Pengikut Setia

29 Disember 2010

Trofi Piala Suzuki AFF 2010 menjadi milik Malaysia | No Heart Feeling

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Akhirnya Malaysia berjaya juga membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF 2010, buat pertama kali semenjak kejohanan berkenaan diwujudkan.  Biarpun Malaysia tewas 2-1 pada pusingan kedua namun kerana bekalan 3-0 pada pusingan pertama Malaysia menang dengan agregat 4-2.

Pelikke bila wanita buat catatan tentang sukan, bola pulak tu... cerita tentang sukan memang bukan bidang aye tapi kena layan jugak RTM1, sebabnya kalau tidak Encik suami tu lari nonton kat luar pulak ngan kawan2... tu pun nampak macam tak senang duduk...

Berani yek buat kenyataan nih... hehehe, sebabnya encik suami aye ni kureng sikit dengan IT tambahan lagi blog.  Walaupun dialah dihati yang sentiasa beri support untuk aye berblogging... hah, sambil layan dia tengok bola, aye layan jer blog nih...

akhir kata, Tahniah dan syabas buat pasukan Malaysia dan esok nak cuti ker?... Takyah la... kerja dok bertimbun tu... cuti jer hari Sabtu dan Ahad ni yek...

Oh ya... citer tentang klinik kesihatan tu... nanti aye publish kan...

Sekian adanya...

2 ulasan:

  1. assalamualaikum,

    wah iya Malaysia Boleh, congrats!
    saya org Indonesia tapi ikut gembira negara kita bersua di final AFF :) meskipun kalah, tapi rasa persatuan negara kami begitu terasa. Thanks.

    BalasPadam
  2. to mrsgt,

    yep... semangat kesukanan, bangga sekali, Malaysia menangnya di sini, makanya Indonesia harus juga menang di negara sana... kan

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian