Pageviews

31 Ogos 2011

Kerana sibuk berhari raya dan sambut Hari Malaysia Merdeka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Hari ini adalah 31 Ogos 2011 dan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-54.  Hari ini juga masih lagi panas dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ke-2.

Oleh kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sambutan hari raya maka secara tidak langsung aktiviti di blog juga turut terjejas.  Simpati?  Memang kasihan.



Sungguh agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apa yang diduga itu rupanya benar-benar terjadi.  Blog picisan ini yang perasan konon-kononnya top blogger Malaysia 2011, akan mendapat kunjungan ramai sebenarnya tidak menjadi.  Bagaimana nak dapat kunjungan yang ramai kalau tidak diupdate dengan cerita yang terbaik tentang suasana hari raya atau juga suasana sambutan merdeka seperti kibarkan jalur gemilang. 

Kerana itulah blog yang perasan nak jadi top blogger Malaysia 2011 seharusnya dengan rajin dan gigih mengemaskini blog bukan sahaja dengan cerita-cerita kosong tetapi harus diisi dengan berita dan cerita yang mendatangkan faedah kepada pengunjung.



Namun begitu kata kunci yang paling menarik adalah berkaitan 'gambar back ground rumah kosaong'.... tukar kepada 'rumah kosong'.  Apa yang dicari dengan rumah kosong itu? Hanya pencarinya sahaja yang memahami apa yang dicari.  Carian itu mencecah sehingga ke angka 4.  Ini bermakna seramai 4 orang telah mencari 'rumah kosong'.

Walau apapun kata kunci yang tidak pernah dilupakan dan tidak perlu diperkenalkan lagi adalah berkaitan 'nelydia senrose' dan 'jari/jejari runcing'.  Kata kunci ini sememangnya tidak pernah terlepas walaupun untuk satu hari.  Pasti ada peminat anak gadis Pak Nik (Nik Zaris Nelydia Senrose) dan penyokong Alia (ex-fiancee pemain bola sepak negara) yang terkenal dengan blognya jejari runcing. 

Paling tidak dilupakan juga adalah berkaitan dengan 'ubat gigi yang menjadi punca perceraian'.  Pesanan aye kepada diri sendiri dan kepada semua yang berkaitan dengannya... jangan kerana perkara yang kecil dan remeh temeh itu diperbesarkan dan dijadikan isu atau punca untuk berpecah.  Masih ada jalan penyelesaian dan orang yang hebat adalah orang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cubaan (pesanan ini untuk diri sendiri juga ... yes!)


Sekali lagi, setelah diteliti, page view untuk hari ini (31 Ogos 2011) amatlah sedikit tidak sampai 50 orang.  Bagaimana ini harus terjadi?  Atau bagaimana untuk mengatasi kejadian ini daripada berulang.  Walaupun tidak lama dahulu kejadian ini sering terjadi namun atas beberapa usaha gigih dan dengan semangat yang kental maka peningkatan pengunjung dapat dilihat dengan jelas dan ketara.

Walau apapun yang terjadi, sebagai bakal top blogger Malaysia 2011 (ehehehe... ) harus tidak menjadikan ini semua sebagai halangan untuk memajukan diri dalam dunia blog.

Sekian adanya. 

*-*
 .

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Selamat Hari Raya Eidul Fitri
mohon maaf zahir dan batin

Wordless Wednesday | Makaroni Rusa di Pagi Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Macaroni Rusa di pagi Hari Raya

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Antara sedar dengan tidak disebalik kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri masuk hari kedua hari ini dan dalam masa yang sama hari ini kita juga turut menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air tercinta Malaysia yang ke-54. 



Tema sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini adalah Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Lebih informasi mengenai Malaysia Merdeka sila klinik SINI

Sekian.

*-*
.

30 Ogos 2011

Aksi Dua Beradik di Pagi Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alif dan Irdina di Pagi Hari Raya

Aksi spontan dua beradik di suatu pagi di Hari Raya.  Tanpa disuruh mereka terus beraksi sedemikian. 

Gambar ini dirakam di satu pagi di hari raya pada tahun 2009 menggunakan kamera hp Nokia N95.  Pada asalnya mereka berdua tidak mahu bergambar, tetapi bila dipujuk dan diminta berdiri saja, terus mereka beraksi sedemikian.  Alif dan Irdina Huda.

Untuk gambar pagi raya tahun ini pula mereka adik beradik telah menjadi tiga orang ditambah dengan Inas Insyirah. Tak sabar rasanya nak letakkan gambar mereka itu di sini.  Gambar ummi dan ayah tu tunggu lah lain ketika, bila dah bersedia untuk dipublishkan.  Buat masa ni biarkan dulu mereka adik beradik menghiasi blog ini yang tak berapa nak popular ni.

29 Ogos 2011

Rendang Rusa lauk berbuka di penghujung Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambaran rendang rusa di dalam kuali yang sedang menggelegak...

Rendang Rusa?  Biar betul. Betul la.  Daging Rusa satu kg RM28.00 mana nak dapat.  Hanya di Seri Iskandar saja.  Kalau ada di tempat lain dengan harga yang sama baguslah tetapi ia hanya satu kebetulan saja. Dah survey di tempat lain yang berdekatan dengan Seri Iskandar rasanya tak dapat harga yang sama.

Oleh kerana hari ini kerja half day, balik jam 1.00 terus tumb print.  Mula-mula cari bahan-bahan untuk buat rendang.  Nak tau bahannya?  Ala biasa jer antaranya serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, cili giling Cap Puteri jer, daun kunyit (kena beli juga sebab dah tanam daunnya masih kecil lagi), santan (kotak) dan gula kabung.  Hehehe bahan terakhir tu ada kakak kat kedai tu terkejut ? Boleh ke masukkan gula kabung dalam rendang? Mengapa pula tidak, gula kabung ni memberi rasa lemak dan manis pada masakan seperti rendang bukan saja untuk buat kueh buah melaka atau buat pengat pisang.

Cara buatnya seperti biasa saja... campak2 jer dalam kuali.  Api kecil sahaja, kacau sampai kering. Dah siap... hasilnya sedap di makan dengan lemang pemberian jiran sebelah dan juga makan dengan nasi panas semasa berbuka puasa. perghhh... lembut jer daging rusa nie..

