Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Corak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Corak. Papar semua catatan

26 Jun 2016

Design Corak Ramadan 2016

Design Corak Ramadan 2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Design Corak Ramadan 2016, idea tiba hanya setelah Ramadan menghampiri ke penghujung.  Sudah lama juga YB tidak mereka corak untuk blog.  Entri untuk design ini pun hanya hampir petang baru dapat diterbitkan.  Bila dah lama tidak mereka corak, maka idea agak tumpul.  Lama jugalah YB hadap laptop nie, nak dapatkan perasaan Ramadan untuk dilakarkan pada corak.

Buat sementara waktu, inilah antara corak yang dapat disiapkan.
















Tema corak pada kali ini adalah Titisan Ramadan 2016.  Tetapi rasa nak tukar kepada Memori Ramadan 2016.  Tidak tahu pula mana yang nak dipilih.  Apa tidaknya masa simpan corak ni, letak nama Titisan Ramadan, bila nak buat entri tiba-tiba pula datang tajuk Memori Ramadan 2016.  

Apapun kekal jugaklah dengan Titisan Ramadan 2016. Memori Ramadan 2016 tu kita buat untuk lain kesempatan.

Terima kasih, sudi singgah baca entri Design Corak Ramadan 2016.




11 Februari 2014

Corak Tribal Untuk Wallpaper

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Entri kali ini mempamerkan corak persis tribal.  Corak Tribal mula popular pada awal tahun 2013.  Boleh dikatakan di mana-mana kelihatan corak tribal sama ada pada baju, tudung atau dress.  Pada musim perayaan tahun lepas 2013 kita pasti telah melihat berjenis-jenis pakaian menggunakan corak tribal.  Adakah corak berkenaan akan kembali menjadi pilihan pada tahun 2014?  Sama-sama kita nantikan.

20 Januari 2014

20 Januari 2014 | Corak Pertama tahun ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agaknya dah lama sangat tak keluarkan entri dengan corak terkini.  Seringkali beberapa entri yang dikeluarkan sebelum ini ada diselitkan corak-corak yang 'dikitar semula'.  Iaitu corak yang dihasilkan daripada beberapa siri entri yang lepas berkaitan dengan corak.

Hari ini setelah dikumpul beberapa keringat dan mengerah idea terkini untuk tahun 2014 maka terhasillah corak yang pertama untuk tahun 2014.  Terdapat beberapa warna pilihan dalam rekacorak yang hampir sama.

Lihatlah corak-corak ini.

Corak Pertama dengan campuran  dan adunan warna merah jambu


29 Disember 2013

Sudah lama tidak buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


2013 kian ke penghujungnya...


Tahun 2013 dah hampir ke penghujungnya.

Selagi hayat dikandung badan rasanya tidak ingin dibiarkan blog ini bersawang lantaran tiada idea nak menulis.  Dengan ini dikuatkan semangat pada awal tahun 2013 dan beberapa ketika seterusnya timbul idea untuk menghasilkan corak sendiri sebagai memenuhi ruang kekosongan di blog ini.  Ternayata idea itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Pada permulaannya corak yang dihasilkan tiada tema dan hanya mengikut rentak hati dan tangan. Kemudiannya diikuti dengan tema-tema tertentu mengikut kehendak hati isu semasa.  Antaranya Corak Pertama di Bulan Ramadhan, Cinta Jangan Pergi, 5 Hari Seminggu dan Bayu Cinta Luna.  Banyak lagi corak yang dihasilkan dan ianya boleh dilihat di bawah Kategori Penulisan - Corak  .

Hanya sejak kebelakangan ini idea nak menghasilkan corak tidak berapa menjadi dan tidak berhasil.  Ada yang dihasilkan tetapi segan pula nak 'publish' maklumlah tak berapa kreatif.  Jadi corak-corak itu hanya tersimpan dalam folder.

Kemungkinan akan terhasil lagi corak di penghujung tahun 2013 kurang pasti.  Tak berani nak berjanji... kalau tak buat nanti tak tepati janji pula.

Walau apapun di ruang yang terbatas ini akan dikumpulkan segala semangat dan kudrat untuk menghasilkan sesuatu untuk blog ini.

