Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa.
14 Jun 2024
Tahukah anda bahawa 1 bahagian BOLEH DIKONGSI bersama ahli keluarga
13 Jun 2024
Ada Apa Dengan Upah Penyembelih dan Petugas Korban
7 amalan simple tapi berpahala tinggi
- Pulun MENGAJI. Cuba baca 1 juz sehari. Nak lebih baik, baca 3 juz sehari. Cukup 10 hari, dapat khatam 1 Quran. Berjuta pahalanya tu.
- Pulun PUASA. Cuba puasa selang sehari, ikut gaya Nabi Daud. Jangan lupa 9 zulhijjah โwajibโ puasa sebab ia menghapuskan dosa kita 2 TAHUN.
- Pulun ISTIGHFAR, sekurangnya 1,000 kali sehari. Ulama kata, istighfar ni kunci pembuka โfor everythingโ : rahmat, rezeki, berkat dll.
- Pulun SOLAT SUNAT. Yang terbaik cuba tahajjud sepanjang 10 hari. Tapi kalau tak mampu, cuba istiqomahkan solat dhuha ke, solat taubat ke dll.
- Pulun SELAWAT. Cuba target 100x sehari. Baca โsollallahu ala muhammad, sollallahu alaihi wasallamโ pun ok dah kalau tak mampu baca selawat versi panjang.
- Pulun BERZIKIR. Bacalah zikir yg anda biasa lazimi spt โsubhanallahi wabihamdihi subhanallahil azimโ. Cuma, gandakan jumlahnya. Kalau hari biasa buat 100x, kali ni cuba 300x.
- Pulun BERSEDEKAH. Siapa mampu sedekah banyak, silakan. Tapi bagi yang bajetnya terhad, cukup RM 30 sehari pun ok. Tapi kita infaq setiap hari sepanjang 10 hari ni.
10 Jun 2024
Bersegera Dengan Amal Soleh
11 Ogos 2020
10 sifat mazmumah yang perlu dijauhi
10 sifat mazmumah yang perlu dijauhi
Sifat mazmumah adalah sifat yang tercela iaitu sifat buruk dan ianya perlu dijauhi. Berusaha sehabis baik dan sekuat-kuatnya untuk menjauhi sifat-sifat tercela ini.
Berikut adalah ringkasan sifat tercelea seperti yang disenaraikan oleh Imam Al-Ghazali ra dalam kitabnya Minhajul Abidin :
1. Takbur - cakap besar.
2. 'Ujub - merasakan diri hebat dari orang lain (bangga serta hairan dengan diri sendiri)
3. Riya' - suka menunjuk-nunjukkan amalan serta kehebatan diri.
4. Hubbul Jah - sukakan kemegahan (gila glamour).
5. Hubbud dunya - Gila dunia
6. Bakhil - kedekut, tamak haloba
7. Hasad - Dengki, tak boleh ada orang yang lebih darinya.
8. Syahrut Ta'am - kuat makan.
9. Ghadab - Sifat pemarah (panas baran)
10. Pendendam
Semoga kita dapat menjauhi sifat-sifat yang tercela ini.
13 November 2017
Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017
Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017
Sistem zakat, wakaf dan filantropi Islam di seluruh dunia berkembang dengan pesat dan cepat. Di Malaysia, seluruh sistem ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan penyusunan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang cerah, justeru perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan sistem ekonomi dan kewangan Islam. Oleh itu, Seminar Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam (ZAWFI) 2017 ini diadakan untuk merealisasikan hasrat tersebut meliputi konsep dan potensi amalan kontemporarinya.
![]() |
ZAWFI 2017 |
14 Oktober 2017
Agama Itu Nasihat
Agama Itu Nasihat
ุจุณู ุงููู ุงูุฑุญู ู ุงูุฑุญูู โโ
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
ุนููู ุฃูุจูู ุฑููููููุฉู ุชูู ูููู ุงูุฏููุงุฑูู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููุงูู : ุงูุฏูููููู ุงููููุตูููุญูุฉู . ููููููุง ููู ููู ุ ููุงูู : ููููููู ููููููุชูุงุจููู ููููุฑูุณููููููู ูููุฃูุฆูู ููุฉู ุงููู ูุณูููู ููููู ููุนูุงู ููุชูููู ู
Dari Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahwasanya Nabi SAW bersabda, โAgama itu nasihatโ. Kami pun bertanya, โUntuk siapa (nasihat itu)?โ. Baginda menjawab, โNasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)โ. (HR. Muslim No: 50) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. ๐ฑAgama ini terletak pada nasihat menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak-hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.
