Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

09 Disember 2017

Masjid Al Aqsa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masjid Al Aqsa




Aku bertanya, "Wahai Rasulullah,
Masjid manakah yang pertama kali dibangun?"
Beliau menjawab, "Masjidil Haram"
Aku bertanya lagi, "Kemudian (masjid) mana?"
Beliau menjawab, "Kemudian Masjidil Aqsha"
Aku bertanya lagi, "Berapa jarak antara keduanya?"
Beliau menjawab, "Empat puluh tahun.
Kemudian dimanapun sholat
menjumpai mu setelah itu, maka shalatlah,
kerana keutamaan ada padanya".
Dan, dalam riwayat lainnya, "Dimanapun shalat padanya".
Dan dalam riwayat lainnya, "Dimanapun shalat menjumpaimu,
maka shalatlah, kerana ia adalah masjid"
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


** Shalat itu tiang agama.  Semoga Al Aqsa sentiasa dalam perlindungan Allah.




30 September 2017

Renungan tentang solat kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Renungan tentang solat kita

Sekali lagi saya berkongsi catatan dari pembacaan di channel Telegram.




🌼Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakan nya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

🌼Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu...Allahuakbar.

🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah...Allahuakbar.

🌼Anggaplah solat itu sebagai masa terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dengan Allah SWT...Allahuakbar.

🌼Bayangkan ketika *"Azan berkumandang,"* Allah melambai-lambai kepadamu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya ...Allahuakbar.

🌼Bayangkan ketika kau *"Takbir,"* Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu...Allahuakbar

🌼Bayangkanlah ketika *"Rukuk,"* Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya...Allahuakbar

🌼Bayangkan ketika *"Sujud,"* Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...Allahuakbar

🌼Bayangkan ketika kau *"Duduk di antara 2 sujud,"* Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusik mu."...Allahuakbar

🌼Bayangkan ketika kau memberi *"Salam"*, Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih... Subhanallah.

🌼Masya Allah.. sungguh nikmat solat yang kita lakukan.

Allahumma, saksikanlah......

Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yang sering terleka dek urusan dunia yang sentiasa menghambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya😊


Sumber: @quotephotovideo 🕌🕌🕌

posted from Bloggeroid

30 Ogos 2017

Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat


Barangkali telah menjadi perbahasan dan isu utama kepada kita semua berkenaan Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat.  Seperti tahun lepas, tahun ini sekali lagi Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat.  Justeru timbul pelbagai persoalan mengenai solat sunat hari raya Aidil Adha, Solat Jumaat dan Solat Zuhur.


Gambar hiasan.  Milik peribadi


Berikut adalah petikan persoalan dan jawapan oleh majlis fatwa saudi yang dipinjam dari Channel Telegram Dr Zaharuddin Group, [27.08.17 08:30]

Soalan:


Banyak timbul persoalan apabila jatuh hari raya pada hari jumaat yang menyebabkan berhimpun 2 hari raya, Iedil Fitri atau Iedil Adha bersama hari Jumaat yang merupakan hari raya dalam seminggu, apakah wajib solat Jumaat ke atas sesiapa yang hadir menunaikan solat hari raya. Apakah memadai solat hari raya dan seseorang hanya perlu menunaikan solat Zohor sebagai ganti solat Jumaat? Dan apakah dilaungkan azan atau tidak untuk menunaikan solat Zohor di masjid?


Jawapan 


Dalam masalah ini terdapat beberapa hadis yang marfu' dan athar yang mauquf, antaranya:

1) Hadis Zaid bin Arqam RA bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan RA pernah bertanya kepada beliau: "Apakah kamu pernah bersama Rasulullah menyambut dua hari raya (raya fitri atau Adha bersama hari Jumaat) yang berhimpun pada hari yang sama."
Beliau menjawab: "Ya, pernah." 
Mu'awiyah bertanya lagi: "bagaimana yg baginda lakukan?" 
Jawab beliau: "Baginda solat hari raya dan baginda memberi kelonggaran pada solat Jumaat. Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu solat (Jumaat), maka lakukanlah." 
Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'ie, Ibn Majah, al-Darimi dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Beliau berkata: "Hadis ini Sahih al-Isnad, dan Imam al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya. Hadis ini juga terdspat sokongan dari riwayat lain yang memenuhi syarat Muslim. Penilaian al-Hakim ini dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: "Isnadnya jayyid."

