Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

30 Ogos 2017

Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat


Barangkali telah menjadi perbahasan dan isu utama kepada kita semua berkenaan Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat.  Seperti tahun lepas, tahun ini sekali lagi Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat.  Justeru timbul pelbagai persoalan mengenai solat sunat hari raya Aidil Adha, Solat Jumaat dan Solat Zuhur.


Gambar hiasan.  Milik peribadi


Berikut adalah petikan persoalan dan jawapan oleh majlis fatwa saudi yang dipinjam dari Channel Telegram Dr Zaharuddin Group, [27.08.17 08:30]

Soalan:


Banyak timbul persoalan apabila jatuh hari raya pada hari jumaat yang menyebabkan berhimpun 2 hari raya, Iedil Fitri atau Iedil Adha bersama hari Jumaat yang merupakan hari raya dalam seminggu, apakah wajib solat Jumaat ke atas sesiapa yang hadir menunaikan solat hari raya. Apakah memadai solat hari raya dan seseorang hanya perlu menunaikan solat Zohor sebagai ganti solat Jumaat? Dan apakah dilaungkan azan atau tidak untuk menunaikan solat Zohor di masjid?


Jawapan 


Dalam masalah ini terdapat beberapa hadis yang marfu' dan athar yang mauquf, antaranya:

1) Hadis Zaid bin Arqam RA bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan RA pernah bertanya kepada beliau: "Apakah kamu pernah bersama Rasulullah menyambut dua hari raya (raya fitri atau Adha bersama hari Jumaat) yang berhimpun pada hari yang sama."
Beliau menjawab: "Ya, pernah." 
Mu'awiyah bertanya lagi: "bagaimana yg baginda lakukan?" 
Jawab beliau: "Baginda solat hari raya dan baginda memberi kelonggaran pada solat Jumaat. Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu solat (Jumaat), maka lakukanlah." 
Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'ie, Ibn Majah, al-Darimi dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Beliau berkata: "Hadis ini Sahih al-Isnad, dan Imam al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya. Hadis ini juga terdspat sokongan dari riwayat lain yang memenuhi syarat Muslim. Penilaian al-Hakim ini dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: "Isnadnya jayyid."

2) Sokongan (شاهد) yang dinyatakan adalah hadis Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesunguhnya telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, maka sesiapa yang mahu, telah memadai baginya dari solat Jumaat, adapun kami akan melaksanakan Jumaat." Riwayat al-Hakim seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Ibn Majah, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi dan selain mereka.

3) Hadis Ibn 'Umar RA yg berkata: "Pernah berhimpun dua hari raya (hari raya Fitri atau Adha dan hari Jumaat) di zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, setelah itu baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu hadir menunaikan solat jumaat, maka hadirlah, sesiapa yang tidak mahu hadir maka tidak mengapa." Riwayat Ibn Majah.
Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Mu'jam al-Kabir dengan lafaz: "Pernah berhimpun dua hari raya di zaman Rasulullah SAW, hari raya fitri dan hati Jumaat. Rasulullah menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, kemudian baginda menghadap wajah ke arah mereka seraya berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kamu semua telah memperolehi kebaikan dan pahala yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan Jumaat. Sesiapa yang hendak melaksanakan jumaat bersama kami, maka lakukanlah, sesiapa yang hendak pulang, maka pulanglah."

4) Hadis Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "telah berhimpun dua hari raya pada hari ini. Sesiapa yang menghendaki, sudah memadai jumaat darinya. Adapun kami insyaallah akan melaksanakan jumaat." Riwayat Ibn Majah.
Kata al-Busiri: "Isnadnya Sahih dan para perawinya thiqat."

5) Mursal Zakwan bin Soleh katanya: "pernah bertembung dua hari raya di zaman Rasulullah SAW. Hari jumaat dan hari raya, baginda menunaikan solat, setelah itu bangun lalu berkhutbah kepada orang ramai, baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua telah memperolehi zikir dan kebaikan yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan jumaat. Sesiapa yang mahu tetap di rumahnya (tidak mahu melaksanakan jumaat), maka tetaplah di rumah. Sesiapa yang mahu melaksanakan jumaat maka lakukanlah." (Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al'Kubra).

6) Daripada 'Ato' bin Abi Rabah katanya: "Ibn al-Zubair pernah solat hari raya bersama kami pada pagi hari jumaat. Setelah itu (apabila masuk waktu jumaat) kami keluar untuk menunaikan solat jumaat, tetapi beliau tidak keluar kepada kami (untuk solat Jumaat). Maka kami pun solat bersendirian. Ketika itu Ibn Abbas berada di Taif. Ketikamana beliau sampai kepada kami, kami nyatakan hal itu kepadanya. Beliau berkata: "Hal itu menetapi sunnah." Riwayat Abu Daud.
Ibn Khuzaimah meriwayatkannya dengan lafaz lain yang terdapat tambahan di akhirnya, kata Ibn al-Zubair: "Aku pernah melihat Umar bin al-Khattab apabila bertembung dua hari raya, beliau melakukan seumpama ini."

7) Di dalam Sahih al-Bukhari RH dan Muwattha' al-Imam Malik RH daripada Abi Ubaid Maula Ibn Azhar, kata Abu 'Ubaid: "Aku pernah menyaksikan dua hari raya bersama Uthman bin Affan RA, ketika itu hari Jumaat. Beliau menunaikan solat (hari raya) sebelum berkhutbah, setelah itu berkhutbah. Beliau berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya pada hari ini telah berhimpun pada kamu semua dua hari raya. Sesiapa yang mahu menunggu jumaat dari kalangan orang-pendalaman maka tunggulah. Sesiapa yang pulang maka telah aku izinkan kepadanya."

8) Daripada Ali bin Abi Tolib RA, ketikamana bertempung dua hari raya (raya fitri atau adha dengan hari jumaat) pada hari yang sama, beliau pernah berkata: "Sesiapa yang mahu menunaikan jumaat, maka tunaikanlah. Sesiapa yang mahu tetap di rumah (sepwrti yang dinuatakan oleh Sufyan), maka lakukanlah." Riwayat Abd al-Razzaq di dalam al-Musannaf dan Ibn Abi Syaibah dengan riwayat yang seumpamanya.

