Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku. Papar semua catatan

28 Julai 2016

Masa depan dan cabaran

Masa depan dan cabaran


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Masa depan dan cabaran
Masa depan ada di hadapan
Bakal ditempuhi biar apapun halangan dan cabaran
Mengapa masa depan jadi taruhan
Kerana kita harus ke depan meneruskan perjuangan




Masa depan belum tentu
Masih lagi dalam kesamaran
Harapan masa depan tetap di situ
Menunggu masa pejuang harapan

Cabaran masa depan terhenti di sini
Tat kala kalam ini tidak bisa melakarkan isunya
Hanya kerana ia terhenti melakar
Belum tentu cabaran bisa terhenti




Lalu izinkan pena ini melayarkan impian
Merempuh onak anganan 

Bersurai seketika

02 Februari 2016

Aku bukan yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aku bukan yang terbaik


Setiap orang pasti mengalami situasi yang sama walaupun tidak serupa.
Kita sedaya upaya melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sehabis baik walaupun selalu tidak menjadi.
Kita belajar dari kesilapan lalu.
Kita bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Kita berguru pada yang kita rasakan dia tahu.

Tetapi kita akan disalah anggap.
Atau semua anggapan itu hanya mainan perasaan kita?
Tidak pasti.

Pasti kedengaran suara-suara harmoni yang merdu lagi gemersik.
Mengusik manja seolahnya kita ini mahu tunjuk pandai.

Sedih.
Kerana dalam proses kita belajar untuk menjadi yang terbaik.
Kita dilihat sebagai hendak menunjuk.

Aku bukan yang terbaik
Aku bukan yang terbaik

Aku bukan yang terbaik
namun aku selalu belajar
untuk memberikan yang terbaik
dan untuk menjadi yang terbaik


Sekian adanya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri Aku bukan yang terbaik.

28 Julai 2015

Aku sang penunggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Aku sang penunggu


Aku sang penunggu itu
Menunggu tanpa jemu

Di sini seorang aku menunggu
Bertemankan setiang lampu neon
Biarpun tiada cahaya namun terang
Bertemankan sinar mentari senja

Aduhai aku yang menunggu mengapa kamu yang gelisah
Aduhai kamu yang ditunggu mengapa tidak kunjung tiba
Apakah aku yang terlewat atau terlalu awal
Apakah kamu yang terlewat atau memangnya waktumu belum tiba

Aduhai sang penunggu bersabarlah
Nantikan waktu itu kan tiba
Justeru lebarkan layar kesabaran
Istighfarlah... itu yang terbaik

Bunga hiasan
gambar hiasan


Nukilan: yangbaik | 18:16 28072015

~(@^_^@)~


11 November 2014

Teruskan saja niat yang murni

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Teruskan saja niat yang murni


Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.

Begitulah kita bila melakujan sesuatu perlu berpada jangan sampai mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Berfikir itu sudah pasti agar kita tidak terjebak di kemudian hari.

Dalam benak fikiran ketika ini sedang memikirkan apa yang bakal berlaku dan situasi yang bakal terjadi. Bila diikutkan apa yang difikirkan tentu saja kita tidak akan ke mana. Namun kita perlu memberi ruang kepada jiwa untuk suatu manfaat yang lebih baik. Tidak bermakna yang ditinggalkan itu tidak baik. Semoga yang tertinggal itu dimudahkan urusan.


bunga mekar di laman bonda. gambar hiasan 

Masa untuk diri sendiri


Mengambil masa dan ruang untuk diri sendiri. Menambah dan menokok mana yang kurang. Agar ruang kosong ini terisi penuh makna.

Maafkan aku andai ada yang terluka. In shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan kalian. Izinkan aku menikmati saat ini dengan aman bersama rahmat dariNya.

Terima kasih kerana memahami.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

22 Julai 2014

Berpeluh di waktu pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pagi-pagi lagi dah bermandi peluh.
Bukan kerana kelas aerobik atau gimrama dan bukan juga kerana mengejar anak-anak.
Berpeluh kerana berkejaran dari bilik mesyuarat ke ofis ambil data dan kembali semula ke bilik mesyuarat.
Hari ini ada mesyuarat penting, bukan hari ini saja mesyuarat tu penting tetapi setiap kali pun penting juga.
Persiapan memang dah ada dari awal tetapi disebabkan kesilapan teknikal kerana mengharapkan isu itu tidak penting dan selalunya dibawa oleh orang lain.
Jadi, disebabkan saya kurang penting untuk berada dalam bilik mesyuarat hari ini, maka saya kenalah berlari balik ke ofis.

Huh!!! memang letih macam bukan bulan puasa.
Puasa juga nie, pagi-pagi tak mengapalah berlari sikit... kalau tengahari sikit minta maaf lah memang tak kan berlari punya... panas!!!

Lambat sikit saya update blog hari ni.

Terima kasih sebab sudi singgah blog picisan ini ... :D

18 Julai 2014

Cermin mata nan merah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cermin mata nan merah


Cermin mata.  Seingat dulu ketika di bangku sekolah.  Rata-rata pelajar Tionghua memakai cermin mata.  Itu pengalaman ketika sekolah menengah rendah di Taiping.  Ketika sekolah rendah tidak berjumpa pula kawan-kawan sekolah yang pakai cermin mata ... maklumlah semuanya pelajar Melayu.

Dan... antara mitos yang paling popular ketika itu dan mungkin juga sehingga kini adalah 'orang yang memakai cermin mata adalah orang pandai'.  Terpengaruh juga dengan mitos berkenaan.  Ketika zaman sekolah timbul teringin nak pakai cermin mata.  Ketika itu yang pakai cermin mata dalam keluarga adalah arwah ayah tiri.  Tetapi selaluny kena marah bila berangan-angan nak pakai cermin mata.  Mungkin juga sebab utama ketika itu adalah cermin mata ini untuk golongan atasan atau orang kaya.  Jadi saya yang tidak kaya ni... memang tidak layak sebab mata masih okey dan masih boleh membaca walaupun dalan keadaan yang suram atau malap.

Namun, mitos sedikit demi sedikit bertukar dan dewasa bersama kedewasaan seorang remaja.  Maknanya dah boleh fikir sendiri.  Tidak semestinya orang kaya yang pandai boleh pakai cermin mata.

Ketika menghampiri musim SPM, saya sering mengalami sakit kepala dan pening kepala menyebabkan saya sering ponteng sekolah.  Terpaksa ponteng yer bukan sengaja... sebabnya bila dah pening kepala pergi sekolah pun dok melepek kat bilik rehat buat apa kan?

Seorang guru kaunseling telah membawa saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan.  Seorang doktor saya tidak ingat namanya telah mencadangkan agar saya memakai cermin mata.  Walaupun mata saya tidak kabur?  Ya, sebab kemungkinan juga terdapat kerosakan pada mata tetapi saya tidak perasan dan kadang-kadang dengan memakai cermin mata kerosakan itu dapat dibetulkan.  Okey... saya mula mencongak.

Tempoh diskaun untuk pelajar sekolah telah tamat.  Saya pula perlukan cermin mata.  Tak mengapalah sebab saya fikir ianya bukan penting sangat.  Bertahan sajalah, bila pening kepala makan ubat dan jangan ponteng sekolah... atau kena jumpa cikgu disiplin lagi.

Namun saya tidak dapat bertahan lama.  Dikuatkan semangat bertanya dengan arwah emak untuk membuat cermin mata.  Arwah emak nampaknya tidak banyak soal terus bersetuju dan berjanji untuk membuat cermin mata.  Ketika itu arwah emak belum lagi memakai cermin mata.  Dan... saya pun memakai cermin mata ketika peperiksaan SPM sudahpun hampir tiba dan masa untuk ulangkaji juga semakin suntuk.  Cermin mata itu saya pakai sehingga tamat SPM sahaja kerana tidak selesa.  Lagipun pening kepala tidak lagi menyerang.

Kini... setelah berpuluh tahun sejajar dengan meningkatnya usia, saya terpaksa memakai semula cermin mata. Pernah buat dan pakai untuk seketika tetapi berhenti kerana tidak selesa.... begitulah sekejap pakai sekejap tidak.  Pakai pun di pejabat sahaja ketika menghadiri kursus atau mesyuarat.  Ketika menghadap komputer buat kerja atau berbloging tidak pula nak pakai cermin mata.

Sudah tiba masanya untuk saya menjadi pemakai cermin mata.  Kerana mata saya juga sudah kabur.  Tak pasti rabun jauh atau rabun dekat.  Yang pastinya sakit kepala itu betul-betul menyakitkan dan menyukarkan kehidupan.

Terfikir juga... seiring dengan masa sedikit demi sedikit nikmat yang kita ada dulu kini semakin berkurang.  Tetapi harus ingat... ada yang kurang ada juga yang bertambah... hanya kita yang tidak sedar.