Terima kasih semua atas perhatian.


suka duka pentas dunia



02 September 2013

Untung atau rugi | Pilihan di tangan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan... Rindu Ramadhan


Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina
(QS. Al Mu’min: 60)

11 Julai 2013

Corak Pertama di Bulan Ramadhan | Masihkah ada rindu pada kebesaran bulan Ramadhan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam kesibukan menempuh bulan Ramadhan yang mulia ini masih sempat lagi mengambil masa sementara untuk mengisi kekosongan ruangan catatan pada hari ini.

Idea untuk membuat corak sebegini datangnya dari encik suami telah lama sebelum Ramadhan lagi.  Hanya sekarang baru berkesempatan melorek idea yang tidak berapa nak menjadi... sungguh kita semua dilahirkan dengan kreativiti masing-masing tetapi tidak semua kreativiti kita disukai orang.  Mungkin juga kerana ia tidak sesuai atau tidak bertepatan dengan kehendak semasa.











Semoga Ramadhan hari ini dan hari-hari yang berikutnya menjanjikan kesempurnaan buat semua.

Ramadhan Karim!

01 Julai 2013

Corak pertama bulan Julai 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersempena dengan kedatangan bulan Julai, dikesempatan ini (ewahh macam nak bagi ucapan raya pulak) aye mempersembahkan corak-corak ringkas yang sempat diterapkan.  Bukan corak batik tetapi lebih kepada corak tribal atau zig-zag.

Saksikanlah













Semua corak di atas adalah hasil karya peribadi yangbaik.  Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.  Seandainya ada ia adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.


10 Jun 2013

Rahsia Isteri Yang Setiap Suami Perlu Tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Rahsia Isteri Yang Setiap Suami Perlu Tahu
  1. " Cintai isterimu… apabila dia merasa kopi atau teh anda. Dia hanya untuk memastikan rasanya sedap untukmu.. "
  2. " Cintai isterimu… apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu.. "
  3. " Cintai isterimu… apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu.. "
  4. " Cintai isterimu… apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu.. "
  5. " Cintai isterimu... apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana.. “



Keadaan orang yang banyak berdzikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Ketahuilah! Sesungguhnya keadaan orang-orang yang banyak berdzikir (mengingat Allah) berbeda-beda antara satu dengan yang lainnya.
Diantara mereka ada yang lebih mengutamakan membaca al-Qur'an dan mendahulukannya dari dzikir-dzikir yang lainnya.
Dan diantara mereka ada pula yang lebih memilih untuk memperbanyak membaca tahlil, tasbih dan tahmid.

(Ibnul Jauzi)


04 Jun 2013

[Corak] Cinta jangan pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Telah terlepas beberapa episod siri Cinta Jangan Pergi.  Tidaklah rasa kerugian yang amat sangat kerana ia bukanlah agenda wajib untuk ditonton.... eh jangan melenting... itu pandangan peribadi aye. kepada anda semua peminat setia Cinta Jangan Pergi... jangan terasa pula.

Sebelum berceloteh panjang, aye sertakan di sini corak dari pandangan aye untuk diabadikan pada siri Cinta Jangan Pergi.


cinta tidak mungkin wujud dengan sendirinya

cinta perlu diwarnai dengan kasih dan sayang tidak berbelah bagi
serta juga kejujuran dan kesetiaan

apalah makna kesucian cinta andainya ia dinodai
pelihara cinta suci cinta yang abadi dan
cinta yang hakiki hanya pada yang Satu

Sekian adanya.


30 Mei 2013

Semoga Segera Sembuh

Assalamualaikum


Minggu ini sekali lagi berulang ke Hospital Seri Manjung.
Bahkan hampir empat bulan asyik berulang ke Hospital Seri Manjung.
Keadaan kesihatan kita memang tidak menentu terutama bonda yang sudah berusia emas.
Hanya takdir yang menentukan segalanya.  Kejutan ini sungguh memberi kesan yang amat mendalam.


Buat bonda tersayang... semoga segera sembuh.

Mungkin juga bermula sejak 7 bulan lepas jarak dari Seri Iskandar ke Seri Manjung yang memakan masa perjalanan biasa 1 jam sudah dirasakan dekat.
Tidak dengan niat hendak menyalahkan takdir tetapi itulah hakikat yang wajib diterima.



18 Mei 2013

Mutiara kata | Orang yang menunaikan hak

As salam


Sekali lagi berkongsi mutiara kata.  Siapa di antara kita yang paling dermawan dan suka berbakti.  Semoga kita dijauhkan dari sifat kedekut.