Berdasarkan hadis-hadis marfu' kepada Nabi SAW ini, demikian juga athar-athar mauquf dari beberapa sahabat RA, juga berdasarkan perakuan majoriti ulama tentang kefahaman dari riwayat-riwayat ini, di bawah ini adalah penjelasan hukum dari Jawatankuasa Lujnah al-Daimah:

1) Sesiapa yang telah hadir untuk solat hari raya, diberi keringanan untuk dia tidak hadir solat Jumaat, dia solat Zohor pada waktu Zohor. Jika dia mengamalkan azimah dengan tetap hadir juga solat jumaat, maka itulah yang lebih utama (Afdjal)

2) Sesiapa yang tidak hadir solat hari raya, dia tidak termasuk dalam kalangan yang diberi keringanan tidak hadjr jumaat. Oleh itu tidak gugur kewajipan jumaat darinya, wajib dia hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jika tidak mendapati jumlah jemaah yang membolehkan solat jumaat, maka ditunaikan solat Zohor.

3) Wajib ke atas imam masjid melaksanakan Jumaat pada hari tersebut, agar boleh disertai oleh sesiapa yang hendak menyertainya atau mereka yang tidak sertai solat hari raya, jika bilangan mencukupi untuk solat jumaat. Jika bilangan tidak mencukupi ditunaikan solat zohor.

4) Sesiapa yang telah hadir solat hari raya dan mengambil keringanan untuk tidak hadir solat jumaat, hendaklah menunaikan solat zohor apabila masuk waktu zohor.

5) Tidak disyariatkan pada waktu ini azan melainkan di masjid-masjid yang didirikan padanya solat jumaat. Tidak disyariatkan juga azan jika hendak ditunaikan solat zohor pada hari tersebut.

6) pandangan yang mengatakan sesiapa yang hadir solat hari raya, gugur darinya solat jumaat dan solat zohor untuk hari tersebut adalah pandangan yang tidak benar. Kerana itu para ulama meninggalkan pandangan ini dan menghukumnya sebagai salah dan ganjil kerana menyelisihi sunnah dan ia menggugurkan salah-satu kefardhuan dari Allah tanpa dalil. Barangkali tidak sampai kepada mereka al-Sunan dan al-Athar dalam masalah ini yang memberi keringanan kepada sesiapa yang telah hadir solat hari raya untuk tidak hadir solat jumaat, dan wajib solat zohor.


Salam Aidil Adha.  Sumber gambar

Semoga mendapat manfaat dari keterangan yang tertera di atas.  Keterangan di atas memang sengaja tidak diedit bagi mendapatkan lebih kefahaman selain daripada tidak memberikan maksud yang berbeza dari yang dimaksudkan oleh penulis asal.

Semoga ibadah kita mendapat ganjaran setimpal dan diberkati.  Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

szi 💚💚💚

09 Ogos 2017

GERHANA BULAN SEPARA 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GERHANA BULAN SEPARA 2017


Hari ini, hari ke-15 ZULKAEDAH 1438H, Fenomena Gerhana Bulan Separa 2017 berlaku pada 8 Ogos 2017 bermula jam 01:22 am hingga 03:18 am (pagi tadi)


Gerhana Bulan Separa 2017
Gerhana Bulan Separa 2017

Sumber :  @quotephotovideo

Subhanallah ... Gerhana Bulan Separa 2017 .

szi 😌

15 September 2016

Kenapa baca blog?

Kenapa baca blog?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kenapa baca blog? Kerana zaman sekarang blog dan buku atau majalah sudah seiring.  Lebih-lebih lagi dengan telefon pintar yang sentiasa melekat di tangan.  Seperti juga akak YB yang dulunya menulis blog untuk suka-suka, tak sangka pula boleh ada peminat ... ewahhh ada ke?  Ada kan? Ramai juga yang minat dengan blog YB ni rupanya.  Ada juga yang rajin tinggalkan pesan dan tidak kurang juga sekadar singgah baca.  Mungkin juga sukar untuk meninggalkan komentar.

Okey... akak semakin lari topik pula. Sikit lagi nak sembang sikit.  Pengaruh blogger juga memainkan peranan mengapa blog itu menjadi pilihan dan sentiasa mendapat kunjungan ramai.  Lihat saja blogger otai seperti Denaihati, Emas Putih dan Ben Ashaari.  Tidak kurang juga blogger yang disebut sebagai blogger jutawan sedikit masa dulu iaitu Red Mummy.  Kebanyakan blog otai ini menjadi contoh dan teladan kepada blogger baru.


Header Blog YangBaik 2015


Kenapa baca blog?


1.  Untuk membuat pembelian.  Terdapat blog yang menjual secara atas talian.  Banyak weh, akak tidak pula dapat senaraikan satu persatu tetapi blog-blog yang membuat jualan atas talian ini memang banyak, cari saja guna khidmat googgle atau yahoo.... semuanya ada di hujung jari.

Semakin ramai antara kita yang suka membeli secara online dengan kemudahan perbankan atas talian yang semakin mudah serta disokong khidmat penghantaran seperti Pos Malaysia.  Dua entiti ini sentiasa menaiktaraf perkhidmatan yang diberikan seiring dengan kehendak semasa.

2.  Untuk mendapat maklumat terkini.  Walla, blog juga dah seperti 'newspaper' atau buletin utama.  Kadang-kadang maklumat yang disebarkan di blog itu lebih cepat dan mudah diperolehi.  Tidak perlu menunggu esok atau malam nanti.  

Dengan itu, adalah penting untuk rakan blogger sentiasa menulis perkara yang benar untuk dibaca. Bukan sekadar berita peribadi tetapi  berita umum untuk pengetahuan dan maklumat orang ramai.


Bahan rujukan


Begitulah antara sebab mengapa blog kini mendapat tempat sebagai bahan rujukan.  Dari masa ke semasa blog sentiasa menyiarkan maklumat dan berita terkini sama ada maklumat dalam perniagaan, hiburan, isu semasa atau isu antarabangsa.  

Semoga sedikit sebanyak bahan yang dipaparkan dapat memberikan panduan kepada rakan blogger untuk menulis secara berhemah dan tidak semata-mata untuk mendapatkan nama atau mendapat perhatian tanpa menghirau sensitiviti semasa.

Sekian adanya.  Apa pula sebab korang baca blog akak YB nie... cuba kongsi sikit.  Boleh akak YB update kat mana patut. :D


Terima kasih baca entri ini, Kenapa baca blog?

28 April 2016

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim

Gabenor baharu Bank Negara: Datuk Muhammad Ibrahim


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KUALA LUMPUR, Rabu – Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim, 56, dipilih sebagai Gabenor baharu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara pada akhir April.

Muhammad yang menyertai bank pusat itu pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan memegang jawatan tersebut bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei, 2016.


Gabenor Baharu Bank Negara
Gabenor Baharu Bank Negara

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Harvard University, Ijazah Perakaunan daripada Universiti Malaya dan diploma lepasan ijazah dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selama 32 tahun bersama dengan bank pusat, beliau berkhidmat dalam banyak bahagian termasuk peraturan dan pengawalseliaan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan luar pesisir, perbendaharaan dan pasaran kewangan.

Sebelum itu Muhammad juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Danamodal Nasional Bhd dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Sekuriti.

Sumber: IsmaWeb


Semoga kecemerlangan Bank Negara Malaysia akan diteruskan di bawah kepimpinan Gabenor baharu Bank Negara:  Datuk Muhammad Ibrahim

18 April 2016

7 Tips kekal sihat di Musim Panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



7 Tips kekal sihat di Musim Panas


Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Kanak-kanak dan warga emas antara mereka yang paling berisiko mendapat masalah kesihatan daripada keadaan ini.  Namun kita sebagai warga yang kelihatan normal juga turut terdedah kepada risiko kesihatan.

YB dan keluarga sendiri pernah lalui risiko ini.  Biarpun tidak serius tetapi ia tetap mendatangkan ketidakselesaan kerana kita orang yang berkerjaya.  Bila keadaan anak tidak stabil akan menjejaskan reputasi kerja kita.  Selain dari itu kesihatan kita juga pasti terjejas kerana perlu korbankan masa untuk menjaga anak-anak yang sakit dan kerja.  Akhirnya YB turut menerima kesan yang sama seperti anak-anak malahan lebih sikit dari mereka.


Tips kekal sihat


Berikut disertakan Tips kekal sihat di musim panas :

  1. Pakai topi/payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.  
  2. Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal.
  3. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  4. Guna kipas/pendingin hawa untuk menyejukkan badan.
  5. Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
  6. Lebihkan masa berada di dalam ruamh dan hadkan aktiviti luar.
  7. Kurangkan minum minuman berkafein, alkohol dan bergula.

Beberapa tips di atas boleh diamalkan pada sepanjang masa dan tidak semestinya pada musim panas sahaja.  Antaranya mengikut kesesuaian tempat dan masa, contohnya ketika musim hujan jangan pula guna topi ketika berada di luar, seeloknya gunalah payung.  

Kesihatan kita bermula dari kita.  

Semoga 7 Tips kekal sihat di Musim Panas ini dapat dijadikan panduan kepada semua.  Kesihatan kita milik kita.

08 Mac 2016

Gerhana Matahari di Malaysia 9 Mac 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gerhana Matahari di Malaysia 9 Mac 2016


Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.

Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

Gerhana Matahari 9 Mac 2016
Gerhana Matahari di Malaysia
sumber: Falak Online

Melaksanakan Solat Gerhana

Jika seseorang menyaksikan gerhana, hendaklah ia melaksanakan solat gerhana sebagaimana tata cara yang nanti akan kami utarakan, insya Allah.
Lalu apa hukum solat gerhana? Pendapat yang terkuat, bagi siapa saja yang melihat gerhana dengan mata sendiri, maka ia wajib melaksanakan solat gerhana.
Dalilnya adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ,
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ
” Jika kalian melihat gerhana tersebut (matahari atau bulan) , maka bersegeralah untuk melaksanakan solat. ” 2
Kerana dari hadits-hadits yang menceritakan mengenai solat gerhana mengandungi kata perintah (jika kalian melihat gerhana tersebut, solatlah: kalimat ini mengandungi perintah). Padahal menurut kaedah ushul fiqih, hukum asal perintah adalah wajib . Pendapat yang menyatakan wajib inilah yang dipilih oleh Asy Syaukani, Shidiq Hasan Khoon, dan Syaikh Al Albani rahimahumullah .

Catatan : Jika di suatu daerah tidak nampak gerhana, maka tidak ada keharusan melaksanakan solat gerhana. Kerana solat gerhana ini diharuskan bagi siapa saja yang melihatnya sebagaimana disebutkan dalam hadits di atas.

Waktu Pelaksanaan Solat Gerhana


Waktu pelaksanaan solat gerhana adalah mulai ketika gerhana muncul sampai gerhana tersebut hilang.
Dari Al Mughiroh bin Syu’bah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْجَلِىَ
” Matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua gerhana tersebut tidak terjadi kerana kematian atau lahirnya seseorang. Jika kalian melihat keduanya, berdo’alah pada Allah, lalu solatlah hingga gerhana tersebut hilang (berakhir).” 3

Solat gerhana juga boleh dilakukan pada waktu terlarang untuk shalat. Jadi, jika gerhana muncul setelah Asar, padahal waktu tersebut adalah waktu terlarang untuk solat, maka solat gerhana tetap boleh dilaksanakan. Dalilnya adalah:
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ
” Jika kalian melihat kedua gerhana matahari dan bulan, bersegeralah menunaikan solat.”4
Dalam hadits ini tidak dibatasi waktunya. Bila-bila saja melihat gerhana termasuk waktu terlarang untuk solat, maka solat gerhana tersebut tetap dilaksanakan.

Hal-hal yang Dianjurkan Ketika Terjadi Gerhana


Pertama : perbanyaklah zikir, istighfar, takbir, sedekah dan bentuk ketaatan lainnya.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha , Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
” Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah .” 5

Kedua : keluar mengerjakan shalat gerhana secara berjama’ah di masjid.

Salah satu dalil yang menunjukkan hal ini sebagaimana dalam hadits dari ’Aisyah bahwasanya Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam mengendari kendaraan di pagi hari lalu terjadilah gerhana. Lalu Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam melewati kamar istrinya (yang dekat dengan masjid), lalu beliau berdiri dan menunaikan shalat.

Dalam riwayat lain dikatakan bahwa Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam mendatangi tempat shalatnya (yaitu masjidnya) yang biasa dia shalat di situ. 7
Ibnu Hajar mengatakan, ”Yang sesuai dengan ajaran Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam adalah mengerjakan shalat gerhana di masjid. Seandainya tidak demikian, tentu shalat tersebut lebih tepat dilaksanakan di tanah lapang agar nanti lebih mudah melihat berakhirnya gerhana.” 8

Lalu apakah mengerjakan dengan jama’ah merupakan syarat shalat gerhana? Perhatikan penjelasan menarik berikut.