Terima kasih.

05 Mei 2014

Aku terlalu cemburu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan
Aku terlalu cemburu
Pada masa silam dan masa lampau
Lalu aku mencari apa sebenarnya
Mengapa aku menjadi terlalu cemburu

Aku terlalu cemburu
Cemburu pada insan kuat taqarrubnya
Cemburu pada insan yang tenang hatinya
Lalu aku mencari makna disebalik taqarrub

03 Mac 2013

Ada aku kesah

As salam,




(i)
Ada aku kesah
apa awak buat bukan urusan saya
apa awak buat jangan ganggu saya
apa awak buat bukan kehendak saya
apa awak buat tiada kaitan dengan saya

08 September 2012

Kenapa susah nak tidur

As salam


Susah sangat ke nak tidur?
Tak susahlah, ambil bantal letak kepala sambil menonton tv, sat lagi tidur le
Tak juga, dah tengok tv macam mana nak lelap mata
Boleh jer... kalau tidak tak der lah istilah tv tengok orang tidur.... hahhaha

Habis macam aku ni... sampai sekarang tak tidur lagi macam mana pulak
Ala tak susah... senang jer
Nko kata senang tapi yang nko tak tidur lagi kenapa?
Eh ... aku tak nak tidur lagi laaaa...
Nko buat apa tak tidur lagi nieh...
Ni ha... tengak menaip
Ehhh... sama la kita...
Apa yang samanya
Sama lah... nko menaip aku baca....

Hahahahha

Biul per ....

'suka duka pentas dunia'


.

29 Jun 2012

Ada apa dengan pilihan

As salam,



Sungguh benar rasa sedih dan terharu
Bukan kerana tiada pilihan
tetapi kerana pilihan yang ada membuatkan 'dia' keliru
keliru antara jalan yang dihadapan, kiri atau kanan

Wahai!
Tiada apa yang dapat dikatakan lagi
bila kerisauan itu menjadi nyata
biarpun orang berkata pilihan di tangan kita
namun mengapa mesti kita tersalah buat pilihan
adakah kerana banyak pilihan
atau kerana sukar membuat pilihan
lalu jalan yang gelap itu dipilih?

Aduhai!
Jalan gelap itu biarpun telah terpilih
Ia bisa diselusuri
biarpun dengan merangkak atau berjengket
kerana pasti di hujung jalan sana akan terjumpa sinar cahaya
namun bagaimana pula jika tersesat di jalan yang lurus?

