Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amalan. Papar semua catatan

24 Jun 2024

Amalan Zikir Setiap Hari Isnin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




ZIKIR HARI ISNIN

لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA HIL A’LI YIL A’ZIM

(Tiada Daya Dan kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah 
Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.)

~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud
dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.


Semoga bermanfaat.  Terima kasih.

13 Jun 2024

7 amalan simple tapi berpahala tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalau belum ada idea nak buat amal soleh, saya kongsikan 7 amalan simple tapi berpahala tinggi. Cuba amalkan. 



Kalau tak mampu buat 3, dapat 1 pun ok sangat dah. Ini senarainya :

  1. Pulun MENGAJI. Cuba baca 1 juz sehari. Nak lebih baik, baca 3 juz sehari. Cukup 10 hari, dapat khatam 1 Quran. Berjuta pahalanya tu.
  2. Pulun PUASA. Cuba puasa selang sehari, ikut gaya Nabi Daud. Jangan lupa 9 zulhijjah ‘wajib’ puasa sebab ia menghapuskan dosa kita 2 TAHUN.
  3. Pulun ISTIGHFAR, sekurangnya 1,000 kali sehari. Ulama kata, istighfar ni kunci pembuka ‘for everything’ : rahmat, rezeki, berkat dll.
  4. Pulun SOLAT SUNAT. Yang terbaik cuba tahajjud sepanjang 10 hari. Tapi kalau tak mampu, cuba istiqomahkan solat dhuha ke, solat taubat ke dll.
  5. Pulun SELAWAT. Cuba target 100x sehari. Baca ‘sollallahu ala muhammad, sollallahu alaihi wasallam’ pun ok dah kalau tak mampu baca selawat versi panjang.
  6. Pulun BERZIKIR. Bacalah zikir yg anda biasa lazimi spt ‘subhanallahi wabihamdihi subhanallahil azim’. Cuma, gandakan jumlahnya. Kalau hari biasa buat 100x, kali ni cuba 300x.
  7. Pulun BERSEDEKAH. Siapa mampu sedekah banyak, silakan. Tapi bagi yang bajetnya terhad, cukup RM 30 sehari pun ok. Tapi kita infaq setiap hari sepanjang 10 hari ni.

Inilah antara amalan mudah tapi berkah. InsyaAllah jika kita istiqomahkan, ada ’NUR’, cahaya yang Tuhan masukkan dalam hati. Cahaya berupa, rasa nikmat berbuat taat. Mahal sungguh nikmat ni. Siapa dapat, beruntung dunia akhirat.

Ust Asraff Ayob



07 Jun 2024

Amalan Rutin 10 Hari Pertama Pada Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Amalan Rutin 10 Hari Pertama Pada Bulan Zulhijjah


Bulan Zulhijjah semakin mendekat, beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah, bulan ke-12 dalam kalendar Hijrah.  Beberapa amalan tertentu perlu dilazimi dan dijadikan sebagai amalan rutin untuk menambah timbangan amal kebaikan serta mendatangkan ketenangan.  Bukanlah amalah wajib tetapi amalan sunat.  Namun bagi sesetengah orang amalan ini seakan amalan wajib.  Terpulang kepada kita untuk menambah pahala sebagai bekal di sana kelak.




Petikan hadis:


عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Perbanyakkan amal soleh setiap waktu di samping hari tertentu antaranya "Hari-hari yang sepuluh" iaitu 10 hari pertama bulan Zulhijjah (1 hb  Zulhijjah hingga 10hb Zulhijjah).  Firman Allah dalam surah al-Fajr 1-3 juga menyatakan;

وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْر
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”.

Imam At-Tobari menafsirkan “Wa layaalin ‘asr” (malam yang sepuluh) sebagai malam-malam sepuluh hari awal Zulhijjah berdasarkan kesepakatan hujah dari ahli tafsir. (rujuk Jami’ Al Bayan fi Ta’wil Al Quran:7/514)

Allah telah bersumpah dengannya (malam yang sepuluh). Bersumpahnya Allah dengan sesuatu menjadi dalil tentang besarnya manfaat (sepuluh hari tersebut).

 

2.  Ibnu Abbas, Ibnu Al Zubair, Mujahid, dan beberapa ulama salaf dan khalaf berkata bahawa ia adalah sepuluh hari pertama Zulhijjah. Ibnu Kathir membenarkan pendapat ini. (rujuk tafsir Ibnu Kathir: 8/413)


3.  Allah suka kepada hambaNya yang memperbanyak amalan soleh pada sepuluh hari awal bulan Zulhijjah (1hb hingga 10hb Zulhijjah).