Eh eh, macam ada orang tanya pulak. Tak per lah... entry bakal top blogger yang syok sendiri memang macam tu kan.  Perasan sendiri... hahahaha

Chocolate Brownie | Terbaikkah untuk Hari Raya 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Brownies with chocolate chunks
Brownies coklat, dataran rata dan bakar atau bar yang diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir abad kesembilan belas dan dipopularkan dalam kedua-dua Amerika Syarikat dan Kanada pada separuh pertama abad kedua puluh. Brownies ini dihiris dari jenis tebal, coklat kek yang kaya dengan tekstur, dan rasanya pertengahan antara kek dan biskut. [1] Brownies datang dalam pelbagai bentuk. Mereka sama ada fudgy atau cakey, bergantung kepada kepadatan mereka, dan mereka boleh termasuk kacang, pembekuan, lalu disebat di khalayak krim, cip coklat, atau bahan-bahan lain. Satu perubahan yang dibuat dengan gula perang dan coklat tidak dipanggil blondie.

Brownies adalah tambang lunchbox biasa, biasanya dimakan dengan tangan, dan sering disertai dengan susu atau kopi. Mereka kadang-kadang disajikan hangat dengan ais krim (à la mode), mendahului dengan susu kental yg dikocok, atau ditaburi dengan gula tepung, terutama di restoran.

dipetik dari en. Wiki

Kejap lagi nak sambung gambar sendiri dan cerita alkisah sebuah brownies... Terbaik!

Yang ada ketika persiapan Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Entri ini bukan berkaitan persiapan hari raya, tetapi berkaitan apa yang terlintas di minda bawah sedar penulis ini yang konon-konon perasan la sangat top blogger Malaysia 2011.

Kenyataan di atas tiada kaitan dengan sesiapa pun.  Hampeh punya entry... itu mesti ada terlintas dalam hati sesapa yang baca ni kan.  sila-silap langsung tak baca tengok jer terus lari 4x400 meter... Merepek la


Entry yang sebenarnya adalah berkaitan kata kunci ini... tengok tu dalam kotak hijau tu... apa yang dicari adalah sebulat-bulat dan sama macam apa yang pernah di tulis di sini iaitu berkaitan Ikut Agama Kawan

Amal utama yang paling penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtea,

Sejenak seketika dalam kesibukan persiapan menyambut Eidul Fitri dan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-54

Hayati maksud hadis berikut, semoga bermanfaat:-


Tiga amal yang lebih utama: sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang dijalan Allah.  (HR Bukhari)


Sekian.  *-*

28 Ogos 2011

Ada apa dengan Arsenal dan Manchester United

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada apa dengan Arsenal dan Manchester United?   Arsenal dan Manchester United (MU) adalah antara pasukan bola sepak yang terunggul dengan kelasnya yang tersendiri. 

Logo Arsenal - dipinjam dari Mr Google.

Logo dan background merah bagi Manchester United - juga dipinjam dari Mr. Google
Tiada apa sebenarnya yang aye tahu tentang dua kumpulan bola sepak kelahiran England ini. Aye bukanlan peminat atau penyokong tegar Arsenal atau Manchester United atau mana-mana kumpulan bola sepak.  Cuma sekadar mengetahui kewujudan pasukan ini kerana sering dipromosi di media massa seperti berita sukan di Berita Harian, Utusan Malaysia, TV3 atau RTM. 

Dan sekarang aye sering mengikuti juga perkembangan pasukan bola sepak tempatan dan luar negara dari blog denaihati.  Banyak juga maklumat mengenai perkembangan terkini mana-mana perlawanan dalam BPL 2011/2012.  Sekadar mengambil tahu saja.


27 Ogos 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Duit Raya sebanyak RM1000.00 dari blog Denaihati bagi tahun 2011 untuk rakan blogger.  Lumayan kan?  Biarpun bukan RM1000.00 yang menjadi taruhan tetapi yang penting adalah semangat untuk menyertai contest ini.  Bagi aye contest ini merupakan contest yang berprestij dan berprofail tinggi. 

Kerana ia terbuka kepada 1Dunia blog.  Bermakna dari pelusuk manapun blogger berada sekiranya terbuka pintu hati untuk menyertai contest ini... peluang tetap ada.  Bukankan itu suatu prestij dan profail contest yang tinggi.  Sementelahan lagi blog Denaihati telah mencapai ranking yang tersendiri dalam kelasnya.  Hebat!


Tanpa banyak bicara... kerana bateri laptop ni pun semakin kurang, maka dipendekkan cerita aye senaraikan entry 'Related Post' yang berjaya dikenalpasti bermula dengan

1.  Rakan Denaihati Network

Hanya sehingga itu yang dapat dikejar... selebihnya kalau diberi masa sehingga esok mungkin boleh dapat lebih lagi... itupun masa yang diambil tak masuk masa rehat ... Fuhhh memang semangat sungguh nak buat ni... mana nak kejar masa nak masak lagi... dah tu sibuk pulak dengan nak layan anak2...sabar ajer lah..

Kenali Jenis-Jenis Gajet Dalam Dunia Telekomunikasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Banyak sungguh jenis-jenis telefon di era teknologi maklumat sekarang.  Banyaknya sehinggakan satu masa menjadikan aye terkeliru dengan gelaran yang diberikan seperti Android, Symbian, Blackberry, iPhone dan tidak mustahil selepas ini akan keluar berbagai nama dan panggilan untuk telefon bimbit. 

Baru saja cuba memahami apa itu Bluetooth dan Blackberry.  Tiba keluar pula iPad, iPhone, Android dan Symbian.  Nama apa tu?  Aye memang cetek ilmu dalam dunia IT (teknologi maklumat) yang semakin hari semakin canggih.  Dah tidak terkejar rasanya. 

Jadi dalam kesibukan persiapan menjelang Hari Raya dan Hari Kemerdekaan ini, sempat juga merayau-rayau di laman web celcom, makanya sempatlah 'study' sikit-sikit dan cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah baru untuk jenis-jenis telefon pintar.

Penerangan ini mungkin tidaklah selengkap mana.  Kerana mungkin dan memang ada rasanya beberapa maklumat penting yang aye telah tersilap atau tertinggal. 

Saranan aye jadikan maklumat ini sebagai pendedahan awal kepada sesiapa yang ketinggalan dalam dunia IT yang serba maju kini. 