2) Sokongan (شاهد) yang dinyatakan adalah hadis Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesunguhnya telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, maka sesiapa yang mahu, telah memadai baginya dari solat Jumaat, adapun kami akan melaksanakan Jumaat." Riwayat al-Hakim seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Ibn Majah, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi dan selain mereka.

3) Hadis Ibn 'Umar RA yg berkata: "Pernah berhimpun dua hari raya (hari raya Fitri atau Adha dan hari Jumaat) di zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, setelah itu baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu hadir menunaikan solat jumaat, maka hadirlah, sesiapa yang tidak mahu hadir maka tidak mengapa." Riwayat Ibn Majah.
Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Mu'jam al-Kabir dengan lafaz: "Pernah berhimpun dua hari raya di zaman Rasulullah SAW, hari raya fitri dan hati Jumaat. Rasulullah menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, kemudian baginda menghadap wajah ke arah mereka seraya berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kamu semua telah memperolehi kebaikan dan pahala yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan Jumaat. Sesiapa yang hendak melaksanakan jumaat bersama kami, maka lakukanlah, sesiapa yang hendak pulang, maka pulanglah."

4) Hadis Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "telah berhimpun dua hari raya pada hari ini. Sesiapa yang menghendaki, sudah memadai jumaat darinya. Adapun kami insyaallah akan melaksanakan jumaat." Riwayat Ibn Majah.
Kata al-Busiri: "Isnadnya Sahih dan para perawinya thiqat."

5) Mursal Zakwan bin Soleh katanya: "pernah bertembung dua hari raya di zaman Rasulullah SAW. Hari jumaat dan hari raya, baginda menunaikan solat, setelah itu bangun lalu berkhutbah kepada orang ramai, baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua telah memperolehi zikir dan kebaikan yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan jumaat. Sesiapa yang mahu tetap di rumahnya (tidak mahu melaksanakan jumaat), maka tetaplah di rumah. Sesiapa yang mahu melaksanakan jumaat maka lakukanlah." (Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al'Kubra).

6) Daripada 'Ato' bin Abi Rabah katanya: "Ibn al-Zubair pernah solat hari raya bersama kami pada pagi hari jumaat. Setelah itu (apabila masuk waktu jumaat) kami keluar untuk menunaikan solat jumaat, tetapi beliau tidak keluar kepada kami (untuk solat Jumaat). Maka kami pun solat bersendirian. Ketika itu Ibn Abbas berada di Taif. Ketikamana beliau sampai kepada kami, kami nyatakan hal itu kepadanya. Beliau berkata: "Hal itu menetapi sunnah." Riwayat Abu Daud.
Ibn Khuzaimah meriwayatkannya dengan lafaz lain yang terdapat tambahan di akhirnya, kata Ibn al-Zubair: "Aku pernah melihat Umar bin al-Khattab apabila bertembung dua hari raya, beliau melakukan seumpama ini."

7) Di dalam Sahih al-Bukhari RH dan Muwattha' al-Imam Malik RH daripada Abi Ubaid Maula Ibn Azhar, kata Abu 'Ubaid: "Aku pernah menyaksikan dua hari raya bersama Uthman bin Affan RA, ketika itu hari Jumaat. Beliau menunaikan solat (hari raya) sebelum berkhutbah, setelah itu berkhutbah. Beliau berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya pada hari ini telah berhimpun pada kamu semua dua hari raya. Sesiapa yang mahu menunggu jumaat dari kalangan orang-pendalaman maka tunggulah. Sesiapa yang pulang maka telah aku izinkan kepadanya."