4.  Bulan Zulhijjah ini di dalamnya ada kelebihan tertentu untuk diraih bermula dari 1hb Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah dengan pelbagai amal soleh termasuk puasa sunat setiap hari (1 - 9), puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa sunat hari Arafah, perbanyakkan zikir – tahlil, takbir dan tahmid, tilawah al-Quran, doa, bersedekah, menunaikan ibadah haji juga melakukan ibadah korban, berdakwah serta pelbagai amal soleh yang lain.

5.  Rebutlah peluang melakukan pelbagai amalan sunat menjelang Awal Zulhijjah. Kita mulakan dengan amalan puasa sunat Isnin atau Khamis atau paling tidak 9hb (puasa sunat hari Arafah) di samping perbanyakkan zikir dengan kalimah tahlil, tahmid dan takbir.


7 Jun 2024  |  29 Zulkaedah 1445  |  Jumaat

💝

05 Julai 2020

5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki


Tanpa disedari amalan kita turut mempengaruhi kelancaran rezeki.   Terutamanya berkaitan dengan akhlak kita. Agak sukar untuk kita perhatikan dengan mata kasar kerana amalan yang kita lakukan itu dengan sendiri mempengaruhi rezeki tanpa kita sedar.  Apa yang kita beri itu yang kita dapat. 


5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI
5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI


Berikut adalah perkongsian menarik yang dipetik dari facebook Projek Bahtera.


5 kebiasaan sederhana.Namun jika dilakukan secara konsisten. Ini akan melancarkan rezeki sehari-hari.

1.  Berikanlah makan kepada makhluk Allah. Entah itu manusia atau binatang. Entah banyak atau sedikit.

Seperti jamu makan tengahari selepas solat Jumaat seperti yang dipraktikkan secara rutin LibatSama & LibatRasa dengan Projek Bahtera.

2.  Jika kalian suami, buat isteri tersenyum meski sekali di hari itu. Jika engkau isteri, minta redha suamimu di pagi hari dan sebelum tidur setiap hari secara konsisten.


3.  Ringankan 1 urusan orang lain.  Meski itu hanya sekadar, mengambilkan barang orang lain yang terjatuh.


4.  Solatlah di awal waktu. Dan lengkapi dengan sunat sebelum/sesudahnya.

5.  Jangan bermuka masam tatkala di hadapan orang lain.


Jom kita suburkan harta dengan sedekah. Dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.

Surah 2 ayat 261, Allah JAMIN ROI (Return Of Investment) atau keuntungan sebanyak 700 kali ganda (70,000%)

Tiada lembaga kewangan di dunia ini yang mampu memberi jaminan keuntungan atau ROI hingga 70,000%, kecuali Lembaga Kewangan Yang Maha Kaya. Ini namanya ILMU PELABURAN LANGIT.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jom belajar lebih mendalam lagi tentang Rahsia Magnet Rezeki dalam kehidupan ke Channel Telegram ini!  https://t.me/RahsiaAmalan100Hari

#shareuntukbaikihati


Terima kasih kerana membaca 5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki.


29 Jun 2020

Tips elak dari menjadi manusia yang dibenci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tips elak dari menjadi manusia yang dibenci


Dalam kehidupan seharian ada ketika kita akan lalui fasa di mana terasa diri dibenci, lalu kita mencari punca tetapi tidak juga dijumpai.  Kerana pengetahuan kita terhad dan kita juga sebenarnya tidak tahu apa yang dibenci.  Namun cara yang terbaik untuk menilai semula mengenai diri kita yang sering ras dibenci adalah dengan cara muhasabah diri dan ikhlaskan diri.





Manusia Yang Dibenci Allah


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah RA, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda:

"Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)"

(HR Bukhari No: 6651) | Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2.  Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Daripada Abdullah RA,  Nabi SAW bersabda:

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

(HR Muslim No: 133) | Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah. Bukalah minda kita untuk menerima teguran dan nasihat. Allah memberikan kepada kita akal untuk berfikir. Jika ada pandangan dan fakta yang lebih baik maka terimalah dengan berlapang dada. Jangan sekali-kali berkeras dan sombong dengan apa yang kita milik.

Ya Allah lembutkanlah hati kami untuk menerima yang hak dan kebenaran. Jauhilah kami dari sifat keras kepala dan suka bermusuh.

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 



Semoga bermanfaat.
💞

26 Jun 2020

Kelebihan memperbanyak mengucapkan zikir Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kelebihan memperbanyak mengucapkan zikir Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah



لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)




Manfaat dan kelebihan memperbanyak mengucapkan zikir Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billaah :

1️⃣ Sebagai simpanan kekayaan yg berlimpah di syurga .

2️⃣ Penawar bagi segala penyakit dan penderitaan seperti rasa bimbang .

3️⃣ Pencegah bahaya, dan bahaya yg paling rendah adalah bahaya kemiskinan .



