Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

21 Jun 2020

[Selamat Hari Bapa] Setelah ada anak lelaki dan anak perempuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Setelah ada anak lelaki dan anak perempuan


Alhamdulillah, anak sulung saya Allah beri seorang lelaki
Jujur saya akui
Setelah sekian lama mengharap dan berdoa
Masa yang berlalu dirasakan terlalu lama
hampir saja rasa kosong
namun masih juga mengharap dan segera sedar sepenuhnya
kerana doa dan harapan itu pemilik makbulnya ada Allah



Masa pertama kali mengetahui dalam rahim ini ada penghuni
Sungguh tidak percaya namun yakin doa itu telah dimakbulkan
Lantas segera mengharap agar penghuni itu seorang lelaki 
yang kelak merupakan anak soleh dan penjaga maruah keluarga dan agama
Besar sungguh pengharapan
Hari-hari yang berlalu itulah pengharapan yang dipanjatkan

Setelah lahirnya insan suci itu
Terasa sungguh semangat seorang ibu
Cabaran yang dilalui diharungi dengan sabar
Kerana itulah pengharapan dan doa yang sering dialunkan dahulu

Mak sentiasa pesan,
Ada anak jangan ambil mudah
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya tak kurang besar
Jaga anak baik-baik didik elok-elok

Tidak berapa lama
adik perempuannya pula menyusul
Terasa sungguh luar biasa
Ada anak lelaki dan perempuan
Sudah lengkapkah hidup berumahtangga

Mak berpesan lagi,
Ada anak perempuan jaga elok-elok
perempuan tak sama dengan anak lelaki
Tanggungjawabnya juga berat
lebih berat lagi dari jaga anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi
Biarpuan ketika kecil harus diajar berpakaian murni
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan
Ajari mereka pakaian sopan tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajari mereka menikmati zaman kanak kanak dengan jiwa murni
bila dewasa mereka mudah mengerti

Bila ada anak perempuan
Didik dengan elok dengan jiwa suci
Usah dibiar tidur sana sini
Ajari mereka tidur setempat di dalam bilik
Biar selamat dari angkara
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Sentiasa temani mereka
Santuni mereka dengan elok
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka urusan wanita
biar berperingkat ikut usia
biar mula dari awal
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali siapa kawan mereka
Rakan yang baik atau pemusnah
Biar rakan bawa ke syurga bukan bawa ke neraka
Mampukah kita
In shaa Allah, semoga dipermudahkan Allah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa bilik dan beg mereka
Apa yang dikongsi apa yang ditulis
Ambil tahu kerana kita peduli

Bila tiba saatnya mereka bakal hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga
Ingat sentiasa pesanan kita

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung...

.....
Perkongsian semula sempena Hari Bapa 2020

Terima kasih.

.

11 Januari 2018

Hidup ini datangnya seketika cuma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini datangnya seketika cuma


Hidup ini datangnya seketika cuma
Untuk yang seketika itu buatlah baik banyak-banyak
Tak perlu hiraukan orang yang tidak dengar cakap kita
Biarkan kita dengar cakap dia andai itu yang membuatkan dia bahagia dan dengar semula cakap kita.

Hidup ini datangnya tidak lama
Biarpun telah puluhan tahun kau lalui
Belum tentu esok lusa kau ada lagi
Doakan saja semoga dipanjangkan umur dalam kesejahteraan dan mendapat rahmat
Biarkan umur yang panjang itu membawa manfaat buat makhluk sekitar
Usah jadikan umur yang panjang itu membawa derita kepada insan lain




Hidup ini begitu singkat
Semalam itu kita ada
Hari ini belum tentu kita ada sepenuhnya
Esok kita akan menjadi kenangan... andai kita tiada lagi
Innalillah....

Kematian tidak pernah meminta izin
Juga tidak pernah mengenal batas waktu
Kerana itu... dikesempatan yang ada ini
Usahakan yang terbaik buat semua
Biar kenangan itu yang baik-baik
Kita tidak minta disanjung dan dipuja
Tetapi cukuplah kenangan yang ada mengenai kita itu kenangan yang baik dan manis... tidak menyakitkan hati insan yang mengenangnya

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku
Kerana ianya telahpun berlaku
Tidak perlu diulang lagi
Hentikan hasad dan iri itu
Jika boleh dikutip semula sisa hasad itu... kutiplah di mana kau tebarkan layarnya.