2. ๐ฑIbnu Mubarak pernah ditanya : Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: Memberi nasihat kerana Allah.
3. ๐ฑNasihat untuk Allah bermaksud beriman kepada Allah dengan mentauhidkan Allah, menunaikan hak-hak Allah sama ada hak yang wajib mahupun yang sunat. Ikhlas dalam beramal, menjauhi maksiat dan berjihad dijalanNya.
4. ๐ฑNasihat untuk kitab-Nya bermaksud menunaikan hak Al-Quran: hak untuk dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai petunjuk dan hidayah dengan membenarkan beritanya dan melaksanakan perintahnya.
5. ๐ฑNasihat untuk Rasul bermaksud dengan cara membenarkan ajarannya, mengimani semua yang dibawa, mencintai dan mencontohi akhlaknya, berselawat serta menghidupkan sunnahnya, mentaati perintah dan larangannya, melawan para musuhnya, membela para pengikutnya, menghormati hak-haknya, memuliakannya, mengikuti seruannya juga menyebarluaskan sunahnya.
6. ๐ฑNasihat untuk imam kaum muslimin dengan cara menolong dan mentaati pemimpin dan pemerintah dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, menegur dan mengingati mereka dikala mereka lalai dari kewajipan dengan penuh hikmah. Jangan biarkan pemimpin berterusan dalam kemurkaan Allah.
7. ๐ฑNasihat untuk kaum Muslimin dengan memberikan bimbingan kepada mereka apa yang dapat memberikan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat, memimpin mereka, memberikan bantuan kepada mereka, menutup aib dan cacat mereka, menghindarkan diri dari hal-hal yang membahayakan dan mengusahakan kebaikan bagi mereka, menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah mereka berbuat kemungkaran. Mengasihi mereka, memuliakan yang tua dan menyayangi yang muda, memberikan nasihat kepada mereka, menjauhi kebencian dan kedengkian, melindungi harta dan kehormatan mereka baik dengan ucapan mahupun perbuatan.
*๐ฟSemoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.๐ฟ*
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
๐ฑ๐บ๐ฑ๐บ๐ฑ๐บ๐ฑ๐บ๐ฑ๐บ
09 Ogos 2017
Tahukah anda Zakat KWSP wajib ditunaikan?
Tahukah anda Zakat KWSP wajib ditunaikan?
Tidak ramai yang tahu bahawa zakat simpanan KWSP wajib ditunaikan.
Sama ada sengaja tidak ambil tahu atau memang tidak tahu.
Tetapi kita wajib ambil tahu berkenaan perkara yang wajib kita tahu terutamanya isu berkaitan Rukun Islam dan Rukun Iman.
![]() |
Zakat KWSP |
Jenis-jenis Pengeluaran Akaun KWSP
- Skim Pengeluaran 50 tahun
- Skim Pengeluaran 55 tahun
- Skim Pengeluaran 60 tahun
- Skim Pengeluaran Kesihatan
- Skim Pengeluaran Hilang Upaya
- Skim Pengeluaran Pendidikan/PTPTN
- Skim Pengeluaran Perumahan
13 September 2016
Perkongsian : Tempoh Makan Daging Korban
Perkongsian : Tempoh Makan Daging Korban
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
PERKONGSIAN HADIS : Tempoh Makan Daging Korban
Hari ini dah masuk hari kedua Hari Raya Korban. Ada rezeki dapatlah merasa daging korban itupun kiranya masa agihan daging korban dijalankan kita ada di rumah. Jika tiada di rumah dan jiran pun tiada, maka tiadalah berpeluang menikmati daging korban. Apapun rezeki kita janganlah dipertikaikan. Semuanya sudah tertulis.
Sesetengah orang dapat banyak daging korban... mungkin makan seminggu pun tak habis. Tetapi pernah tak terfikir mengenai tempoh boleh makan daging korban? Terus terang YB tidak pernah terfikir. Rupa-rupanya pernah jadi isu juga mengenai tempoh ni.