Salam Jumaat 💚

24 Jun 2020

Jom submit doa | Selamat kembali ke sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jom submit doa | Selamat kembali ke sekolah 


SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH, 24 JUN 2020 & SEBAGAI AMALAN SEHARIAN, INSYAALLAH



1. Doa Keluar Rumah:

بِسْم اللَّهِ توكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلا حوْلَ وَلا قُوةَ إلاَّ بِاللَّهِ
"Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah jua.""


2. Doa Dipermudahkan Urusan:

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan."


3. Doa Perlindungan (Dibaca pagi & petang):

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang diciptakan"

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”


4. Doa Keselamatan & Kesejahteraan:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
"Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat."

5. Doa Perlindungan Dari Wabak:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
"Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk."

....

Sumber:  Group Whatsapp.  Terima kasi kepada empunya posting.


.

09 Jun 2020

Kalimah yang dicintai menjadi amalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kalimah yang dicintai menjadi amalan


Kalimah ini ringan pada ucapan kita tetapi berta pada timbangan amalan.  Namun sering kali kita alpa.  Semoga kalimah ini sentiasa menjadi amalan seharian semoga mendapat rahmat Allah.


Dua kalimah


Rasulullah saw bersabda :


"Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallahi Wabihamdihi 100× sehari, maka diampuni segala dosanya walau sebanyak buih di lautan." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]


Nabi bersabda lagi,

كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ "

Maksudnya : Dua kalimat yang dicintai oleh Ar-Rahman. Ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan), iaitu SUBHANALLAHI WA BIHAMDIH, SUBHANALLAHIL ‘AZHIM (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).” [HR. Bukhari dan Muslim]

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


Alhamdulillah.

💖

25 Ogos 2017

Hari ke-3 ZULHIJJAH | Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ke-3 ZULHIJJAH

Hari ini hari JUMAAT, merupakan hari ke-3 dalam bulan Zullhijjah dan berada di 10 hari awal ZULHIJJAH.

JOM perbanyakkan amalan soleh di hari Jumaat

Hari Jumaat


Amalan utama di hari Jumaat


1.  Banyakkan shalawat.  ۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

2.  Perbanyak do'a dan dzikir

3.  Membaca surah al-kahfi


Semoga Allah swt memudahkan kita semua dalam beramal...Aamiin

sumber:  @quotephotovideo


Terima kasih atas kunjungan anda ke entri ini Hari ke-3 ZULHIJJAH |  Jumaat 

szi💚

21 Julai 2017

JUMAAT terakhir dibulan Syawal 1438H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H.  Hari ke-27 Syawal. 


Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Selamat menempuh hari yang baru dalam kehidupan kita didunia ini. Teruslah berlumba-lumba untuk membuat kebaikan dan amal-amal soleh. Semoga Allah swt memudahkan kita semua...


JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H

JUMAAT  terakhir dibulan Syawal 1438H


CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT


🌸 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;
      اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
      وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم

🌸 Membaca Surah Al-Kahfi

🌸 Mandi sunat hari Jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat Jumaat

🌸 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari Jumaat

🌸 Memperbanyakkan membaca Al-Quran

🌸 Memperbanyakkan amalan bersedekah khususnya sebelum solat

🌸 Memperbanyakkan amalan sunat

🌸 Memotong kuku kaki dan tangan

🌸 Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar

🌸 Memakai pakaian sunnah, iaitu berpakaian putih

🌸 Memakai wangi-wangian

🌸 Hadir awal ke masjid


Sesungguhnya hari JUMAAT adalah Penghulu Segala Hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat.

Ya Allah ampuni dosa-dosa kami...


 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

Inspirasi dari @quotephotovideo 💖💖💖

szi.😊

15 Ogos 2016

Amalan paling agung

Amalan paling agung


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


amalan sunnah


Di antara amalan sunnah yang paling agung yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada Allah adalah membaca al-Qur'an, mendengarkannya, mentadabburinya dan memahami maknanya.
(Ibnu Rajab)


Terima kasih sudi singgah baca dan komen entri ini Amalan paling agung.

22 Jun 2015

Amalan untuk akhirat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Amalan untuk akhirat


Setiap amalan yang kita lakukan, pengakhirannya adalah di akhirat.  Bermakna apa jua yang kita lakukan, natijahnya akan kita perolehi di sana.  Baik amalan kita maka baiklah yang akan kita dapat, sebaliknya kita elakkan lakukan amalan yang sia-sia kerana tiada manfaatnya untuk kita di akhirat sana.

Contoh amalan


07 Mei 2015

12 amalan sebelum tidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



12 amalan penting setiap malam

Sebelum tidur, beberapa amalan berikut dapat memberikan kerahmatan kepada hidup kita.  In shaa Allah.

