Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pendapat. Papar semua catatan

07 Oktober 2014

Mentaliti itu hak ekslusif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mentaliti itu hak ekslusif

sumber gambar:  google.com (mentaliti)


Menurut takrifan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mentaliti adalah keadaan atau kualiti kebolehan akal; cara berfikir; daya fikir. Mentaliti juga merupakan kaedah atau cara berfikir, keadaan akal atau kebolehan berfikir. Mentaliti juga berasal dari Bahasa Inggeris yang bersinonim dengan minda,pemikirancara berfikirsikapsifatpandangan hidup.

Semua maksud itu membawa kepada cara kita menerima dan bertindak ke atas sesuatu isu, pesanan atau arahan.  Dalam keadaan tertentu tidak semua isu itu berkaitan secara langsung dengan kita tetapi tidak salah untuk kita mengambil tahu sedikit untuk menambah pengetahuan dan bukan bermaksud untuk "jaga tepi kain orang".  Jika ianya tidak penting tidak perlu ambil kisah pun.

Tetapi apa yang menjadi isu utama dan perlu dibahaskan adalah apabila sesuatu isu, pesanan dan arahan itu memang khusus didatangkan untuk kita, maka mahu atau tidak kita perlu hadamkan pesanan itu dan bertindaklah dengan cara yang lebih pro-aktif dan pantas sepantas mungkin yang kita mampu bukannya ambil tindakan sambil "lewa".  Kesannya mungkin tidak datang secara langsung kepada orang yang menerima arahan tetapi kepada orang yang memberi arahan.  

Sejauh mana keberkesanan arahan dan pesanan yang disampaikan?

Adakah perlu disusul setiap masa supaya arahan tadi difahami dan digerakkan?

Terpulang kepada kita untuk menilai sejauh mana mentaliti dan penerimaan kita.

Semoga kita sentiasa perbaiki minda dan mentaliti kita ke arah yang lebih baik.

(8-8)




15 April 2013

[CORAK] 5 hari seminggu

As salam,


CORAK 5 hari seminggu adalah tema bagi corak yang dikeluarkan pada minggu ini.  Bersempena dengan aura warna yang pernah diperkatakan oleh pakar motivasi negara iaitu Datuk Dr Fadhilah Kamsah.  Iaitu tema warna yang memberi aura kepada pemakainya mengikut hari seperti Putih untuk hari Isnin, Merah Jambu untuk Selasa, Biru untuk Rabu, Kekuningan untuk Khamis dan Hijau untuk Jumaat.  Mungkin juga ada tema warna untuk hari Sabtu dan Ahad, memandangkan aye bekerja hanya 5 hari seminggu maka hanya lima warna sahaja yang aye ingat.


Gabungan 5 warna dalam satu hamparan
Daripada 5 warna di atas, diasingkan satu persatu bagi menampakkan perbandingan warna-warna berkenaan, seperti berikut:



Putih untuk hari Isnin


Merah Jambu untuk hari Selasa

Biru atau Ungu untuk hari Rabu

Kuning, Perang atau Keemasan
untuk hari Khamis

Hijau pula untuk hari Jumaat

Sama ada percaya atau tidak terpulang kepada penerimaan individu.  Aura warna pada pakaian yang dipakai pada hari-hari tertentu memainkan peranan untuk kita melaksanakan tugas pada hari-hari berkenaan.  Tidak dinafikan juga ia turut mempengaruhi mood dan perasaan pada hari tersebut. Disamping itu persediaan kita untuk melaksanakan tugas pada hari-hari berkenaan merupakan peranan penting dalam memastikan kejayaan.

Warna-warna yang dipaparkan di atas adalah gambaran aye semata-mata dan ia tidak semestinya mempengaruhi gaya berfesyen atau pemilihan warna pembaca blog ini.  Penerimaan dan olahan warna yang dimaksudkan tidak seharusnya diterima sebulat suara sebaliknya terpulang kepada citarasa dan minat individu terhadap sesuatu warna.

Selamat maju jaya kepada semua!

11 Oktober 2012

Haruskan kesabaran mengatasi harga diri

As salam

contoh gubahan hantaran

Bagaimana nak mulakan apabila segalanya kadang-kadang kelihatan seperti terdesak atau tidak sabar.  Maka haruslah disimpan rasa itu, berusaha untuk tidak menghebahkannya kepada orang lain walaupun sekadar catatan picisan.  Sesekali terasa seperti muak dan cuak pun ada juga bila terbaca kisah-kisah yang entah kita sendiri tidak pasti.

