jual nasi dagang dan sudah pasti banyak pilihan nasi dagang yang sedap.




Hari ini, masa untuk sarapan pagi di kedai agak panjang tak perlu tergesa-gesa kejar masa masuk ofis.  Sebab hari ni adalah hari Taklimat dan pengambilan Slip PBD di sekolah rendah.  Tak sempat nak ambil gambar muka depan "buku program" sebab dah kena conteng.  Dapat gambar tentatif pun jadilah.

Permulaan taklimat sangat baik dan menepati masa seperti dalam jadual.  Peruntukan masa slot taklimat dalam jadual nampak cantik dah, tetapi betullah kita merancang... ada masanya terbabas juga sebab banyak perkara yang perlu ditaklimatkan sedangkan masa agak terhad.  Apapun usaha murni cikgu-cikgu sekolah amatlah dihargai.

Semasa penyerahan laporan agak kritikal, ibu bapa berbaris di luar kelas menunggu giliran berjumpa dengan Cikgu kelas bagi mendapatkan maklumat berhubung penilaian anak-anak.  Sebagai ibu bapa seharusnya tidak mengambil masa yang lama dalam perbincangan berkenaan.  Perlu juga ambil kira ibu bapa lain yang menunggu di luar.  Kami semua ada masa dan urusan yang harus dilakukan.  Jadi, silalah bertimbang rasa.  Mungkin boleh ambil masa lain untuk perbincangan lanjut berkenaan kemajuan anak-anak, ketika tiada orang ramai yang berdiri menunggu di luar.



Selesai perjumpaan dengan cikgu kelas, nak masuk pejabat pula.  Singgah beli makanan tengahari.  Semua tindakan kena cepat memandangkan masa yang agak suntuk untuk urusan berikutnya.  Ayah beli nasi bajet di gerai tepi kedai.  Katanya ada lauk ayam dan udang.  BZ pilih lauk udang senang nak makan.  Dalam keadaan kelam kabut (yang tak sepatutnya begitu 😅)  sebelum turun kereta umi ambil bungkusan nasi dan air, terus masuk ofis.  Sampai ofis, on komputer dan buka bekas nasi.... hmmm takder udang.  Rupanya udang ada dalam bungkusan lain.  Haruskah diet begini... nasi dan ulam saja.  Menung sekejap.  



Perut dah lapar.  Selongkar laci, terjumpa coklat Beryls.. Alhamdulillah jadilah makan tengahari ni coklat dan teh o ais.  Nasi tadi kita simpan balik rumah buat nasi goreng.




Macam-macam drama separuh hari di hari Jumaat penghujung tahun 1443.

Semoga tahun 1443 memberi banyak kebaikan dan meneruskan kebaikan ke tahun hadapan.

Terima kasih seadanya.








28 Julai 2022

3 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KELUAR DAN MASUK RUMAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



3 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KELUAR DAN MASUK RUMAH


Agak lewat sikit posting hari ini.  Banyak perkara yang perlu dibuat... ada urusan penting yang perlu didahulukan.  Pra posting tak sempat buat malam tadi.  Jadinya posting untuk hari ini  agak lewat sikit.

Berikut adalah perkongsian mengenai apa yang perlu kita lakukan sebelum keluar rumah dan sebelum masuk rumah.  Ya, kita semua dah tahu dan ada yang dah hafal dan praktikkan setiap kali keluar dan masuk rumah.  Dikongsikan semula untuk peringatan bersama.




3 Perkara sebelum keluar rumah


-  pastikan memakai pakaian yang menutup aurat.
-  melangkah keluar dari pintu rumah didahului kaki kanan.
-  membaca doa sebelum keluar rumah,


Doa ketika keluar rumah



Doa sebelum masuk rumah


Semoga posting ini dapat memberikan sedikit manfaat buat BZ dan pembaca semua.

Teima kasih.

