Pageviews

01 Oktober 2021

Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah

 
Alhamdulillah dikurniakan kesempatan dan keringanan pada hari Jumaat yang penuh barokah ini.  Dapat mengikuti sepenuhnya sesi "Jom Mengaji" pada hari ini.  Rezeki dari Allah dan kesempatan yang sungguh bermakna.  


Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah
Jom Mengaji Bersama UHEI Kampus Tapah


Sesi mengaji hari ini bersama Ustaz Khairul Naim Bin Abd Razak
Tarikh:  1 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa:  8.30 pagi - 9.30 pagi 


Sesi ringkas ini dibahagikan kepada 3 slot:
slot 1 - Silibus Tajwid🗂️
slot 2 - bacaan ayat pilihan🎤
slot 3 - Tadabbur ringkas💡


Peserta Jom Mengaji


Produktiviti Dakwah Pemangkin Keunggulan Peribadi Haqiqi


30 September 2021

29 September 2021

29 SEPTEMBER | HARI JANTUNG SEDUNIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


29 SEPTEMBER |  HARI JANTUNG SEDUNIA


Penyakit jantung dianggap sebagai 'pembunuh senyap' tidak mengira latar belakang mangsanya.  Jantung adalah organ penting untuk badan yang mana ia berfungsi untuk mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada semua organ dan anggota badan.

Sempena hari jantung sedunia, bersamalah kita menjaga kesihatan jantung dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.


Selamat Hari Jantung Sedunia
Selamat Hari Jantung Sedunia


Sayangi Jantung Anda


*  Amalkan suku suku separuh
*  Hidup tanpa tembakau dan alkohol
*  Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak
*  Jalani saringan kesihatan dan ketahui isiko kesihatan
*  Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam
*  Kawal stress dengan bijak
*  Kekalkan berat badan unggul

update:
Hari Jantung Sedunia


7 Tips jaga jantung
Tips jaga jantung


Sama-sama kita amalkan gaya hidup sihat.


Wordless Wednesday | Nasi Goreng Inas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Wordless Wednesday | Nasi Goreng Inas 

 



Inas dah pandai masak.



28 September 2021

Giveaway by Shida Radzuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Giveaway by Shida Radzuan



Bestnya, rakan blogger Shida Radzuan organize Giveaway lagi. Kesempatan yang yang tidak harus dilepaskan. Ada beberapa kali dah akak terlepas join giveway Shida Radzuan, sebab masa tu tak berapa aktif dengan blog. Kali ini tak boleh lepaskan lagi.

Ada apa dengan Giveaway By Shida Radzuan pada kali ini?


Giveaway by Shida Radzuan

Nak tau... klik banner di atas. atau klik pada caption.


Apa yang saya suka dengan blog Shida?


Banyak yang saya suka dengan blog Shida. Antaranya:
1. Paparan blog yang ringkas. Tak banyak warna dan corak.
2. Cepat loading. Tak perlu tunggu lama, klik jer pada link blog shida di Best Blog 2021... dengan pantas terus keluar paparan blog Shida.
3. Content yang menarik, ada info dan maklumat. Entri santai pun menarik dan terselit juga info.


Demikian serba ringkas dari akak. Korang jom join... klik link pada banner di atas.








Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nasi Lemak Kari Daging Kuah Rendang


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini.

Seperti biasa dan selalunya, bila hari bekerja jarang masak pagi kat rumah.  Kalau masak pun air panas jer untuk buatkan air milo atau teh untuk sarapan anak-anak.  Kadang-kadang sempat juga goreng nasi atau bakar roti itu pun untuk anak-anak di rumah.  Mak nak kerja ... beli jer sarapan di gerai tepi jalan.  

Hari ni, hasrat hati nak beli pulut rendah di kedai depan ayam ori, tapi tak dapatlah orang ramai dok menunggu.  Cari di gerai lain... lambat sikit sampai.  Suami yang turun beli, akak memang malas nak turun kereta.. tunggu order sampai jer hehehe


Nasi lemak kari daging

Nasi lemak hari ni pelik sikit.  Selalunya letak rendang daging atau rendang ayam.  Tapi isi rendang dah habis, jadinya jadilah kari daging kuah rendang.  Suami akak ni macam faham jer kan.  Akak kurang sikit kalau nasi bungkus letak kuah.  Kari daging tu ambil daging saja dan tambah kuah rendang yang masih berbaki.  Untuk tengahari, makan bihun goreng.  Juga dari gerai yang sama.  Lawan pula dengan vico panas.  