 
Jenis-jenis telefon pintar yang terdapat di pasaran Malaysia, antaranya:
  1. Android
  2. Blackberry
  3. iPhone
  4. Windows Phone 7
  5. Symbian
Android

Satu gajet yang aneh dan seaneh namanya juga. 

Mempunyai kelajuan prestasi yang tinggi, permainan yang tidak terkira banyaknya, aplikasi dan banyak lagi di Android, mewujudkan pengalaman telefon pintar yang terbaik.

Tetapi kemuncak sebuah Android, sebagai Ahli Teknologi ramai akan bersetuju, adalah kebolehan yang sukar ditandingi untuk penyesuaian. Android sesuai dengan cita rasa peribadi atau keperluan anda jika anda seorang yang menghargai teknologi dan keupayaan untuk mengawal

Samsung Galaxy S Plus

Jenis-Jenis Telefon Pintar Android:
  1. LG Optimus One
  2. LG Optimus 2X
  3. Samsung Galaxy S2
  4. Samsung Galaxy S Plus
  5. HTC Wildfire S
  6. Sony Ericsson Xperia™ Play
  7. LG Optimus Black

Maklumat mengenai pasaran Android terbaru boleh didapati di
http://www.android.com/


Blackberry
BlackBerry ® adalah ideal untuk anda apabila on-the-go. Anda boleh berhubung dengan rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan anda di mana-mana jua, bila-bila masa. Anda juga boleh menyimpan keperluan anda semak dengan e-mel, peta, penganjur, aplikasi, Internet dan banyak lagi.

Navigasi lancar membolehkan anda berhubung dengan apa-apa dan sesiapa sahaja yang hebat mudah. Apa lagi, organisasi perniagaan kecil dan besar boleh mendapat manfaat daripada platform e-mel yang unik yang disesuaikan, berskala mana-mana saiz bergantung kepada keperluan anda.

Jika anda adalah seorang yang bertujuan fleksibiliti dan mobiliti, BlackBerry ® adalah telefon pintar untuk anda.


Blackberry Torch 9810
 
Jenis-jenis Blackberry
 
  1. BlackBerry Torch 9810 
  2. BlackBerry Bold 9900 
  3. BlackBerry Torch 9800 
  4. BlackBerry Bold 9780 
  5. BlackBerry Curve 9300
Peribadikan telefon pintar anda dengan aplikasi semua jenis di Blackberry di
 
Bersambung lagi untuk edisi akan datang dengan iPhone 4, Wondows Phone 7 dan Symbian
Sementara itu dapatkan maklumat mengenai tawaran mengenai telefon pintar ini ada di
dan juga tawaran hebat sempena hari raya ini di
Selamat Hari Raya...

26 Ogos 2011

GA Pertama | Bila Pintu Hati Terbuka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Entri melekat .  Untuk entri terkini sila gerakkan lagi tetikus anda atau gerakkan jejari di atas pad sesentuh seterusnya...

Ramadhan kian ke penghujung | Syawal pula mula menggamit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sungguh kian terasa bila Ramadhan kini sudah mencecah 26 hari dan berbaki 3 atau 4 hari lagi Syawal pula akan muncul. 
Cukupkah bekalan dari Ramadhan ini untuk dibawa ke Syawal kelak atau juga untuk Ramadhan akan datang. 
Terasa sayu kian membara mengenang Ramadhan yang akan pergi. 
Lalu teringat cerita Majalah Solusi Isu 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal; Andai ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya.

