Baru-baru ni, tak berapa ingat tarikhnya bila Yangbaik sekali lagi bersama keluarga melawat ke rumah contoh MRCB di Puncak Iskandar. Kali ini sempat lah merakam beberapa keping gambar dalam banglo contoh. Mungkin juga boleh dijadikan idea untuk menghias rumah.
Yangbaik juga baru menerima surat kelulusan pinjaman perumahan dari Bahagian Pinjaman Perumahan. Insya-Allah dengan adanya kenaikan gaji bermula 1 Januari 2012 sempatlah menyimpan sedikit demi sedikit untuk rumah idaman yang bakal disiapkan menjelang tahun 2014... jika mengikut jadual. Apa pun kita mampu merancang, semoga perancangan kita diberkati Ilahi dan dipermudahkan segala urusan.
Baiklah berbalik kepada gambar baru yang sempat dirakam. Jom kita hayati koleksi gambar yang tidak seberapanya ini. Maklumlah Yangbaik belum lagi menjadi Jurugambar bertauliah... sekadar memenuhkan hobi dahulu...
Layan lah ye..
kawasan luar banglo yang dmaksudkan....lanskapnya menarik...
boleh dijadikan contoh untuk lanskap terbaik
sebaik sahaja pintu utama dibuka... terus disambut dengan cermin besar dan bunga antik...menarik!
gambar 3 dalam 1; siling, wallpaper dan langsir/tingkap di ruang tamu
laluan dari ruang tamu ke dapur, kiri dan kananya adalah bilik. Sejurus melepasi ruang tamu terdapat ruang untuk ke kolam mandi di sebelah kiri.
laluan dari ruang makan menghala ke ruang tamu pula... gembira ria dua beradik tu berlari... awas! terlanggar lampu kaca tu... jenuh kena bayar pulak...
ruang makan keluarga dan tetamu berasingan dari dapur. Perasan tak wallpapernya sama ruang tamu. Contoh aje kan...
kamar utama @ master bedroom terletak bersebelahan kolam mandi...memang luas boleh main sorok-sorok lagi... ngeee
sekian adanya...cerita bergambar yang tak seberapa...jika ada yang berkenaan boleh terus hubungi MRCB @ SIDEC di Seri Iskandar...promosi.... mana tau boleh dapat diskaun ker...
(^-^)
.