Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Demi mu yang tersayang. Anak-anak memang kesayangan umi. Selagai hayat dikandung badan.
|
Irdina Huda, 1 Amanah. |
Umi bila bercerita memang lah lemah sangat nak mula cerita. Jenuhlah reka ayat dan cerita... tak menjadi juga. Semoga tiada yang kecewa.
Semenjak anak-anak dah bersekolah ni, umi dah ayah juga turut belajar sekolah semula. Masuk darjah 1 dan juga masuk tadika. Tak ingat pula pengalaman masa sekolah rendah dulu....ingat-ngat lupa deh.
Sudah beberapa hari Irdina ingatkan umi, kalau tak silap dari minggu lepas. Elok juga hari ini diingatkan sekali lagi mengenai keperluan untuk pembelajaran di sekolah esok. Kalau tidak diingatkan memang umi langsung tak ingat. Disebabkan ingatan anak-anak yang masih kuat inilah yang banyak membantu umi dalam persekolahan mereka. Haa... kan dah terbalik.
Minggu lepas Irdina ingatkan umi
"Umi! minggu depan cikgu suruh bawa kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting"
"OK" (macam ko pula ... ngeee)
Dan percayalah selepas itu umi tidak ingat langsung mengenai keperluan berkenaan. Sehinggalah petang tadi Irdina ingatkan sekali lagi mengenai perkara yang sama. Esok dah nak guna pulak tu...
Lepas solat maghrib, umi pun mencari-carilah kalau-kalau ada masih ada lagi kotak kecil yang pernah disimpan satu masa dulu. Antaranya kotak handphone, kotak coklat dan beberapa kotak yang comel. Memang umi dah lupa lagi... sebenarnya umi dah pun buang kotak-kotak berkenaan semasa aktiviti 3S (Sisih, Susun, Sapu) di rumah.
Okey... jangan pernah mengalah. Sekiranya tiada di rumah di kedai kan ada. :P
|
Kotak kecil dan kertas warna |
Dan, di atas adalah hasil rembatan umi dari kedai di depan sana. Memang umi tidak berapa suka nak merempit malam-malam.... siang pun tak suka juga. Tetapi demi anak-anak, merempit kini sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti umi. (hahaha)
Kotak tu... sudah tentu dikeluarkan makanannya dan disimpan dalam peti ais. Pelik juga... tiada yang berebut pula nak makan makanan itu. Adakah kerana mereka sudah kenyang atau mereka tidak perasan. Kerana umi beli kotak kecil sahaja kan nnn.
Tak kisah lah apa pun umi dah beli dan Irdina nampak teruja sangat. Cuma kertas warna tu...
Alif kata "cikgu nak kertas warna bukan ada bulat-bulat tu, cikgu nak kertas warna yang ada warna saja macam warna biru, warna hijau atau warna pink".
"Bukan kertas warna yang ada banyak warna"
Ha aa... kan.
Umi memang dah agak tetapi hanya itu pilihan yang ada.
Untuk tidak mengecewakan... umi selongkar lagi kotak kertas yang lama dan jumpalah dengan beberapa helai kertas warna saiz A4. Jadilah ada warna biru cair dan warna coklat muda. Asalnya kertas itu dijadikan sebagai 'cover' untuk tugasan. Boleh lah.
Dah simpan baik-baik dalam beg plastik dan letak sebelah beg sekolah.
Siap satu tugasan penting untuk hari ini iaitu mendapatkan kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting. Tengoklah hasil kerjanya nanti.
#pray4mh370
suka duka pentas dunia
$$$