Alhamdulillah.  Selesai sarapan dan makan tengahari.  Rezeki yang berbeza namun tetap ada.





27 September 2021

Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali



Baca tajuk macam pelik.  Ya, sahabat yang baru dikenali dan rapat baru saja beberapa bulan, belum sampai setahun.   Dalam tempoh beberapa bulan yang kenal ni, hanya jumpa beberapa hari saja dalam seminggu disebabkan penggiliran tugas sepanjang PKPP.  Nak kata tak sedih tak juga, tapi rasa tak puas lagi mengenali sahabat dengan lebih dekat.


Jala Jelita
Jala Jelita Viral


Nak meraikan besar-besaran tak dapat, bersederhana pun tidak.  Hanya sekadar yang ada.  Hari ini diberikan kesempatan berjumpa dengan sahabat yang tidak berapa hari lagi akan berhenti kerana mengikut suami.  Isteri mithali.  Kami di pejabat pasti kesunyian dengan ketiadaanmu tetapi memori bersama tetap tersemat di sanubari.

Semoga sahabat kami yang amat disayangi ini berbahagia dengan pilihan yang dibuat dan dimudahkan urusan serta dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hidup bersama keluarga.

Semoga kia bersua lagi.  Good Luck Shiera.




22 September 2021

Hidup ini penuh kata laluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini penuh kata laluan


Setiap hari terpaksa hadap kata laluan
Terlupa kata laluan hidup jadi tak keruan
Setiap aplikasi perlu kata laluan
Nak transfer payment perlu kata laluan



Hari ini terlupa lagi kata laluan lagi.
Entah kenapa sistem clock-in buat onar pulak hari ini, kena login semula.
Dah lah akak ni malas nak ingat kata laluan... berulang kali cuba kata laluan masih tak dapat.  Makanya terpaksa reset kata laluan sebab terlupa kata laluan.
Ni.. dah tukar kata laluan baru harapnya boleh ingat lah ehh.

Bab lupa kata laluan ni tak kan habis.... dah tulis tapi lupa letak kat mana.  Sudahnya kena reset juga.

Korang mesti ada juga kan pengalaman lupa kata laluan.







13 September 2021

Isnin, pagi yang indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isnin, pagi yang indah





Pagi yang indah.
Semoga ia adalah permulaan hari yang baik.
Mendapat keberkatan dariNya.
Dipermudahkan segala urusan.
Diberi perlindungan olehNya.
Diberikan keampunan dari segala dosa,
Dan dikurniakan kebahagiaan di Dunia dan Akhirat.


Muhasabah diri.
Terima kasih.


12 September 2021

Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi Prestasi Carian Ogos Untuk Blog Zarida Ishak (August performance on Google Search)


Sudah masuk ke bulan September 2021.  Sebelum ni setiap bulan terima laporan  Prestasi Carian Blog (performance on Google Search) tapi tak tergerak pula nak buat posting.  Sebabnya rasa tak berapa penting nak post prestasi yang tak berapa cantik.  Hanya sekarang baru terfikir kalau kita tak post macam mana kita nak ingat prestasi blog ... so ini laporan prestasi yang pertama bagi blog Zarida Ishak.




Prestasi Carian Ogos (August performance on Google Search).  Dapatan carian sepanjang bulan Ogos pastinya tidak berapa memuaskan kerana tiada posting baru yang diwujudkan di blog ini.  Langsung tiada penulisan di blog walapun telah beberapa kali mencuba.  Disebabkan tiadanya entri terbaru menyebabkan blog ini tidak berapa nak muncul dalam enjin carian google.  Baik... kita perkemaskan entri dan posting pada bulan berikutnya.



Content Achievement (Pencapaian kandungan).    Nampaknya maksud badan ikhtisas masih mendapat perhatian, begitu juga dengan posting berkaitan jus delima Gulsan dan zikir pada hari Sabtu.  Maksud badan ikhtisas telahpun diketahui. Begitu pun, jus delima Gulsan telah lama tidak diamalkan kerana pernah terputus bekalan tidak berapa lama dulu lalu digantikan dengan supplement lain.  Zikir hari Sabtu In Shaa Allah sentiasa diamalkan pada setiap hari Sabtu.