8) Daripada Ali bin Abi Tolib RA, ketikamana bertempung dua hari raya (raya fitri atau adha dengan hari jumaat) pada hari yang sama, beliau pernah berkata: "Sesiapa yang mahu menunaikan jumaat, maka tunaikanlah. Sesiapa yang mahu tetap di rumah (sepwrti yang dinuatakan oleh Sufyan), maka lakukanlah." Riwayat Abd al-Razzaq di dalam al-Musannaf dan Ibn Abi Syaibah dengan riwayat yang seumpamanya.

Berdasarkan hadis-hadis marfu' kepada Nabi SAW ini, demikian juga athar-athar mauquf dari beberapa sahabat RA, juga berdasarkan perakuan majoriti ulama tentang kefahaman dari riwayat-riwayat ini, di bawah ini adalah penjelasan hukum dari Jawatankuasa Lujnah al-Daimah:

1) Sesiapa yang telah hadir untuk solat hari raya, diberi keringanan untuk dia tidak hadir solat Jumaat, dia solat Zohor pada waktu Zohor. Jika dia mengamalkan azimah dengan tetap hadir juga solat jumaat, maka itulah yang lebih utama (Afdjal)

2) Sesiapa yang tidak hadir solat hari raya, dia tidak termasuk dalam kalangan yang diberi keringanan tidak hadjr jumaat. Oleh itu tidak gugur kewajipan jumaat darinya, wajib dia hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jika tidak mendapati jumlah jemaah yang membolehkan solat jumaat, maka ditunaikan solat Zohor.

3) Wajib ke atas imam masjid melaksanakan Jumaat pada hari tersebut, agar boleh disertai oleh sesiapa yang hendak menyertainya atau mereka yang tidak sertai solat hari raya, jika bilangan mencukupi untuk solat jumaat. Jika bilangan tidak mencukupi ditunaikan solat zohor.

4) Sesiapa yang telah hadir solat hari raya dan mengambil keringanan untuk tidak hadir solat jumaat, hendaklah menunaikan solat zohor apabila masuk waktu zohor.

5) Tidak disyariatkan pada waktu ini azan melainkan di masjid-masjid yang didirikan padanya solat jumaat. Tidak disyariatkan juga azan jika hendak ditunaikan solat zohor pada hari tersebut.

6) pandangan yang mengatakan sesiapa yang hadir solat hari raya, gugur darinya solat jumaat dan solat zohor untuk hari tersebut adalah pandangan yang tidak benar. Kerana itu para ulama meninggalkan pandangan ini dan menghukumnya sebagai salah dan ganjil kerana menyelisihi sunnah dan ia menggugurkan salah-satu kefardhuan dari Allah tanpa dalil. Barangkali tidak sampai kepada mereka al-Sunan dan al-Athar dalam masalah ini yang memberi keringanan kepada sesiapa yang telah hadir solat hari raya untuk tidak hadir solat jumaat, dan wajib solat zohor.


Salam Aidil Adha.  Sumber gambar

Semoga mendapat manfaat dari keterangan yang tertera di atas.  Keterangan di atas memang sengaja tidak diedit bagi mendapatkan lebih kefahaman selain daripada tidak memberikan maksud yang berbeza dari yang dimaksudkan oleh penulis asal.

Semoga ibadah kita mendapat ganjaran setimpal dan diberkati.  Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

szi 💚💚💚

19 Oktober 2014

Ada apa dengan Solat Tahajjud

Assalamualikum dan selamat sejahtera,




Gambar hiasan

Ada apa dengan Solat Tahajjud.


Berikut adalah petikan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Dari Bilal ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perlukan olehmu solat malam, maka bahawasanya solat malam itu amalan / tradisi orang-orang soleh sebelum kamu, penghampiran diri kamu kepada Tuhan kamu, dan pencegahan daripada dan penghapusan bagi kejahatan -kejahatan, dan penolak bagi penyakit dari badan."
(Riwayat Tirmizi)

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

18 Oktober 2014

Di antara dua kebaikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Di antara dua kebaikan



Wahai Anakku, apabila Engkau akan mengerjakan shalat, maka shalatlah seperti shalatnya orang yang akan meninggalkan dunia ini, janganlah Engkau mengira bahwa Engkau akan kembali lagi ke dunia ini. 
Dan ketahuilah Wahai Anakku, sesungguhnya seorang mukmin itu meninggal dunia di antara dua kebaikan; kebaikan yang telah ia kerjakan dan kebaikan yang akan ia kerjakan.
(Muadz bin Jabal)

16 Oktober 2014

Susah dahulu senang kemudian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susah dahulu senang kemudian


Baru tadi berjumpa sekarang dah kena buat kerja tambahan.  Bukan tak suka tapi terpaksa suka juga kerana dah memang kerja kita kan.  Bukan saja tengok muka, tapi tengok bayang pun dah fobia. Macam mana nak elak?  Tak tahu kan.

Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ini kebanyakan orang suka sangat buat kerja last minit, terkejar-kerja macam tak sempat-sempat sangat dah.  Yang peliknya bila bagi arahan macam tak boleh fikir keadaan orang lain...


Sekarang memang musim kelam-kabut kot.  Maklumlah #Bajet2015 baru saja dibentang.  Seolah-olahnya semua orang mengejar untuk capai KPI bajet tu.  Sedangkan manusia ni ... masih lagi keliru. Menulis pun dan merepek meraban bukan-bukan.

Kembalilah kita ke pangkal jalan.
Semoga kita tidak tersesat di pertengahan jalan.
Nampaknya hala tuju perjalanan kita masih jauh.
Walaupun kita bakal tiba pada bila-bila masa.

Saya sebenarnya keliru dengan hasil tulisan ini.  Apa kaitannya dengan tajuk di atas, jalan cerita pada perenggan di atas dan penghujung cerita ini.


Barangsiapa terbiasa memanjangkan shalat malam (dengan memanjangkan bacaan al-Qur'an ketika berdiri dalam shalat), maka ia akan merasa ringan ketika harus lama berdiri pada Hari Kiamat kelak.
(Hassan bin Athiyyah)

Semoga kita dikurniakan kekuatan dan kesabaran untuk membiasakan diri berdiri lebih lama dalam solat malam dan memanjangkan bacaan  al-Quran sesudah Fatihah.

Semoga terbaik buat kita semua.

Terima kasih.


20 Jun 2014

Sesuatu yang lebih sulit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sesuatu yang lebih sulit




Saya belum menemukan dalam ibadah, sesuatu yang lebih sulit daripada shalat di tengah malam.
(al-Hasan al-Bashri)


Senyum juga ibadah.  Selingan ini dipetik dari Majalah Solusi.

Terima kasih.


05 Jun 2014

Satu Rakaat Solat Sunat Lebih Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Satu rakaat shalat sunnah yang dikerjakan pada malam hari lebih baik daripada sepuluh rakaat shalat sunnah yang dikerjakan pada siang hari.

(Amru bin al-Ash)

28 Mei 2014

Hikmah Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.

(Ibnu Abi Jamrah)

07 Mei 2014

Marah atau gurauan pada tempatnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Marah dan gurauan pada tempatnya, juga pada masanya
Marah bukan untuk berdendam tetapi juga menyatakan perasaan
Bergurau bukan sebarangan namun ada sebabnya
Gurauan itu biar bertempat dan bersempadan




18 Februari 2014

Orang-orang yang beruntung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.