Semoga bermanfaat.

Selamat berhujung minggu.  

16 Mei 2013

Apa ada pada orang lain begitu juga kita

As salam,




Biasan 


Barangsiapa melihat kebaikan-kebaikan dirinya sendiri, maka ia akan diuji dengan melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan Barangsiapa melihat keburukan-keburukan dirinya sendiri, maka ia akan selamat dari melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan barangsiapa menyangka bahwa seorang saudaranya muslim sedang ditimpa fitnah, maka sesungguhnya dirinya sendirilah yang sedang ditimpa fitnah.
(Mahfudh bin Mahmud)

14 Mei 2013

Mampukah kita bersangka baik kepada spammer ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...




Mampukah kita bersangka baik kepada spammer?
Mengapa kita mesti bersangka baik kepada spammer?
Bagaimana hendak bersangka baik kepada spammer?

Di atas adalah antara beberapa persoalan yang sering bermain di kotak fikiran blogger picisan cap ayam.  Spammer seringkali dikaitkan dengan virus yang merebak melalui laman web atau e-mail.  Virus itu pula mampu mendatangkan kemusnahan kepada sistem komputer atau sekarang ni termasuk juga laptop, notebook dan barangkali 'handphone' juga.

Perkataan spam pada asalnya bukanlah bahasa Melayu tetapi telah dimelayukan dengan membawa maksudnya sekali.

Kenapa pula tiba-tiba buat catatan berkaitan spammer?  Entahlah secara tiba-tiba terkeluar idea untuk membuat catatan mengenai spammer ini setelah ruang komen pada blog diserang oleh spammer.  Pembaca blog ini tidak akan melihatnya kerana tetapan bagi komen telah disederhanakan.  Bermaksud hanya setelah pemilik blog ini melepaskan barulah komen itu keluar sebaliknya jika dipadam atau dibakulsampahkan... sudah tentu ia tidak kelihatan.

Sesekali ayat spammer ini sungguh menarik dan membuatkan aye rasa teruja dan perasan sendiri.  Maklumlah ayat-ayat yang dikeluarkan pertama kali memuji catatan kita kononnya hebat dan bagus sangat.  Sampaikan entry merapu pun dikatakan hebat, pujiannya setinggi langit.  Macam lah kita tak kenal blog kita...

Aye tak tahulah dengan penyiaran catatan ini dan gambar di atas itu kelak boleh mendatangkan kemarahan kepada spammer atau mendatangkan kesan yang buruk kepada blog ini.  Mudah-mudahan tidaklah.  Blog picisan cap ayam inilah satu-satunya tempat luahan seribu rasa yang terpendam, tempah coretan peribadi dan keluarga.  Kalau diserang ... habislah.

Wahai spammer... jadilah manusia berhemah dan berbudi luhur tak perlu diganggu gugat blog orang lain hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Sekian adanya.  Selamat berbloging.

Majulah blog untuk negara!

04 Mei 2013

7 perkara positif

As salam,


corak hiasan mewakili 7 warna

Sekali lagi berkongsi kata-kata hikmah dari Prof Dr Muhaya.

7 perkara positif setiap hari


1. Cakap positif pada diri

2. Imej positif tentang diri


3. Orang positif


4. Makanan minda positif dengan ilmu bukan berita


5. Perkembangan diri positif dengan seminar dan latihan

6. Tabiat kesihatan positif

7. Jangkaan positif



Sekian.  Semoga beroleh menafaat dan dapat memotivasikan diri yang sedang lemau...

19 April 2013

Andainya aku tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak dan motif hiasan
Banyak perkara yang kita tidak tahu kerana pengetahuan kita yang terbatas.  Walaupun sesekali kita akan terasa bahawa kita telah tahu banyak perkara tetapi masih banyak sebenarnya yang kita tidak tahu.  Semakin banyak kita tahu semakin banyak yang perlu kita belajar.

Ikuti pula apa kata Fudhalah bin 'Ubaid mengenai pengetahuannya tentang amalannya:
Seandainya aku mengetahui bahwa ada diantara amalanku yang diterima oleh Allah meskipun hanya sebesar biji sawi, maka itu lebih aku cintai daripada dunia dan seisinya, karena Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman, 'Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa.' (al-Maaidah : 27)
(Fudhalah bin 'Ubaid)


-.- 

Carian