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin mengatakan, ”Shalat gerhana secara jama’ah bukanlah syarat. Jika seseorang berada di rumah, dia juga boleh melaksanakan shalat gerhana di rumah. Dalil dari hal ini adalah sabda Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam,
فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا
”Jika kalian melihat gerhana tersebut, maka shalatlah”. 9

Dalam hadits ini, beliau shallallahu ’alaihi wa sallam tidak mengatakan, ”(Jika kalian melihatnya), shalatlah kalian di masjid.” Oleh karena itu, hal ini menunjukkan bahwa shalat gerhana diperintahkan untuk dikerjakan walaupun seseorang melakukan shalat tersebut sendirian. Namun, tidak diragukan lagi bahwa menunaikan shalat tersebut secara berjama’ah tentu saja lebih utama (afdhol). Bahkan lebih utama jika shalat tersebut dilaksanakan di masjid karena Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam mengerjakan shalat tersebut di masjid dan mengajak para sahabat untuk melaksanakannya di masjid. Ingatlah, dengan banyaknya jama’ah akan lebih menambah kekhusu’an. Dan banyaknya jama’ah juga adalah sebab terijabahnya (terkabulnya) do’a.” 10


Ketiga : wanita juga boleh shalat gerhana bersama kaum pria
Dari Asma` binti Abi Bakr, beliau berkata,
أَتَيْتُ عَائِشَةَ – رضى الله عنها – زَوْجَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – حِينَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ ، فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ ، وَإِذَا هِىَ قَائِمَةٌ تُصَلِّى فَقُلْتُ مَا لِلنَّاسِ فَأَشَارَتْ بِيَدِهَا إِلَى السَّمَاءِ ، وَقَالَتْ سُبْحَانَ اللَّهِ . فَقُلْتُ آيَةٌ فَأَشَارَتْ أَىْ نَعَمْ
“Saya mendatangi Aisyah radhiyallahu ‘anha -isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam- ketika terjadi gerhana matahari. Saat itu manusia tengah menegakkan shalat. Ketika Aisyah turut berdiri untuk melakukan sholat, saya bertanya: “Kenapa orang-orang ini?” Aisyah mengisyaratkan tangannya ke langit seraya berkata, “Subhanallah (Maha Suci Allah)”. Saya bertanya: “Tanda (gerhana)?” Aisyah lalu memberikan isyarat untuk mengatakan iya.” 11

Bukhari membawakan hadits ini pada bab:
صَلاَةِ النِّسَاءِ مَعَ الرِّجَالِ فِى الْكُسُوفِ
”Shalat wanita bersama kaum pria ketika terjadi gerhana matahari.”
Ibnu Hajar mengatakan,
أَشَارَ بِهَذِهِ التَّرْجَمَة إِلَى رَدّ قَوْل مَنْ مَنَعَ ذَلِكَ وَقَالَ : يُصَلِّينَ فُرَادَى
”Judul bab ini adalah sebagai sanggahan untuk orang-orang yang melarang wanita tidak boleh shalat gerhana bersama kaum pria, mereka hanya diperbolehkan shalat sendiri.” 12

Kesimpulannya, wanita boleh ikut serta melakukan shalat gerhana bersama kaum pria di masjid. Namun, jika ditakutkan keluarnya wanita tersebut akan membawa fitnah (menggoda kaum pria), maka sebaiknya mereka shalat sendiri di rumah. 13

Keempat : menyeru jama’ah dengan panggilan ’ash sholatu jaami’ah’ dan tidak ada adzan maupun iqomah.  

Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha, beliau mengatakan,
أنَّ الشَّمس خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم، فَبَعَثَ مُنَادياً يُنَادِي: الصلاَةَ جَامِعَة، فَاجتَمَعُوا. وَتَقَدَّمَ فَكَبرَّ وَصلَّى أربَعَ رَكَعَاتٍ في ركعَتَين وَأربعَ سَجَدَاتٍ.
“Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahwa pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari. Beliau lalu mengutus seseorang untuk memanggil jama’ah dengan: ‘ASH SHALATU JAMI’AH’ (mari kita lakukan shalat berjama’ah). Orang-orang lantas berkumpul. Nabi lalu maju dan bertakbir. Beliau melakukan empat kali ruku’ dan empat kali sujud dalam dua raka’at.”14

Dalam hadits ini tidak diperintahkan untuk mengumandangkan adzan dan iqomah. Jadi, adzan dan iqomah tidak ada dalam shalat gerhana.

Kelima : berkhutbah setelah shalat gerhana

Disunnahkah setelah shalat gerhana untuk berkhutbah, sebagaimana yang dipilih oleh Imam Asy Syafi’i, Ishaq, dan banyak sahabat. 15 

Hal ini berdasarkan hadits:
عَنْ عَائِشةَ رَضي الله عَنْهَا قَالَتْ: خَسَفَتِ الشمسُ عَلَى عَهدِ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم. فَقَامَ فَصَلَّى رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم بالنَّاس فَأطَالَ القِيَام، ثُمَّ رَكَعَ فَأطَالَ الرُّكُوعَ، ثُمَّ قَامَ فَأطَالَ القيَامَ وَهو دُونَ القِيَام الأوَّلِ، ثم رَكَعَ فَأطَالَ الرُّكوعَ وهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأوَّلِ، ثُم سَجَدَ فَأطَالَ السُّجُودَ، ثم فَعَلَ في الركعَةِ الأخْرَى مِثْل مَا فَعَل في الركْعَةِ الأولى، ثُمَّ انصرَفَ وَقَدْ انجَلتِ الشَّمْسُ، فَخَطبَ الناسَ فَحَمِدَ الله وأثنَى عَليهِ ثم قالَ:
” إن الشَّمس و القَمَر آيتانِ مِنْ آيَاتِ الله لاَ تنْخَسِفَانِ لِمَوتِ أحد. وَلاَ لِحَيَاتِهِ. فَإذَا رَأيتمْ ذلك فَادعُوا الله وَكبروا وَصَلُّوا وَتَصَدَّ قوا”.
ثم قال: ” يَا أمةَ مُحمَّد ” : والله مَا مِنْ أحَد أغَْيَرُ مِنَ الله سُبْحَانَهُ من أن يَزْنَي عَبْدُهُ أوْ تَزني أمَتُهُ. يَا أمةَ مُحَمد، وَالله لو تَعْلمُونَ مَا أعلم لضَحكْتُمْ قَليلاً وَلَبَكَيتم كثِيراً “.
Dari Aisyah, beliau menuturkan bahwa gerhana matahari pernah terjadi pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lantas beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit dan mengimami manusia dan beliau memanjangkan berdiri. Kemuadian beliau ruku’ dan memperpanjang ruku’nya. Kemudian beliau berdiri lagi dan memperpanjang berdiri tersebut namun lebih singkat dari berdiri yang sebelumnya. Kemudian beliau ruku’ kembali dan memperpanjang ruku’ tersebut namun lebih singkat dari ruku’ yang sebelumnya. Kemudian beliau sujud dan memperpanjang sujud tersebut. Pada raka’at berikutnya, beliau mengerjakannya seperti raka’at pertama. Lantas beliau beranjak (usai mengerjakan shalat tadi), sedangkan matahari telah nampak.
Setelah itu beliau berkhotbah di hadapan orang banyak, beliau memuji dan menyanjung Allah, kemudian bersabda,
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.”
Nabi selanjutnya bersabda,
”Wahai umat Muhammad, demi Allah, tidak ada seorang pun yang lebih cemburu daripada Allah karena ada seorang hamba baik laki-laki maupun perempuan yang berzina. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kalian mengetahui yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.” 16