Sebagai bekalan dan ingatan bersama untuk berjumpa dengan Syawal nanti... selusuri bersama maksud tersirat di sebalik Tazkirah ini yang dipinjam dari CITU UiTM Perak.

~~~~~~~~~~
‘Idu Fitri – Hari Kemenangan Umat Islam
Aidul fitri atau Idul fitri adalah hari raya atau hari kemenangan bagi umat Islam. Setelah sebulan berpuasa, menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa, menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadan, melalui latihan-latihan fizikal dan mental, melaksanakan amalan-amalan baik siang dan malam Ramadan sehingga akhirnya berjaya sampai ke penghujung Ramadan masuk ke bulan syawal disambut kejayaan tersebut setelah menempuhi latihan dan ujian maka kemenangan dan kejayaannya disambut dengan Hari Raya, hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.

Idul fitri bermaksud- Hari kembali kepada fitrah. Maksudnya umat Islam yang menjalani ibadah Ramadan dengan penuh keinsafan melaksanakan pelbagai ibadah siang dan malam seperti solat sunat tarawih, bertadarrus al-Quran, qiamullail, berzikir dan berdoa, bersedekah dan sebagainya, seolah-olah telah kembali fitrah dengan rahmah dan maghfirah-yakni keampunan daripada Allah SWT. Menjelangnya syawal, mereka yang menjalani ibadah tersebut seolah-olah telah bersih daripada dosa dan mereka menjadi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Demikianlah juga hasrat dan tuntutan kepada puasa secara khusus iaitu mencapai tahap ketaqwaan yang sebenar-sebagaimana yang dinayatakan di dalam al-Quran bermaksud: ‘…..mudah-mudahan kamu bertaqwa’.

Maka sebab itulah di hari raya, kita umat Islam diminta untuk merayakannya sehingga diharamkan berpuasa pada hari pertama syawal (tidak ada siapa yang dibenarkan berpuasa) demi merayakan hari kemenangan ini. Namun hari kemenangan ini mestilah disambut atau dirayakan dengan pengisian-pengisian yang wajar berlandaskan Islam. Sebagaimana firman Allah SWT., bermaksud:
Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasamu dan hendaklah kamu besarkan (muliakan) Allah atas sekalian yang telah ditunjukkinya, mudah-mudahan kamu bersyukur (berterima kasih).
(al-Baqarah ; 185)

Daripada ayat tersebut, kita fahami bahawa pengisian penting pada merayakan hari kemenangan ini ialah membesarkan/memuliakan/mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Banyakkan bertakbir menyebut Allahu Akbar, banyakkan bertahmid menyebut al-hamdulillah serta kalimah-kalimah mulia yang lain semata-mata mengagungkan Allah bagi menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih.

Namun begitu tidak cukup dengan ucapan kalimah tersebut, kita juga mestilah merayakannya dengan membiasakan dan meneruskan amalan-amalan baik sebagaimana yang dilakukan pada bulan Ramadan yang lalu. Inilah natijah kejayaan yang hendak disambut pada hari kemenangan ini.

Sebab itulah pada hari raya kita dituntut supaya melakukan amalan-amalan baik, antaranya:

25 Ogos 2011

Kenapa lari tajuk pula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ada apa dengan tajuk cerita kalau isinya kosong dan tak sama lansung isi cerita dengan tajuk cerita. 

Ada orang (atau blogger la kot) tanya kenapa tajuk cerita awak tak sama dengan isi cerita awak?  Nak jawab ke tidak... malas la nak jawab.  Kalau diam jer boleh tak? sebab aye tak tau nak jawab apa, tapi bila diam nanti orang kata diam tanda setuju ... pulak... dah ... okey nak jawab macam nie pulak... 'biarlah rahsia'... he eh lee...

Ada orang (atau blogger lagi) tanya apasal blog awak ni ceritanya macam tak masuk akal, pengunjung pun tak banyak mana pass tu perasan pulak ala-ala top blogger la konon..  Top ker?  Idak eh... cuma tajuk tu untuk jadi top blogger bukan lah perasan top ... tak top setara mana pun... picisan jer...

Bab cerita tak masuk akal tu ... payah sikit ... sebab aye tak pernah dan tak akan pernah buat cerita pasal fasya sandha mandi berkemban, atau cerita pasal khidmat sexs di kampar.  Ada juga cari pasal jubah raya aida radzwil..... tapi apasal ada orang cari benda-benda tu singgah kat sini... itu lagi tak masuk akal... apa-apa aje lah ...

Bulan Ramadhan yang suci murni ni... kalau dah gersang sangat tak der idea dan dah kering kontang baik duduk diam-diam baca buku agama ker atau paling tidak bacalah buku Bila Pintu Hati Terbuka... lagi bagus kalau dapat bertadarus khatam terus.

Sudah-sudahlah ...

*-*

Duit Raya, Baju Raya dan Kueh Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari Raya memang sinonim dengan duit Duit Raya. 
Lagi meriah hari raya dengan adanya baju raya, kueh raya dan duit raya. 
Cuma satu jangan dilupakan segelintir insan yang hidupnya tidak meriah walaupun dikelilingi kemeriahan dan gelak tawa di hari raya. 
Ingatlah pada yang kurang bernasib baik. 

Ingatan ini bukannya untuk sapa-sapa tetapi untuk diri sendiri juga agar tidak alpa dan leka dengan segala kemeriahan yang ada.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri.  Mohon maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sepanjang berblogging tahun ini


Tiada kad raya atau duit raya
 Jika berkesempatan boleh sertai GA Pertama:  Bila Pintu Hati Terbuka
Di situ ada hadiah menunggu.

Sekian.

*-*

Tips selepas berus gigi | Pelik eh?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pernah baca cerita tentang ubat gigi?  Kalau belum pi baca dulu kemudian baru datang semula ke sini untuk baca tips ini pula, bagaimana untuk mengelak muntah semasa atau selepas berus gigi. 
 
Bunyi macam pelik tetapi boleh cuba kalau nak cuba seandainya anda memang mempunyai komplikasi selalu muntah terutama selepas berus gigi... memang tak suka kan? Sebab mengganggu jiran tetangga bukan sahaja sebelah rumah tetapi jiran di belakang juga.

Sungguh! tidak semua orang mengalami komplikasi yang sama iaitu muntah.  Tetapi bagi ibu-ibu yang hamil memang tidak dapat dielakkan.  Dah nak buat macam mana lagi tiap kali hamil jer kalau berus gigi pasti nak muntah... ada rasa macam geli kan. 

Tips ini mungkin dapat membantu sedikit untuk mengurangkan rasa geli dan muntah.  Jika tidak berjaya bukanlah salah tips ini tetapi ia bergantung kepada tahap pengguna dan keserasian. 

Okey2 kaedahnya begini, selepas berus gigi jangan terus berkumur tetapi basuh dan bersihkan dahulu berus gigi.  Bila berus gigi dah bersih barulah berkumur perlahan-lahan. Dan jika boleh elakkan berkumur sambil mendongakkan kepala.  Bila dah selesai akhir sekali baru berkumur sambil dongakkan kepala.  Itu saja.