Berikut adalah petikan dan perkongsian hadis mengenai tempoh makan daging korban.
ุนููู ุนูุจูุฏู ุงูุฑููุญูู ููู ุจููู ุนูุงุจูุณู ุนููู ุฃูุจูููู ููุงูู ููููุชู ููุนูุงุฆูุดูุฉู ุฃูููููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ุฃููู ุชูุคููููู ููุญููู ู ุงููุฃูุถูุงุญูููู ูููููู ุซูููุงุซู ููุงููุชู ู ูุง ููุนููููู ุฅููููุง ููู ุนูุงู ู ุฌูุงุนู ุงููููุงุณู ููููู ููุฃูุฑูุงุฏู ุฃููู ููุทูุนูู ู ุงููุบูููููู ุงูููููููุฑู ููุฅููู ูููููุง ููููุฑูููุนู ุงููููุฑูุงุนู ููููุฃููููููู ุจูุนูุฏู ุฎูู ูุณู ุนูุดูุฑูุฉู ููููู ู ูุง ุงุถูุทูุฑููููู ู ุฅููููููู ููุถูุญูููุชู ููุงููุชู ู ูุง ุดูุจูุนู ุขูู ู ูุญูู ููุฏู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ู ููู ุฎูุจูุฒู ุจูุฑูู ู ูุฃูุฏููู ู ุซูููุงุซูุฉู ุฃููููุงู ู ุญูุชููู ููุญููู ุจูุงููููู
Dari 'Abdurrahman bin Abis dari bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Beliau tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga beliau berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga beliau bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan
2. Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabiโin serta empat imam mazhab.
3. Rasulullah tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.
4. Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:
ุจูุญูุณูุจู ุงุจููู ุขุฏูู ู ุฃูููููุงุชู ููููู ููู ุตูููุจูููุ ููุฅููู ููุงูู ููุง ู ูุญูุงููุฉู ููุซูููุซู ููุทูุนูุงู ููู ููุซูููุซู ููุดูุฑูุงุจููู ููุซูููุซู ููููููุณูู
โCukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.โ (HR Tirmidzi No: 2380)
JOM bersifat RAHMAH dengan tidak berlebihan dalam makan dan minum.
Sumber : Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
๐บ๐๐บ๐๐บ๐๐บ๐๐บ๐๐บ
Terima kasih baca entri ini, Perkongsian : Tempoh makan daging korban
11 September 2016
Saat Arafah Menjelang Tiba
Saat Arafah Menjelang Tiba
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Saat Arafah Menjelang Tiba
Muhasabah diri menjelang tibanya Arafah
Saat kesibukan tidak terhingga
Saat mereka tidak pedulikan hal dunia
Saat mereka bersabar di tahap yang paling tinggi
Saat Arafah Menjelang Tiba
Kita di sini... sibuk sangatkah
Mungkin juga... sibuk dengan urusan dunia
Astaghfirullah... semoga Allah ampuni kekhilafan kita
Saat Arafah Menjelang Tiba
Sibuk kita dengan urusan dunia
Jangan sampai terleka
Andainya kita terleka itu adalah kelemahan kita
Lemah dalam mengatur hidup
Saat Arafah Menjelang Tiba
Kita di sini... mampukah bersabar
Urusan di sini... tidak sesibuk urusan di sana
Saat Arafah Menjelang Tiba
Semoga Allah mengampuni dosa kita yang telah lalu dan yang akan datang.

Zikir terbaik hari Arafah
Banyakkan zikrullah pada hari Arafah antaranya :
ูุง ุฅููููู ุฅููุง ุงูููููู ููุญูุฏููู ูุง ุดูุฑูููู ูููู ุงููู ููููู ูููููู ุงููุญูู ูุฏู ุ ูููููู ุนูููู ููููู ุดูููุกู ููุฏููุฑู
Sabda nabi s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi:
โ ุฎูููุฑู ุงูุฏููุนูุงุกู ุฏูุนูุงุกู ููููู ู ุนูุฑูููุฉู ุ ููุฎูููุฑู ู ูุง ููููุชู ุฃูููุง ููุงููููุจููููููู ู ููู ููุจูููู : ูุง ุฅููููู ุฅููุง ุงูููููู ููุญูุฏููู ูุง ุดูุฑูููู ูููู ุงููู ููููู ูููููู ุงููุญูู ูุฏู ุ ูููููู ุนูููู ููููู ุดูููุกู ููุฏููุฑู โ
Maksudnya : Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah La Ilaaha IllAllah wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku walahul hamdu wahuwa โala kulli syai-in qadir
Di Hari Arafah ini Allah paling banyak membebaskan manusia dari Neraka.
