Pengikut Setia

29 September 2015

Anda tiada mood nak sembang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Anda tiada mood nak sembang


Tiba-tiba mood membisu datang menerpa.  Ditanya sepatah jawab sepatah.  Tiada mood nak sembang.  Kerana memikirkan isu semasa yang sedang bergolak dalam diri.  Dengan anak-anak pun tak banyak cakap.  Mereka pula seperti mengerti apa yang terbuku di hati orang ini.

Simpati pun ada juga dengan encik di sebelah tadi.  Kesian dia.  Senyum sajalah buat ubat... hehehe.




Malas nak sembang tetapi rajin juga nak menaip.  Jadi kita taiplah apa-apa yang baik dan elok-elok untuk tatapan masa hadapan.  Kerana apa yang kita tulis pada masa ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kehidupan kita pada masa depan.  Kerana tulisan kita itu turut dibaca oleh sekelian insan yang melayari lautan maya.

Skreeet.... eh eh... ada ke orang nak baca hasil tulisan yang caca marba nie.  Tak popular langsung.


28 September 2015

Bagaimana CPUV boleh beratur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana CPUV boleh beratur


Bagaimana CPUV boleh beratur kat blog akak?  Itulah persoalan yang sering ditanya setiap kali YangBaik bercerita mengenai CPUV yang beratur di blog.  CPUV kat blog YangBaik ni tidaklah selalu beratur atau berbaris panjang.  Selalu juga timbul sejemput, kadang-kadang dua tiga minggu baru timbul satu.

YangBaik sendiri sebenarnya tiada petua atau tutorial yang jelas.  Sebab selalunya YangBaik suka melihat blog kawan-kawan yang ada Nuffnang.  Kadang-kadang ada dikalangan mereka yang rajin membuat tutorial siap bagi petua Bagaimana CPUV boleh beratur.

Bukanlah kedekut ilmu tetapi yang penting sebagai blogger perlu usaha lebih sekiranya berminat untuk mendapatkan CPUV yang beratur di blog.


CPUV beratur September
CPUV beratur September

CPUV yang sedang bergedik di blog YangBaik ketika ini adalah Wall's Fruttare, Kate, Petrosains Illusions, Kaodim x Maria Elena, The Face Shop dan UMobile P70 Hero Campaign.

Nampaknya kena rajin-rajin lagi menulis mengenai CPUV yang sedang trending di blog.  Sebagai motivasi kepada Nuffnang untuk terus meletakkan CPUV beratur di blogYangBaik.  Bukan sahaja kepada Nuffnang tetapi kepada penulis blog ini juga.

Agaknya bagaimana lagi nak dapatkan CPUV beratur di blog?



FUYOOO !!! GIVEAWAY by Mama Darwiish

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


FUYOOO !!! GIVEAWAY  by Mama Darwiish


Beberapa hari tidak update blog dengan cerita-cerita sensasi berkaitan kehidupan dan motivasi diri. Hari ini, YangBaik update blog dengan maklumat terkini berkaitan giveaway hebat anjuran Mama Darwiish.  Nak tahu sejauh mana kehebatan giveaway ini?  Lihat seterusnya...







FUYOOO !!! GIVEAWAY by Mama Darwiish

Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50

Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015


Syarat-syarat :

1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini


Pemilihan pemenang :

1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email


Follow Blog  :
http://mamadarwiish.blogspot.my/
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/
http://unclezuan.com/
http://mrspuex.blogspot.my/
http://mekzumbie.blogspot.my/
http://www.hafizhafizol.my/
http://aderakukeysah.blogspot.my/

Follow G+ :  :
Khalid Kyle
Blurrydino


Like Page Penaja :

Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care


Follow Instagram :
@qyrabeautycare

Akhir kalam, YangBaik tag awak semua rakan blogger yang singgah dan baca entri di blog ini.  Jom kita meriahkan giveaway terhebat anjuran Mama Darwiish.

Jangan lupa klik banner di atas untuk turut serta.

22 September 2015

Hikmah di sebalik semua perkara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hikmah di sebalik semua perkara


Dalam hidup ini pastinya kita impikan kebahagiaan dan kesenangan. Bahagia bersama orang yang tersayang dan senang meneruskan hidup beragama berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Namun setiap detik yang dilalui ada saja ujian dan cabaran. Tidak semudah impian sang puteri khayalan. Kebiasaannya ujian dan cabaran itu sama sekali kita tidak senangi jauh sekali kita undangnya. Ada hikmah di sebalik semua perkara.


Hendak dijadikan cerita, kita selalunya alpa dan kita akan tersentak apabila diberi teguran. Teguran yang menjadi peringatan. Peringatan itu pastinya sesuatu yang perit untuk diterima apabila ianya direkod secara bertulis. Bukan sekadar peringatan oral tetapi peringatan secara lisan. Sebab itulah ada hikmah di sebalik semua perkara.

Teguran dan peringatan itu tidak terjadi dengan sendiri. Pastinya terselit kesilapan dan kealpaan kita lantaran kita mendapat peringatan. Malu pada diri sendiri pun ada juga, bila kita sudah cukup teliti tetapi tetap juga ada kelalaian. Hikmah di sebalik semua perkara.

Kekecewaan itu masih tidak terpadam dan terasa begitu sukar untuk terpadam. Namun kita selaku manusia mudah lupa. Hikmah di sebalik semua perkara adalah kita bukanlah manusia yang sempurna.

Peringatan itu sama ada menjadikan kita manusia hipokrit atau manusia yang optimis. Semua terpulang kepada penerimaan kita ke atas peringatan. Masanya untuk muhasabah diri dan kenalpasti hikmah di sebalik semua perkara.

~(@^_^@)~

Lisan orang berakal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Lisan orang berakal


Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.  (HR Bukhari dan Muslim)

Orang berakal
Orang berakal

Lisan orang berakal.