Top performing pages (Halaman berprestasi tinggi).   Agak menarik, solat sunat istikharah mendapat klik yang tertinggi.  Bertepatan dengan kehidupan harian, dalam mencari keputusan yang terbaik adalah melalui istikharah.  Koleksi ucapan hari Jumaat mendapat klik kedua tertinggi mungkin disebabkan banyak gambar dan jalan ceritanya yang tersendiri.  Pun begitu posting zikir hari Sabtu tidaklah mempunyai jalan cerita yang panjang namun masih menyumbang kepada prestasi halaman yang ke3 terbaik.


Petikan prestasi seterusnya dilihat banyak berkaitan rapat antara satu sama lain.



 


Demikian serba sedikit catatan berhubungn prestasi blog Zarida Ishak pada bulan Ogos 2021.  Akak masih lagi mencari jalan untuk meningkatkan rank dan prestasi blog ini.  Perlu banyak ilmu dan pengisian entri yang bermanfaat dan bernilai.

Terima kasih.








10 September 2021

Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

 
Setiap kali tibanya hari Jumaat kita akan sentiasa diingatkan untuk melakukan beberapa perkara Sunat terutama membaca surah al-Kahfi.  Rupanya ada banyak sebab dan manfaatnya kepada kita.  Jadi tidak salah untuk kita jadikan amalan.  Semoga mendapat pahala dan keberkatan di dunia dan di akhirat.

Berikut adalah antara sebab kenapa kita sentiasa diingatkan untuk membaca surah al-Kahfi.




Berikut adalah antara petikan dan perkongsian dari Telegram Nasihat Kehidupan.

  1. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa :  Nabi ﷺ bersabda:  “Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal” (HR. Muslim no. 809).
  2. Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi” (HR. Muslim no. 2937)
  3. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR. Ahmad 6: 446).

Dan di antara waktu yang baik untuk membaca surah Al Kahfi adalah pada hari Jumaat. 
 
  1. Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:  “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah” (HR. Ad Darimi 2: 546).
  2. Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ  bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat” (HR. Al Baihaqi)

Sekian adanya.  Semoga bermanfaat.  Terima kasih.

07 September 2021

Mutiara kata hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mutiara kata hari ini



Satu-satunya perkara yang akan membuat kita tetap  senyum walaupun kita sedang bersedih adalah dengan mengetahui Allah sentiasa sayang kita.




Sepi bukan bererti hilang, diam bukan bererti lupa, jauh bukan bererti putus, kerana ada ikatan yang tak mungkin terputus iaitu persahabatan.


Setiap saat berharga setiap saat dikira.
Semoga bermanfaat.  




03 September 2021

Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inilah Keutamaan Bersedekah Pada Hari Jumaat



Ibnu Qayyim mengatakan, "Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan sedekah [ada enam hari lainnya laksana sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya". 

Hadis dari Ka'ab menjelaskan:  "Dan sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya (Mauquf Shahih)



Keutamaan Sedekah
Keutamaam sedekah pada hari Jumaat



Jom kita lipat gandakan sedekah pada hari Jumaat.

Semoga bermanfaat.



02 September 2021

10 Pesanan Elak Alpa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Pesanan Elak Alpa


Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita lakukan.  Sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk orang sekeliling.  Namun ada ketika kita alpa dan lupa dalam melaksanakan tanggungjawab kita yang hakiki.


(gambar hiasan)


Berikut ada 10 pesanan buat diri yang alpa dari Imam Hassan Al-Banna:


1-  Sekiranya terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2-  Perbanyakkan tilawah al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3-  Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul (fushah) kerana Bahasa Arab yang betul adalah lambang (syiar) Islam.

4-  Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5-  Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6-  Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7-  Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8-  Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9-  Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan (At Ta'aruf) dan berkasih-sayang (Al Hubb).

10-  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga pesanan ini membawa manfaat buat kita semua.  Tidak dapat buat satu jangan tinggal semua.


SEMOGA BERMANFAAT 🥰

01 September 2021

Selamat Datang September

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Datang September


Telah berlalu 31 hari yang lepas adalah bulan Ogos.  Kini tiba pula giliran September, bulan ke sembilan dalam tahun masehi.  Sudah hampir ke penghujung tahun rupanya.  berbaki lagi 3 bulan bagi mengakhiri tahun 2021, Oktober, November dan Disember.  Banyak perkara yang berlaku sepanjang 31 hari lepas.  Debaran demi debaran sehingga terjawab segala persoalan.  Tidak semua yang berlaku itu pernah kita alami pada hari-hari yang terdahulu pada bulan yang terdahulu.

