FOLLOWER

30 Disember 2010

Jumaat Cuti Umum | Peristiwa Suzuki 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat 1Malaysia,

Tahniah kepada pasukan Malaysia juga Indonesia kerana telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Suzuki AFF 2010.  Sekalung syabas dan tahniah sudah tentunya kepada pasukan Malaysia.

Peristiwa Piala Suzuki AFF 2010 pastinya terpahat dalam sejarah Malaysia tahun 2010.  Manakan tidak di atas kemenangan pasukan bolasepak Malaysia ke atas Indonesia 4-2, telah membuka ruang untuk rakyat Malaysia mendapat cuti-cuti Malaysia Umum pada hari Jumaat, 31 Disember 2010. 

Terima kasih juga kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

cuti panjang weh... baju sekolah anak2 dah beli ker...

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.