21 September 2015

Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban


Hari Raya Qurban bakal menjelang tiba.  Setiap tahun kita akan berhadapan dengan situasi ibadah qurban.  Tetapi sejauh mana pula kita mengambil tahu mengenai hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban?


Pastinya ada di antara kita tidak tahu apa-apa melainkan menunggu daging qurban tiba di rumah. Tidak malu dikatakan bahawa penulis ini juga termasuk dalam golongan ini.  Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Qurban Aqiqah Kambing Mekah
Qurban Aqiqah Kambing Mekah.

Klik gambar di atas untuk keterangan lanjut mengenai Qurban dan Aqiqah di Mekah.

Untuk rekod dan makluman semua, berikut adalah soal jawab berkaitan Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Soalan: 

Apa hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban dengan memberi daging binatang qurban tersebut sebagai upah?

Ustaz Azhar Idrus:

Ini banyak sangat yang terjadi, dah macam lumrah, sebab ramai yang tidak tahu hukum. Hukumnya HARAM kita memberi upah penyembelih dan juga tukang lapah, dengan daging qurban yang disembelih itu, malah dengan seurat bulu binatang qurban itu pun tidak boleh!

Saidina Ali r.a berkata, "Nabi s.a.w pernah menyuruh aku korban seekor unta milik Baginda kemudian sedekahkan daging, kulit dan apa yang di atas belakang unta-unta itu serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri." (Hadis Riwayat Muslim).

Adakah sah qurban itu?  Ibadah qurban itu sah, tetapi perbuatan memberi upah itu yang haram. Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Jadi, macamana nak upah mereka?  Nak bagi upah boleh, upah dengan duit. Tetapi, kita boleh beri daging kepada mereka sedikit dari bahagian kita sebagai sedekah atau hadiah sepertimana yang kita beri kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.  Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Habis tu kesalahan yang lepas-lepas macamana?  Bagi sesiapa yang telah mengambil upah selama ini, maka wajib dia bertaubat dan wajib ganti balik dengan jumlah daging yang dia telah diambil sebagai upah.  Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

Sebab itu kita kena belajar ilmu agama. Jangan belajar ilmu dunia saja. Ibadah qurban itu sunat sahaja, tetapi bila kita hendak buat ibadah qurban, belajar hukum mengenainya itu adalah WAJIB. Hukum memberi upah tukang sembelih dan tukang lapah binatang qurban

sumber:  FB

Sekarang kita sudah mengetahui hukumnya.  Maka adalah wajar untuk kita mengambil tahu dan memaklumkannya kepada orang lain.  Walaupun ketika ini kita tidak terlibat secara langsung dengan ibadah qurban... tetapi kita perlu ambil tahu untuk kemudahan kita di masa hadapan. 


BROOCH Mini Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



BROOCH Mini Giveaway

Sesi sokong menyokong sesama rakan blogger.  Kali ini sokongan YangBaik diberikan kepada rakan blogger Sya Mimie pemilik blog Cinta itu Indah.  Rupa-rupanya Sya Mimie baru berjinak-jinak dalam dunia pembuatan kraftangan.  Jadi giveaway kali ini selain dari untuk menambah kenalan dari rakan blogger boleh dikatakan sebagai cara untuk memperkenalkan produk keluaran Sya Mimie. Brooch Mini Giveaway.

Kita tengok apa yang Sya Mimi tawarkan untuk Brooch Mini Giveaway.

BROOCH Mini Giveaway
BROOCH Mini Giveaway

Giveaway ini akan tamat pada 22 September 2015.  Jangan lupa untuk klik banner di atas bagi mendapatkan maklumat penuh untuk menyertai Brooch Mini Giveaway.

Jom berikan sokongan anda kepada Sya Mimie melalui Brooch Mini Giveaway.



Berhati-hati dengan ucapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berhati-hati dengan ucapan


Kita sering kali terluka hati dan perasaan dengan percakapan orang.  Kadang-kadang kita terlupa bahawa percakapan kita juga pernah menyakiti hati dan perasaan orang.  Mungkin kita tidak perasan mengenai percakapan kita kerana kita merasakan bahawa ianya adalah betul.  Betul pada kita tidak semestinya betul pada orang lain.  Kerana kita bercakap mengikut apa yang kita nampak dan atas penilaian mata kasar kita.  Bagaimana pula dengan hal yang sebenarnya?  Kita tidak tahu.  Berhati-hati dengan ucapan.

Dikhuatiri apa yang kita cakap akan menjadi dusta bila kita tahu akan hal yang sebenarnya.  Adalah lebih baik kita berhati-hati dengan ucapan.


Berhati-hati
Berhati-hati bila bercakap


Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.  (HR Muslim)

Berhati-hatilah walau dalam apa jua keadaan.  Berhati-hati dengan ucapan.

19 September 2015

Layanan kepada jiran tetangga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Layanan kepada jiran tetangga


Siapa yang tiada jiran?  Maknanya orang tu tinggal kat hutan.  Tetapi kat hutan pun ada jiran juga kan?  Poyo pulak entri kali ni.

Ni nak kongsi cerita sikit mengenai layanan kepada jiran tetangga.  Sebagaimana kita hendak dilayan oleh jiran kita maka begitulah juga layanan kita kepada jiran tetangga.  Bunyi macam skema tetapi itulah hakikat yang tidak boleh diubah.



Jangan sakiti tetangga
Jangan sakiti tetangga

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia menyakiti tetangganya.  (HR Bukhari)


Selamat berhujung minggu.

18 September 2015

Alexa Traffic Rank blog Yangbaik hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Alexa Traffic Rank blog Yangbaik hari ini


Hari ini, hampir 2 bulan YangBaik tidak memaparkan trafik Alexa Rank blog YangBaik. Bukan kerana merajuk dengan blog atau Alexa tetapi kerana kekangan masa bercampur dengan pertukaran domain dari dotcom kepada dotmy.  Beberapa kekeliruan masih bermain diminda seorang blogger picisan.  Pertukaran secara global yang dilakukan secara automatik oleh pihak blogspot mengakibatkan perubahan mendadak  ke atas trafik Alexa Rank blog percuma.  Keliru dengan perubahan yang berlaku... sedikit demi sedikit perubahan itu cuba diselami sehingga kini masih belum berjumpa penyelesaian yang jelas.  

Pada awal bulan Ogos 2015, Alexa Traffic Rank blog YangBaik agak memuaskan bagi blogger yang tidak berapa mahir IT.  Ranking yang diterima cukup memberansangkan.  

Namun setelah beberapa lama jatuh menjunam ke tahap yang lebih teruk berganda-ganda.  Namun masih bernasib baik kepada PageRank blog ini masih mampu bertahan di tahap ke 2 dari 10.

Berikut adalah kedudukan Alexa Traffic Rank blog YangBaik sehingga 18 September 2015:-

Alexa Traffic Rank
Alexa Traffic Rank

Global Rank:  Global rank icon 1,637,593 440,615

Rank in Malaysia:  No data

Global Rank: 912,516
Rank di Malaysia: No data

Bagaimana nak dapatkan data di atas?  Kepada pemilik blog berasaskan blogspot, semasa browse top site ,  anda perlu masukkan alamat blog asal  iaitu dotcom bukan dotmy.

Selamat menyemak Traffic blog.



AisyaAzman's Blog Award & Bloglist!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


AisyaAzman's Blog Award & Bloglist!


Kenyataan berikutnya adalah copy paste sepenuhnya dari coding yang disediakan oleh penganjur.


Back then aku selalu dapat sticker 'blog award' tu. Dengan bangganya aku tayangkan dekat sidebar. Rasa macam dihargai sangat. Entah kenapa sekarang macam dah tak ada atau aku je yang tak tahu. Haha. Some people bagi hadiah. In my case, aku bagi award. Best kan? Selain daripada sticker 'blog award' kalian pun akan masuk bloglist jugak.

Buat masa ni, aku pun ada usha usha jugak blog yang kemas and awesome pada aku. Pada aku, okay?  I like it clean and neat. Yang dah berjaya masuk bloglist aku dari awal dulu, korang memang akan dapat sticker 'blog award' tu tapi ada tugas buat kalian. Haha! Nak minta korang war-war kan je blog award yang tak seberapa ni. Tapi yang aku boleh jamin, confirm korang akan suka sticker ni sebab aku pun suka. Tengah fikir ni nak buat khas untuk lelaki and perempuan. Haha. Baru best, kan? Blog dah cantik cantik, takkan nak letak sticker yang agak keperempuanan, ye dak? Hilang macho brader tu. Haha.

Tapi ada syarat. Come on. Mesti ada syarat. Tak susah & tak perlu keluar duit pun.


Copy & paste coding banner untuk kalian war-warkan di entry nanti.
<a href="http://aisyaazman.blogspot.my/2015/09/of-blog-award-bloglist.html">
<img src="http://i1105.photobucket.com/albums/h347/aisyaazman/1.jpg" border="0">
</a>

Pemenang yang dah tersedia kena war-warkan pasal blog award
 ni
dengan copy paste this whole entry dan pastikan kalian 
tag
nama mana-mana bloggers lain yang kalian tahu. 
Blog tu mestilah
kemas dari segi warna, font dan mudah dibaca.

❤ Calon yang sudah di-tag, silalah kembali ke blog aku dengan click banner di
 atas
atau secara manualnya taip address blog aku dan tinggalkan
 link blog kalian
di bahagian comment aku & kalian pun
 haruslah war-warkan juga. Boleh? 


Kalau ada sesiapa yang terbaca dan beminat nak join, boleh saja!


  Follow aku dengan click button follow di kanan atas, follow 
aku di
Google Plus dan tinggalkan link di tab exchange link. 


  Pemenang akan diumumkan pada 3 October jam 11:59pm di sini. 
Nama akan disenaraikan dan bolehlah ambik sticker blog award
 masing-masing mengikut jantina dan tampal di sidebar
dengan bangganya. Yay!

  Yang tak dapat, awal-awal lagi aku mintak maaf. Hihi. 
Cuba lagi
untuk blog awards akan datang. Mana tau aku nak 
buat blog award
untuk blog paling comel ke, blog paling informatif ke. Kan? 
Boleh tinggalkan cadangan di ruangan komen juga :) 

 Tinggalkan comment di bawah dengan format berikut : 

 Saya nak sticker please!! 
Saya dah follow blog!
 Saya dah follow google plus!
Saya dah exchange link!
Ini blog saya : isikan URL blog di sini 
Saya seorang : (Jantina) yang (cantik / macho) 

 Syarat bawah sekali tu macam membuli kan? Tapi dulik apa aku. Haha.

*Since this is my first award giveaway, kalau ada kekurangan di mana mana, mohon maaf la ya. Kalau ada sebarang pertanyaan, silalah tanya di aisyaazman.blogspot@gmail.com

*Aku tidak menggunakan mana mana laman web yang boleh pick nama randomly, ya. Semua bakal pemenang adalah melalui pemerhatian diri sendiri sahaja,


 I am all excited! 
 AisyaAzman

Menarik kan... jangan lupa klik banner di atas,

Pemenang Segmen Bloglist Sept-Dec 2015 Sh.Amarina

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



PEMENANG SEGMEN BLOGLIST SEPT-DEC 2015


Alhamdulillah. Rezeki blogging lagi. Agak terlewat juga keluarkan entri penghargaan ini. Kali ini YangBaik terpilih lagi dalam bloglist rakan blogger. Kali ini dalam bloglist blog milik Sh. Amarina, akuyangpostkauyangpanas. Ada yang panas? Minum air kosong banyak-banyak yer untuk sejukkan badan. Keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu betul-betul mengundang pelbagai penyakit terutama demam panas. Bukan sahaja kepada anak-anak tetapi orang dewasa juga boleh jadi demam. Ha ....