Bagi sesetengah orang mungkin boleh terima.  Tetapi sesetengah orang yang lain pula ... eeeeiiii macam saja nak mengada-ngada... simpan lah sikit perasaan itu dik!  Tidak perlu diluahkan segalanya.  Hidup kita memang lah milik kita tetapi tidak semestinya semua perkara harus disebarkan ke serata alam...

Simpati atau kasihan? 

Kehidupan kita adalah milik kita sesekali tidak perlu dicampur aduk dengan kebebasan hidup orang lain yang belum pasti akan bersetuju dengan cara kita.  Perasaan orang kita tidak boleh teka dan tidak juga kita boleh duga adakah sebenarnya yang dikatakan okey itu dia suka atau tidak.

Ahhh! tidak kisahlah nak kata apa pun.  Yang pastinya yang lepas sudah lepas dan sudah disalahtafsirkan.... andai kata ada yang terasa atau terguris di hati... maaf lah teguran ini bukan untuk menyakitkan hati tetapi sekadar nasihat kecil yang mungkin tidak berguna... jadi ... abaikan saja.

 
 
 Saya bukan sesiapa pada kalian untuk memberi nasihat atau teguran.  Tetapi saya ada perasaan untuk dikongsikan.  Tidak kiralah kalian faham atau tidak... yang jelas di sini saya telah menyatakan ketidakselesaan saya.



21 Oktober 2011

Bajet 2012 | Dapat bonus tidak boleh boros atau kedekut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bajet 2012 telahpun dibentangkan.  Sama ada sedang dibahaskan atau sesetengahnya telah mula digerakkan dan ada sebahagiannya 'ditutup buku'.

Berita yang paling mendatangkan kegembiraan dikalangan penjawat awam adalah berkaitan pemmberian bonus dan kenaikan gaji.  Namun di sebaliknya berita berkenaan turut mendatangkan keresahan kerana harga barang sudah mula menjengah pintu untuk meningkat naik.

Sekadar ingatan buat diri sendiri, pemberian dan penerimaan bonus serta kenaikan gaji adalah semuanya rezeki yang dikurniakan Ilahi.  Mulai sekarang sediakan akaun untuk berjimat cermat dan elakkan berbelanja pada perkara yang kurang penting.

"Harta memiliki tiga tabiat. Jika seseorang selamat dari satu tabiat, maka belum tentu ia selamat dari dua tabiat lainnya. Dan jika ia selamat dari dua tabiat, maka belum tentu ia selamat dari tabiat ke tiga. Harta haruslah berasal dari sumber yang baik. Siapa diantara kalian yang pekerjaannya selamat dari dosa, sehingga ia tidak mendapatkan penghasilan selain dari yang baik? Apabila seseorang selamat dari tabiat ini, maka ia harus menunaikan hak-hak yang ada di dalam harta. Dan apabila ia juga selamat dari tabiat ini, maka ia tidak boleh membelanjakanya dengan boros ataupun terlalu kikir".  (Maimun bin Mahran)

Memang agak sukar untuk berjimat cermat, tetapi jika niat baik dan berkat kekuatan semangat kita akan berjaya.

Sekian.
"."

28 September 2011

Budak lelaki Malaysia muka macam Korea

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Bunyi tajuk macam la terdesak sangat.  Sebenarnya itulah hakikat yang harus kita terima pada masa ini apabila terdapatnya keinginan untuk melihat mula lelaki Malaysia dalam wajah Korea.


Lelaki di Malaysia tidak kah akan terasa atau sedikit terkesan dengan aliran remaja sekarang.  Apabila terlalu banyak disogokkan dengan cerita-cerita dari luar yang lebih menarik minat remaja dan menghakis jati diri bangsa.  Lelaki asing lebih dibanggakan dan lebih dipuja.   

Manakan tidak cerita tempatan pula berkisar keganasan, berhantu dan merempit sana sini tak kira masa.  Paling tidak cerita lawak atau cerita cinta yang ntah ... inikah budaya atau wajah filem Malaysia sekarang yang lebih mempromosi kan keganasan dan kesusahan serta kehidupan yang tidak seimbang dengan wawasan negara menuju tahun 2020. 

Penerbit dan pengarah filem sewajarnya memahami kehendak wawasan 2020 negara dan turut sama menyumbang pencapaian wawasan berkenaan.  Dari apa yang ada sekarang, filem Malaysia langsung tidak menampakkan usaha membantu pencapaian wawasan 2020.  Sebaliknya lebih kepada hiburan dan keuntungan semata.