Semoga kehadiran September kali ini membawa khabar gembira, menghilangkan segala duka.  Setiap kebahagiaan yang kita impikan In shaa Allah bakal menjadi kenyataan.  Telah banyak sudah berita duka menyelami hayat kita.

Semoga kehidupan kita sepanjang September ini sentiasa dikelilingi kebahagian, dimudahkan segala urusan yang baik dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan.



Hari baru, bulan baru, semangat baru.
Semangat baru yang lebih baik dari yang dahulu.
Semangat yang lebih kuat, lebih cekal dan lebih gagah serta gigih.

Terima kasih Ogos, Selamat Datang September.



26 Julai 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Road To 3M Mamapp


Hari pertama minggu baru, hari Isnin.  Hari yang dahulunya popular dengan monday blues tetapi kini tidak lagi, kerana ramai yang bekerja dari rumah dan pastinya tidak berebut bersiap ke tempat kerja.  Yang pasti tetap juga perlu bersiap untuk sesi pdpr anak-anak.  Kerja dari rumah juga tidak kurang persiapannya, bezanya tidak di pejabat.

Okaylah panjang pula cerita,  Akak nak kongsi entri ini dengan korang.  Kali ini akak join Giveaway Road To 3M Mamapp.  Rakan blogger yang telah lama rasanya akak kenal.  Hanya baru jumpa semula melalui blog rakan blogger Oyen.


Giveaway Road to 3M Mamapp
Giveaway Road to 3M Mamapp


Giveaway berlangsung mulai 6 Julai 2021 dan dijangka tamat pada 6 Ogos 2021. 
Dah tak berapa hari lagi nak tamat nie.



Giveaway Road to 3M Mamapp

Antara hadiah yang bakal diterima.



Terima kasih semua.  Jom join Giveaway Road To 3M Mamapp

💖

22 Julai 2021

Segmen Wanna Be My GFF by AO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Wanna Be My GFF by AO


Setelah sekian lamanya menunggu masa untuk berbloging semula... tibalah saat dan masanya untuk akak buat entri segmen.  Siapa sangka dah la dok kering idea tiba-tiba dapat idea pula.  Bukan sebarangan idea nie,  Idea join Segmen Wanna Be My GFF by AO.

Segmen anjuran Alien Oren sempena kemunculan Kepada Sesiapa.  Nak tahu apa maksud Kepada Sesiapa tu... klik banner di bawah.


Segmen Wanna Be My GFF by AO

Kelebihan menyertai segmen ni;


Kelebihan yang ke-4 paling menarik.  Korang kena join baru tau apa perasaannya 
  1. 3 Peserta terawal akan mendapat hadiah HEADER BLOG
  2. Setiap peserta akan menjadi Featured Blogger di Podcast Kepada Sesiapa
  3. Untuk peserta yang berada di sekitar Shah Alam, AO akan bagi hadiah special untuk korang. (terhad kepada 2 peserta sahaja, jika lebih pemilihan akan dibuat secara undian di Random Name Winner)
  4. Korang akan dipilih untuk ditemu bual bersama AO bagi sesi perkongsian di dalam podcast Kepada Sesiapa.

Segmen ni akan berlangsung selama TIGA MINGGU bermula 21 Julai sehingga 11 Ogos 2021.
Tempohnya masih panjang, adabaiknya korang join sekarang sebelum terlupa atau sebelum tempohnya tamat.


Terima kasih.  Jom join Segmen Wanna Be My GFF by AO.

Nak tulis apa hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nak tulis apa hari ini


Sekali lagi dan sudah pun berkali-kali kehilangan idea, hilang semangat dan hilang keyboard (untuk menaip).  Kali terakhir menulis di sini sepurnama yang lalu.  Ketika itu pun idea sudah tidak berapa berfungsi dengan baik... asyik saja salin dan tampal idea tulisan orang lain masuk ke blog ini.  




Semangat hari ini


Hari ini semangat menulis itu kembali semula.   Biarpun idea nak mengarang tidak berapa nak ada tetapi semangat tetap ada.  Digagahkan juga mencari bahan dan idea nak tulis apa hari ini.  Lalu terhasillah posting hari ini.

Masih lagi mengumpul semangat untuk terus menulis.  Kehilangan idea memang terasa terok sangat.  Terfikir juga tak kan langsung tak tau nak tulis apa.