Khutbah yang dilakukan adalah sekali sebagaimana shalat ’ied, bukan dua kali khutbah . Inilah pendapat yang benar sebagaimana dipilih oleh Imam Asy Syafi’i. 17

Hal ini berdasarkan hadits-hadits berikut:

“Aisyah radhiyallahu ‘anha menuturkan bahwa pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah terjadi gerhana matahari. Beliau lalu mengutus seseorang untuk menyeru ‘ASSOLATU JAMI’AH’ (mari kita lakukan shalat berjama’ah). Orang-orang lantas berkumpul. Nabi lalu maju dan bertakbir. Beliau melakukan empat kali ruku’ dan empat kali sujud dalam dua raka’at. (HR. Muslim no. 901)

“Aisyah menuturkan bahwa gerhana matahari pernah terjadi pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lantas beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bangkit dan mengimami manusia dan beliau memanjangkan berdiri. Kemuadian beliau ruku’ dan memperpanjang ruku’nya. Kemudian beliau berdiri lagi dan memperpanjang berdiri tersebut namun lebih singkat dari berdiri yang sebelumnya. Kemudian beliau ruku’ kembali dan memperpanjang ruku’ tersebut namun lebih singkat dari ruku’ yang sebelumnya. Kemudian beliau sujud dan memperpanjang sujud tersebut. Pada raka’at berikutnya beliau mengerjakannya seperti raka’at pertama. Lantas beliau beranjak (usai mengerjakan solat tadi), sedangkan matahari telah nampak.” (HR. Bukhari, no. 1044)

Ringkasnya, tata cara solat gerhana -sama seperti solat biasa dan bacaannya pun sama-, urutannya sebagai berikut:

[1] Berniat di dalam hati.
[2] Takbiratul ihram iaitu bertakbir sebagaimana solat biasa.
[3] Membaca do’a iftitah dan berta’awudz, kemudian membaca surah Al Fatihah dan membaca surat yang panjang (seperti surat Al Baqarah) sambil dijaherkan (dikeraskan suaranya, bukan lirih) sebagaimana terdapat dalam hadits Aisyah:

جَهَرَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – فِى صَلاَةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam menjaherkan bacaannya ketika solat gerhana.” (HR. Bukhari no. 1065 dan Muslim no. 901)
[4] Kemudian ruku’ sambil memanjangkannya.

[5] Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal) sambil mengucapkan ’SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH, RABBANA WA LAKAL HAMD’

[6] Setelah i’tidal ini tidak terus sujud, namun diteruskan dengan membaca surah Al Fatihah dan surat yang panjang. Berdiri yang kedua ini lebih singkat dari yang pertama.

[7] Kemudian ruku’ kembali (ruku’ kedua) yang panjangnya lebih pendek dari ruku’ sebelumnya.

[8] Kemudian bangkit dari ruku’ (i’tidal).

[9] Kemudian sujud yang panjangnya sebagaimana ruku’, lalu duduk di antara dua sujud kemudian sujud kembali.

[10] Kemudian bangkit dari sujud lalu mengerjakan raka’at kedua sebagaimana raka’at pertama hanya saja bacaan dan gerakan-gerakannya lebih singkat dari sebelumnya.

[11] Tasyahud.

[12] Salam.

[13] Setelah itu imam menyampaikan khutbah kepada para jama’ah yang berisi anjuran untuk berzikir, berdo’a, beristighfar, sedekah, dan membebaskan hamba. (Lihat Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 349-356, Darul Fikr dan Shohih Fiqih Sunnah, 1: 438)

Nasehat Terakhir


Saudaraku, takutlah dengan fenomena alami ini. Sikap yang tepat ketika fenomena gerhana ini adalah takut, khawatir akan terjadi hari kiamat. Bukan kebiasaan orang seperti kebiasaan orang sekarang ini yang hanya ingin menyaksikan peristiwa gerhana dengan membuat album kenangan fenomena tersebut, tanpa mau mengindahkan tuntunan dan ajakan Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ketika itu. Siapa tahu peristiwa ini adalah tanda datangnya bencana atau adzab, atau tanda semakin dekatnya hari kiamat. Lihatlah yang dilakukan oleh Nabi kita shallallahu ’alaihi wa sallam:

عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى زَمَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِى صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ
Abu Musa Al Asy’ari radhiyallahu ‘anhu menuturkan, ”Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi lantas berdiri takut karena khawatir akan terjadi hari kiamat, sehingga beliau pun mendatangi masjid kemudian beliau mengerjakan shalat dengan berdiri, ruku’ dan sujud yang lama. Aku belum pernah melihat beliau melakukan shalat sedemikian rupa.”
Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam lantas bersabda,
”Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah yang ditunjukkan-Nya. Gerhana tersebut tidaklah terjadi karena kematian atau hidupnya seseorang. Akan tetapi Allah menjadikan demikian untuk menakuti hamba-hamba-Nya. Jika kalian melihat sebagian dari gerhana tersebut, maka bersegeralah untuk berdzikir, berdo’a dan memohon ampun kepada Allah.” 22

An Nawawi rahimahullah menjelaskan mengenai maksud kenapa Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam takut, khawatir terjadi hari kiamat. Beliau rahimahullah menjelaskan dengan beberapa alasan, di antaranya:
Gerhana tersebut merupakan tanda yang muncul sebelum tanda-tanda kiamat seperti terbitnya matahari dari barat atau keluarnya Dajjal. Atau mungkin gerhana tersebut merupakan sebagian tanda kiamat. 23
Hendaknya seorang mukmin merasa takut kepada Allah, khawatir akan tertimpa adzab-Nya. Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam saja sangat takut ketika itu, padahal kita semua tahu bersama bahwa beliau shallallahu ’alaihi wa sallam adalah hamba yang paling dicintai Allah. Lalu mengapa kita hanya melewati fenomena semacam ini dengan perasaan biasa saja, mungkin hanya diisi dengan perkara yang tidak bermanfaat dan sia-sia, bahkan mungkin diisi dengan berbuat maksiat. Na’udzu billahi min dzalik.