Sepatutnya semua pihak harus berusaha ke arah mencapai hasrat negara untuk menjadi negara yang rakyatnya bermoral dan beretika.

Dan... maaf lah tidak pula diletakkan pula muka lelaki Korea di sini walaupun tajuk di atas ada menyatakan perkara itu.


Sekian.

11 September 2011

Pendapatan Terumpuk | Al kisah Rumah Terbuka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Baru pulang dari rumah terbuka jiran tetangga.  Jam 12.00 malam?
Tidak lah... jam 9.30 malam jer... itupun balik cepat sebab bawa anak-anak, kalau tak bawa lagi cepat balik kot...
Rumah terbuka di siang hari dah pasti terlepas sebab kojer yeop!!!

Esok punya rumah terbuka Datuk Rafidah Aziz di Kuala Kangsar tak dapat pergi, rumah terbuka di ADUN Parit pun tak dapat juga nak pergi. Deme buat siang jam 11.00 pagi sampai 2.00 petang.  Mana nak buatnya 'awak' kojer sampei jam 3.00 petang.  Kalau2 ada Rumah Terbuka tengah malam buleh teman pergi... udah siang... tak mandang la jawabnye...

Apa ke jadahnya pula nuleh rupe ini? Haish... tergeliat jari nak naipnye... inikan pule nak mbaca... udah le dulu... nak cerite pasai pendapatan terumpuk pulak yer..

Hei kome tau ke apa tu Pendapatan Terumpuk?

ha... ini teman salin bulat-bulat dari Nuffnang,
Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog anda. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa anda selepas kempen mCPM tersebut tamat.


Maknanya meh tengok gambor nie
 Maknanya jumlah yang terkumpul semasa kempen Mamil Gold SS dan Celcom Channel X Thematic sedang berjalan tak masuk lagi dalam Pendapatan Meter.  Bila kempen-kempen untuk Pendapatan Terumpuk dah tamat baru la masuk jumlahnya. Berapa Ratus? Jangan tanya berapa ratus, ada setengah boleh sampai ribu riban...macam Redmummy.com atau Cikepal.blogspot ...  tapi blog aye idak la sampai banyak tu... Gamaknya deme tak nak berkempen sangat kat blog aye nie... sebab tak glamor.  Maklumlah bukan Top Blogger pun...
 Entah lah nak buat macam mana lagi... yang pastinya kena rajin le kemaskini blog ni.  Kalau dapat update sampai 20 kali sehari...???? BOleh!!! Sapa kat tak boleh antara rajin dengan malas jer...

11 Julai 2011

Bila dah biasa sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bila dah biasa sangat kutuk-kutuk orang
dok kutuk dan kata kawan-kawan ler...
hingga terlupa dan terbawa-bawa dan dah tak ingat dunia pulak

Kenapa lah sampai sanggup memalukan mak bapak dan keluarga
itukah yang diajar oleh ibu bapa atau cikgu di sekolah

sesekali meluahkan rasa tak puas hati taklah menjadi salah
tetapi biarlah berpada
jangan kerana nak dapatkan publisiti
sanggup menggadai maruah diri dan keluarga
akhirnya siapa yang malu?

Sendiri jawablah!

13 April 2011

Cerita tentang bunga lalang

Assalamualaikum dan seselamat sejahtera,

Huh! sambung la plak pasal cerita bunga lalang.  Malam tadi dah siap canteeek punya entry tetiba si jari runcing tu buat hal la pulak.... lansung terlelap hilang mood dan hilang idea jugak.  Ni nak menaip lagi nih entah ingat ke tidak apa isi cerita yang nak ditulis.

Buat entry macam perasan sorang-sorang.  Dok ingat glamer macam hanis zalikha tak pun macam Fatin Liyana... cik epal bukan ben ashaari pun bukan... siti nurhaliza?... lagi bukan... tumpang glamer macam habuk jer la... sori yer.  Nama-nama yang tertera kat atas tu sikitpun aye tak kenal.... jumpa lagi la tak pernah... kalau dapat jumpa... memang suka sesangat ... hahahhaha...

Nak cerita pasal bunga lalang tapi dah kelain pulak... heheh iklan jap...

Bunga lalang atau lalang itu sendiri sangatlah lembut.  Memang orang tak suka, terutama lalang yang cepat tumbuh dan merebak dengan mesranya.  Hari ini kita tebas esok lusa dah naik tunas baru... kalau meracun? minggu depan atau bulan depan naik pulak.  Walau apa pun bunga lalang memang nampak cantik kalau terletak di kawasang lapang seperti padang permainan rumput.  Tetapi bila dipandang dari dekat lansung tak cantik kan?