Hakikatnya itulah yang terjadi... bila tiba masanya langsung hilang kata-kata.  Seumpama kelu lidah nak bersuara walaupun sejak dari terkumpul segala rasa yang hendaklah diluahkan.

Perlu banyak lagi membaca bahan ilmiah, melawat blog rakan-rakan yang aktif berblogging.

Semoga dapat mengembalikan semangat untuk terus menulis,

Terima kasih kepada semua yang masih lagi sudi singgah dan meninggalkan jejak di blog ini.

22 Mei 2021

Kita rasa kita ini susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kita rasa kita ini susah






Bila kita rasa kita ini susah, diuji dengan ujian yang berat, 

Sentiasalah beringat ada orang yg lebih
susah dan tidak bernasib baik drpd kita.

@nasihat_buathati

Terima kasih.  Kita rasa kita ini susah

20 Mei 2021

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip


Sesi sokongan kepada rakan blogger.

Kali ni kita bagi sokongan kepada rakan blogger Siti, yang berhajat sangat buat giveaway istimewa.

Apa yang istimewa?

Jom tengok yang istimewanya dengan giveaway ini.


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip
NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip


Klik banner di atas untuk sama-sama bagi sokongan.  

Kita pilih kategori 2.
korang pilih kategori mana?

Jangan lupa klik banner di atas dan ikut arahan yang diberikan... mudah jer




Cara Betul Membandingkan Diri Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cara Betul Membandingkan Diri Kita


Hidup kita memang tidak lari dari segala proses; proses belajar, mengenali diri, menguatkan semangat dan segala-gala yang berkaitan dengannya.  Bila kata proses, kita rasanya selalu membandingkan diri kita dengan orang lain... kenapa dia boleh aku tak boleh, kenapa dia tak buat aku yang kena buat, kenapa dan kenapa dan kenapa...





Membandingkan dengan orang lain


Pakar-pakar psikologi tidak menggalakkan kita membandingkan diri sendiri dengan orang-orang lain, terutama dengan orang-orang yang berada di atas.

1. Jangan bandingkan siapa diri kita dengan orang-orang lain yang kita tengok lebih baik nasibnya. 

2. Jangan bandingkan benda-benda yang kita miliki dengan milik orang lain. 

3. Jangan bandingkan hasil daya usaha kita dengan hasil daya usaha orang lain. 



Kesan membandingkan diri dengan dengan orang lain


Apabila kita membanding-bandingkan diri kita dengan orang-orang lain, kesannya boleh negatif ke atas diri sendiri:

1. Kita boleh rasa kecewa pada kemampuan diri sendiri.

2. Kita boleh rasa kecewa pada orang-orang yang rapat dalam hidup kita, seperti kawan-kawan, ibu bapa, adik-beradik, kaum keluarga, pasangan, dan anak-anak.

3. Kita boleh rasa rendah diri, malu dengan keadaan sendiri, self-esteem jatuh, rasa percaya diri jatuh.

4. Kita boleh lemah semangat, hilang harapan, ghairah hidup padam.

5. Kita boleh murung.


Cara betul bandingkan diri


Cara yang betul adalah kita bandingkan diri kita yang dahulu dengan diri kita yang sekarang.

Lakukan begini:

1. Bandingkan dulu kita di mana, sekarang kita di mana.

Contohnya; Dahulu kita menjahit dengan 1 mesin jahit sahaja. Sekarang kita sudah dapat membeli 3 jenis mesin jahit. Hasil jahitan kita lebih profesional.

2. Bandingkan dulu apa kejayaan kita, sekarang apa kejayaan kita.

Contohnya, dahulu kita cuma lulus SPM, tidak layak pun masuk tingkatan 6, sekarang kita sudah mempunyai diploma perakaunan.

3. Bandingkan dulu apa halangan yang berjaya dilalui, sekarang apa halangan yang kita sudah berjaya dilalui.

Contohnya, dulu permohonan pinjaman membeli kereta pun pun tak lulus, sekarang kita sudah dapat membeli kereta dan van untuk bisnes. 


Penutup


Apabila kita bandingkan diri kita dahulu dengan diri kita sekarang, baru kita nampak sebenarnya kita sudah maju, sudah berjaya. 

Baru semangat kita makin menyala-nyala hendak terus maju.


