Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
30 September 2009
Ada Apa Dengan Sayang?
29 September 2009
Ada apa dengan ceria
gambar header buletin pendaftar yang dimaksudkan... dalam buletin tu ada citer lain lagi...
****oooOOOOooo***
-
25 September 2009
Weblog Popular 1Malaysia
Entri ni Aye create untuk citer pasal contes weblog popular 1Malaysia. okey tak?
- Nak cerite tentang weblog atau 1Malaysia? Kalau nak citer pasal 1Malaysia, aye tak berapa pandai sangat. Memanglah sana... sini... situ... sini... orang dok citer pasal 1Malaysia, sampai kueh 1Malaysia pun ade... elok juga promosi skit tentang 1Malaysia. Ye lah kita rakyat Malaysia, walau dimana kita berada seharusnya Malaysia tetap di hati... tambahan lagi tinggal di Malaysia,...
- Actually saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://mombloggersplanet.com (Mombloggersplanet - MBP). Aye dah lama jadi pengikutnye tapi ... dalam senyap jer.. silent.... kalau ada contestpun aye tak berapa kisah sangat... cuma baca jer... tapi bila ada contest "1Malaysia". Aye rasa teruja pulak tak join... lagipun bila lagi "umi " nak bagi sokongan kepada 'mom'. Dah ada peluang ni... ambik jer..
- Justeru itu jugalah aye calonkan MomBloggersPlanet sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
- Nak tau apa bestnya MBP? Banyak... macam-macam ade.. terutamanya untuk ibu-ibu... Antaranya Blog Review, Blogging Tips, Blog & Make Money, Blog for Business, Blog Promotion, Contest dan banyak lagi... Yang paling aye suke sangat2 Blogging Tips dan Blog Review. Kalau tak percaya lawatlah http://mombloggersplanet.com/, pasti teruja punya... ala... bukan sahaja untuk ibu.... bapak pun boleh juga.
- Last but not least, sponsors untuk contest ni adalah SAUDACARE (http://saudacare.com/) dan ANISHA ONLINE MALL (http://mycadar.blogspot.com) pasti lumayan kan... dan penganjur nya adalah Denaihati (http://denaihati.blogspot.com)
- Jadi tunggu apa lagi... jom lah sertai contest ni... pegi jer ke http://mombloggersplanet.com/ then, click kat gambar cam kat atas tu... pastu ikut jer jalan citer yang ada... mudah....
.
24 September 2009
Kubur penebus rasa bersalah
berikut adalah email yang diterima dari seseorang... dipaparkan di sini untuk bacaan dan ingatan sepanjang masa....
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.
Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya..... (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya.... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...
Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:
1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)
2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)
3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan!)
4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang....") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin
5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)
6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa
7. sedekah pisang kat masjid......
8. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)
Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"
Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....
Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah..... memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.
Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).
Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebaga pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat........
Ambil iktibar dari lampiran di bawah.
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
17 September 2009
Kad Raya Aidil Fitri 1430 untuk semua
15 September 2009
Antara Asli dan Ragu-Ragu -2
14 September 2009
Antara Asli dan Ragu-Ragu
Beberapa hari yang berlalu, sambil mengirup udara nyaman... nikmatnya kurniaan Tuhan... namun kekadang kita tak sedar apa yang kita lalui adalah untuk sementara... kalaupun kita sedar... mungkin tak terfikir...
Hari ini Aye dapat email dari sahabat ... YA!... mungkin dan pastinya ia adalah perkongsian untuk ingatan kita... Aye berhasrat nak letak isi cerita email tu di blog nih... untuk berkongsi cerita dengan pembaca blog... namun aye rasa curiga juga kalau-kalau 'post' berkenaan boleh menyinggung perasaan orang lain...
11 September 2009
Jangan dilupakan 12 beradik hilang tempat bergantung
Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan baik.