Begini pendirian seseorang sering juga dikaitkan dengan pokok lalang atau bunga lalang sekiranya pendirian itu sering berubah-ubah (Bukan cinta beralih arah).  Tapi macam sama pulak macam cinta yang beralih arah... Yer macam bunga lalang.

Tetapi pendirian seseorang yang berubah-ubah tak semestinya seperti pokok lalang.  Kerana ada ketika pendirian itu ada ketikanya perlu dibuat pembaharuan setelah meneliti alam persekitaran.  Ada ketikanya pendirian itu tidak sesuai dengan keadaan sekeliling,... so tak salah kan kalau berubah sikit tapi janganlah sampai diperkotak-katikkan oleh orang lain.  Yang penting kita tahu apa pendirian kita dan bagaimana kita nak berhadapan dan mengolah pendirian itu agar tidak mengganggu hidup kita dan orang lain.

Macam mana sekalipun semua orang perlu ada pendirian yang jelas.  Cumanya janganlah mudah sangat berubah-ubah.

Sekiaann

15 Disember 2010

Nak interframe !!!??? (Pendapat dan contest)

Assalamualaikum dan salam 1Dunia (pulak),

buat entry ni sekadar nak tanya pendapat pembaca semua...itu pun kalau ada yang sudi bagi pendapat... kalau banyak pendapat yang aye terima dan jawapannya memuaskan hati... aye akan buat ... buat ape?  rasa-rasa nak buat kontest atau GA..

macam ni, suatu masa ketika di awal dan pertengahan blog ini ditubuhkan, aye pernah juga 2 atau 3 kali masukkan kisah keluarga dan juga gambor2 aye... kononnya nak interframe (betulke ejaan nih)... tak lama kemudian aye rasa segan pulak nak letak gambor keluarga atau gambor sendiri... cuma sesekali ada lah letak gambar anak (alif dan diena), sebab nak cerita tentang gelagat mereka berdua (tak lama lagi bertiga.. hehehe)

tapi perlu ke aye tanya pendapat orang lain untuk buat entry dalam blog sendiri... tak sesuai kan?

===> hmmm.... tak per lah kepada sesiapa yang sudi beri pendapat, aye tetap akan terima.  apa yang perlu pembaca lakukan adalah beri pendapat ... perlu atau tidak aye buat kisah keluarga dan kehidupan aye dan mengapa?  setiap pendapat hendaklah dibuat di ruang ulasan di catatan ini.

setiap pendapat yang bernas dan boleh diterima oleh akal aye serta diterima juga oleh 'penasihat' aye maka itulah pemenangnya... dan lain-lain syarat tertakluk kepada terma.

Hadiah?  ada.... akan dimaklumkan kemudian, yang pasti bagilah pendapat dulu.

04 September 2010

Antara Exora, Hujan dan Ribut serta Pendapat

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

kita biasa naik kereta
kalau dulu-dulu naik motor dan keter second hand jer
pas tu ada duit sikit (rezeki dari Allah) beli la keter baru pulak

kita biasa minta pendapat orang
kerana kita mungkin pada masa tu tak buleh fikir... kot
tak pun pada masa tu saja nak test pendapat orang lain
tak juga... pada masa tu nak tau sama ke tidak pendapat kita dengan orang tu...

kita biasa dengar pendapat orang
sebab kita dah tanya/minta
kekadang tanpa ditanya

bila kamu bertanya pendapat orang lain
dan bila orang tu bagi pendapat
apakah kamu akan terus terima pendapat itu?
atau kamu akan fikir dulu
maksudnya kaji dulu... boleh pakai ke tidak
andainya kamu terus terima pendapat orang itu
dan kiranya pendapat orang itu akhirnya menyusahkan kamu
adakah kamu akan marah atau berang dengan orang itu
kerana bagi pendapat yang salah dan tak sama dengan kamu
kerana kamu mengharapkan orang itu bagi pendapat yang betul dan sama seperti kamu
kamu harus ingat bahawa tak semua pendapat dan pemikiran orang itu sama dengan kamu
kerana tak semua orang mempunyai otak dan cara pemikiran yang sama dengan kamu

dan kepada yang memberi pendapat pula
jangan cepat kecil hati andainya pendapat kamu tak diterima
jangan juga cepat kecewa andainya kerana pendapat kamu itu (bila diikut) menyusahkan orang
kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi
dan bukan kita yang menentukan segala nya.

boleh faham ker... citer nih...
aper-aper ajelah....

~~~

Carian