27 Julai 2022

WORDLESS WEDNESDAY | INAI REPUBLIC HADIAH GIVEAWAY BZ SATU 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



WORDLESS WEDNESDAY | INAI REPUBLIC HADIAH GIVEAWAY BZ SATU 2022


1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)

Chocolate Edition


Leopard Edition


1x Inai Republic (Mommy - Pilihan warna: Red, Maroon, Pink, Brown, Black)

Inai Mommy


2x Inai Republic (Baby - Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)

Inai Baby




Terima Kasih






26 Julai 2022

GIVEAWAY BZ SATU 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



GIVEAWAY BZ SATU 2022

Hai semua follower blog Zarida dan sahabat blogger semua.  Sempena kemunculan dan pembersihan semula blog Zarida pada tahun 2022.  Zarida rasa sungguh teruja nak kongsi rezeki hadiah dengan follower dan sahabat blogger sekalian.  Selain dari hadiah barangan, setiap penyertaan akan dimasukkan dalam bloglist khas di blog Zarida.  Jemput semua rakan blogger untuk join giveaway ini.


GIVEAWAY BZ SATU 2022


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

💝 FOLLOW blog ZARIDA
💝 Beralamat di MALAYSIA
💝 Buat satu posting dengan tajuk GIVEAWAY BZ SATU 2022 dan masukkan sekali banner di atas dalam entry tersebut dan back link ke entry giveaway ini
 💝 Sila tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen entry giveaway ini.


TARIKH TUTUP:
13 OGOS 2022, jam 11.59 malam


SENARAI HADIAH:
👉 1x set Inai Republic (Pilihan Leopard Edition atau Chocolate Edition)
👉 1x Inai Mommy (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 2x Inai Baby (Pilihan warna:  Red, Maroon, Pink, Brown, Black)
👉 Saguhati Penyertaan - akan dimaklumkan kemudian.


Jemput join semua. Terima Kasih


💝  UPDATE SENARAI PESERTA  💝

RAIH SAHAM AKHIRAT DENGAN INFAQ PEMBINAAN MADRASAH NURUT TAQWA DI CAMBODIA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



RAIH SAHAM AKHIRAT DENGAN INFAQ PEMBINAAN MADRASAH NURUT TAQWA DI CAMBODIA


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati p utuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah , atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak soleh yang berdoa untuknya ." Hadis riwayat Imam Muslim.




Peluang Merebut Pahala


Peluang dibuka bagi merebut pahala dengan memberi sumbangan untuk saham akhirat. Ayuh kita berinfaq kepada Madrasah Nurut Taqwa, Cambodia. Cadangan Pembinaan Madrasah dan pembelian tanah ini bakal menjadi kegunaan penduduk kampung dari 615 buah rumah dan jumlah pelajar beragama islam dianggarkan seramai 200 orang. Cadangan Madrasah sebanyak 6 bilik darjah, 3 bilik guru, 1 bilik stor dan 12 tandas untuk banggunan 2 tingkat madrasah yang bakal dibina.




Dengan dana yang disumbangkan anda, dapat membantu pihak madrasah dalam pembangunan madrasah bagi menyediakan fasiliti yang mencukupi dan memberi keselesaan kepada anak-anak tahfiz yang menuntut di madrasah ini. Sumbangan daripada tuan dan puan amat diperlukan.

Selain itu sumbangan yang diterima juga adalah untuk menampung kos pembelian tanah dan juga kos pengurusan awalan banggunan madrasah.



Semoga dengan sumbangan yang diberikan oleh tuan puan, Allah akan gantikannya dengan rezeki yang berlipat ganda dan dipermudahkan segala urusan. Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa baik tuan dan puan.

Untuk Sebarang Pertanyaan:  UZTAZ MOHD YUSOF | +6019-9839695






Doa Kebaikan Untuk Orang Lain

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Doa Kebaikan Untuk Orang Lain



Doa Kebaikan Untuk Orang Lain



Doa kebaikan untuk orang lain adalah mustajab.

Tidak ada seorang hamba yang muslim
apabila berdoa kepada saudaranya
yang berjauhan (tanpa pengetahuannya),
melainkan malaikat berkata kepadanya:
dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan).
(Hadis Riwayat Muslim)


25 Julai 2022

Syukur adalah Think Big

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Syukur adalah Think Big


Alhamdulillah masih lagi berada di sini dan dikurniakan kekuatan untuk menghirup udara segar, melihat dan mendengar serta seluruh deria masih berfungsi.  Semoga setiap nafas dan langkah pada hari ini sentiasa diiringi kebaikan.





Ketika jiwa sempit,
secubit dugaan
datang pun kita dah
rasa sakit.

Tetapi ketika jiwa
dibesarkan dengan
syukur dan sabar,
segunung dugaan
yang datang pun kita
masih mampu
tenang, tak terasa
perit
(Ustaz Hanafi)

Besarkan jiwa dengan syukur dan sabar.
Moga apa jua ujian yang datang mampu kita hadapi dengan penuh ketenangan.


Terima kasih

23 Julai 2022

Nasihat Kehidupan : Menghitung Tasbih

Bismillahirrahmanirrahim.  
Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Nasihat Kehidupan :  Menghitung Tasbih





Banyak orang yang
merasa puas menghitung
biji tasbih setiap kali menyebut nama Allah, 
tetapi mereka tak punya
tasbih untuk menghitung
ucapan sia-sia
yang tak terkira banyaknya.

(Imam Al-Ghazali)



22 Julai 2022

JEMPUTAN MENGHADIRI EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



JEMPUTAN MENGHADIRI EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022


Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 pada 23 hingga 27 Julai 2022, 9.00 pagi hingga 5.00 petang di World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTC).


Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022
Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022


One Stop Employment Solution


Ekspo ini akan mengetengahkan konsep “One Stop Employment Solution” di mana ianya akan menghimpunkan pelbagai sektor industri dari seluruh negara termasuklah sektor gig ekonomi dan keusahawanan di bawah satu bumbung yang sama.  Objektif utama penganjuran ekspo ini selari dengan hasrat kerajaan di bawah bajet 2022 untuk mencapai sasaran 300,000 penempatan pekerjaan pada akhir tahun 2022.  Dijangkakan sebanyak 1,000 majikan dengan penawaran lebih 10,000 kekosongan jawatan bakal disediakan dalam ekspo ini nanti.

PERBANYAK DOA DI HARI JUMAAT

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PERBANYAK DOA DI HARI JUMAAT



Hari Jumaat mempunyai kedudukan tersendiri di dalam Islam, baik dari sisi keutamaan, sejarahnya dan juga disyariatkan amalan-amalan sunnah yang berlipat ganda pahalanya.

Sangat wajar jika kita menyambutnya sepenuh hati dan sukacita, malah Rasulullah SAW juga menyebutnya sebagai hari raya.

Jumaat memang hari raya mingguan, yang kadang-kadang sering kita lupakan. Agar kita bertambah semangat dalam menyambut hari Jumaat, dan mengisinya dengan seberapa banyak amalan utama, maka perlu kita sedikit melihat apa sesungguhnya keistimewaan hari Jumaat.



PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN


Alhamdulillah, pembinaan dinding bangunan Hospital Aman Palestin, Gaza telah mula dilaksanakan. 

Hospital ini terdapat tiga bangunan :-
🔸 Bangunan A menempatkan tempat kecemasan dan bilik pesakit.
🔸 Bangunan B adalah lobi utama dan pejabat pentadbiran.
🔸 Bangunan C adalah Jabatan Psikiatri dan Rehabilitasi serta pesakit luar.

Perkembangan terkini pembinaan adalah:
🔹 kerja-kerja blok tingkat pertama bangunan C
🔹 Penyediaan bahagian di tingkat pertama bangunan A
🔹 Pembinaan tapak bangunan B
🔹 Proses menuang simen bahagian konkrit


PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN
PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN


Ramai rakyat Gaza terutamanya kanak-kanak trauma dan sebahagian besar kehidupan mereka telah hancur sejak kecil lagi akibat perang dan penindasan yang berlaku ke atas mereka.