Demikian penjelasan ringkas kami mengenai shalat gerhana . Semoga bermanfaat.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel Rumaysho.com

Footnote:
1 Sumber bacaan: detik.com
2 HR. Bukhari no. 1047
3 HR. Bukhari no. 1060 dan Muslim no. 904
4 HR. Bukhari no. 1047
5 HR. Bukhari no. 1044
6 HR. Bukhari no. 1050
7 Lihat Shohih Fiqh Sunnah, 1/343
8 Fathul Bari, 4/10
9 HR. Bukhari no. 1043
10 Syarhul Mumthi’, 2/430
11 HR. Bukhari no. 1053
12 Fathul Bari, 4/6
13 Lihat Shohih Fiqh Sunnah, 1/345
14 HR. Muslim no. 901
15 Lihat Shohih Fiqh Sunnah, 1/435
16 HR. Bukhari, no. 1044
17 Lihat Syarhul Mumthi’, 2/433
18 Lihat Shohih Fiqh Sunnah, 1/435-437
19 HR. Muslim no. 901
20 HR. Bukhari, no. 1044
21 Lihat Zaadul Ma’ad, Ibnul Qayyim, 349-356, Darul Fikr dan Shohih Fiqih Sunnah, 1/438
22 HR. Muslim no. 912
23 Syarh Muslim, 3/322

Sekian adanya.  Entri ini dipetik semula dari sumber yang diperolehi melalui emel.

Gerhana
Gerhana bukan saat berpesta

Terima kasih kerana membaca Gerhana Matahari di Malaysia 9 Mac 2016

27 Mei 2015

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Tanpa Tembakau Sedunia


Baru tahu atau buat2 tak tahu?

25 Mei 2015

Kena Tolak di Kantin Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kena tolak di kantin sekolah. Suasana di kantin sekolah pastinya kelam kabut dan penuh dengan hiruk-pikuk. Terutama sekolah rendah di mana kawalan emosi pelajar sekolah rendah sebahagiannya kurang terkawal. Mereka teruja dapat rehat. Tidak disangkal juga ada sebahagiannya yang tertib dan sopan serta berhati-hati. Lumrah kanak-kanak begitulah tidak dapat dielak.


gambar hiasan

Hari ini, anak mengadu kena tolak ketika di kantin sekolah. Budak-budak biasalah bila ada yang tak puas hati atau ada perkara yang dia suka atau tidak suka pastinya akan mengadu. Kena tolak di kantin kadang-kadang boleh jadi perkara biasa selagi tidak jatuh tertiarap. Dalam keadaan murid-murid yang ramai dan tidak terkawal apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Hanya kita yang perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan.

Setiap aduan dari anak-anak kita perlu ambil kira dan ambil peduli. Sekurang-kurangnya ambil tahu punca dan kesan akibat kejadian. Sekiranya tiada kesan yang memudaratkan aduan itu perlu disimpan dan rasanya tidak perlulah diperbesarkan. Adatlah budak-budak. Jatuh bangun tu perkara biasa. Jangan sampai mendatangkan kecederaan. Buat sementara waktu berilah nasihat yang terbaik agar dia lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesalahannya.

Jangan sampai gejala buli terjadi.

posted from Bloggeroid

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Sudah lama rasanya kita tidak mendengar lagu baru berkaitan lagu Melayu Asli. Bukan calang-calang orang yang mampu menyanyikannya dengan baik. Bukan sahaja menyanyi penulis lirik turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan lagu Melayu yang benar-benar Asli.

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015


Satu peluang keemasan kepada yang berminat dan berbakat dalam penulisan lirik lagu.   Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Program ini bertujuan untuk mencungkil bakal penciptaan lagu dan penulisan lirik yang merupakan kesinambungan daripada Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan.  Dengan adanya program seumpama ini secara tidak langsung dapat memartabat dan memulihara warisan tradisi Negara dan mengekalkan ras cinta kita terhadap seni muzik tradisional dikalangan generasi muda.




Penyertaan untuk pertandingan ini teruka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.  Peluang kepada remaja seawal usia 15 tahun juga boleh menyertai pertandingan ini. Inilah peluang untuk kita mengasah bakat terpendam.

Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan.  Kiranya berbaloi dengan usaha menghasilkan karya dan penulisan lirik Melayu Asli.

Syarat pertandingan lain dan borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.jkkn.gov.my




Selamat mencuba kepada semua.  Semoga bertambah lagu kesenian Melayu Asli yang bermutu tinggi.

Ini adalah entri khidmat masyarakat

07 Februari 2015

Pilihan cecair pencuci pinggan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cecair pencuci pinggan


Terdapat banyak jenama pencair pencuci pinggan. Ada dari jenis pekat atau cair, warna kuning atau oren dan hijau yang biasa kita jumpa di pasaran.

Jika nak dikirakan jenama rasanya tidak terhitung dek jari jemari. Ada yang dijenamakan semula dari nama asal. Ada juga yang kita tidak pernah dengar atau lihat di media. Ada juga jenama dari katalog jualan langsung. Dan biasanya cecair pencuci pinggan dari katalog jualan langsung harganya agak mahal sedikit dari harga di pasaran runcit. Mungkin juga kerana setanding dengan kualiti dan keberkesanannya dalam membersihkan pinggan mangkuk dan periuk belanga.

Sajalah nak bangkitkan isu pasal cecair pencuci pinggan sebab hari ni kan cuti, orang tak baca sangat pasal isu-isu ditempat kerja hari ni.

Cecair Pencuci Pinggan Turun Harga


Tengahari tadi dalam tv atau dalam akhbar mungkin juga telah dikhabarkan mengenai penurunan harga barang hasil pertanian antara 10-20%. Mudah-mudahan harga barang pengguna yang lain juga akan diturunkan. Seperti harga cecair pencuci pinggan.

Hari ini, harga pencuci pinggan seperti gambar di atas didiskaunkan sedikit. Sepatutnya boleh diturunkan sedikit lagi untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan dalam perbelanjaan yang lain bagi keperluan isi rumah.

Sebagai pengguna kita berhak memilih yang terbaik sebelum membuat pembelian. Beli barangan yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Bila pengguna bersatu penjual juga pasti lebih perihatin dan tidak mudah mengambil kesempatan.

Bersama kita tingkatkan suara dan hak pengguna.

Sekian.
posted from Bloggeroid

11 September 2014

Kebocoran idea bukan persoalannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Melayan kerenah anak-anak memang mengasyikkan walaupun dalam keadaan penat. Ada saja kerenah anak-anak... bersyukur atas nikmat dariNya kerana diberi peluang untuk melihat dan memerhati kerenah mereka.