Itu semua suratan
ada hikmah tersembunyi
biarpun terpalit seribu calar hitam
bersihkan ia dengan nur keinsafan
biarkan ia berlalu dan pergi
usah diulang sejarah silam
bangkit semula bersihkan nama

~~~~~~~~~~~~~~~~

entah mengapa hari ini tiba-tiba @yangbaik terasa begini sekali
sungguh sukar diungkapkan dengan erti yang sebenar
hanya monolog ini mampu berbicara
entah bila akan diingat semula peristiwa hari ini...

24 Jun 2012

Siapalah kita

As salam


Siapalah kita
Bukan gagak di rimba mahupun merak di kayangan
Bukan juga pungguk yang merindukan bulan purnama
dan bukan juga sang rajuna tapa (erk!!!)

Kita sering berhadapan dengan bermacam-macam situasi
Dalam kita sedang berhadapan dengan situasi yang 'ok'
tiba-tiba datang gangguan
yang merobek emosi dan minda
lantas kita termelatah

Kita adalah manusia biasa
yang tak bisa menguasai orang lain mahupun diri kita sendiri
bila mana kita tidak bersedia untuk berhadapan dengan cabaran

Menurut pengamal NLP
kita mampu mengawal diri kita untuk menjadi insan yang baik
dan ... kita juga berupaya mengawal emosi insan disekeliling kita
andai kata kita ikhlas dalam perbuatan kita
dan... semua yang berlaku adalah dengan izinNya

22 Ogos 2011

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kerana aku (tak sedap pula guna perkataan aku.. nak gantikan dengan aye... maksudnya sama jer) dilahirkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Amat-amat menghargai kemerdekaan Malaysia.  Biarpun aye tidak termasuk dalam golongan orang-orang gagah yang telah berjuang untuk kemerdekaan Malaysia, AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kerana perjuangan dan keberanian serta usaha gigih mereka Malaysia mencapai kemerdekaan.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kepada anak-anak muda terutamanya kepada anak-anak aye; Alif, Irdina dan Inas dan ingatan untuk diri sendiri hargailah kemerdekaan Malaysia.  Pelihara dan hormati nama baik Malaysia.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kehidupan aman setelah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah suatu nikmat yang harus dihargai semua.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Tahun 2011 merupakan tahun ke-54 Malaysia mencapai kemerdekaan dan tahun perayaan kemerdekaan berkembar dengan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan bersama dengan Hari Raya Aidilfitri dengan temanya 1Malaysia:  Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Contest seo anjuran DEZAMAN COTTAGE.  Untuk lebih maklumat sila klik pada link di sini.

Untuk penyertaan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Aye nak tag 5 orang ini yang tak pernah jumpa di alam realiti, tetapi kenal di alam maya saja.

1.  Mak Dara Terdiva
2.  Ardini Humaira
3.  Kakcik Seroja
4.  Cikgu Bulan
5.  Budak Lelaki Sebelah Pintu

Semoga kalian tidak menguzurkan diri.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA!

Sekian.








11 Disember 2010

Aku dan budak-budak

Assalamualaikum, salam 1Malaysia dan salam 1Dunia,

nak berkongsi cerita dan kata-kata tentang kisah seorang 'aku' dan budak-budak...

layan....


"Aku tidak suka menjadi seorang pedagang budak. Akan tetapi, menjadi pedagang budak lebih aku sukai daripada aku menimbun bahan makanan sambil menunggu naiknya harga yang memberatkan sesama muslim".  Yazid bin Maisaroh


udah....

tak paham yer.... baca banyak2 kali....

26 Oktober 2010

Di Mana Kan Kucari Ganti - Tan Sri P. Ramlee

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

P. Ramlee dalam kenangan
Sekiranya masa bisa diputarkan semula hasrat akan ku putar ke zaman itu
zaman kegemilangan P. Ramlee...
berjumpa untuk bertanya khabar dan barangkali juga mendengar celotehnya

Entah mengapa catatan ini dinukilkan pada ketika ini
mungkin juga kerana kerap kali iklan dari ASTRO mengenai seniman agong itu singgah di blog aye atau mana-mana blog yang telah aye lawati.
andai masih ada kesempatan lawat laman ini (http://www.astro.com.my/pramlee/ ) untuk banyak lagi cerita menarik tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang telah dikeluarkan oleh pihak ASTRO

P. Ramlee dalam kenangan di ASTRO (http://www.astro.com.my/pramlee/)
sedangkan aye sedang dalam saat-saat "terakhir" di "sini"
mungkin juga sepatutnya aye buat catatan berkenaan keberadaan aye di"sini"
Namun tangan ini tak berdaya kerana terlalu banyak kenangan suka duka
apa yang pasti kenangan itu pasti akan tetap terpahat di sanubari ini....

2 atau 3 minggu lepas telah aye keluarkan catatan berkenaan apa yang belum pasti
mungkin 2 atau 3 kali juga catatan dengan cerita yang hampir sama dikeluarkan

dan setelah berita itu menjadi pasti... aye hilang arah dan idea untuk membuat catatan mengenainya, hingga kini baru berkesempatan untuk menyatakannya.. cuma mungkin dalam belum yang sungguh berbeza.
Ya.... berita itu telah pasti dan sekarang adalah detik-detik akhir aye di"sini"...

Aye sedang mengumpul kekuatan untuk membuat catatan baru
banyak sungguh janji... tak tertunai rasanya...maaf...

29 September 2010