Atas keperluan mendesak ini, Aman Palestin terus mengambil tanggungjawab besar untuk membina sebuah hospital fasiliti kesihatan mental yang pertama yang dinamakan Pusat Kesihatan Nasional dan Pemulihan Mental atau dikenali sebagai Hospital Aman Palestin, Gaza. 

Hospital yang bakal dibina ini merupakan hospital pakar psikiatri dan kesihatan mental yang pertama di Gaza. 

Semoga kewujudannya dapat memberi khidmat kesihatan yang terbaik buat saudara kita di Palestin. 

‼️ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG ‼️


WAKAF HOSPITAL AMAN PALESTIN


Sertai WAKAF HOSPITAL AMAN PALESTIN secara individu atau berkumpulan melalui pakej berikut:
🅰️  LOT WAKAF HOSPITAL RM500/$157.10 (SGD/BND)
🅱️ Tabung Dana Wakaf RM50/$15.71 (SGD/BND), RM10/$3.14 (SGD/BND) atau seikhlas hati


1.  Salurkan WAKAF ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Swift Code (sumbangan luar negara) atas nama: Aman Palestin Berhad
Maybank: 562263010787 : MBBEMYKL
CIMB Islamic: 8600460353 : CIBBMYKL
Bank Islam: 12029010047880 : BIMBMYKL

atau klik dengan mudah 👇🏼
Billplz : www.billplz.com/apbatupahat
Website : https://batupahat.amanpalestin.co/kempen/wakaf/


2.  Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
Hantar resit transaksi melalui whatsapp :
+60108460076 Sabrina Aman Palestin
+60108460076 Sabrina Aman Palestin


3.  Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Emel:
Sumbangan: 
🅰️  LOT WAKAF HOSPITAL RM500/$157.10 (SGD/BND)
🅱️ Tabung Dana Wakaf RM50/$15.71 (SGD/BND), RM10/$3.14 (SGD/BND) atau seikhlas hati


Semoga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan dari Allah swt. , diterima sebagai amal jariah berpanjangan serta dibalas dengan sebaik-baik ganjaran buat semua yang menyumbang dan membantu menyebarkannya 🤲🏼

Jazakumullahu Khayran Jaza,Terima Kasih

NURSABRINA JOHARI
Pegawai Pemasaran
Aman Palestin MY
+60108460076

#AmanPalestin
#SijilPelaburanAkhirat
#BangkitBerjuangBersama

21 Julai 2022

PENGALAMAN GUNA MICROSOFT TEAMS SEMASA KULIAH MKT DAN HRM

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PENGALAMAN GUNA MICROSOFT TEAMS SEMASA KULIAH MKT DAN HRM


Microsoft teams bukanlah aplikasi baru namun ia tidak digunakan secara meluas.  Tidak semua orang, terutamanya yang lemah dalam IT mahir dalam menggunakan Microsoft Teams.  Microsoft teams, digunakan oleh kebanyakan pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikatakan Microsoft Teams mempunyai kelebihan yang luas untuk menyimpan nota, video dan juga penghantaran tugasan.

Microsoft Teams
Microsoft Teams


Pengalaman saya sendiri menggunakan Microsoft Teams secara rasminya bermula pada bulan Mac 2021, iaitu ketika subjek MKT420.  Pensyarah ketika itu Puan Marini menggunakan Microsoft Teams sebagai platform pembelajaran.  Kami didedahkan mengenai folder yang terdapat didalamnya termasuklah penggunaan video semasa kuliah berlangsung.  Peringkat awal penggunaan agak kekok juga tambahan pula dengan laptop ketika itu yang tidak berfungsi dengan baik.  Namun ia satu pengalaman yang menarik.  Proses muat turun nota dan juga muat naik tugasan kumpulan dan individu juga menjadi mudah.


Kali kedua, kami menggunakan Microsoft Teams sebagai platform kuliah ada pada semester ini, Mac 2022.  Kali ini Microsoft teams hanya digunakan oleh Dr Hafizah, pensyarah bagi kod HRM554 bagi tujuan perjumpaan kelas dan penghantaran tugasan kumpulan.