Dalam hal ini kebocoran idea bukanlah persoalan utama untuk menghasilkan entri. Kerana setiap dari kita mempunyai cara dan kaedah yang berbeza untuk menghasilkan entri yang terbaik dalam hidupnya.

Kebocoran idea mungkin tidak sama dengan kebocoran soalan kerana ia melibatkan isu yang berbeza walapun kata kuncinya adalah sama. Idea itu hak individu dan mungkin juga boleh diciplak oleh orang lain kerana di keliling kita dipenuhi dengan gelombang yang mungkin bertembung dengan jasad orang lain. Lantas tidak hairanlah kadang-kadang kita akan bertemu dengan karya dan penulisan yang sama.

Kebocoran soalan pula melibatkan banyak pihak dan ia turut mencerminkan integriti individu tertentu. Memandangkan integriti adalah soal hati.

Bukanlah tujuan entri ini diterbitkan untuk mengulas lanjut isu berkaitan kebocoran soalan upsr atau mana-mana peperiksaan tetapi lebih kepada update blog. Beberapa hari kebelakangan ini tidak banyak entri dapat dikeluarkan kerana kebocoran masa dan peluang untuk menulis.

Kepada rakan blogger yang telah tag saya dalam beberapa entri... jangan kecewa kerana tag anda telah saya perhatikan dan akan susul bila tiba masa yang sesuai.

Terima kasih kepada semua atas perhatian. Samalah kita menjaga integriti diri semoga tidak mendatangkan kesusahan di kemudian hari.

~(@^_^@)~~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

22 Ogos 2014

Jumaat #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014. Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena ketibaan jenazah korban MH17. Kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat didoakan semoga kalian semua tabah dan bersabar atas ketentuan ini. Semoga dikurniakan keberkatan kepada yang masih ada.

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang. Bagi kami di Perak Darul Ridzuan tetap juga bendera negeri dikibarkan separuh tiang kerana masih lagi berkabung 100 hari atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Bukan sahaja bendera dikibarkan separuh tiang malahan pekerja wanita disarankan memakai tudung hitam manakala pekerja lelaki memakai songkok hitam.

Kami masih lagi di ILU mengikuti seminar.

posted from Bloggeroid

24 Mac 2014

Jawapan kini pasti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segala penantian dan persoalan selama 17 hari lepas kini terjawab sebahagiaannya.



Sungguh banyak hati yang terluka dan kecewa namun itulah takdir kesudahannya.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan iman dan kesabaran kepada ahli keluarga #MH370 yang terlibat.

A'zomallah hu ajroka.

posted from Bloggeroid

12 Februari 2014

Rabu Tanpa Kata : Kesedaran Bahaya Denggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kes Denggi Meningkat!!!

  1. Pastikan kawasan setor, longgokan sampah dan longkang dibersihkan dan bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.
  2. Sila pastikan kerja pembersihan dilaksanakan dengan sempurna.
  3. "Fogging" secara berkala.
  4. Pastikan kawasan rumah dan tempat kerja bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.


kurangkan bercakap, lebihkan tindakan


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




03 September 2013

Kesan kenaikan harga minyak petrol Ron95 dan Diesel

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, 3 September 2013 tepat jam 12.00 malam atau lebih tepat pada jam 00:01 harga minyak petrol Ron95 dinaikkan sebanyak 20sen dari harga sedia ada iaitu RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter.  Harga diesel turut menerima kenaikan harga sebanyak 20sen seliter.

Sungguh satu kejutan yang amat luar biasa kerana sebelum ini kenaikan harga tidak begitu tinggi.  Tak tahu nak tulis macam mana sebab sudah tentu isu kenaikan harga sekarang ini sudah dimonopoli oleh ramai otai-otai blogger.

Sewaktu keluar atas urusan keluarga malam tadi (macam isi borang keluar waktu pejabat pulak), sempat juga meninjau stesyen minyak... melimpah ruah kenderaan hingga ke bahu jalan.

Cerita ini diteruskan begini...


Jalan raya pada awalnya kelihatan tenang dan trafik juga lancar.



Sehinggalah tiba ke satu tempat... kelihatan deretan kereta menunggu sesuatu di pinggir jalan


Sehingga di sini baru perasan rupanya pam minyak dah penuh sesak.


Kereta masuk ke stesyen minyak dari setiap pintu masuk... 


Walau apa pun yang berlaku perjalanan harus diteruskan ditemani lampu neon yang bergemerlapan.  Tiba-tiba terfikir apa perlunya deretan lampu warna-warni itu.  Seandainya sekadar hiasan untuk memberi warna kepada malam... hentikan saja... bukankan itu satu lagi pembaziran... atau akan tunggu sehingga naik lagi satu kadar?

Dah puas membaca (kalau baca terima kasih) dan melihat cerita dari gambar yang kabur itu, kita lihat pula kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat.  Kesan-kesan yang dinyatakan di sini adalah selain dari kesan biasa yang kita akan baca atau lihat.

1.  Isu utama dalam blog
Nak bagi tahu lah ... kan blogger ni wartawan tidak bertauliah.  Walau apa saja berita dan isu semasa semuanya nak dikongsikan bersama pembaca.  Tidak kurang juga isu itu dicoretkan sebagai catatan perjalanan atau diari seorang blogger.

2.  Topik perbualan hangat di Facebook dan Twitter
Kalau tak percaya buka facebook sekarang dan twitter... rata-rata isu kenaikan harga minyak menjadi topik utama.  Tak percaya... silakan percaya :P

3.  Petrol dan Diesel akan segera habis
Malam tadi, kemungkinan juga di sesetengah tempat akan adanya stesyen minyak yang kehabisan stok Diesel dan Petrol.  Ada ker?  Kalau tak habis pun dikatakan habis sebab nak simpan untuk detik 12 malam.

4.  Menjadi sebahagian daripada tajuk assignment, esei atau soalan peperiksaan
Kepada kalian yang sedang belajar terutama Diploma Pentadbiran Awam, topik ini akan menjadi sebahagian daripada tajuk assignment atau soalan peperiksaan akhir bagi Isu-Isu Semasa.  Cepat cari bahan dan banyakkan membaca apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kenaikan harga barang dan kesan-kesannya kepada kerajaan serta rakyat Malaysia.  Korang jangan tak tau ini boleh jadi contoh soalan gak nie...