Sekian adanya.  Selamat mencuba... terima kasih.


*=*

24 Ogos 2011

Wordless Wednesday : 24 Ramadhan 1432

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


air buah banyak + fresh orange + carrot juice = favourite alif

23 Ogos 2011

9 Pengaruh Penulisan Top Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengaruh adalah kata nama yang bersinonim dengan kuasa, daya, keupayaan, kemampuan, kesanggupan, kudrat, tenaga, hak, wibawa, mandat, daulat, kekuatan, graviti dan tekanan.  Sebagai seorang blogger banyak perkara atau kejadian yang memberi kuasa dan kemampuan kepadanya untuk menulis.  Kerana dengan adanya kesanggupan dan kudrat untuk menulis selain dari kekuatan untuk menepis tekanan hati dan perasaan yang kadang-kadang malas dan hilang idea untuk menulis, blogger itu berkepuyaaan menulis dengan ideanya sendiri.  Tidak perlu mencedok idea dan gaya tip blogger yang lain.

22 Ogos 2011

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kerana aku (tak sedap pula guna perkataan aku.. nak gantikan dengan aye... maksudnya sama jer) dilahirkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Amat-amat menghargai kemerdekaan Malaysia.  Biarpun aye tidak termasuk dalam golongan orang-orang gagah yang telah berjuang untuk kemerdekaan Malaysia, AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kerana perjuangan dan keberanian serta usaha gigih mereka Malaysia mencapai kemerdekaan.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kepada anak-anak muda terutamanya kepada anak-anak aye; Alif, Irdina dan Inas dan ingatan untuk diri sendiri hargailah kemerdekaan Malaysia.  Pelihara dan hormati nama baik Malaysia.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kehidupan aman setelah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah suatu nikmat yang harus dihargai semua.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Tahun 2011 merupakan tahun ke-54 Malaysia mencapai kemerdekaan dan tahun perayaan kemerdekaan berkembar dengan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan bersama dengan Hari Raya Aidilfitri dengan temanya 1Malaysia:  Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Contest seo anjuran DEZAMAN COTTAGE.  Untuk lebih maklumat sila klik pada link di sini.

Untuk penyertaan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Aye nak tag 5 orang ini yang tak pernah jumpa di alam realiti, tetapi kenal di alam maya saja.

1.  Mak Dara Terdiva
2.  Ardini Humaira
3.  Kakcik Seroja
4.  Cikgu Bulan
5.  Budak Lelaki Sebelah Pintu

Semoga kalian tidak menguzurkan diri.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA!

Sekian.








Ikut Agama Kawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Manusia itu mengikut agama kawannya. Maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya.  (HR Tirmidzi)

21 Ogos 2011

Jalan-jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Jom jalan-jalan.... nak pi shoping ... tapi tak nak pi Sakan dah.. sebab?

teringat petang semalam pi Sakan, terdengar perbualan pekerja kat situ... ada ka patut depa kata anak aye comel... kalau comel saja boleh terima lagi, yang tidak boleh diterima bila depa kata... 'comei gile' huh... hampeh... cepat-cepat tarikh tangan anak... jom balik...

Bahasa melambangkan bangsa
kalau dah cakap macam tu... ada tambahan 'gile' lagi kat belakang
kalau tak letak 'gile' tak boleh ker...
woi... ini anak aye la... bukan anak kucing ker... 

.

20 Ogos 2011

Mencari kebenaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Setelah dua tiga kucing berlari.  ops catatan yang agak tersasar dari landasan.  Kini berusaha mencari jalan untuk menjadi Top Blogger pula dengan trafik yang entah apa-apa.  Tak taulah mana google analytics atau google search engines nak tempek blog nih..... eh! ha! baru teringat ada carian bertajuk tempe perawan... hehehe tak tau lah mana datang tempe dan si perawan tu... oh tidak...



ZIARAH RAYA BLOG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ops.. tersesat sekejap tadi kat blog Bangku Kosong.  Terjumpa pula dengan segmen ziarah raya blog di Bangku Kosong... lalu terjumpa jalan pulang dan dengan segera terbuatlah catatan ini sebelum terlambat dan sementara bateri laptop ini masih banyak... kalau bateri dah habis nanti kena cas semula... sebelum cas kena off dulu... huhuhu... panjang la pulak kesahnya...

Untuk memenuhi syarat segmen, aye perkenalkan... panggilan manje di blog adalah YB (yangbaik), buat masa ni belum jumpa lagi nickname dengan nama tu, kalau dah ada... tak wujudlah blog yangbaik kan?...eh!... nama ori panjang lebar dan rasanya belum tiba lagi masa untuk introduce nama asli... alasan...


Hari Raya Tahun ni, insyaAllah tibalah giliran untuk berhari raya di rumah mak aye di Batu 45, Kampung Banjar, Beruas.  Hari Raya kedua akan ke Batu 9 1/2, Lekir rumah anak pak mertua dan mak mertua... (hehehe). 

Ucapan !?  Nak buat ucapan selamat hari raya sekarang... masih terlalu awal pulak rasanya.  Apa pun aya ucapkan terima kasih kepada Bangku Kosong kerana menganjurkan segmen ini.  Ucapan Maaf Zahir dan Batin kepada semua blogger yang singgah di blog yangbaik dan juga kepada semua pelayan maya yang tersinggah ke blog ini.... al maklum sajalah dalam dok seronok mengejar SEO dan juga konon-konon perasan top blogger Malaysia 2011, ada pula catatan yang menyinggung perasaan dan hati mana-mana pihak.  Sekian, terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog ini.

Sekian.

Bazar Raya 2011 di Hotel UiTM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekali lagi nak menyemak jap kat sini, sementara masih dok hot dengan item top blogger di bulan Ramadhan.

Catatan ini adalah sambungan kepada kisah Buffet Ramadhan dan Sahur Hotel UiTM 2011.

Bazaar Raya di Meranti Grill Hotel UiTM bermula 1:00 petang hingga 9:00 malam,
02 Ogos 2011 sehingga 26 Ogos 2011

Bazaar Raya 1: Aneka Corak Tas tangan dan kain pasang dari harga RM 30 - RM 49

Bazaar Raya 2: Aneka Corak selandang Pashima dan tiga segi serta make up dari Miss Rose dan kain kotton dari harga RM 10 - RM 75
 
Biskut Chocolate Almond Pudina, Biskut Keju, Tart Nenas, Biskut Hawaian Coconut, Biskut Red Ruby, Nestum Roll, Dahlia, Conflakes Madu, Kek Kukus Pelangi/Mocha/Blueberry, Kek Sarang Lebah dan Aneka kerepek. Dari harga RM 3 - RM 25