Hidup ini...tinggal sisa & saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir.
Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia & membahagiakan.
Orang yang ceria & menceriakan

Semoga hidup kita ini sentiasa dikelilingi kebaikan tanpa rasa hasad dan rasa iri.
Kerana hasad dan iri itu menyakitkan... bukan diri sendiri tetapi siapa saja yang terlibat
Kita tidak pernah terfikir hasad itu mampu membakar jiwa yang lain-lain lagi.....


Nukilan salzarida
Tanggal 11 Januari 2018, Khamis 23 Rabiulakhir 1439
Disaat menjelangnya pertemuan bermata-mata......debaran ini amat menyakitkan.
Semoga mendapat ketenangan dan kemudahan dalam meneruskan kehidupan menjelangnya perhitungan itu....

Hidup ini datangnya seketika cuma

14 November 2017

Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional


Kelab Aspirasi Seni Budaya & Kreativiti, Fakulti Pendidikan, UiTM Puncak Alam dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka dan Unit Kebudayaan HEP, UiTM Puncak Alam, Selangor akan mengadakan Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional


Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional

Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional


TARIKH : 
18 November 2017 (SABTU)


TEMPAT: 
Studio Seni 2, Fakulti Pendidikan, 
UiTM Selangor, Aras 9, Bangunan FSK 3,4,5 
Kampus Puncak Alam, Selangor.



MASA : 
8.30 pagi - 5.00 petang



Pelbagai slot yg menarik antaranya:

👍· Tunjuk Cara Teknik Penyampaian Puisi Melayu

👍· Latihan secara berkumpulan
👍· Pertandingan puisi



Penyertaan ini terbuka kepada semua guru, pelajar sekolah, pelajar & pensyarah IPT serta terbuka kepada semua. 



Yuran penyertaan:
Pelajar -RM35
Orang luar -RM45
*Sijil penyertaan dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Sebarang pertanyaan, hubungi:
Puan Raiha Shahanaz - 013 319 9515
Nurul Liyana - 017 748 5715


Terima kasih untuk sokongan ke atas entri ini, Bengkel Apresiasi Puisi Melayu Tradisional
szi 💝

17 Oktober 2017

DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


Dewan Bahasa dan Pustaka mengumumkan Sayembara Mencipta Lagu Puisi Remaja 2017  kini dibuka untuk penyertaan.  Antara matlamat sayembara ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada remaja /  karyawan muda untuk mengetengahkan bakat dan hasil karya mereka dalam bidang penciptaan puisi dan lagu puisi yang tinggi nilai sasteranya.

SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017

SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 – 24 tahun.  Lagu yang dipertandingkan hendaklah disampaikan secara berkumpulan dengan bilangan ahli tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada lima (5) orang.  Puisi atau Sajak hendaklah bertemakan kasih sayang, ketuhanan serta kemanusiaan dan sesuai untuk  dihayati oleh golongan remaja.  Sajak yang hendak dilagukan dan dipertanding-kan hendaklah karya baru ciptaan sendiri/ ahli kumpulan atau ciptaan orang lain (bukan ahli kumpulan) yang belum pernah tersiar atau diterbitkan. 

JADUAL PERTANDINGAN

Latihan Teknikal / Raptai Penuh
Tarikh
:
14  November 2017 (Rabu)
Masa
:
2.30 petang – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.
                    Peringkat Separuh Akhir
Tarikh
:
15  November 2017 (Khamis)
Masa
:
8.30 – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.
                    Peringkat Akhir
Tarikh
:
16  November 2017 (Jumaat)
Masa
:
8.30 – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.

Peluang keemasan kepada para remaja yang berminat dalam bidang penulisn puisi.  Mana-mana remaja yang ada bakat terpendam inilah masa yang sesuai untuk mencuba dan menampilkan bakat. Belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula bakat menulis.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Zaiton Hussin, 03-21479205
atau   Encik Muhamad Rafiq Abdul Rahman, 03-21479207

atau boleh saja layari laman sesawang DBP untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Selamat berpuisi!  

Terima kasih atas keperihatinan DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


19 September 2017

Siapa lagi yang hendak disalahkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa lagi yang hendak disalahkan


Sudah menjadi lumrah alam
Bukan sahaja awak atau mereka tetapi saya juga terpaut sama
Siapa lagi yang hendak kita salahkan bila terjadinya kesilapan
Bila semuanya seperti tidak kerana
Hanya kerana cuai mendengar arahan
Atau kurang ambil peduli akan perakuan
Atau seribu lagi alasan
Rekalah bermacam-macam alasan
Semuanya akan berpatah kembali kepada kita.