Pemenang Bloglist Sh.Amarina
Pemenang Bloglist Sh.Amarina


YangBaik bersama 27 orang rakan blogger telah menyertai SEGMEN BLOGLIST BY SH.AMARINA yang telah tamat pada 16 September 2015. 10 rakan blogger telah terpilih menggunakan khidmat random.org.

Terima kasih kepada penganjur Sh. Amarina dan tahniah juga kepada semua rakan blogger yang menyertai segmen berkenaan.

PEMENANG SEGMEN 3 IN 1 (GIVEAWAY + BLOGLIST + BLOGWALKING) RAFZAN TOMOMI STORY '15!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG SEGMEN 3 IN 1 (GIVEAWAY + BLOGLIST + BLOGWALKING) RAFZAN TOMOMI STORY '15!


Cadangnya nak buat first impression for Friday.  Tetapi entri ini sudahpun menjadi entri kedua jadi kita tukar kepada second impression .  Hahaha...



Betul-betul akak tak sangka sungguh rupanya blog YangBaik telahpun tersenarai sebagai TOP 16 URL untuk Bloglist (September-Disember 2015), bagi SEGMEN 3 IN 1 (GIVEAWAY + BLOGLIST + BLOGWALKING) RAFZAN TOMOMI STORY '15! Pemilihan pemenang dibuat secara random.org

Berikut adalah adalah rakan blogger yang turut tersenarai dalam Bloglist di Blog Rafzan Tomomi.
01 http://akuainkausiapa.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
02 http://www.cekgunorazimah.com/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
03 http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/07/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
04 http://aunidenovella.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
05 http://jombercontest.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
06 http://cahayadiatascahaya22.blogspot.com/2015/07/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
07 http://cikcandysour.blogspot.com/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
08 http://yangbaik.blogspot.my/2015/07/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
09 http://gurlgemini.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
10 http://inspiritofdays.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
11 http://anisyamir7lee.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
12 http://www.kakgojes.com/2015/07/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
13 http://nurzulaihaziz.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
14 http://cintahawaa.blogspot.my/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
15 http://www.honeyonnee.com/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html
16 http://www.azlindaalin.com/2015/08/segmen-3-in-1-giveaway-bloglist.html


Sama sekali tidak menyangka boleh terpilih.  Terima kasih kepada Rafzan Tomomi atas penganjuran segmen.  Tahniah juga kepada rakan blogger yang telah tersenarai.


17 September 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES


Hai, apa khabar semua.  Agak lewat pula YangBaik berentri di blog hari ini, sudahlah semalam langsung tak ada entri.  Ada ke yang tertunggu-tunggu apa entri dari YangBaik?  Huhhh ... perasan jer kan.  Blog picisan macam ni tak adalah yang tertunggu-tunggu kan.  Ada ke tidak macam tak wujud jer.  Oppss.... kepada rakan blogger yang singgah semalam dan hari ini sertai hari-hari yang akan datang... terima kasih diucapkan.

Hari ini YangBaik join giveaway yang dianjurkan rakan blogger Anies.  Tudung Aidijuma Giveaway diberi nama.  Best ke pakai tudung Aidijuma?  Hanya yang menjadi pelanggan dan pengguna setia Aidijuma saja yang tahu.  Jadi sesiapa yang belum tahu dan belum cuba, nak beli tak tahu kat mana, meh join giveaway ini.  Mana tahu ada rezeki dan tuah, menang pula tudung lejen Aidijuma.


Untuk dapatkan keterangan lanjut mengenai Tudung aidijuma Giveaway by Anies, sila klik banner di atas.  Jangan segan-segan yer.  

Hadiah:  Aidijuma Green Label Design


Di atas adalah antara hadiah yang bakal diterima oleh rakan blogger yang bertuah.  Untung badan dekkk... Mana nak dapat tudung percuma.  Tapi kan... korang jangan marah-marah pula bila tidak dapat tudung percuma di atas tu.  Kita join giveaway bukan sekadar nak menang tetapi untuk menambah kenalan serta merapakan ukhuwah sesama kita.

Pengalaman menarik mengenai tudung


Banyak pengalaman YangBaik mengenai pemakaian tudung.  Antaranya sejarah pemakaian tudung yang bermula dari sekolah menengah ketika Form 2.  Walaupun sebenarnya sejak sekolah rendah dah berminat dengan tudung tetapi mungkin juga disebabkan ketika itu pemakaian tudung di sekolah tidak 'wajib' maka semangat nak bertudung tu tak berapa kuat.  Walaupun setiap kali kelas Agama Islam ada dikaitkan dengan perempuan yang tidak bertudung.  Naif sungguh ketika itu.

Ketika sekolah tudung yang biasa dipakai selain dari tudung sekolah adalah tudung bawal.  Seperti yang dipopularkan sekarang oleh Aidijuma.  Masih ada lagi sehelai tudung yang menjadi kenangan dipakai setiap kali pelajaran PJ (Pendidikan Jasmani).  Kalau nak pakai sekarang memang tidaklah sebab tudung ketika itu sekadar tutup kepala dan tidak sampai menutup leher apatah lagi tutup sehingga ke paras dada.  

Sedikit demi sedikit, perubahan bertudung berlaku seiring dengan kedewasaan akal fikiran.  

Koleksi tudung pada ketika itu sekitar awal tahun 90an tidak banyak pilihan.  Juga tidak banyak jenama.  Yang ada hanyalah jenama sendiri.  Beli kain polos dan jahit sendiri, sangat berbaloi-baloi.