5.  Meneruskan hidup seperti biasa
Walau setinggi mana sekali pun harga minyak dinaikkan kehidupan mesti diteruskan dengan cara dan kaedah tersendiri bagi mengikut perkembangan semasa.  Mungkin juga ada sebahagian daripada bajet terpaksa dicantas atau dikurangkan.  Teruskan hidup dengan akhlak mulia disamping penerapan nilai-nilai murni.  Tak perlu lakukan perkara yang tidak berfaedah...

Kesimpulan
Kenaikan harga minyak pada dasarnya adalah untuk membantu kerajaan dalam menjayakan usaha pembangunan untuk rakyat.  Adalah menjadi harapan rakyat agar usaha itu sampai kepada kumpulan sasar di peringkat akar umi dan tidak tersangkut pada mana-mana peringkat yang tidak sepatutnya.  Rakyat telah berkorban untuk menerima potongan subsidi... maka rakyat juga patut mendapat imbuhan yang setimpal di atas pengorbanan itu.


Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-56.


Sekian adanya... Selamat kepada semua rakyat Malaysia


11 Disember 2012

Ada kawan di Nigeria

As salam,

Corak hiasan

Dalam kesibukan sana-sini media bercerita berkaitan kes penipuan internet terutama dari negara Afrika.  Tiba-tiba anda dapat peluang berurusniaga dengan orang Afrika.  Adakah anda akan terus percaya atau fikir dulu?

Tak mau bercerita lebih panjang lebar, baik aye perturunkan di sini picisan e-mail yang diterima.

"FedEx Express Delivery Final Notification

Dear customer,

We have been waiting for you to contact us for your Confirmed Package that
is registered with us for shipping to your residential location. We
thought that the sender gave you our contact details and that you would
have contacted us by now. We would also let you know that a letter is also
attached to your package. However, we cannot quote its content to you via
E-mail for privacy reasons. We understand that the content of your package
itself is a Bank Draft worth $800,000.00 USD; in FedEx we do not ship
money in CASH or in CHEQUE but in Bank Drafts only. The package is
registered with us for mailing by your colleague, and your colleague
explained that he is in Nigeria for a three (3) month surveying Project.
For he is working with a consulting firm in Nigeria West Africa.

We are sending you this E-mail because your package is been registered on
a Special Order. What you have to do now, is to contact our Delivery
Department for the immediate dispatch of your package to your residential
address. Note that as soon as our Delivery Team confirms your information,
it will only take us one working day (24 hours) for your package to arrive
at its designated destination. For your information, the VAT & Shipping
charges as well as processing fees have been paid by your colleague before
your package was registered.

What you have to do now. This will help you avoid any form of query from
the Monetary Authority of your country. However, you will have to pay a
sum of $155US Dollars to the FedEx Delivery Department for the Security
Keeping Fee of the FedEx Company as stated in our privacy terms &
condition page. Also be informed that your colleague wished to pay for the
Security Keeping charges, but we do not accept such payments considering
the facts that all items & packages registered with us has a time
limitation and we cannot accept payment not knowing when you will be
picking up the package or even respond to us. So we cannot take the risk
to have accepted such payment in case of any possible demurrage.

Kindly note that your colleague did not leave us with any further
information. We hope that you send your response to us as soon as possible
because if you fail to respond until the expiry date of the foremost
package, we may refer the package to the British Commission for Welfare as
the package does not have a return address.
You are required to contact the delivery department (FedEx Delivery Post)
with the details given below:

FedEx Delivery Post
Contact FedEx Delivery Email: (m_adams1263@yahoo.com)
Mr. Michael Adams
Managing Director
Phone Number: +2348025961492


Kindly complete the below form and send it to the email address given above.

This is mandatory to reconfirm your Postal address and telephone numbers.
YOUR NAME:
TELEPHONE:
POSTAL ADDRESS:
CITY:
STATE:
COUNTRY:
OCCUPATION:
Age:


As soon as your details are received, our delivery team will give you the
necessary payment procedure so that you can effect the payment for the
Security Keeping Fees. As soon as they confirm your payment receipt of
$155 US Dollars. They will not hesitate to dispatch your package as well
as the attached letter to your residence. Which usually takes 24 hours
being an over night delivery service.

Note: that we were not instructed to email you, but due to the high
priority of your package we had to inform you as your sender did not leave
us with his phone number because he stated that he just arrived Nigeria
and he has not gotten a phone yet. We personally sealed your Bank Draft
and we found your email contact in the attached letter as the recipient of
the foremost package. Ensure to contact the delivery department with the
email address given above and ensure to fill the above form as well to
enable a successful reconfirmation.

Yours Faithfully,
Mr. Williams Walker.
FedEx Online Team Management.
All rights reserved. © 1995-2012
"

Okey, korang dah baca e-mail kat atas kan?  E-mail tu memang disalin dan tampal sepenuhnya tanpa diedit semula. 

Apa pendapat korang?  Aye memang tiada kawan yang bekerja di Nigeria, kalau pergi tak bagi tau tak taulah pulak... Tapi projek besar tu ...

Macam2 nak buat perangkap.  Betullah kata pepatah "Jerat tidak pernah lupakan pelanduk"  Tetapi kita bukan pelanduk kan dan kita ada akal... maka pakailah akal yang ada dengan sebaiknya.

Kita mampu mengubahnya.


.


07 April 2012

SEMINAR PERANCANGAN CUKAI & e-FILING 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tahukah anda?


Bil.
Jenis Perbelanjaan/Bayaran Layak Potongan Cukai Individu
1
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
2
Peralatan Sokongan Asas untuk Orang Kurang Upaya seperti kerusi roda dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Ibubapa/Anak-anak)
3
Yuran Pendidikan (Sendiri) dari peringkat diploma sehingga selanjutnya.
4
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati seperti kanser, leukemia dsbgnya. (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
5
Pemeriksaan perubatan penuh (Full medical check-up) (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
6
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
7
Pembelian komputer peribadi 
8
Tabungan bersih dalam skim SSPN
9
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan seperti bola, raket dsbgnya.
10
Yuran langganan Jalur Lebar (Broadband)
11
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

*Untuk pembayaran bersama, potongan cukai boleh dituntut oleh setiap pembayar bergantung kepada jumlah faedah yang telah dibayar.
12
Insuran nyawa dan KWSP (Sendiri/Pasangan)
13
Insurans pendidikan dan perubatan (Sendiri/Pasangan/Anak-anak)
14
Zakat
15
Derma/Hadiah (Sumbangan Wang atau Barang yang dibenarkan sebagai potongan cukai)

(sila klik pada gambar untuk lebih jelas)

seminar perancangan cukai dan e-filing 2011

Tarikh:  14 April 2012
Tempat:  Dewan Kuliah Al-Khawarizmi
Yuran penyertaan:  RM15.00 seorang


Carian