Siapa lagi yang hendak disalahkan bila orang lain yang sebaya denganmu mampu menggapai awan
Sedangkan dirimu masih lagi bertongkat dagu

Tiada siapa peduli apa yang kau alami
Tiada siapa ambil kesah apa yang bakal kau hadapi
Tiada siapa peduli

Lalu ... apa pula tindakanmu
Adakah semata-mata menuju kesalahan itu kepada sang lain
Sang lain lebih berkudrat dari mu?
Sanggupkah?
Tidakkan
Hanya yang mampu kau bertikam lidah dari belakang
Bersuara di depan kau memang tidak mampu
Kerana kau bukan sesiapa
Sesekali kau yang rasa sendiri
Apa itu pencacai
Apa itu balaci

Jadi... bersiap sedia dalam apa jua situasi
Bersedia mental dan fizikal
Biarpun sekarang badan sudah lesu
Mindapun sudah mula bercelaru


Cukuplah...

Berdoalah
Moga kau dikurniakan kesihatan yang baik
kesihatan mental dan fizikal yang teguh
Kekuatan bersuara bukan kerana menentang tetapi kerana kebenaran

Semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi
Semoga tanggungjawab yang kau pikul itu bukanlah beban
Semoga dimudahkan urusan insan disekelilingmu

Terima kasih.

13 Oktober 2016

Terasa hendak berlari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terasa hendak berlari


Terasa hendak berlari
Bukan mengejar pelangi
Tetapi berlari untuk berhenti
Berhenti dari segala pencuri
Pencuri waktu senggang
Seakan tidak mengerti betapa peritnya kaki
berjalan, melompat, duduk bangun berjalan kembali
tanpa henti



Terasa hendak berlari 
Jauh dari kota batu
Jauh dari manusia batu
Jauh dari waktu batu

Terasa hendak berlari
Namun kakiku tersadung batu
Telah lelah rasa kaki
menahan sakitnya tersadung batu

Terasa hendak berlari bukan seribu batu
Juga bukan seribu langkah

Berlari bukan kerana mengalah
Tetapi mencari ruang Istikharah
Apakah harus berlari atau berhenti mengarah
Setelah jenuh menerima arahan dari segala arah





12 Oktober 2016

Hilangnya masa senggang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hilangnya masa senggang


Hilangnya masa senggang
Tiba saat itu kita akan hilang waktu lapang
Masih adakah masa yang terluang
Lega sampang kober... di mana kamu

Menitip waktu senggang masa lalu
Kembali semula sampang 
Kiranya itu bakal berlaku
Kober itu tidak bisa sesat

Aduhai!
Senggang 
Kembalikan masa itu

Fuhh!
Lega jua menatap waktu
akan bisakah detik itu menjauh

Senggang!!!



Hilangnya masa senggang





Jadikan siangku lebih indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jadikan siangku lebih indah


Setiap detik terasa indah
Penuh warna aura alam
Sungguh benar terasa indah
Biarpun hati ini terasa kelam

Bagaimana harus digambarkan
Kelam hati ini tidak menentu

Jadikan siangku lebih indah
Agar malamku lebih damai
Pergilah semua yang keliru
Berikan hariku yang indah



Jadikan siangku lebih indah
Damai itu jadikan milikku




posted from Bloggeroid

07 Oktober 2016

Akan ada masanya kita terpaksa terima

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Akan ada masanya kita terpaksa terima


Pada satu hari yang kita sendiri tidak pasti
Ada kejadian yang tidak dapat dielak
Bukan kerana kita tidak mahu mengelak
Akan ada masanya kita terpaksa terima




Kita harus faham akan situasi itu
Bila mana mereka tiada pilihan
Dan kita sebenarnya bukanlah pilihan terakhir
Tetapi kita adalah pilihan yang terbaik
Maka kita akan terpaksa terima 
Walau pada awalnya ia satu pertanyaan
Namun akhirnya menjadi arahan
Hanya kerana kita dirasakan layak

Dalam keadaan bagaimana sekalipun
Walau kita mengelak
Walau kita mendiamkan diri
Walau kita membisu
Walau kita memalingkan wajah
Walau kita menundukkan muka
Seolah tidak tahu apa-apa
Seolah tidak mahu ambil tahu
Walaupun kita tahu
tetapi kita tidak pasti
Apakah kita yang akan terima tugas ini
Atau orang lain yang lebih layak