Rasulullah bersabda,
ู ูุง ู ููู ููููู ู ุฃูููุซูุฑู ู ููู ุฃููู ููุนูุชููู ุงูููููู ููููู ุนูุจูุฏูุง ู ููู ุงููููุงุฑู ู ููู ููููู ู ุนูุฑูููุฉู ููุฅูููููู ููููุฏูููู ุซูู ูู ููุจูุงููู ุจูููู ู ุงููู ููุงูุฆูููุฉู ููููููููู ู ูุง ุฃูุฑูุงุฏู ููุคููุงูุกู
"Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba dari Neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: apa yang mereka inginkan?โ (HR. Musim, no.1348)
Terima kasih baca entri ini, Saat Arafah Menjelang Tiba.
10 September 2016
Cadangan Doa Pada Hari Arafah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Doa Arafah - Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?
In sya Allah waktu Wuquf di Arafah akan bermula waktu Zuhur hingga Maghrib pada 9 Zulhijjah 1437 bersamaan 11/9/2016 Waktu Malaysia 5.30 pm -11.00pm. (jangkaan). Gunakanlah waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab. Selamat Beribadat! ๐บ๐๐น

Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Yaa Allah...
Ya Rahman...
Ya Rahim...
Bila hari ini masih menjadi bahagian hidup kami...
Berikanlah kemudahan dan kelancaran untuk menjalaninya...
Bila kelopak mata kami masih dapat terbuka...
Bimbinglah penglihatan kami untuk senantiasa melihat kebaikan dan kebenaran...
Bila mulut kami masih diizinkan berucap...
Tuntunlah agar senantiasa mengatakan kejujuran...
Bila kaki kami masih diberi kemampuan untuk melangkah...
Hantarkanlah ke tempat2 yg menjadi ibadah kami...
Bila tangan kami masih dapat digerakkan...
Gerakkanlah untuk memberikan kebaikan bagi orang lain...
Bila matahari masih diperkenankan menyentuh raga ini,
Sempurnakanlah cahaya-nya di pagi hari untuk menyehatkan tubuh kami...
Bila udara masih menjadi bagian dari nafas kami...
Lapangkanlah rongga dada ini untuk menghirupnya...
Bila dari rezeki yang diturunkan di muka bumi ini masih ada bagian haq kami...
Datangkanlah dalam jumlah yg banyak bagi kami, yg halalan thoyiban dari segala arah...
Agar kami dapat memberi manfaat bagi orang lain yang memerlukannya....
Yaa Allah... Ya Rabb...
Bila keluarga, saudara2, sahabat2 ku disini masih diperkenankan mewarnai kehidupan kami...
Jadikanlah mereka sebagai warna-warni yg penuh keindahan, penuh kasih sayang, rukun dan damai selalu...
Angkat dan hilangkanlah segala penyakit dari keluarga, saudara2, sahabat2 ku ini... gantikanlah dengan kesehatan yang sempurna serta berikanlah sisa usia yang penuh manfaat dan barokah...
*Aamiin Yaa Rabbal 'aalamiin*
Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya Qurban semua. Maaf Zahir & Bathin
#Entri ini disalin semula dari grup Whatsaap.
Terima kasih baca entri ini, Cadangan Doa Pada Hari Arafah.
posted from Bloggeroid
09 September 2016
Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan
Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah (SERI) Sandakan ditubuhkan sejak awal tahun 2016 sebagai ladang dakwah dan jihad di bumi Sandakan, telah berkembang, mendapat kepercayaan dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Kini pelajar SERI Ar-Raudhah mencecah seramai 65 orang dan pelajar baru yang mendaftar untuk tahun 2017 hampir 50 orang. Alhamdulillah. Ini adalah sebahagian daripada hasil sokongan orang ramai selama ini.