1. Tidur dalam Wudhu.
2. Tidur ke arah kanan.
3. Tidur dengan niat untuk bangun solat malam (1/3 pagi);
4. Mengucap kalimah syahadah.
5. Menghayati pembacaan Ayatul-Kursi.
6. Melafazkan Salawat 10 kali.
7. Membaca Surah Fatihah 4 kali.
8. Membaca Surah Ikhlas 3 kali.
9. Membaca Surah 4 Qul
10. Mengucap Istighfaar.
11. Memaafkan semua orang sebelum tidur.
12. Membaca 'Bismillah' 21 kali sebelum tidur, Allah akan memaklumkan kepada malaikat untuk menulis segala kebaikan bagi setiap tarikan nafas si pembaca.

27 Mac 2015

Mutiara Kata #17/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemutus nikmat hidup



2 Perkara Penting


Dua perkara yang memutuskanku dari menikmati kesenangan dunia : 
(1) mengingat kematian dan 
(2) memikirkan keadaanku saat berdiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan amalanku ketika di dunia.
(Ibrahim at-Taimi)


#peringatanbuatdirisendiri

(^-^)
.

20 November 2014

Perhatian untuk diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perhatian untuk diri sendiri




Perhatikanlah diri Anda dalam tiga keadaan.

(1) Jika Anda beramal, maka ingatlah pandangan Allah kepadamu,


(2) jika Anda berbicara, maka perhatikanlah pendengaran Allah atas ucapanmu dan



(3) jika Anda diam, maka perhatikanlah pengetahuan Allah tentang dirimu.

(Hatim al-Asham)


19 November 2014

Dua perkara untuk kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dua perkara untuk kebaikan



antara kebaikan sahabat.  Gambar hiasan


Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat:

  1. Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah. 
  2. Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.

(Abu Hazim)


14 November 2014

Apa yang sudah anda amalkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Apa yang sudah anda amalkan



Pembaca ini sekarang sudahpun membaca al-Quran.  Gambar hiasan


Wahai para pengemban al-Qur'an, apa yang ditanamkan al-Qur'an di dalam hatimu? Sesungguhnya al-Qur'an adalah penyejuk hati orang mukmin, sebagaimana halnya hujan menjadi penyejuk bumi. Sesungguhnya Allah menurunkan hujan dari langit ke bumi lalu jatuh di tempat yang baik. Di tempat itu pula ada biji, sehingga kebusukan tanahnya tidak menghalangi biji tersebut untuk berkembang, menghijau dan menjadi bagus. Wahai para pengemban al-Qur'an, apa yang ditanamkan al-Qur'an di dalam hatimu? Mana orang yang memiliki (menghafal) satu surat? Mana orang yang menghafal dua surat? Apa yang sudah Anda amalkan darinya?

(Malik bin Dinar)

08 November 2014

Pilihan dalam beramal di tangan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pilihan untuk beramal di tangan kita.



Meninggalkan amal karana manusia termasuk riya' (pamer). Adapun beramal karena manusia termasuk perbuatan syirik.
(al-Fudhail bin 'Iyadh)


( ^ ___ ^ )

07 November 2014

Pengertian Ikhlas dan Benar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pengertian ikhlas dan benar




Pengertian itu bermula dengan amalan yang paling baik, seperti pernyataan berikut:

  • Amal yang paling baik adalah yang paling ikhlas dan paling benar. 
  • Jika amal itu ikhlas tapi tidak benar, maka tidaklah diterima. 
  • Jika amal itu benar tapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima kecuali jika dilakukan secara ikhlas. 
  • Ikhlas artinya dilakukan hanya karena Allah. 
  • Adapun benar artinya adalah sesuai dengan sunnah (tuntunan dan petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam).
(Fudhail bin 'Iyadh)

06 November 2014

Amalkan apa yang diketahui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Amalkan apa yang diketahui


Belajar dari guru yang bertauliah.  Gambar hiasan


Wahai para pembawa ilmu, amalkanlah ilmu kalian miliki! Karena yang disebut alim adalah orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui dan ilmunya sesuai dengan amalnya. Akan ada suatu kaum yang membawa ilmu tidak melebihi kerongkongan mereka. Ilmu mereka bertentangan dengan amal mereka. Batin mereka bertentangan dengan lahir mereka. Mereka duduk dalam halaqah (majelis ilmu) untuk saling berdebat antara satu dengan yang lain. Sehingga ada seseorang yang marah kepada rekannya, lalu berpindah ke yang lain dan meninggalkan rekannya. Amalan mereka dalam majelis itu tidak akan bisa naik kepada Allah Ta'ala.
(Ali bin Abi Thalib)

Carian