Nah, sekarang sudah pasti kan?
Maka kita terima saja tugasan itu
Tanpa banyak bicara
Tanpa banyak alasan
Kerana orang tidak suka alasan
Walaupun kita layak untuk beri sejuta alasan

Percaya atau tidak
Arahan itu tiba bukan dengan sengaja
pastinya ada sebab tertentu
yang dinamakan takdir
Bagaimana kita hendak menolak takdir 
Bilamana kita tidak mampu melarikan diri
Seumpama ditelan mati emak, diluah mati bapa
Maka kita harus terima dan pasrah

Ambil saja peluang untuk belajar
Perkara itu memang baru bagi kita
Kita punya keupayaan untuk belajar
Ambil masa untuk belajar
Jangan ambil masa yang lama sangat
Kelak menyusahkan diri kita

Ambil saja peluang itu sebagai pembakar semangat
Kita pasti tidak mahu selamanya berada di sini
Yakin kan diri bahawa kita hendak berubah
Berubah ke arah yang lebih baik
Bukan kerana tugas sekarang tidak baik atau kurang baik
Tetapi kerana kita telah melakukan yang terbaik untuk tugas sekarang

Maka, 
ambil peluang ini untuk melakukan yang lebih baik
Buat yang terbaik bukan untuk anugerah
Buat yang terbaik bukan untuk nama
Tetapi,
lakukan yang terbaik kerana itu amanah yang wajib kita lakukan dengan sehabis baik.

In shaa Allah, kebaikan sentiasa mengelilingi kita
Bila mana kita ikhlas dalam melaksanakan tugas kita.




Terima kasih baca entri ini, Akan ada masanya kita terpaksa terima
@-@


25 Ogos 2016

Bersabar selagi mampu

Bersabar selagi mampu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bersabar selagi mampu kerana hidup ini cuma sekali...


Bersabar selagi mampu


Tatkala kau melihat awan
Kau akan mendapati ketenangan
Tatkala kau lakukan kebaikan
Kau akan dapati ianya tidak sia. 

Jikalau ada yang membencimu
Akan ada juga yang menyayangimu
Jangan siakan umurmu
Tabahkanlah hati semampumu.

Angin yang menghempus diri
Sentiasa memberi ketenangan diri
Solat dan zikir yang selalu didiri
Sentiasa menguatkan diri.

Jangan siakan dirimu
Hanya kerana perkara dunia
Sebaliknya binalah kekuatanmu
Untuk teruskan hidup di dunia. 

Bersabar selagi mampu
Karna hidup cuma sekali sahaja
Setiap susah dan senang mendatang
Ia akan berlalu jua. 

Carilah sinaran matahari di pagi
Menghayati keindahan alam ini
Carilah ketenangan yang abadi
Mengikuti syariat ilahi.

#copypaste


Terima kasih baca entri ini, Bersabar selagi mampu.


18 Ogos 2016

Tergendala lagi

Tergendala lagi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tergendala lagi....
Entah mengapa bebanan ini menimpa-nimpa
Hadirnya tidak berkala
Hadir bersama seribu persoalan
Layar manakah harus ditebuk
atau mega mana harus disembur

Tergendala lagi
Menongkah arus ini terasakan mati
Mati akal mati punca
Kematu membatu membisu

Tergendala lagi...
mengharap simpati pada diri 
agar kudrat ini bisa bersambungan lagi
Biarpun diri seakan kedidi




Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh 
(QS An Naml:19)


Semoga dipermudahkan urusan.

Terima kasih baca nukilan ini, Tergendala lagi.

29 Julai 2016

Kerana hari ini Jumaat

Kerana hari ini Jumaat


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kerana hari ini Jumaat
Banyak perkara yang berlaku dirasakan terlalu pantas
Waktu rehat tengahari dipercepatkan
Masa untuk berehat tengahari juga panjang
Masa kerja pula semakin suntuk sedangkan banyak urusan masih belum selesai
Banyak pula majlis dan acara berlangsung
Ada acara majlis terpaksa ditunda kerana masa amat singkat


Kerana hari ini Jumaat
Mencari erti Jumaat
Mencari maksud disebalik Jumaat
Semoga mendapat apa yang dicari...