Tidak seperti sekarang terdapat lambakan fesyen tudung dari yang berjenama, kontroversi serta jenama biasa-biasa.  Apa pun terpulang kepada hati dan naluri kita untuk membuat pilihan yang terbaik asalkan memakai tudung itu mematuhi syara' dan kehendak dalam Islam.

Demikianlah serba sedikit pengalaman YangBaik mengenai tudung.  

Nak tahu apa lagi pengalaman rakan blogger mengenai tudung kenalah join giveaway ini.

Apa lagi... klik banner di atas segera.

Giveaway ini tamat pada 24/9/2015.



15 September 2015

Rezeki mana kena tolak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rezeki mana kena tolak


Biasa kita dengar "rezeki jangan ditolak, maut jangan ditempah".  Satu ungkapan yang lazimnya kita kaitkan bila kita mendapat seuatu pemberian.  Kita tidak mampu menolak seuatu pemberian orang bilamana kita dalam keadaan serba salah, bila kita tolak orang akan berkecil hati, bila kita menerima bimbang pula kita tidak mampu menampung.  

Doa Mudah Rezeki
Doa Mudah Rezeki.  Sekadar hiasan

Dalam keadaan tertentu kita terpaksa menolak seuatu pemberian, telahpun dijelaskan mengapa kita tidak perlu tetapi... tetap juga kita diberi.  Maka, bagaimana pula kita hendak menolak lagi.  Di sinilah peranan kita untuk berbuat baik dan berbaik sangka sesama manusia.  

Jika kita telah menerima sesuatu pemberian tetapi kita merasakan ia bukan pada masa yang sesuai atau belum masanya untuk kita menggunakannya, adakah kita akan memanjangkan pemberian itu pada orang lain?  Pastinya kita akan memikirkan bahawa adakah orang lain itu akan menerima pemberian kita.  

Jadi kita sebetulnya tidak wajar berkecil hati jika pemberian kita tidak dapat diterima oleh orang lain kerana ada masa kita juga tidak dapat menerima pemberian dari orang.

Hanya satu pemberian yang kita wajar menolaknya adalah apabila pemberian itu berupa ilmu yang tidak bermanfaat buat dunia dan akhirat kita.

Hanya Allah yang tahu mana yang terbaik buat kita.  Sentiasalah bertawakkal kepadaNya.


CPUV September 2015 | Konflik blog?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV September 2015


Terasa lama sangat tak update cerita mengenai CPUV.  Sesekali terfikir juga untuk biarkan saja CPUV Nuffnang berlalu pergi.  Mana tidaknya berhari-hari menunggu timbulnya iklan Nuffnang tak juga timbul.  Entah di mana silapnya YangBaik tidak pasti.  Ada juga terlintas nak menarik diri dari Nuffnang.

Nak tahu juga ke mana perginya iklan Nuffnang, tidak timbul-timbul. Adakah dia yang merajuk atau YangBaik yang tak reti nak pujuk... oowwhhh... tak romantik langsung nak pujuk-pujuk nie...

Dijadikan cerita, selama ini YangBaik sentiasa update blog dan blogwalking juga menggunakan khidmat encik Google Chrome.  Rasanya ada konflik kot antara blogspot dengan Google Chrome dan Nuffnang. Saban hari blogging tak kelihatan pula iklan Nuffnang berkeliaran di blog rakan blogger apatah lagi di blog YangBaik.  Tetapi ada juga rakan blogger yang update entri mengenai iklan CPUV.  Bagaimana dan di mana pula mereka berjumpa dengan Nuffnang, sedangkan YangBaik agak lama juga tidak berjumpa dengan Nuffnang.

Hari ini, YangBaik cuba bertukar pula dari Google Chrome kepada Microsoft Edge.  Haa... baru dapat jumpa dengan Nuffnang dan update kedudukan Nuffnang di blog.  Memang tak banyak lah earning yang dapat dari Nuffnang sebab YangBaik bubarkan sementera widget Nuffnang, bila nak letak semula tak boleh buka pula Nuffnang semuanya gara-gara Goggle Chrome.  Adoiii

CPUV September 2015
CPUV September 2015

Inilah hasilnya.  CPUV yang melekat di blog YangBaik.  Bermula dengan Dove Hair Campaign pada 1 September 2015 diikuti The Face Shop pada 3 September 2015 dan terakhir Welcome to Shell Campaign pada 7 September 2015.  Hari ini mungkin kah CPUV akan bertambah lagi?  Nantikan kemunculannya.

Sesuatu perlu dilakukan.  Agaknya ada tak dari kalangan Rakan blogger yang berhadapan dengan situasi yang serupa?   Boleh kongsikan di sini.


Tazkirah pagi Selasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tazkirah pagi Selasa


Tazkirah adalah satu bentuk peringatan.  Saya bukanlah Ustazah bertauliah yang layak untuk memberi peringatan tetapi hasrat saya untuk berkongsi peringatan semoga peringatan ini turut diingati oleh saya sendiri.


Amanah
Amanah

Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.  (HR Abu Daud)

Semoga kita semua mendapat manfaat.


14 September 2015

Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira


Giveaway ini simple sangat tetapi YangBaik yang suka-suka nak buat susah.  Korang nak join Giveaway ni cepat2... dah nak tutup tu.


Tarikh tutup : 25 15 SEPT 2015

KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK JOIN SIMPLE GIVEAWAY INI

Jom semak rules dulu :

2. Copy code dalam box kat bawah ni dan paste kan dalam entry *select HTML bukan Compose tau*
3. Tajuk entry " Simple Giveaway 2.0 by Izzati Amira "
4. Tinggalkan url entry anda dekat kotak komen entry saya ini.
5. Warga Malaysia sahaja.


Jawapan :  Casing Handphone

Sekian , terima kasih.  Selamat maju jaya!