Sehubungan itu, bagi menampung pertambahan pelajar tahun 2017, pihak sekolah perlu untuk mengubahsuai kelas-kelas, menambah peralatan dan keperluan seiring dengan tuntutan tahun 2017 yang melebihi 100 orang pelajar.
Besar harapan kami, agar tuan boleh menyumbang dan menginfaq peralatan seperti yang tertera di dalam poster yang disertakan. Tuan/puan juga boleh melakukan infaq/sumbangan secara tunai ke akaun bank yang tertera.
Semoga sumbangan dan infaq tuan/puan diterima sebagai amalan baik disisi Allah demi menyokong usaha dakwah dan jihad di bumi Sandakan khasnya dan Sabah amnya.
Kami dahulukan keperihatinan tuan/puan dengan ucapan, Terima Kasih.
Komander Azminuddin
Mudir SERI Ar-Raudhah.
Terima kasih atas sokongan untuk entri ini, Sekolah Rendah Islam Ar-Raudhah Sandakan.
30 Ogos 2016
Malam Inspirasi Perjuangan 2016
Malam Inspirasi Perjuangan 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Malam Inspirasi Perjuangan 2016 (PEJUANG) dianjurkan oleh ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) dan PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional). Program ini dijadualkan pada 24 September 2016, jam 7.30 malam hingga 11.00 malam, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam.
Satu program yang amat bertepatan dengan orang muda sekarang yang rata-rata antara kita tidak mengenali pejuang-pejuang bangsa yang telah memperjuangkan tanah air kita. Inilah masanya untuk kita sama-sama hayati mesej yang ingin disampaikan dalam program yang penuh inspirasi.
![]() |
Malam Inspirasi Pejuang |
Kenapa ANDA perlu hadir?




19 Ogos 2015
29 November 2014
Hancur dan tergelelincir
29 April 2014
Perdebatan sia-sia
Banyak perkara dalam perbuatan atau perbualan kita tidak sama dengan orang lain
Perbezaan dan pandangan bukanlah titik noktah dalam sesebuah perhubungan
Cara kita dibesarkan berlainan sekali dengan cara pembesaran orang lain
Cara kita berfikir dan bertindak juga berbeza dengan orang lain selagi kita tidak saling memahami
Ahh... semakin keliru bilamana apa yang kita lafazkan tidak difahami oleh orang lain.
Begitu juga apa yang dia lafazkan tidak pula kita fahami sepenuhnya
Dari situ kita harus mendapatkan sedikit persamaan bukan perbezaan
Bersabar dan berdoa semoa setiap apa yang kita lafazkan difahami oleh orang lain dan seterusnya memudahkan urusan kita... serta urusan dia juga.
29 November 2013
Apa yang menghancurkan
suka duka pentas dunia
04 November 2013
Salam Maal Hijrah 1435 | 2013
suka duka pentas dunia
15 Oktober 2013
Aidiladha dan ulangtahun yang terlepas
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sekali update cerita melalui note smart. Cerita ini pada asalnya telahpun direkod pada tengahari tadi tetapi atas kekhilafan sendiri... cerita itu terpadam atau mungkin juga terawang awang entah di mana.
Sila abaikan cerita di atas kiranya ia terlalu skema atau menjengkelkan.
Selamat menyambut Aidiladha. Semoga Aidiladha ini memberi erti yang mendalam dan amat bermakna. Sesungguhnya Aidiladha merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Terutamanya di Malaysia sehari sebelum 10 Zulhijjah 1434, penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan rasminya adalah hak ekslusif umat Islam.
Semalam juga iaitu 14 Oktober, merupakan ulangtahun kelahiran yang pertama Muhammad Abid.
Semoga Abid dikurniakan kesihatan yang berkekalan dan diberkati.
Suka dunia pentas dunia
26 April 2013
Tahukah anda?
Tahukah Anda, apa yang menghancurkan Islam? Islam akan dihancurkan oleh ketergelinciran ulama, perdebatan orang munafik yang membawakan dalil dari al-Qur'an dan fatwa hukum dari orang-orang yang menyesatkan.
(Umar bin al-Khattab)