Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare
Bukan nak tipu. Tapi sedikit ada unsur penipuan kalau ada orang yang tidak mahu wajahnya putih gebu. Walau apaupun kita tetap juga bersyukur dengan wajah yang kita miliki sekarang. Apa yang penting memiliki wajah putih gebu adalah satu bonus yang amat bermakna. Sejuk mata memandang, bukan untuk orang lain tetapi untuk suami sendiri.. kan.
Sekarang ni tidak susah mana untuk mendapatkan wajah putih gebu. Antaranya dengan menggunakan produk yang praktikal sangat iaitu My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare. Terdapat tiga langkah mudah dah praktikal terutama bagi saya yang nak wajah putih gebu tetapi malas nak guna "perisian" yang banyak untuk wajah.
Dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare, kita perlu gunakan 3 "perisian" sahaja iaitu
Whitening Booster Soap, Whitening Booster Day Cream dan Whitening Booster Oxygenating Night Cream. Sudah cukup lengkap untuk perolehi wajah putih gebu dalam masa 3 hari.
Terima kasih kepada Mialiana.com kerana telah memperkenalkan produk ini.
Review Whitening Intensive Booster Skincare
Kini tiba masa untuk saya ceritakan secara langsung pengalaman sendiri semasa menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare yang keluaran My Beauty Herbs.
Pengalaman menggunakan produk
Whitening Intensive Booster Skincare sesungguhnya berlainan sekali. Kerana dengan 3 perisian sahaja, produk berkenaan mampu mencerah, menggebu, melembap, melembut dan menegangkan wajah.
Sebelum dan selepas guna produk
Sebelum menggunakan produk
Whitening Intensive Booster Skincare, kulit saya sememangnya agak berjelaga dan berminyak termasuk juga berjeragat dan tidak sekata. Kulit juga kusam dan tidak bermaya.
Bertepatan sekali dengan temanya; anti penuaan dan meremajakan kulit. Saya tidak perlu lagi risau dengan perubahan struktu kulit seperti kedutan dan sebagainya. Tetapi setiap dari kita pastinya tahu bahawa setiap orang akan mengalami perubahan pada struktur kulit wajah. kedutan yang seakan timbul pada kulit wajah semakin mengecil dan kulit juga terasa halus.
Boleh dikatakan produk ajaib terkini kerana ia mampu mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit selain daripada menghilangkan parut jerawat dan jeragat tebal. Namun semua itu atas usaha dan kesungguhan serta tertib penggunaan.
Cara penggunaan yang mudah, saya hanya perlu membersihkan kulit wajah dua kali sehari iaitu pagi dan malam, menggunakan sabun yang unik dengan baunya yang menarik seolah menggamit nostalgia. Menariknya penggunaan sabun ini tidak meninggalkan kesan kekeringan pada wajah sebaliknya wajah terasa segar. Itulah MBH Whitening Booster Soap.
Penggunaan MBH Whitening Booster Day Cream juga mudah. Bagi saya kulit agak gelap tidak perlu letak banyak jika tidak akan meninggalkan kesan yang 'putih melepak'. Penggunaan yang sedikit amat menjimatkan. Saya suka sangat dengan krim ini kerana dengan penggunaan yang sedikit sahaja ia sudah mampu menjadikan tona lebih sekata,lembut dan berkilau, dapat melindungi kulit wajah daripada sinaran UV. Selain dari itu, krim ini menyerikan wajah kusam serta menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
Saya menggunakan MBH Whitening Booster Day Cream hanya sekali sehari. Di pejabat atau di rumah, selepas mengambil wuduk untuk solat Zohor saya tidak perlu ulang menggunakan krim ini atau bedak lain, wajah saya terasa lebih sihat. Tak berani nak perasan muda... sebab umur pun bukanlah muda lagi tetapi itulah hakikatnya. Nampak seperti kulit orang muda.
Wajah pada waktu malam
Pada waktu malam pula, saya menggunakan MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream. Lazimnya saya menggunakan produk ini sebelum tidur. Dan sekiranya saya keluar bersama keluarga pada waktu malam, saya juga tidak mengenakan apa-apa produk di muka lebih selesa, tidak seperti sebelum menggunakan Whitening Intensive Booster Skincare.
Saya tidak berkesempatan untuk meletakkan sendiri gambar bersama produk. Namun saya akan meletakkan gambar berkenaan di lain kesempatan.
Banyak sebenarnya faedah yang mampu diperolehi dari Whitening Intensive Booster Skincare. Selain dari harganya yang berpatutan, ia juga menjimatkan dan memudahkan saya. Tidak perlu banyak perisian, hanya yang perlu ada adalah sabun pencuci wajah, krim siang dan krim malam. Lengkap dan sempurna untuk memiliki kulit wajah yang putih gebu.
Terima kasih kepada
Mialiana.com dan
My Beauty Herbs di atas peluang yang diberikan. Satu pengalaman yang menarik dan hebat untuk digambarkan dengan kata-kata.