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa


Selamat pagi semua.  Awak apa khabar?  Jom ikut YangBaik sekali lagi join giveaway.  Giveaway kali ini agak unik dan menarik.  Jarang-jarang jumpa giveaway macam nie.  Kot-kot lepas ni semakin banyak rakan blogger anjurkan giveaway macam nie ... jadi trending pulak.

Nak tahu giveaway apa?  Inilah Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa.  Giveaway yang dianjurkan oleh Madam Nissa.  Khabarnya dahulu seorang guru bahasa Inggeris di salah sebuah IPTA.  Sekarang dah jadi blogger pula... 


Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa
Giveaway : Choose yourself by Mdmnissa

Kita tengok apa kata Madam Nissa mengenai giveaway kali ini.

"Nisa dengan rendah hatinya menjemput anda semua untuk sama sama memeriahkan lagi Giveaway ini disamping menjadikan ia satu platform untuk memudahkan anda blogwalking rakan rakan blogger yang hebat hebat diluar sana dengan harapan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame kita. In Sha Allah."

Ha... kan begitu lah dalam dunia blogging saling berkenalan di alam maya dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Madam Nissa menawarkan 8 pilihan hadiah.  Rakan blogger perlu membuat pilihan sendiri hadiah yang diinginkan berdasarkan nombor pada gambar yang diberikan.

Nak tahu nombor apa dan gambar apa?  

Jom klik banner di atas.

Giveaway ini tamat pada 29 September 2015.

Marilah kita meriahkan giveaway ini sambil berkenalan sesama rakan blogger.



13 September 2015

Berzikirlah setiap hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berzikirlah setiap hari


Setiap masa yang terluang hendaknya diisikan dengan perkara yang berfaedah.  Sebaiknya elakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau mendatangkan dosa secara tidak sengaja. Kelapangan yang diberikan Allah itu banyak faedahnya.  Penuhkan masa lapang dengan berzikir.

Berzikirlah
Berzikirlah
Berzikirlah setiap hari, agar semakin segar, semakin rimbun, semakin subut taman kita di syurga sana.

Subhanallah
Subhanallah

Zikir



12 September 2015

Ketika aku lupa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ketika aku lupa


Kita ini insan biasa tidak lari dari sikap dan sifat pelupa.  Kadang-kadang sengaja buat-buat lupa hingga terbawa-bawa kepada terus lupa.  Kadang-kadang kita sengaja tidak mahu ingat kerana tidak mahu hari terluka lagi.  Kita perlu jaga hati kita agar tidak terluka.

Tetapi kita harus segera sedar jangan sampai selamanya asyik terlupa.

Ketika aku lupa
Ketika aku lupa

Ya Allah
Jika saat ini aku lupa dan leka dengan nikmat duniawi
Engkau tegurlah aku (dengan teguran yang paling indah) agar aku tidak hanyut dibawa arus yang menyesatkan

Ya Allah
jika hari ini aku jatuh
Engkau bantulah aku (dengan sebaik-baik bantuan) agar dapat aku berdiri semula

Ya Allah
jika hambaMu ini penuh dengan dosa
Engkau sucikanlah dan ampunilah segala dosa-dosaku

Ya Allah
berilah aku hidayahMu dan jadikan aku hambaMu yang bertaqwa
sentiasa redha dan bersyukur atas segala nikmat yang Engkau berikan.

Semoga keindahan dan rahmatMu sentiasa mengiringi setiap langkah hidupku.




11 September 2015

Ada apa dengan bintang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada apa dengan bintang


Ya, ada apa dengan bintang.  Bukannya bintang yang bergantung di langit tinggi.  Bentuknya juga tidak jelas, hanya lambang semata-mata.  Kita sendiri tidak tahu bagaimana bentuk sebenar sebutir bintang.  Tetapi kita dibesarkan dengan bentuk bintang yang sebegini.

Apa yang hendak dimaksudkan dalam entri ini adalah bintang yang diberikan kepada anak kecil setelah dia berhasil melakukan perkara baik.  Dan dia sendiri faham apa yang dimaksudkan dengan perkara baik.  Namun sejauh mana kefahaman anak kecil dengan perlaksanaannya.  Berlalu begitu sahaja menjadikan kita keliru setelah kita memberikan dia kekeliruan.  Oh... agak sukar juga nak perjelaskan isu ini.  Ia mungkin mudah ... sekadar bercerita mengenai bintang.  Bintang hati, bintang kecil atau bintang-bintang.  Apa sajalah.

Inas Insyirah
Inas Insyirah

Pesanan seorang ibu


Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang ibu sebelum bertolak ke tempat kerja telah meninggalkan pesan kepada anaknya.   Pesanan seorang ibu seperti biasa mahukan anaknya sentiasa berkelakuan baik, berbuat baik, hindari pergaduhan sesama adik-beradik apatah lagi mendatangkan kemarahan orang lain.   Ibu tidak pernah pula menjanjikan bulan atau bintang sebagai ganti kepada anak kecilnya itu kerana berkelakukan baik apatah lagi intan berlian atau emas permata.  Namun pesanan itu tetap jua dipatuhi oleh anak kecil yang baru menjangkau usia 4 tahun.  

Begitulah pesanan yang baik-baik dari seorang ibu sentiasa melekat di hati anaknya lalu diaplikasikan melalui tindakan iaitu pematuhan.

Apa kaitan dengan bintang?


Sebagai menghargai pematuhan oleh anak kecilnya, ibu telah secara spontan menghadiah "5 bintang" kepada anaknya lalu disambut dengan kegembiraan yang tidak terhingga kepada berjaya mendapat 5 bintang.  Namun bintang itu hanya sekadar ungkapan bukanlah jasad bintang itu sendiri atau replika bintang yang diberikan.  Lukisan sebutir bintang jauh sekali.  Ohh... pandainya ibu itu melakarkan bintang dipemikiran anaknya.

Ibu itu merasakan pesanannya berjaya mendidik anaknya kerana kepatuhan yang dilaksanakan oleh anak seusia 4 tahun.


Kecewa tidak dapat bintang


Lalu, hari berikutnya seperti biasa sebelum meninggalkan anaknya ke tempat kerja sekali lagi ibu berpesan dengan pesanan yang sama dengan harapan anaknya akan terus patuh pada pesanannya.

Namun, bila pulang dari pejabat entah siapa yang kecewa... Ibu atau anak yang kecewa?  Seperti kedua-duanya kecewa kerana gagal patuh pada pesanan yang diberikan.

Si anak telah ingkar pada sebahagian pesanan yang ditinggalkan.

Bila ditanya mengapa?  

Anaknya dengan bangga menyebut bahawa dia telah mendapat 5 butir bintang semalam jadi hari ini dia pasti akan dapat bintang lagi.

Aduh.... terpinga-pinga ibu itu.  Apakah dia yang telah tersalah memberi kefahaman atau tersalah kerana cepat memberikan 'pingat bintang' kepada anaknya.

Ibu menjelaskan kepada anaknya, oleh kerana dia telah tidak patuh pada pesanan maka bintang itu ditarik semula.  


Bintang tanpa pingat.

Anak kecil itu kehairanan kerana bintang yang tidak kelihatan itu telah ditarik semula.  Dia kelihatan seperti kecewa.  Kecewa seorang anak kecil... sukar untuk dimengertikan.

Sejauh mana dia akan patuh semula kepada pesanan yang berikutnya.

Pesanan bukan kerana bintang


Pesanan yang diberikan kepada anak kecil pada awalnya sesuatu yang murni.  Anak itu patuh kerana mungkin itulah naluri dan kefahamannya.  Namun anak kecil barangkali tidak menyangka bahawa kepatuhan dan ketaatan itu mendapat 'bayaran'.  Apa yang dia lakukan adalah atas nalurinya sendiri.

Kesilapan ibu adalah bila mengajar dengan memberi ganjaran.  Walaupun sekadar penghargaan kecil mungkin mengganggu tahap pemikirannya.  

Anda mungkin ada pengalaman tersendiri dalam memberikan ganjaran kepada anak kecil.  Apapun kaedahnya, seorang ia dapat mengajar kita cara anak kecil berfikir.

Sekadar berkongsi perasaan dan naluri seorang ibu.  

Giveway Women Desire By Intan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



"Women Desire Giveaway!
Due Date 24 September 2015
Berita Baik buat Wanita yang PENTINGKAN Kecantikan Diri secara Dalaman & juga Luaran tentunya..... Kami di Intan Beauty Centre telah menganjurkan 1 Giveaway buat anda bermula dari 10th - 24th September 2015 ....

Hadiah yang kami tawarkan adalah seperti di bawah
Jom cuci mata sikit

5 x Pemenang Bertuah
FREE Combo Women Desire
Jom ramai-ramai kita join bagi memeriahkan lagi GIVEAWAY ini...

Ini merupakan 1st Giveaway ini dilancarkan oleh Intan Beauty Centre dan di sponser oleh Women Desire Kuala Lumpur

Terima kasih kepada Sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Intan Beauty Centre ini

10 September 2015

Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1


Bilangan blogger semakin bertambah.  Ada blogger baru dan tidak kurang juga blogger lama dengan imej baru.  Dengan kehadiran blogger yang semakin bertambah ramai diharapkan semakin banyak percambahan ilmu untuk kebaikan dunia sejagat.

Entri kali ini bukanlah untuk bercerita mengenai kehadiran atau peranan blogger semata-mata tetapi untuk meraikan rakan blogger Cik Yanie.  Cik Yanie menganjurkan mini giveaway yang pertama. Dengan adanya segmen atau giveaway sebegini secara tidak langsung kita dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan blogger.  Mungkin juga sekadar menyertai giveaway tetapi sebenarnya kita sedang membina senarai rakan di alam maya dan memanjangkan silaturrahim. Hebat sunggu dunia blogger.

Daripada berceloteh panjang lebar tiada siapa yang baca kan.  Meh kita lihat apa yang Cik Yanie sediakan untuk mini giveawaynya kali ini.


Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015

Sebelum klik banner di atas kita lihat dulu sepintas lalu apa kata Cik Yanie mengenai giveaway ini.

Menurut Cik Yanie, giveaway ini Simple dan Mudah.  Cik Yanie mengharapkan mini giveaway ini mendapat sambutan tidak kira sikit atau banyak, yang pasti GA berjalan juga. 
Giveaway ini tamat pada 25 SEPTEMBER 2015.

Okey sekarang jom klik banner di atas untuk menyertai mini giveaway ini dan selamat maju jaya. Semoga ada tuah kita semua.


Mencari kedudukan tertinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mencari kedudukan tertinggi


Dalam hidup ini kita tidak lari dari mencari tempat yang terbaik untuk diri sendiri ataupun untuk orang yang kita sayang seperti ahli keluarga kita.  Dalam pencarian itu pastinya kita akan menempuh berbagai halangan dan cabaran.  Jangan jadikan cabaran itu sebagai pematah semangat.  Kerana selagi kita berbuat baik sesama manusia dan makhluk Allah di atas muka bumi ini maka selama itulah hidup kita akan diberkati.

Hidup ini
Hidup ini


Ihsan (salah satu kedudukan ruhani tertinggi) adalah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya; dan jika engkau tidak bisa melihat-Nya, maka yakinlah bahwa Allah melihatmu.  (HR Bukhari, Muslim)

Semoga hidup kita senantiasa dipenuhi kebahagiaan dan kesejahteraan.