Bazaar Raya 3: Aneka corak tudung dari harga RM 10 - RM 30
Biskut Marble Cappucino,Bangkit Kacang hijau,Tier Drops,Almond London, Tart Nenas,Choc. Stick,Mazola,Peanut Butter,Makmur, Hazelnut Cruncy,Red Pearls dan Conflakes dari harga RM 18 - RM 23
Bazaar Raya 4: Pekasam,Seruding, Baju Kanak - kanak, English home decor (Alas kaki, table runner & Single carpet), Aneka Kerosang. Dari harga RM 3.50 - 50

Bazaar Raya 5: Maruku,Kuih Kapet,popia kecil,Biskut Tart nenas,Almond london.almond mama carey,kristal,biskut gajus, biskut samprit,choc.chips,bangkit sagu, mazola dari harga RM 15 - RM 28
 Aneka baju kurung kanak2 dari harga RM 40



19 Ogos 2011

Bubur lambuk Ramadan 1432H / 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kepada yang masih mencari-cari resepi atau bahan untuk membuat bubur lambuk, di sini ada disediakan cuma bahan ajer lah... lain-lain kaedah membuatnya dah pandai masak kan.. pandai2 la agak.

Senarai bahan untuk penyediaan bubur lambuk...

Beras
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia 
Serai
Daun Bawang
Bawang Goreng
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Rempah Sup
Rempah Kurma
Rempah Beriani
Daging Lembu
Daging kisar

Senangkan... tak payah lah nak bersusah payah... pagi Sabtu ni jom pi cari bahan bahan nya , tengahari ni meh kita pakat masak ramai2 boleh bagi kat jiran sebelah rumah kiri kanan dan jiran belakang juga... kat depat rumah aye tak der jiran... kebun jer...

Trafik Organik Top Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Trafik Organik Top Blog.  Tajuk yang agak berat juga untuk dihuraikan dengan pengetahuan yang tak seberapa dalam dunia blog terutamanya dalam mencari trafik organik. Top Blogger di Malaysia 2011 dah masuk dalam senarai mesti baca.  Dah baca? 

Sungguh aye yakin tak ramai yang dapat menjangkakan apa yang aye tulis ni... sementelahan lagi aye bukanlah top blogger pun, sekadar blogger picisan yang menumpang glamor top blogger seperti denaihati.com ataupun yang glamor dan laris sekarang ni benashaari.com.  Kenapa tak letak link kat nama blog tu... saja kalau ada orang tanya baru nak jawab kenapa, kalau tak tanya tak payahlah nak jawab soalan sendiri... :-)

Belum pun faham lagi tentang istilah top blogger yang mengejar trafik organik dan tujuan trafik organik dah nak buat catatan tentang trafik organik.  Bukan nak mengada-ngada tapi sebab kecewa dan masih terasa dalam 'ulu jantung' ini mengenai suatu perbualan petang semalam.  Memang tiada kaitan dengan trafik organik atau top blogger di Malaysia tetapi nak larikan diri dari buat kisah-kisah personal yang syok sendiri. 

Dalam perhatian bukan bermakna KIV (Keep in view) tetapi lebih tepat dalam pengamatan aye yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia trafik blog nih, apa yang diperhatikan yang sering mendapat perhatian dalam sesuatu pencarian adalah bukannya kisah-kisah peribadi tetapi lebih kepada penerangan atau penjelasan tentang sesuatu perkara atau isu semasa. 

Terpulang kepada kita bagaimana nak mengolah isu itu sehingga mencapai satu tahap di mana blog kita akan terletak dalam senarai utama untuk Google analytics atau google search engines. 

Agak berat juga untuk diperkatakan di sini, kerana sedang merangkak dan kadang-kadang bangun bertatih.  Bagi mendapatkan ilmu tentang dunia blog atau trafik blog aye lebih suka merujuk ke blog denaihati.  Sebabnya di situ banyak ilmu-ilmu baru mengenai dunia blog.  Termasuk Google analytics, search engines, top blog dan pelbagai lagi ilmu bagaimana untuk menjadi top blogger Malaysia atau dunia.

18 Ogos 2011

Nasib kita | Sama tetapi berbeza masa dan arah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Seperti selalunya ayat skema yang nak gunakan pada catatan ini adalah "sibuk! dan dok mengejar dateline untuk tugasan berikutnya".  SKEMA KAN?. 

Walaupun kita semua mempunyai hasrat dan niat yang murni namun tidak semestinya kita berpeluang melaksanakannya serentak bersama dengan insan-insan lain yang 'lebih' bernasib baik dari kita.  Suatu masa kita berhasrat untuk berbuat kebajikan dan kebaikan atau paling tidak dengar ceramah yang mengajak berbuat kebaikan tetapi kita tidak berpeluang untuk mengikuti ceramah itu kerana kekangan tugas. 

Sehingga kita merasakan bahawa kita ini hidupnya tidak lain ... untuk kerja kerja kerja dan kerja... dan kedengaranlah suara yang memanaskan telinga 'kerja tu tak kemana, tak kan habis selagi tak mati'.  Tetapi sedarkah kita bila kita terima saja sesuatu tugas itu berusahalah untuk menghabiskannya... benar! kesihatan harus dijaga... tetapi dalam masa yang sama keluarga juga jangan diabaikan... tetapi bila ada masa yang terluang gunakan dengan sebaik-baiknya jangan dok asyik buat 'ketupat'. SEYES..

Perghhh!!! hari ini rasa macam cukup beruntung (untuk diri sendiri) kerana berpeluang untuk buat baik.  Ceritanya?... Hari ini ada jualan amal oleh PEWANI UiTM (Perak) untuk sumbangan ke Rumah Kebajikan dan Anak Yatim.  Belilah apa yang sesuai dan yang berkenan. 

Tetapi petang ni.... seseorang bertanya "Esok pergi tak dengar ceramah?" Hmmm.... tak dapat kot sebab kena siapkan tugasan untuk petangnya.... Memang sungguh aye terharu dengan ucapannya... "Dunia-dunia, kerja tak habis habis, sampai nak mati pun dok kerja lagi".  Apa agaknya perasaan anda jika anda ditempat aye?  Rasa tersentap ulu jantung... Ya Allah ampunilah dosanya dan dosaku serta dosa kedua ibu bapa kami

Itulah nasib kita kan?  Ada masa kita nak buat baik tapi tak dapat, bila kita dah buat baik satu kepuasan untuk diri kita dan yang tahu dan yang menilai sejauh mana kebaikan yang kita lakukan hanyalah Allah yang satu.  Buat apa kita buat baik kalau nak menunjuk-nunjuk dan menyusahkan orang lain pulak?..

Berfikir sebelum berkata... dan kurangkan bercakap andai tiada apa yang nak dibicarakan.  Zikir lagi bagus.

Bahtera Merdeka | Lirik Lagu untuk seorang PKHEM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bahtera Merdeka, asal dahulu nyanyian Ahmad Jais dan kemudiannya dinyanyikan oleh Aishah.  Antara lagu yang amat digemari oleh golongan remaja termasuk aye.  Lagu patriotik yang amat membina untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. 

Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan juga sebagai memenuhi 'permintaan' seorang PKHEM antara peminat setia... ehh... betul laa... Kenapa pula kerana beliau?... Kerana pandangan di sini , sungguh aye terharu lalu mencari ruang untuk menempatkan bahtera itu di sini...