Nak rehat sambil buat matematik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


suatu petang, angin sepoi-sepoi bahasa
menyapu lembut pipi gebu itu
seketika...
dalam perjalanan pulang dari rumah Pak Lope di Kampung Gajah
tiba-tiba alif buat soalan matematik pulak....

1+1=

2+2=

4+4=

8+8=

16+16=

32+32=

64+64=

128+128=

256+256=

512+512=

1024+1024=

2048+2048=

.

.

.

.

.

yea.... ayah tak tau kira yer

bukanlah ayah nak drive nih...

ohhh... ayah tak mau cakap yer...

ayah pakar matematik lah....

hehehe...

23 September 2010

Belum pasti hitam dan putihnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera hingga akhir masa,

(gambar hiasan)

banyak perkara dalam dunia ni yang belum lagi pasti
tapi dah heboh satu kampung
bukan macam ayam yang baru bertelor sebiji riuh sekampung
tapi ayam tu baru nampak sarang jer ... nak bertelor
ntah sarang tu boleh pakai ke idak entah ler..
hehehe.... nak merapu jap...

dua tiga hari ni ada perkhabaran yang kurang pasti
tapi hari ni dah macam heboh la pulak...
apa berita dan ceritanya?
nanti dah confirm hitam atau putih baru cerita...



21 September 2010

Ulasan dari Rusia / Terima kasih sudi singgah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama juga tidak create entry... cuti panjang neh....
dah ada masa nih... curik masa sekejap nak buat entry baru
dalam masa tu semak juga komen dan ulasan bagi entry yang terdahulu...
nak kata apa lagi... kita dah mudahkan pengunjung untuk buat komen...
tetiba ada juga komen yang tak berapa berkenan di hati...

dalam entry Mood hari raya punya lah banyak komen...
suka sangat... tapi tak berapa faham sebab tak buleh nak reply, kenape
sebab aye tak paham bahasa Rusia... agak2 la..

berikut antara petikannya...
nak tengok lebih jelas... klik kat gambar tu... banyak lagi... malas nak layan.
akhir kalam, terima kasih juga kepada teman-teman yang sudi singgah dan tinggalkan jejak... tak sempat nak merayau balik... tapi akan cuba juga pi beraya dalam masa terdekat....

sekian, adanya...

13 September 2010

Entry tanpa gambar di hari raya Aidilfitri ke-4

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

Seminggu telah berlalu blog ini dibiarkan sepi tanpa entri
Bukan kerana tiada cerita untuk dikongsi
tapi kerna tak jumpa port dan line untuk berkongsi
lalu hari ni dipinjam sekejap notebook adik dan juga line streamix
(betulke ejaannya???)

banyak cerita untuk dikongsi
andai tiada yang sudi membaca tidak mengapa
kerana entri seakan diari
untuk mengubat keresahan hati yang melanda

tanpa diduga apa yang pertama kali semuanya tak menjadi
biarpun untuk pertama kali ini sungguh mengundang rasa teruja yang teramat
namun teruja itu seakan memakan diri dan jiwa
adakah kerana ego atau kerana terasa diri sudah terlalu handal
hingga terlupa pepatah melayu lama
"malu bertanya sesat jalan"
biarpun banyak tempat untuk bertanya
namun lidah seakan kelu dan langkah kaki seakan kaku untuk ke situ...

namun keresahan dan gelodak yang melanda jiwa terubat juga ...
sempena hari yang mulia hari raya
saling bermaafan dan berkunjungan ke rumah saudara mara
biarpun sesekali perasaan itu tiba jua.... ku ubati luka dengan tawakkal...

sekian, maaf dipinta kepada sesiapa jua yang pernah terluka sama ada sengaja atau tidak...
kita mampu merancang
sesungguhnya yang baik itu adalah anugerah dari Allah
dan kekurangan itu adalah kerana kelemahan hambanya yang yang daif ini...
Tuhan ku songsong masa silamku....

15 Ogos 2010

Blog List Ben Ashaari

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,


Entah buat kali ke berapa Mr. Ben tukar blog listnye....
jangan ngomel banyak2 kang kena... lastik takpun kena blacklist...huhuhuhuuuu tidak!!!!
dalam dok ngomel pun hingin juga join masuk dalam blog list Mr. Ben

Buat masa ni ada 3 kategori bloglist - masakan, peribadi dan keluarga...
hmmmmm .... nak masuk kategori masakan? sikit sangat citer pasal masakan.
masuk kategori peribadi? kisah peribadi sendiri tak juga buat citer peribadi secara langsung
masuk kategori keluarga?.... boleh lah... sebabnya dalam blog aye.. semua ada kisah peribadi dan keluargapun ada ada juga....

okehlah Mr Ben... jika sudi masukkan blog aye dalam kategori KELUARGA...

Terima kasih....

12 Ogos 2010

Rahsia Solat Di Awal Waktu dan kaitannya dengan warna

Assalamualaikum selamat sejahtera buat pembaca budiman.
Di sini AYE nak kongsi email yang diterima dari seorang sahabat, 'malangnya' sumber bagi artikel berkenaan tidak pula AYE ketemui, namun AYE mengharapkan artikel ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada kita.

Rahsia Awalan Solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Pada waktu Subuh
Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
~~~~~~~~~

Catatan AYE:
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, sebaliknya yang buruk itu datang dari AYE yang lemah dan serba kekurangan.  Namun AYE mengharapkan akan sentiasa mendapat petunjuk dari Allah semoga sentiasa mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.  Wallah Hu a'lam.

Carian