Kerana hari ini Jumaat
Penghulu segala hari
Esok kita bercuti merehatkan badan dan minda
Esok tumpuan penuh untuk acara keluarga, acara tetangga juga handai taulan



Kerana hari ini Jumaat
Apa yang lebih penting dari Surah Al-Kahfi
Luangkan sedikit masa barang sesaat untuk menghayati intipati al-Kahfi

Sekian,  salam Jumaat.


Terima kasih sudi baca entri ini Kerana hari ini Jumaat.








28 Julai 2016

Masa depan dan cabaran

Masa depan dan cabaran


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masa depan dan cabaran
Masa depan ada di hadapan
Bakal ditempuhi biar apapun halangan dan cabaran
Mengapa masa depan jadi taruhan
Kerana kita harus ke depan meneruskan perjuangan




Masa depan belum tentu
Masih lagi dalam kesamaran
Harapan masa depan tetap di situ
Menunggu masa pejuang harapan

Cabaran masa depan terhenti di sini
Tat kala kalam ini tidak bisa melakarkan isunya
Hanya kerana ia terhenti melakar
Belum tentu cabaran bisa terhenti




Lalu izinkan pena ini melayarkan impian
Merempuh onak anganan 

Bersurai seketika

31 Julai 2015

Jangan pandang rendah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan pandang rendah


Seperti biasa, kita terlupa lagi
Apabila berbicara sesuka hati
Memang enak berbicara bilamana ada rakan turut serta
Mana ada orang cakap sendirian
Melainkan atas sebab tertentu seperti hafal skrip, hafal ceramah, hafal doa dan sebab lain sangat sulit untuk dinyatakan

Okey, bila kita berbicara kadang-kadang kita terlupa bahawa kita ini hanya manusia biasa
Kita bicara mengenai kesilapan orang lain
Kita bicara mengenai kesalahan orang lain
Kita bicara mengenai masalah orang lain

Tidakkah kita ingat bahawa segala yang kita katakan itu ada juga pada diri kita
Hanya ia dijelmakan dalam bentuk yang lain.
Memang kita tidak ingat
Kerana segalanya tidak sama
Walaupun dasarnya adalah serupa

Jangan Pandang Rendah
Jangan Pandang Rendah

Kita sewajarnya harus ingat bahawa kesilapan orang itu ada masanya dia bisa perbetulkan.
Bagaimana pula dengan kita sendiri ?
Adakah kita akan perbetulkan kesilapan sendiri?
Bila?
Bagaimana?
Di mana?

Istighfarlah ... muhasabah diri...


28 Julai 2015

Aku sang penunggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Aku sang penunggu


Aku sang penunggu itu
Menunggu tanpa jemu

Di sini seorang aku menunggu
Bertemankan setiang lampu neon
Biarpun tiada cahaya namun terang
Bertemankan sinar mentari senja

Aduhai aku yang menunggu mengapa kamu yang gelisah
Aduhai kamu yang ditunggu mengapa tidak kunjung tiba
Apakah aku yang terlewat atau terlalu awal
Apakah kamu yang terlewat atau memangnya waktumu belum tiba

Aduhai sang penunggu bersabarlah
Nantikan waktu itu kan tiba
Justeru lebarkan layar kesabaran
Istighfarlah... itu yang terbaik

Bunga hiasan
gambar hiasan


Nukilan: yangbaik | 18:16 28072015

~(@^_^@)~


15 Julai 2015

Langit bersedih Ramadhan bakal pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Langit bersedih Ramadhan bakal pergi


Ramadhan,
Hadirmu dinanti berjuta ummat
Manfaatmu banyak membawa rahmat
Saban malam penuh rakaat
Mengharap berkat penuh sarat

Ramadhan,
Hadirmu cuma setahun sekali
Bertamu cuma 30 hari
1000 bulan tetap dinanti
Semoga ketemu hajat dipatri

Ramadhan,
Kini hampir penghujung seri
Kami teruja juga bersedih
Apakah bakal hadir lagi
Pada Yang Kuasa kami merintih
Dipanjangkan umur berjumpa lagi

Ramadhan bakal pergi
Langit bersedih sepanjang hari


Nukilan: yangbaik | 15.7.2015 = 28 Ramadhan 1436





15 Jun 2015

Resah dan gelisah selagi jasad masih bernyawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Resah dan gelisah.
... memenuhi ruang
Bilamana tiada perkhabaran
Bilamana tiada peluang
Bilamana rasa sendirian

Bagaimana harus diungkapkan
Resah ini seakan tiada noktahnya
Gelisah ini seakan tiada penghujungnya