Ingat Hari Raya ingat Merdeka.  Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54.  Merdeka!  Merdeka!  Merdeka!


Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji





Sekian.
*.*

16 Ogos 2011

Yang baik mengenai akal

Yang baik mengenai akal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.
(Ali)

Kad Raya, Sampul Raya dan Duit Raya | Kenangan zaman sekolah rendah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kad Raya... tanpanya seperti tidak lengkap sebuah ucapan hari raya.  Terutamanya ucapan selamat hari raya buat sahabat, keluarga, cikgu, abang, kakak dan adik juga... bila dah dapat tu challenge pulak ngan kengkawan sapa dapat paling banyak... then gantung kat dinding rumah tak pun kat pokok hiasang (buluh Cina)... cantik jer...

Perghhh.... masa tu... zaman sekolah rendah lagik... mana nak cerita pasal pakwe makwe lagi.... sama-sama lompat pagar ... lompat kijang, lari 4x4 dan macam2 aktiviti tak ingatpun pakwe makwe... semuanya sahabat..

Itu cerita sekolah rendah... bila dah naik sekolah menengah... lain sikit...dan bila dah habis sekolah... kerja pulak... dan kemudian kahwin... hahahha... cepatnya masa berlalu, rasa belum puas lagi main lompat-lompat kat tengah padang masa PJ (Pendidikan Jasmani).

Bila cerita pasal sampul raya, masa kecik2 dulu tiada sampul raya, pakcik dan makcik dok asyik bersembang ... sampai lupa ... ada kawan yang jenis high demand... siap minta duit raya pulak sebelum balik...dapatlah dua posen, kalau tak ramai dapat lima posen sorang... atau pun tak dapat langsung... opss!  salah rumah...  makan dan minumnya tak banyak mana... tapi yang manisnya kita boleh kenal ramai orang dan jiran tetangga termasuklah jiran satu kampung dari lorong 12 atau lorong 1 hingga lorong 9... masa tu aye tinggal di lorong 10.... kat mana?... tak taulah masa ni lorong tu masih wujud ke tidak, 6 tahun lepas pernah lalu kat situ.... dah semak dan ramai yang tak kenal...

Itu kisah dulu2, sekarang ni dah tak dapat dah duit raya tu... eh.... sat... kakitangan kerajaan dapatkan duit raya RM500.00 sorang... besar tu jumlahnya... apa nak buat dengan duit tu?... nak beli kain baju sekolah anak la... ehhh baju raya untuk anak2.... lebih sikit untuk mak bapak kat kampung, belikan lemang ataupun sarung ketupat...  untuk mak bapak nih, dapat tengok anak2 pakai baju raya pun dah jadik... macam raya jugakkan.  Agak2nya macam tulah perasaan mak kita dulu-dulu kan?

Hidup umpama putaran roda....

Masih terlalu awal pula nak ucap... tunggulah sehari dua lagi...

Sekian.

Telefon pintar android

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tidaklah sukar rasanya untuk mendapatkan maklumat berkaitan telefon pintar android.  Pada awalnya aye fikirkan android tu adalah sejenis permainan atau gadget macam MP3 atau MP4 atau mana-mana version playstation. 

Ternyata masih banyak yang perlu dipelajari dan dikutip dalam dunia teknologi maklumat aka Information Technology (IT). 

Sesekali ada masa terluang baru berkesempatan nak meninjau apa itu android (selalu sangat tersalah taip perkataan android jadi macam-macam.... andorid, andoid, andrdi, andordi.... ehhhh... hish..)

samsung-galaxy-1
antara telefon pintar android... Samsung galaxy... hope to get this one soon
Perbezaan dan antara telefon pintar android dan telefon konvensional biasa?.... Sedang cari maklumat tambahan, jumpa lagi...

Sekian.

Bongkar Rahsia Bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bahagia.  Ramai orang bahkan semua orang mahukan bahagia. 

Untuk itu, jom bongkar rahsia bahagia

Layan.....




"Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi nakhkoda untuk bahtera hidupnya". (Ali)

15 Ogos 2011

Top Blogger di Malaysia 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Top Blogger di Malaysia 2011




Menjadi Top Blogger di Malaysia?  Sudah tentu menjadi impian ramai blogger.  Mungkin juga pada awal penubuhan blog kita (blogger) tidak ada hasrat langsung untuk menjadi top blogger.  Buat blog sekadar suka-suka dan memenuhi minat serta masa lapang.  Itulah antara kata-kata awal setiap blogger.  Betul tak?  Kalau tak betul jangan salahkan aye...

Banyak perkara yang sebenarnya mempengaruhi pendirian dan pandangan kita dengan dunia blogging.  Bukan sahaja kerana isu-isu semasa, minat, kawan-kawan, kekasih, tunang, pakwe atau makwe.  Eh! jarang sangatla rasanya lelaki buat blog cerita pasal makwe nya atau tunangnya, melainkan eyriqazz.com  hahahah.... Bro eyriqazz bercerita pasal keluarganya iaitu siapa lagi kalau bukan wifenya yang tercinta serta anak-anak (ops... anaknya baru satu... Alisya) suka sangat baca kisah keluarga mereka... bahagia rasanya.

Sebenarnya tidaklah susah sangat nak jadi top blogger macam denaihati.com atau ariffshah.com, apalagi kalau nak jadi seperti benashaari.com.  Semua itu memerlukan ketekunan dan kerajinan serta tidak cepat melenting dan berputus asa.  Mungkin juga ada satu tahap dan peringkat tertentu yang menjadikan kita 'fed-up' dengan blog kita.  Ketika mana tidak ada komen langsung pada setiap entry yang kita buat.  Tetapi jangan silap kerana tidak semestinya semua orang yang berkunjung ke blog kita tu akan meninggalkan komen.  Kalau tak komen tak per... jangan risau.... pasti suatu masa akan melimpah ruah lah komen di entry anda... tunggu masa dan ketika yang sesuai.  Dan... yang pasti jangan mudah berputus asa...

Kalau nak bercerita panjang lebar bagaimana nak jadi Top Blogger, bukanlah bidang aye.  Kerana aye tidaklah termasuk dalam golongan itu lagi.

Tips dan panduan yang boleh dikongsikan, terdapat terdapat di blog denaihati.com.  Antaranya fokus kepada penulisan dan sentiasa mesra blogger (ini istilah aye).

Sekian, selamat berpuasa dan selamat menjadi blogger berhemah 1Malaysia.



 

Oh! Perjuangan yang belum selesai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Perjuangan ini masih belum selesai dan harus diselesaikan segera.  Selagi ia belum selesai akan mendatangkan seribu serba satu kesesakan nafas dan kekalutan.  Biarpun perjuangan bagi sebuah permulaan ini akan tamat, pasti akan datang lagi beribu-ribu permulaan yang harus diselesaikan.  Cuma masa dan keadaan sahaja yang berbeza...