Pengalaman yang tidak kurang menariknya.  Walaupun telah dua kali menggunakan Microsoft Teams, masih lagi ada beberapa item didalamnya yang belum dimahirkan.  Kemungkinan apps ini akan digunakan lagi untuk semester hadapan tidak dapat dipastikan lagi. 


Terima kasih atas pengalaman yang bermakna bersama Microsoft Teams.  

MENILAI HATI DAN PERASAAN BUKAN KERJA KITA

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera



MENILAI HATI DAN PERASAAN BUKAN KERJA KITA


Terdetik untuk menulis perkara ini sudah lama tetapi tidak tahu dari mana nak mula.  Lagi pula risau juga penerimaan pembaca yang tidak sama dengan apa yang kita maksudkan.  Namun, bila sudah terlalu lama terpendam kita jadi keliru.  Kita mengharapkan penulisan kita ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pembaca dalam membuat penilaian perihal hati dan perasaan orang atau hati dan perasaan sendiri.






Menilai hati dan perasaan bukan kerja kita.  Kenapa?  Kerana pada pandangan saya, adalah mustahil untuk kita menilai dan meletakkan suatu pandangan peribadi kita ke atas perasaan orang.   Apa yang dilalui oleh orang lain tidak sama walaupun pada pandangan kita kelihatan sama seperti yang kita alami.  Fitrah kejadian kita berbeza.  Bukan kerja kita untuk meletakkan status tertentu.  Tetapi mungkin tidak salah untuk kita secara peribadi membuat sedikit kajian (jika ada kelapangan) ke atas apa yang berlaku.  Menuduh seseorang atas apa yang kita nampak adalah amat tidak benar.

Ya, memang kita terasa sakit hati, bengang atau geram dengan apa yang dia perlakukan pada kita.  Tetapi kita ada pilihan untuk bersetuju atau tidak.  Seandainya kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan dia, sudah pasti kita juga perlu bersetuju dengan apa yang sedang berlaku.  Menoleh ke belakang untuk menarik balik apa yang telah dipersetujui bukan satu tindakan bijak.  Sebaliknya kita terpaksa terima dan teruskan tindakan yang wajar sebagaimana yang telah kita setuju dari awal.

Apa yang penting sekarang, kita harus kuatkan semangat, keraskan hati dengan apa yang sedang berlaku.  Jadikan iktibar dan peringatan kepada diri agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa depan.  Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.  Apa yang terjadi telahpun terjadi.

Mungkin akan ada kesinambungan dari posting ini dalam bentuk yang berbeza.

Terima kasih.

MOHON DOA KETIKA DITIMPA KESULITAN

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera



MOHON DOA KETIKA DITIMPA KESULITAN


Telah agak lama tidak muncul dalam posting di blog ini.  Tidaklah kerasan ditimpa kesulitan yang amat sangat, tetapi lebih kepada sulitnya mengawal emosi dalam membahagikan masa antara kerjaya, keluarga, blog dan lain-lain sosial media yang ada.  Tambahan sekarang mood merajuk semakin menjadi-jadi dan mudah mula melayan perasaan.

Hari ini dikuatkan semangat dan malas dah nak layan mood merajuk dan "malas".  Simpati dengan nasib blog ini.... seringkali ditinggalkan.  Berkali-kali juga melihat blog tanpa sebarang noktah, hanya sekadar merenung dengan kesedihan... aduhh melayan perasaan pulak nih.


Doa ketika ditimpa kesulitan
Doa ketika ditimpa kesulitan



Doa ini sudah sering kali dibaca di mana-mana blog, instagram, facebook atau status whatsapp kawan-kawan.  Hari ini, doa ini adalah sebahagian daripada petikan ceramah semasa Program Counselor's Corner Siri 3/2022 : Cabaran Bekerja Cara Lama Di Fasa Endemik yang disiarkan secara langsung melalui google meet pagi tadi.  Banyak ilmu dan pendedahan baru dan tak kurang juga sebagai refreshment pemikiran.  Bila dah lama tak diingatkan pemikiran kita akan jadi tepu dan lali.  

Semoga sama-sama dapat manfaat.

Terima kasih kerana sudi singgah.

Carian