09 September 2015

Tukar header blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tukar header blog


Header

Bersempena pertukaran domain dari dotcom kepada dotmy pada 2 September 2015.


Qurban Aqiqah Kambing Mekah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Qurban Aqiqah Kambing Mekah


Qurban Aqiqah Kambing Mekah
Qurban Aqiqah Kambing Mekah






08 September 2015

Bagaimana hendak maafkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana hendak maafkan 


Bagaimana kita hendak maafkan orang lain kita terasa sakit hati sangat dengan tindakan orang itu kepada kita.

Memang berat. Kerana kita punya perasaan.  Namun kita harus jaga hati dan perasaan kita.

Orang yang menulis ini juga tidak lari daripada perasaan itu.  Perasaan marah kepada orang yang membuat kita marah.


Tetapi bila difikirkan semula, kita tidak mampu jadi jutawan pun jika kita terus menyimpan perasaan marah atau benci pada orang.  Kita hanya menyimpan rasa sakit dalam hati yang tidak berkesudahan.
Tujuan utama hidup kita adalah di akhirat sana.  Entah bagaimana pula perjalanan hidup kita sementara hendak sampai ke sana.  Bimbang juga sekiranya tidak sempat mengutip sisa kebaikan untuk dipenuhkan dalam karung timbangan.

Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.  (HR Ibnu Majah)

Semoga kebaikan sentiasa mengiringi setiap langkah.

Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Chocolate Vochelle by dyan zakhi


Masih lagi meneruskan legasi blog ini dalam menyertai giveaway.   Kali ini Giveaway Chocolate Vochelle bt dyan zakhi menjadi idaman hati.  Giveaway yang menarik kerana hadiah nya adalah coklat Vochelle.  Siapa tidak suka coklat?  Okey ... apa pun pilihan anda, anda yang punya pilihan.

Ini adalah pilihan saya untuk menyukai coklat.

Giveaway Chocolate Vochelle bt dyan zakhi
Giveaway Chocolate Vochelle bt dyan zakhi
Nak turut serta merebut coklat vochelle?

Jom klik banner di atas.  Jangan klik gambar coklat vochelle di bawah ni pula yer.  YangBaik tak letak link kat gambar coklat di bawah nie... jangan marah ye!

Coklat Vochelle
Coklat Vochelle
Di atas adalah gambaran hadiah yang bakal diterima oleh rakan blogger yang bertuah. Chocolate Vochelle Hazelnuts Box untuk 3 orang dan Chocolate Vochelle Blackcurrants Bar untuk 2 orang. Mana satu bakal sampai ke rumah kita?  Nantikan kemunculannya.

Cepat-cepat klik banner di atas.  Giveaway ini tamat pada 13 September 2015.

Selamat bercoklat semua!!






PEMENANG GIVEAWAY BIRTHDAY MUM & SISTER | TENGKUBUTANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PEMENANG GIVEAWAY BIRTHDAY MUM & SISTER | TENGKUBUTANG


Seperti tidak percaya bila terpilih sebagai salah seorang daripada pemenang untuk Giveaway Birthday Mum & Sister | Tengkubutang.  Maklumlah persaingan agak sengit juga.  Biarpun tidak ramai rakan blogger yang menyertai giveaway ini tetapi disebabkan hadiahnya yang agak banyak... maka Alhamdulillah tersangkut juga rezeki YangBaik dalam giveaway ini.

Penyertaan YangBaik dalam giveaway ini agak lewat juga kiranya dah hampir dengan tarikh tutup. Beberapa halangan yang menyebabkan entri penyertaan lambat dikeluarkan.  Namun sebagai sokongan kepada rakan blogger, digagahkan juga buat entri penyertaan.  

Lebih daripada 40 rakan blogger yang tersenarai sebagai pemenang.  Pemilihan pemenang menggunakan khidmat random.org sepenuhnya.  

No. 37

Inilah hasilnya.  Hadiah berupa barangan kraftangan Dari Sarawak, ditaja oleh Reen Reena.  Terima kasih Reena.

Reen Reena merupakan seorang blogger yang berasal dari Sarawak.  Reena menulis di blognya perkara berkaitan dengan gaya hidup, Travel, Novel, Resepi dan Masakan.   Selain dari itu Reena juga merupakan seorang Pencinta Kucing.  Pastinya seorang yang penyayang.  Dak gitu... Dan... kepada sesiapa yang ada produk untuk direview boleh dapatkan khidmat Reena.  

Terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan penaja giveaway ini.  Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah tersenarai dan terpilih sebagai pemenang.

Akhir karangan, ribuan terima kasih dan tahniah kepada Tengkubutang atas penganjuran giveaway yang hebat ini.  Pastinya ada rintangan dan halangan, namun itu semua bukanlah penghalang untuk meneruskan giveaway lagi pada masa akan datang.  






Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen


Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak dalam usaha untuk membantu mempromosikan Filem Chowrasta arahan YBhg. Prof. Datuk A. Razak Haji Mohaideen, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA.


Waktu Tayangan :        08 September 2015 (Selasa)

Masa :        8.00 malam - 10.00 malam  (Sesi 1)
                  10.00 malam - 12.00 tengah malam  (Sesi 2)

Tempat Tayangan:        Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak

                         
Filem Chowrasta


Genre:  Aksi

Pelakon utama:  Dato' Rosyam Nor, Nora Danish, Fauzi Nawawi, Wan Hanafi Su, Risteena Munim, Safiah Hanifah, Chem Amar, Aminah Rhapor, Azhari Zain, Mazlan Tahir dan ramai lagi.

Sinopsis filem:

Filem Chowrasta ini mengisahkan perjuangan mengubah destini seorang anak melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Peluang pekerjaan  yang terhad, tahap pendidikan anak melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta. Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.

Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya dan bangsa serta cintakan negara.


Selamat menonton.

Carian