Oh!... Berjimba lagi dengan MKSP untuk hari ini ... hari esok berjimba pula dengan MKA .... dan M yang seterusnya... begitulah kehidupan mesti diteruskan dengan berhadapan dengan perjuangan yang tidak akan pernah selesai... sehingga ke hujung nyawa!


Perjuangan Yang Belum Selesai
Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/nora/
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

'Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?'

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

'Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya'


Sekian, selamat berjuang berhadapan dengan segala macam ujian...

*_*


*

14 Ogos 2011

GaySec mengakui kesilapan | Arlene Tan bukan Makcik Hajjah Sitt Alwuzara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Umumnya di dunia blogging, 1Malaysia sudah mengetahui GaySec telah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Arlene Tan kerana membuat pendedahan palsu mengenai Makcik Hajjah Sitt Alwuzara.

Berikut adalah kenyataan maaf dari GaySec mengenai isu berkaitan Arlene Tan:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam  mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
 
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan.
*note:  Seluruh isi kandungan kenyataan maaf ini dipinjamkan daripada Denaihati.

Semoga dengan penjelasan ini akan terhurailah kekusutan dan kekalutan yang timbul akibat daripada apa yang telah berlaku.

13 Ogos 2011

Tersilap cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,






Kisah di satu petang, sejurus selesai berjimba bersama tuan puteri lindungan bulan (....?...) dengan dokumen MKSP dan segala bagai maklumat dan data yang bercelaru dan berkecamuk dalam kotak fikiran dan minda yang hampir sarat tetapi kosong...


Lalu tuan puteri mengucapkan terima kasih di atas bantuan dan kesudian menemaninya sepanjang petang itu.  Bicaranya halus dan lembut pasti terpikat siapa saja yang mendengarnya. 

Atas dasar mengalah dan ingin menyedapkan kata makan berkatalah seorang lagi..."tidak mengapalah, kita kan sama-sama berjimba hari ini... hari ini tuan puteri lambat pulang dan saya menemannya, kalau saya seorang mungkin saya sudah pulang".

Hanya seketika kemudian baru tersedar bahawa dia telah tersalah cakap dan mahu mohon maaf kepada tuan puteri namun sudah terlewat kerana tuan puteri sudah berlalu pergi... Bingung juga memikirkan mengapa ucapan sedemikian dilafazkan. 

Sepatutnya bukan itu ungkapannya.  Ungkapan yang molek dilafazkan adalah seperti ini... "hari ini saya meneman tuan puteri, esok2 tuan puteri pula menemani saya"... boleh begitu?....

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta..... melanggar pagar...


Keliru?..... Aye lagi keliru





*-*

12 Ogos 2011

Hidayah dan Keberkatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


HIDAYAH DAN KEBERKATAN
Mutakhir ini kita pernah melihat dan mendengar di media masa kisah lembu dan kambing peliharaan yang diperdengarkan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Setiap pagi dan petang kaset al-Quran akan diperdengarkan ke seluruh kandang atau ladang untuk tujuan santapan rohani....
 Kita percaya bahawa yang tersirat di hati ialah agar “segala usahanya diberkati”. Lalu dengan jihad yang dilakukan itu penternak dengan bangganya mengatakan “Inilah lembu dan kambing yang berkat, yang sentiasa disuntik dengan kemukjizatan ayat-ayat suci al-Quran..”. Jelas, mereka amat berbangga memilih elemen kesucian melalui surah-surah al-Quran dan tidak pula memilih irama dangdut atau rock.
 Walaupun idea pilihan mereka kelihatan keagamaan namun harus diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan sebenarnya telah dinyatakan Allah dengan jelas :

                  Sesungguhnya al-Quran itu adalah untuk memberikan hidayah (petunjuk) kepada (jalan) yang lebih lurus.
                                                                                                         Surah al-Isra’ 17 : 9
Perkataan “aqwam” adalah merujuk kepada jalan yang lebih benar dan lebih adil. Maksudnya al-Quran itu adalah untuk manusia yang ada akal dan minda yang berfikir, manusia yang mengerti tentang tugas mengurus bumi dan tidak merosakkannya, manusia yang mempunyai hati dan motivasi atau manusia yang mampu berusaha mencari yang terbaik untuknya.
Al-Quran bukan diturunkan untuk lembu, kambing atau binatang ternak yang tidak tahu untuk berfikir dan mengerti. Di dalam Kitab Tafsir al-Maraghi menyatakan bahawa “hidayah” yang dipinta oleh manusia ketika menunaikan ibadah solat merujuk kepada empat perkara iaitu hidayah Agama, hidayah akal, hidayah pancaindera dan hidayah ilham. Justeru al-Quran diperlukan untuk mendapatkan semua hidayah tersebut.
Manakala hidayah yang diberikan kepada haiwan pula ialah hidayah pancaindera dan hidayah ilham sahaja yang diperolehi secara automatik. Dengan dua hidayah inilah semua haiwan melangsungkan kehidupannya secara stereotaip. Hidayah ilham akan menunjuk ajar setiap haiwan untuk mengenal erti kehidupan walaupun tanpa ibu atau bapa di sisi. Justeru haiwan tidak perlukan manusia untuk menunjuk ajar kelangsungan hidupnya jauh sekali untuk memerlukan al-Quran. Hujah ini juga secara jelas telah menolak pandangan Darwin berkaitan teori evolusi kerana manusia yang berevolusi daripada beruk tetap tidak mampu untuk ditunjuk ajar apa tah lagi untuk mendapat empat hidayah yang dinyatakan di atas.
Justeru, usaha memperdengarkan al-Quran itu bukanlah untuk santapan rohani atau untuk mengislamkan lembu dan kambing kerana lembu dan kambing tidak ditaklifkan (dibebankan) dengan kewajipan tersebut. Lembu, kambing dan segala apa yang ada di langit dan juga yang ada di bumi (kecuali manusia, jin, syaitan, iblis yang kufur kepada Allah) semuanya sentiasa bertasbih dan tiada apa-apa dosa kepada Allah (rujuk surah al-Hadid ayat 1).
Usaha memperdengarkan al-Quran itu kemungkinan untuk mencari nilai keberkatan pada rezeki mereka. Cuma isunya kenapa dibacakan kepada lembu dan kambing? Kenapa tidak kepada hati kita sendiri yang memang kita diperintah untuknya? Oleh itu marilah kita sama-sama membaca al-Quran sambil cuba memahaminnya di bulan Ramadan yang mulia ini, kita bacakan kepada hati kita dan kepada kehidupan kita seluruhnya. Moga beroleh keberkatan, rahmat dan pengampunan Allah SWT.

Wallahu a’lam
Disediakan oleh :  Hj Supani Hj Husain
Diedit oleh : Abd. Nasir Musa
~~~~~~~~~~