#salinsemula




19 Mei 2021

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Happy Birthday Giveaway by Abam Kie



Happy birthday Abe Kie. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Wah sama pula bulan kelahiran kita yer.  Sama-sama lahir bulan Mei, beza tahun dan tarikh ajer kan?  Birthday Abe Kie ke berapa nie?  Korang nak tahu kenalah baca entri ni sampai habis.  Jangan risau entri ni pun tak panjang mana... seciput jer dah sampai ke ending.  

Jom tengok banner Happy Birthday Giveaway by Abam Kie



Klik banner di atas untuk join giveaway Abe Kie.  Nanti korang tahulah berapa umur Abe Kie.  Sebenarnya kita nak bagi tahu juga nie... kebetulan sama pula umur kita dengan Abe Kie. hehehe

Okey.  Jom sama-sama raikan birthday Abe Kie.  Mana tahu ada rezeki boleh dapat hadiah topup.




Wordless Wednesday | Tremella sejenis kulat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


 

Wordless Wednesday | Tremella sejenis kulat



Tremella sejenis kulat

Tremella merupakan sejenis kulit berbentuk kelopak ataupun sikat yang berwarna putih. Dan selepas dikeringkan, ia akan bertukar warna kuning.


Terima kasih.  Wordless Wednesday | Tremella sejenis kulat


13 Mei 2021

Hari Raya Aidil Fitri | Sambutan sederhana cara kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Raya Aidil Fitri |  Sambutan sederhana cara kita


Tahun 2021, kali kedua sambutan Hari Raya terasa hambar walaupun sederhana untuk meraikan kemenangan dan kerana anak-anak.  Kita yang sudah dewasa sudah lama terasanya hambar hari raya ini semenjak pemergian kedua ayah dan bonda beberapa tahun lepas.


    
Selamat Idul Fitri 1442


Hakikat Hari Raya


Sebahagian salafusolleh menyebutkan;

Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah

Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan.

Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi ke mana sahaja tempat yang dia suka
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata;
Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Eid Mubarak… Selamat Hari Raya

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.

Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian

Sekian adanya.  Hari Raya Aidil Fitri |  Sambutan sederhana cara kita

12 Mei 2021

Wordless Wednesday | Hari Terakhir Ramadan 1442

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday |  Hari Terakhir Ramadan 1442





Ya Allah
Berkahilah kami di bulan Ramadan ini,
Ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibubapa kami,
dan umat Muslim semuanya,
dan pertemukanlah kami
pada Ramadan yang akan datang.

Aamiin ya Rabb




10 Mei 2021

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021



Meraikan sahabat blogger yang bakal menyambut birthday dan pertama kali juga menganjurkan Giveaway, SuriaAmanda.


1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021
1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

Menarik giveway SA, ada bloglist, cabutan bertuah hadiah MISTERI.

Bersempena dengan birthday SA juga, akak terlebih dahulu nak ucapkan Selamat Panjang umur dalam keberkatan, dikurniakan kebahagian dan kesejahteraan bersama keluarga tersayang dan selamat maju jaya dalam kerjaya.

Jom, rakan blogger sekelian klik banner di atas untuk terus ke link giveaway.  Kita support June's Birthday Girl.




08 Mei 2021

Malam 27 likur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Malam 27 likur



Malam ini malam 27 Ramadhan! Ya malam ini! Ramadhan kian menghampiri penghujungnya.  

Hanya tinggal beberapa malam untuk kita manfaatkan sepenuhnya.  Dalam kalangan ulama terdapat yang cenderung menetapkan malam ini iaitu malam ke 27 merupakan malam al-Qadr yang disebut dalam al-quran yang lebih baik daripada 1000 bulan.


Malam 27 likur


Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Umar RA yang bermaksud:

“Sesiapa yang mencari malam al-Qadar, hendaklah dia mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam al-Qadar pada malam yang ke-27.”

Mengikut Abu Ka’ab katanya:

“Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul qadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatul qadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”.

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud:

“Bahawa Nabi ﷺ telah bersabda bahawa Lailatul qadar berlaku pada malam ke-27.”

Di samping itu, ramai juga yang berpendapat ia berubah dari tahun ke tahun pada malam-malam ganjil sepuluh Ramadan terakhir.

Apapun, malam 27 ini dianggap istimewa disebabkan riwayat-riwayat yang berkaitan.

Maka, pada hari ini marilah kita simpan tenaga dan berazam bersungguh-sungguh untuk beribadah pada malam nanti.

Beriktikaf, bersolat, berdoa, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir.

Janganlah kita sia-sia peluang besar yang Allah beri ini.