Resah dan gelisah
... meniti masa
Bilamana persoalan tiada jawapan
Bilamana penantian tiada pengakhiran
Bilamana menunggu itu menyiksakan

Bagamana harus dikotakan
Janji dulu...bertukar tabir

Resah dan gelisah
... bisakah berhenti disini
Bilamana kitaran tidak bisa terbenam
Bilamana jasad masih bernafas
Bilamana nekad belum berakhir

Di sini
tiada penamat
jua tiada permulaanm
Segalanya terus mengalir menyusur denai
Atau bilamana jasad ini tidak lagi bernyawa

Terima kasih kerana masih setia... ~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

23 Disember 2014

Kekalutan dan keliru ini pasti terpadam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalut dan keliru



Baru semalam rasanya hendak rasa tenang sedikit dalam menguruskan hidup. Hari ini kekalutan itu datang lagi. Ketenangan ini seakan diragut sang pencopek misteri. Menguruskan diri dalam keterpaksaan begini terasa semakin sesak dan menyesakkan juga memualkan.

Hujung tahun begini lazimnya ramai yang bercuti panjang kononnya untuk menghabiskan cuti yang masih berbaki. Bercuti bersama keluarga, melancong dan balik kampung. Cemburu pun ada juga dengan mereka. Tetapi itu rezeki mereka, rezeki dan peluang untuk saya belum tiba lagi.

Tiba-tiba sakit kepala ini datang semula. Mungkin kerana penat memikirkan perancangan yang gagal terlaksana dengan baik. Sakit ini pastinya berulang, entah sampai bila akan berterusan begini. Penat rasanya memikirkan perkara yang tak henti kunjung tiba. Bermusim bukanlah halangan tetapi tibanya sederap sehingga terasa terlalu berat. Adakah kerana salah sendiri? Ujian ini rela kuterima. Agar terganti cacat cela di mana berada.

Keliru dengan fungsi diri atau fungsi mereka. Setiap gerak geri mereka perlu diperhatikan agar tugasan terlaksana mudah. Tetapi segalanya tidak semudah petik jari, apatah lagi semudah kacang. Tersilap langkah deranya tak sudah. Bertimpa-timpa, bertalu-talu, bertubi-tubi bersilih ganti datangnya menindih waktu. Rasanya sudah tiada daya mengenjak graf yang kian menurun. Menepis masa silam juga semakin sukar.

Apapun yang terjadi, doaku semoga setiap urusan hidup ini dipermudahkan. Biarpun sukar mampu diselesaikan dengan baik walaupun tindak sempurna. Kerana kita hanya manusia biasa.

posted from Bloggeroid

04 November 2014

Kita banyak berdusta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita banyak berdusta


Berkongsi sedikit kata-kata ahli hikmah.
Menyelami betapalah kita banyaknya berdusta.
Bagaimana nanti kita di sana.....


corak hiasan


Jika kelak (pada hari kiamat) Allah akan menanyakan kepada orang-orang yang jujur seperti nabi Ismail, nabi Isa 'alaihimas salam [sebagaimana disebutkan dalam surat al-Ahzab ayat 7 dan 8] tentang kejujuran mereka, maka bagaimana pula dengan kita yang banyak berdusta?
(Fudhail bin 'Iyadh)


Berupayakah kita menjawab setiap soalan
Dengan jujur...
Kerana dusta tidak lagi bererti di sana
Sedangkan atas sini kita sering berdusta
Berdusta dengan hati
Berdusta dengan diri

Bermula detik ini... mampukah kita menjadi jujur
kerana Kita yang banyak berdusta itu dulu



10 Oktober 2014

Cukupkah yang diberi

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,



Cukupkah sudah yang diberi
Apa lagi yang hendak diharapkan
Kiranya itu yang termampu diberi
Kiranya itu memadai buat seketika

Cukupkah sudah yang diberi
Apa juga yang diucapkan
Apa juga yang dilafazkan
Semuanya sudah tersurat
Andainya itu yang dirancang itulah yang terlaksana



Ungkapan itu kelihatan mudah dilafaz
Mudah juga dinukilkan juga dikarang
Namun sudah pasti yang terucap itu bukannya dengan sendiri
Melainkan dengan bantuan pemikiran dari yang Maha Bijaksana

Bersyukur kehadratNya
Semoga bertambah murah rezeki semua orang
Dikurniakan rezeki yang halal lagi baik



posted from Bloggeroid

Carian