(QS. Al Mu'min: 1-3)


suka duka pentas dunia


$$$

14 Februari 2014

Di saat aku bertelekung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Di saat aku bertelekung
Sejurus wuduk aminkan doa 
Kain Selubung membalut tubuh
Makenah putih penuh makna bagi wanita
Buat solat lima waktu

31 Disember 2013

Hikmah Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.

(Ibnu Abi Jamrah)


suka duka pentas dunia



25 November 2013

Lebih baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera







Menuntut ilmu itu lebih baik daripada shalat sunnat
(Imam asy-Syafi'i)


suka duka pentas dunia



03 Ogos 2013

Dua keadaan ketika berdiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Seorang hamba berdiri di hadapan Allah dalam dua keadaan. Keadaan yang pertama adalah ketika ia berdiri dalam shalatnya dan yang ke dua adalah ketika ia berjumpa dengan-Nya (di akhirat kelak). Maka barangsiapa menyempurnakan berdirinya dalam shalat, maka akan dimudahkan baginya berdirinya di hadapan Tuhannya. Sebaliknya, barangsiapa yang meremehkan berdirinya dalam shalat dan tidak menyempurnakannya, maka akan disulitkan baginya berdirinya di hadapan Tuhan-Nya. Allah berfirman: Dan pada sebagian dari malam, sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang dimalam hari. (al-Insan: 26)
(Imam Ibnul Qayyim)


...

27 Jun 2013

Sesudah Solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Masuk waktu solat, jom segera kita solat
Solat di mana lebih selesa
Di mana pun tak apa asalkan bersih dan yang penting tugas wajib itu dilaksanakan tepat pada masanya

Solat di Surau lebih selesa
Tempatnya luas dan kemudahannya banyak
paling penting juga dapat jumpa ramai orang yang kita tidak kenal

Solat di surau banyak kemudahan seperti sejadah, telekung dan bedak 'baby' 
Terima kasih tidak terhingga kepada sesiapa yang mewakafkan keperluan dan kemudahan untuk pengguna surau

Sesudah solat, lipatlah semula telekung dan sejadah simpan baik-baik untuk digunakan orang lain pula
Telekung dan sejadah itu jangan di'perap' begitu sahaja tidak manis wahai gadisku

Sesudah solat bersegeralah ke mana arah tujumu.

Sesudah solat jangan pula lupa tutup suis sekiranya anda orang yang terakhir keluar dari surau

Sekian, wassalam.  Terima kasih.

Jom kita solat!

20 Jun 2013

Belum bertemu yang lebih sulit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Saya belum menemukan dalam ibadah, sesuatu yang lebih sulit daripada shalat di tengah malam.
(al-Hasan al-Bashri)


Memang betulkan kalau dah dapat tidur susah nya nak bangun solat malam, tinggal yang wajib jer.  
Bangun solat subuh.


17 Jun 2013

Contoh nyata dan perilaku yang baik kepada anak kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan

Sesungguhnya cara terbaik untuk menanamkan keimanan dan akhlak yang terpuji dalam diri anak kecil adalah dengan memberikan contoh nyata dan perilaku yang baik. Sesering apapun kita berbicara kepadanya tentang shalat –misalnya- maka tidak akan banyak berpengaruh, kecuali jika ia melihat kita (sebagai orang tua dan pendidik) senantiasa menjaga shalat lima waktu tepat pada waktunya.

(Abduh Majalli)

04 Jun 2013

Keutamaan Solat Malam

Assalamualaikum





Perumpamaan keutamaan shalat (sunnah) yang dikerjakan pada malam hari jika dibandingkan dengan keutamaan shalat (sunnah) yang dikerjakan pada siang hari seperti keutamaan shadaqoh yang dilaksanakan secara rahasia atas shadaqoh yang dilaksanakan secara terang-terangan.

(Ibnu Mas'ud)

28 Mei 2013

Solat Sunat Istikharah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.
(Ibnu Abi Jamrah)

Carian