Jangan kita bazirkan masa kita dengan melakukan urusan yang menjadikan kita tidak berpeluang beribadah pada malam nanti.

Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah jua.

Biarlah kita korbankan sedikit waktu tidur, demi menggapai ganjaran & keampunanNya.

Ramadhan kali ini rezeki untuk kita. Yang akan datang belum tentu jumpa.

Jangan lupa banyakkan doa:

"Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni."

(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku)

Jom qiyam malam ni.

sumber:  quotephotovideo



Terima kasih.  Malam 27 likur

07 Mei 2021

Doa akhir Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Ramadan



Doa Akhir Ramadan


Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.  Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.  Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. 

Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni X3

*Aamiinn3x ya rabbal'aalamiin!!!..🤲‼️👍*




Terima kasih.  Doa akhir Ramadan

05 Mei 2021

Wordless Wednesday | Beautiful Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday | Beautiful Ramadan




Beautiful Ramadan


23 Ramadan 1442


Thanks.  Wordless Wednesday | Beautiful Ramadan




04 Mei 2021

Ada isi tapi kosong?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada isi tapi kosong?


Ya, itulah yang dimaksudkan dengan blog ini.  Ada isi tapi kosong, jika ada isi pun terasa seperti kosong.  Mendapatkan idea pada masa yang sesuai bergantung kepada semangat juang yang tinggi.  Masa tiada blog nak buat blog.. berkobar-kobar.  Bila dah ada blog... pengisiannya kosong.  Betul?




Kadang-kadang terasa seperti entri syok sendiri.  Masih mencari arah dan keserasian walaupun sudah hampir 15 tahun berbloging.    Ada ketika blog ini hampir satu tahun kosong tanpa sebarang pengisian.  Semuanya kerana mood dah kedaung dek kerana silap percaturan dalam memilih template.

Dahulu blog ini pernah mencapai PR 2.  Tidak mudah sebenarnya nak dapatkan PR2, perlu banyak menulis dan menghasilkan penulisan yang baik selain dari rajin meninggalkan jejak dan komen pada blog organik.... masih juga keliru.

Namun setelah lama tidak kemaskini posting dan kemungkinan juga kerana pertukaran nama blog, makanya dari PR2 kini telah menjadi KOSONG.  Setelah itu jiwa menulis terus sentap.... ceshhh malu sendiri.

Masih mencari arah dan semangat yang hilang... sedikit demi sedikit.

Terima kasih.

03 Mei 2021

Bila keinginan terlalu banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bila keinginan terlalu banyak


Keinginan kita terlalu banyak.  Ada yang sekadar terlintas di fikiran tidak terucap bila difikirkan semula kesannya dan kesanggupan kita berhadapan dengan keinginan yang macam-macam.,,, dan ada juga yang terucap kerana kita yakin kita mampu capai. Namun tak semua yang kita inginkan mampu kita capai tanpa izinNya.




Allah memerintahkan para hamba-Nya untuk bertaubat, kerana taubat wajib dilakukan setiap saat. 

Allah ta’ala berfirman,

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١

“Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An Nuur ayat 31).

Jangan pula taubat tersebut hanya dilakukan di bulan Ramadhan sementara di luar Ramadhan kemaksiatan kembali digalakkan.

Ingat! Ramadhan merupakan momentum ketaatan sekaligus madrasah untuk membiasakan diri beramal soleh sehingga jiwa terdidik untuk melaksanakan ketaatan-ketaatan di sebelas bulan lainnya.

Petikan:  quotephotovideo




02 Mei 2021

10 Malam akhir RAMADHAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Malam akhir RAMADHAN


Hari ini telah masuk hari ke 20 kita berpuasa Ramadan, makanya 10 malam terakhir sudah bermula.  Kita disarankan untuk banyakkan doa dan hajat kita yang baik-baik.  Minta dengan bersungguh-sungguh pada Allah.

Bangun menangis dekat Allah pada satu pertiga malam, lebih baik sebelum bersahur.  Kita sentiasa diingatkan bahawa Allah akan makbulkan doa hambanya pada malam Lailatul Qadar.  Semoga kita berjumpa malam Lailatul Qadar pada tahun ini dan pada tahun-tahun akan datang.

Jaga hati, jaga iman, jaga akhlak kita.  Peluang datang hanya sekali.  Tahun depan ada umur ke tidak.

Jadi jom kita sama sama hidupkan malam dengan ibadat.  Semoga kita semua dijodohkan dengan malam ini.

Ya Allah bangkitkan kami pada malam Lailatul Qadar. 


10 Malam akhir RAMADHAN


Jom kita perbanyakan doa ini


اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

1. Allahumma
2. Innaka
3. 'Afuwwun
4. Tuhibbul
5. 'Afwa
6. Fa'fu 'Anni

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

Ditakdirkan kita berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, inilah antara doa yang tidak harus ditinggalkan.


Terima kasih.  10 Malam akhir RAMADHAN



01 Mei 2021

Perkara yang disukai pada bulan Mei

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang disukai pada bulan Mei



Mei, bulan ke-5 pada setiap tahun masehi.  Selamat datang Mei 2021.  Sungguh rasa tak percaya seperti baru saja melangkah masuk ke tahun 2021... dah tiba bulan Mei.  Semoga kehadiran bulan Mei pada tahun ini membawa rahmat dan kesejahteraan buat semua.  Banyak sebenarnya yang menarik pada bulan Mei ini bukan sahaja kerana ianya adalah bulan rasmi kelahiran saya 😍


Mei 2021



Pandangan metafizik mengenai kelahiran bulan Mei


Orang yang lahir pada bulan Mei dipercayai mempunyai sifat keras hati dan degil selain dari itu kuat semangat dan bermotivasi tinggi.

Mempunyai pemikiran tajam, mudah marah jika tidak dikawal namun pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian.  Insan mei juga mempunyai perasaan yang sangat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal serta tidak perlu dimotivasikan.

Kelahiran bulan Mei juga mempunyai pendirian yang tetap tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain selain dari mudah dipujuk dan bersikap sistematik (menggunakan otak kiri).

Suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain adalah kelebihan pada insan yang lahir pada bulan Mei.

Sayangnya mereka mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan serta daya khayalannya tinggi

Kehebatannya juga adalah mempunyai pemikiran yang tajam, pandai berdebat. bentuk fizikal yang baik, suka sastera, seni, muzik dan melancong serta tidak berapa suka duduk dirumah dan tidak boleh duduk diam.

Mungkin juga tidak punya ramai anak, namun rajin dan bersemangat tinggi.

Tidak keterlaluan juga, mereka ini agak boros.

#nota:  Catatan di atas hanya sebagai sandaran dan tidak seharusnya dipercayai 100%.  Mana-mana kekurangan yang kebetulan ada boleh juga dijadikan sebagai sempadan untuk berhadapan dengan situasi sebenar.


Hari Pekerja


Mei juga dimulai dengan sambutan Hari Pekerja.  Tahun ini, 1 Mei jatuh pada hari Sabtu....makanya kita bercuti seperti biasa dan tiada cuti gantian pada hari Isnin.

Hari Pekerja 2021


Kerja dengan amanah kerana kita hendak Allah tengok ikhlas dan jujurnya kita dalam mencari rezeki,  bukan sebab kita mahukan penghargaan dari majikan semata.  Kita buat kerana Allah, kita akan lebih rasa tenang dan seronok dalam suasana bekerja, berbanding kita buat kerana manusia hidup kita akan terus tertekan sepanjang hayat sebab penat dan lelahnya dalam mencari rezeki.

Rezeki bukan untuk di cari tetapi rezeki perlu di jemput.


Peristiwa lain pada bulan Mei akan dikongsikan bila tiba masanya.  








28 April 2021

Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka


Satu perkara yang menarik bila tiada idea nak menulis adalah kemunculan giveaway.  Cukup mudah nak buat entri.  Namun bila berlawan dengan masa dan malas, tengok pada nasib juga lah... jadi ke tidak entri giveaway tu.  

Entri Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka dah lama jumpa.  Masa jumpa tu, memang tak sempat nak copy buat entri,... bila dibiarkan terus terlupa dan hari ni jumpa semula melalui entri rakan blogger.  Dah nak jadi rezeki setakat ini untuk buat entri.  Rezeki dapat buku belum tentu lagi nie.  Apa pun doakan akak berjaya perolehinya.  Terima kasih didahulukan.


Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka
Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka


Giveaway ini anjuran rakan blogger Fairusmamat 'blogger suam-suam kuku' katanya, bersempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April 2021 yang lepas. 


Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka
Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

Ada sejarah tersendiri rupanya buku ni.  Hebat!.

Jom korang boleh join lagi giveaway ini yang dijangka tamat pada 29 April 2021.


Terima kasih seadanya,  Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka