Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan

12 Disember 2017

Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau


Semoga hari ini dan hari esok adalah hari yang terbaik dan penuh dengan kebahagiaan.  Kita sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam setiap langkah hidup kita.  Namun segala halangan atau rintangan yang terjadi janganlah dianggap sebagai penghalang untuk kita hidup bahagia.  ðŸ˜Š

Hari ini, tiba-tiba saja rasa down sangat-sangat.  Akak sedang cari punca satu persatu... tetapi tidak ketemu jawapan yang pasti.  Adakah kerana pagi tadi tak dapat sarapan tosei dan teh tarik?  Tak kan lah kan... apa-apa pun yang kita makan asal ianya halal itu sudah cukup baik.  Esok masih ada untuk dapatkan tosei idaman... In shaa Allah.

Okey, selesai satu perkara.  Punca makan ke punca apa nih.  Tetapi selepas saja menulis punca pertama tadi... perasaan lemau itu mula menghilang... Yes! dah dapat satu punca.



"Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.  
Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya"
(Surah Al Mu'min, ayat 44)


Seterusnya, tengahari tadi... buka email. Dapat makluman dari affiliate, permohonan akak untuk renew tak diluluskan.  Antara sebab yang diberi adalah kerana niche blog akak tidak sama dengan niche affiliate tu... penyedia perkhidmatan penginapan.  Betul lah tu, blog akak ni mana ada buat cerita pasal pelancongan atau penginapan.  Memang tak pernah pun, sebab akak tak sempat melancong jauh-jauh.  Tambahan pula bila anak-anak masih kecil.  Huish... alasan tak masuk akal langsung.

Dalam usia macam ni, nak handle anak-anak yang sedang membesar memang meletihkan.  Pagi kita tegur, mereka okey kejap, petang satgi buat hal semula.  Adeh, memang lah tak sempat nak fikir melancong ke mana-mana.  Paling jauh pun melancong balik ke kampung... lebih kurang 1 jam perjalanan.

Dan, nak dipendekkan cerita, mood lemau ni tak usah dilayan sangat.  Serahkan segala urusan itu kepada Allah.  Kita laksanakan yang terbaik dan sehabis baik.  Selebihnya tawakkal dan berdoa agar setiap urusan itu adalah pada landasan yang betul.

Itulah antara cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau.  Tulis saja apa yang rasa seperti tidak lengkap.  Tetapi jangan sampai memburukkan orang lain. Kerana apa yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersendiri.  Kita gunakan akal untuk mentafsirkan dengan cara yang terbaik.

Akhir kata, terima kasih atas kesudian membaca entri ini, Cara mengatasi perasaan yang lemau dan galau.

💖💖💖

03 Ogos 2017

Bersangka Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersangka Baik


Bersangka Baik

Bersangka Baik


Kita tidak mampu mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka terhadap kita
Tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk bersangka baik terhadap orang lain.


Terima kasih kerana bersangka baik.

szi 😊

06 Oktober 2015

Antara suka dan fobia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Antara suka dan fobia


Apa yang nak diceritakan hari ini seandainya nadanya sama dengan semalam.  Semalam yang dirasakan berduka dan sama juga perasaannya pada hari ini walaupun tidak seduka semalam.

Hati dan perasaan kita banyak sangat yang mempengaruhinya.  Walau secuit rasa sudah mampu merubah seribu rasa dalam diri.

Dalam keadaan tertentu kita suka dengan situasi itu bilamana ia tidak mendatangkan kesusahan kepada kita.  Bukan kerana tidak suka dengan ujian .... tetapi siapa pula yang suka dengan ujian sebegini.

Semuanya soal hati.  Bergantung kepada hati dan penerimaan kita.

Tunaikan amanah

Keliru?

Benar sekali.  Penulis ini sedang melalui fasa yang amat mengelirukan.  Entah apa yang hendak diceritakan dan tidak tahu pula bagaimana hendak digambarkan rasa hati ini.

Fobia berada di mana-mana.  Melihat dinding juga fobia.  Fobia dengan sang rayap yang melintas.

Fobia juga bila terkenangkan peristiwa itu.  Tiba-tiba rasa benci dan menyampah.  Namun siapalah kita untuk menyimpan rasa itu.  Kerana rasa yang terbuku itu mampu merosakkan hati dan jantung lantas merobek kebahagiaan.

Tunaikan segera amanah itu .... agar fobia itu tidak melarat sarat dalam jiwa.

Biar jiwamu tenang


11 Februari 2015

Peluang perbaiki diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Peluang perbaiki diri


Apa perasaan bila dibandingkan baik dan buruk

10 Oktober 2014

Cukupkah yang diberi

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,



Cukupkah sudah yang diberi
Apa lagi yang hendak diharapkan
Kiranya itu yang termampu diberi
Kiranya itu memadai buat seketika

Cukupkah sudah yang diberi
Apa juga yang diucapkan
Apa juga yang dilafazkan
Semuanya sudah tersurat
Andainya itu yang dirancang itulah yang terlaksana



Ungkapan itu kelihatan mudah dilafaz
Mudah juga dinukilkan juga dikarang
Namun sudah pasti yang terucap itu bukannya dengan sendiri
Melainkan dengan bantuan pemikiran dari yang Maha Bijaksana

Bersyukur kehadratNya
Semoga bertambah murah rezeki semua orang
Dikurniakan rezeki yang halal lagi baik



posted from Bloggeroid

09 Oktober 2014

Patutkah kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Patutkah kita

gambar hiasan

Patutkah kita...
dengan rela melukakan hati orang lain
Atau mungkinkah kita tidak sedar
ataupun kita tidak ambil tahu pun hati orang itu

Tahukah kita andainya luahan yang sama ditujukan kepada kita
Apa pula perasaan kita
Tiada rasa apa-apa kan?
Kerana hati itu sudah mati
hati itu mati kerana sikap kita yang sombong dan angkuh
bangga dengan kebolehan diri sendiri
bangga dengan kepandaian kita sendiri
bangga dengan pangkat yang kita ada

Patutkah kita...
dengan hati yang terluka
menyimpan dendam kesumat kepada dia
Sudah tentu dendam kerana sakit hati itu tiada galangnya

Biarkan saja dia sakiti hati orang
Kerana hati dia umpama batu
pelarasan setimpal pasti dia perolehi
selaras dengan apa yang dia perlakukan

Kita ini tiada apa untuk didendami
Kerana kita juga sering alpa
Lalai dan lupa
Kerana kita manusia

Lalu humbankan saja sakit hati itu ke benua hujung sana
Biar hati kita ini bersih dari luka
Biar hati kita ini suci dari noda
Kerana kita ada hak untuk hidup aman

Berserah diri kepada Yang Maha Besar
Semoga hati kita kembali bersih dan segar
Tetap teguh bersama Nur Firdaus...


nukilan:  yangbaik | 8102014 | 13:30
(saat kejutan melanda kerana alpa... sakitnya biarpun terasa harus segera pulih dari noda)

15 Ogos 2014

Jaga hati dan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jaga hati dan perasaan

Ada perasaan, beri perasaan (simpati), dapat simpati (bantuan)

Tajuk di atas boleh saja diabaikan sekiranya ia langsung tidak menggambarkan apa yang akan diceritakan.

Cerita ini lebih kepada menjaga hati dan perasaan orang sehingga kadang-kala terabai hati dan perasaan kita.  Tetapi kita tidak perlu bimbang dan gusar kerana hati dan perasaan kita adalah milik Allah.  Sentiasa berdoa semoga dikurniakan kekuatan hati dan kebaikan perasaan untuk kehidupan kita di dunia yang fana ini.

Ketika pertama kita akan dilihat sebagai tidak tahu apa-apa dan tidak mahir melakukan apa-apa.  Kerana kita memang tidak kemahiran dan kepakaran dalam bidang itu.  Tidaklah salah untuk orang menyangka begitu tetapi kita seperlunya belajar dan memahami kepakaran yang bagaimana sesuai dengan kita serta keupayaan kita yang terhad.  Jika pun kita tidak mahir, bantulah seikhlas hati semoga usaha itu menampakkan hasil yang memuaskan jika pun tidak cemerlang.

Kita juga pasti akan rasa kecewa bila mana kita tidak mampu memberi kecemerlangan kepada organisasi. Tetapi itu bukan salah kita seorang kerana usaha ini memerlukan kerjasama ramai dan idea yang bernas.

Pada ketika lain, kita mampu memberi idea kepada orang untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.  Tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang lain.  Kita juga tidak mampu melaksanakan idea itu lantaran idea itu untuk orang dan bukan untuk kita laksanakan bersama-sama.

Justeru apabila memberi idea pastikan idea itu kita juga mampu laksanakan atau paling tidak idea itu tidak menyusahkan orang lain.

Pada masa yang lain pula kita seperti hendak abaikan sahaja apa yang berlaku di depan mata.  Untuk masa akan datang yang kita tidak tahu apa-apa.  Kerana perancangan kita jarang sekali terlaksana dengan sempurna sekiranya tiada kerjasama serta 'kebenaran' dari Ilahi.

Kita sebenarnya terikat dengan hati dan perasaan kita yang halus.  Kita berasa bahawa hati kita cukup besar untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.  Kita kadang-kadang tidak tahu menjaga hati kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan ketika bercakap dengan orang lain.  Kita bercakap ikut suka hati... lalu kita bersama kesal atas kesilapan kata-kata kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan kita ketika kita membuat keputusan.  Lantaran itu apabila keputusan itu tidak diterima kita mula menggelabah dan tidak ketahuan.

Bukankah lebih baik kita adukan sahaja kelukaan dan kedukaan hati kita kepada yang membolak-balikkan hati insan.  Terus saja berdoa kepada Allah yang memegang hati kita.  Doalah supaya hati kita tidak dibolak-balikkan.  Biar kita tegas dan reda dengan setiap kejadian.

Jaga hati dan perasaan orang itu lebih baik kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Tentang hati dan perasaan kita.... adukan saja ketika berada di sejadah.

Sekian.

16 Jun 2014

Perasaan takut menjaga diri dari lalai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Perasaan takut menjaga diri dari lalai


Keselamatan hendaklah diutamakan.
Sedikit kecuaian dan alpa
akan membawa akibat yang buruk.
Gambar hiasan

Perasaan takut ada pada semua orang.  Tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak.   Yang berbeza adalah jenis ketakutan.  Seperti takut kerana tidak tahu, takut kerana tahu akibatnya serta ada juga perasaan takut kerana saja-saja diada-adakan.


20 April 2014

Kita menangis karena apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Mengapa menangis?
Setiap dari kita pernah menangis
Sebab kita menangis hanya kita yang tahu
Sesekali mungkin juga orang lain tahu
Tetapi tidak sama seperti yang kita tahu
Kerana tangisan kita memberi makna tersendiri kepada kita


gambar hiasan

17 April 2014

Tunjuk perasaan dalam entri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entahlah! perasaan apa yang nak ditunjukkan pun tak tahu.  Dalam keadaan perasaan yang tidak menentu bercampur baur antar suka, gelisah, kecewa, teruja dan moody.  Tidak tahu bagaimana perasaan itu bercampur.  Semuanya kerana pengaruh persekitaran yang kadang-kadang boleh menggugat kesejahteraan jiwa raga.

Ayat kan mesti tapau dari mana-mana entri dalam fesbuk

Tidak ahh.  Memang ayat sendiri ler nie.



Pertama:

13 Mac 2014

Bukan kerana saya seorang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bukan kerana saya seorang yang menyebabkan terjadinya isu ini.

Sudut ini sudahpun terabai.  Tiada lagi bunga-bungaan
yang menghiasi.  Gambar hiasan

Banyak sebab mengapa terjadinya sesuatu perkara.  
Bukan kerana seorang dua tetapi ianya turut berkait antara satu sama lain.

Rasa seperti nak bercerita tetapi bimbang ia disalahtafsir.

Lalu izinkan aye nyatakan di sini, oleh kerana hari ini aye cuti tidak semestinya kerja-kerja lain boleh tertangguh kerana masih ada lagi insan lain yang bijak dan mampu menyiapkan tugasan itu.  Aye bercuti bukan kerana lari dari lambakan atau timbunan kerja sebaliknya ada urusan peribadi yang mendesak.  

Memang betul setiap tugasan yang diberikan hendaklah dipantau dan disiapkan oleh siapa yang menjadi pemiliknya (PTJ).  Dalam suasana kerja sekarang yang kebanyakan mengutamakan 'multi-skilling' seharusnya mana-mana orang paling tidak mampu memberi penjelasan untuk apa yang berlaku.



Pasti akan ada orang akan berkata:

"Kalau dia cuti... habislah kerja tak siap"

"Kalau dia cuti... tiada orang nak ganti kerja dia"

"Kalau dia cuti... susahnya!!!"

Tiada siapa yang harus dipersalahkan.  Kerana bukan saya seorang yang boleh buat kerja.  Ramai lagi yang mampu menjadi pekerja yang baik jika itu yang dikehendakinya.  Kerana apa juga yang kita buat atau apa juga yang terjadinya ada kaitannya dengan apa yang ada dalam diri kita.

Hmm... boleh ke buat kenyataan macam ni??? Tak baguskan.

Banyaknya alasan yang diberikan bukan bermakna lari dari tugasan.  Tetapi alasan itu lebih kepada memberi penjelasan semoga ada yang mengerti.

Sekian adanya.


suka duka pentas dunia



$$$

11 Mac 2014

Sibuk sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sibuk sangat. Sampai bila pun ayat- ni memang tak boleh dipisahkan.


Kesibukan sentiasa ada.  Datang dan pergi bersilih ganti.
Walau apapun tanggapan orang memang itulah kesibukan kita... tidak sama.
Mungkin sekarang sempat lagi update blog walaupun pun sibuk sangat... kononnya.

Dah lepas waktu pejabat... meja masih tak boleh nak kemas lagi.
Tunggu masa kejap lagi kenderaan sampai.
Barulah kelam kelibu nak tutup komputer dan nak kemas meja.

Hati ini masih tertunggu apa sebenarnya yang terjadi dengan pesawat MH370.
Memikirkan keadaan keluarga mereka... hati menjadi sayu.
Semoga mereka semua selamat.

#pray4mh370

suka duka pentas dunia



$$$






10 Mac 2014

Bila langgar prosedur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peraturan dan prosedur dibuat untuk memudahkan sesuatu urusan.  Supaya dapat dilaksanakan dengan teliti dan teratur.  Walaupun nampak seperti menyusahkan tetapi lebih susah lagi jika tidak ikut prosedur yang telah ditentukan


Gambar hiasan.


06 Mac 2014

Perlukah ada rasa terkilan atau simpati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Contoh gambar hiasan dari koleksi peribadi

Perlukah ada rasa terkilan?  Satu persoalan yang mungkin sukar untuk dijawab pada masa sekarang kerana kita tidak tahu situasi yang sebenar.

07 Januari 2014

Apa yang tiada kaitan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cadangan gambar untuk hiasan

Apa yang tiada kaitan?
Sekadar nak berkongsi rasa dan pandangan.  Walaupun mungkin ramai yang tidak bersetuju atau tidak kurang ada juga yang mencemuh.  Apa sajalah.

Sedar atau tidak sekarang kerajaan Malaysia telah memperkenalkan 'no wrong door policy' atau polisi tiada pintu yang salah.  Bermaksud siapa juga boleh menyelesaikan aduan dan pekerjaan yang tersilap diterima. Bukan kerana hendak buat semua kerja atau semua benda nak kena ambil tahu tetapi lebih kepada hendak memudahkan semua pihak.

Macam ahli politik pula.... suka tak?  Memang tak suka.

Bila bos dah beri arahan... jangan banyak soal
kenapa saya yang kena buat,
kenapa bukan dia...
kan kerja ini ada kaitan dengan dia
kerja ini tiada kaitan pun dengan saya
kenapa ganggu saya

Eh hello... awak ingat arahan tu saja-saja bos nak bagi...
jangan pulak nak anggap bos tu dah kena 'mandrem'

Ohhh bodek bos ehhh
Alahai... buat apalah nak bodek bos tu
bukan boleh jadi jutawan pun
bos pun bukan jutawan

Kalau buat-buat tanya tu tak boleh ker?
Jawablah dengan sopan...
bila dah tak mampu atau tak boleh
berterus terang saja dengan bos
tetapi pastikan pula alasan yang diberikan itu paling kukuh di dunia
dan alasan yang awak bagi tu... cukup kuat
serta awak sendiri yakin dan percaya dengan alasan yang diberikan itu adalah benar
bukan alasan yang direka-reka

Balik semula kepada bos
Dah jadi bos jangan sesuka hati bagi arahan tanpa usul periksa keupayaan staf
ehh... silap pula
bos memang dah tahu semua tu
Dah jadi bos jangan mudah terpengaruh dengan 'bodekan' staf
dah jadi bos jangan juga mudah percaya bulat-bulat apa yang dikatakan orang sekeliling..
Dah jadi bos kena rajin 'study' gerak badan dan gaya bahasa staf...

eh sakit...

tak tau lah apa yang dikarang di atas difahami atau tidak...
cuma sekadar luahan untuk meredakan rasa hati yang terbuku
paling tidak dapat berkongsi perasaan

semoga tidak menyusahkan

sekian


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


-


01 Januari 2014

Pecah bukan untuk dibuang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pecah bukan untuk dibuang.  Seringkali peralatan kaca atau yang seangkatan dengannya mudah pecah. Sama ada pecah kerana terjatuh, dijatuhkan atau kerana kesilapan teknikal yang lain.  Kebanyakannya bila jatuh pecah berderai dan tidak sanggup dilihat lagi lalu dibuang.  Dibuang kerana tidak mampu melihatnya... lagi dilihat lagi terasa sakit lalu dibuang.

Pengalaman pecah kaca ini bukannya anda saja yang merasainya tetapi YB juga. Dalam seminggu dua ni sudah 4 jenis barang kaca pecah... ada yang berderai dan ada yang tersepih saja.  Antara barang kaca pertama yang pecah adalah teko kaca pusaka arwah mak.  Balik rumah lepas kerja... anak-anak bagitahu teko pecah... Puncanya?  Tak tahu bagaimana punca tetapi pecahnya ditapak.  Terasa sangat sedih mungkin juga bercampur dengan letih dan penat kerja... oleh kerana keliru terus dibuang teko yang pecah itu. Semasa buang teko itu... sebenarnya ada satu perasaan yang berbaur tetapi tidak dapat ditafsirkan.  Hingga sekarang masih sukar diterima kenapa dibuang teko itu...

Pada hari yang sama peralatan yang pecah adalah flask air panas.  Flask warna biru dibeli semasa dalam pantang bersalin Muhammad Abid... kira-kira usianya baru 14 bulan.  Kaca di dalamnya pecah, bekas diluar masih elok.  Bila ditanya tiada siapa mengaku.  Dan... disebabkan perasaan yang tidak keruan bercampur baur terus dibuang flask biru yang tidak bersalah itu.... mood sedih sangat.  Tetapi masih lagi sedar itu semua pinjaman semata-mata tiada yang kekal.  Biarpun menangis mengalir darah kaca-kaca itu tak mungkin bersatu kembali...Tetapi masa ada jalan dan cara lain untuk kitar semula barang itu kan?  Masa itu tidak terfikir langsung... mood kecewa pula :P

Sebenarnya semua benda yang dibuang itu adalah memikirkan ianya sudah tidak boleh digunakan secara normal (seperti biasa), tempat simpanan juga terhad... lalu dibiarkan saja ia disimpan didalam tong sampah dengan harapan ada insan lain yang akan mengitar semula barang itu... mood teruja ;)

Selang beberapa hari kemudian, sebiji mangkuk kaca putih Corelle pemberian adik ipar yang baru pulang dari Australia... pula pecah.  Mangkuk kaca yang pecah itu tidak kelihatan dimana letaknya.  Pulang dari pejabat pada petang itu... lihat seperti ada sesuatu yang kurang pada rak pinggan tetapi dibiarkan saja.  Keesokan paginya... terasa pelik dan janggal kerana mangkuk itu tidak cukup satu.  Lalu dicari dalam peti ais, dalam singki dan mana-mana tempat yang biasa... tidak dijumpai.  Lalu barulah diringankan mulut bertanya pada anak... mangkuk tu pecah.  Puncanya sedikit sangat tetapi itulah 'alsebab' kepada kehilangan sebiji mangkuk putih itu.  Mereka telah membuangnya dan YB tidak nampak pun dimana dan bagaimana pecahnya... mengapa dibuang?  Masih lagi misteri.  Kata orang mangkuk Corelle susah nak pecah.  Kesimpulannya tidak semua kaca itu sempurna... kan?

Dan selang beberapa hari kemudian... tiba giliran talam comel ini pula sumbing.  Tidak pecah tetapi sumbing sedikit.  Talam ini bukan kaca tetapi gentian kelihatan seperti kaca dan dibeli kira-kira 10 tahun yang lalu.

Dalam keadaan waras kita mampu berfikir dengan tenang.  Melihat keadaan talam ini yang sumbing agak sendikit kecewa... tak habis-habis ehhhh.  Tetapi masih boleh bertahan tak sampai hati nak buang kerana pecah itu bukan untuk dibuang.

Sudah tentu talam yang sumbing ini tidak molek untuk diletakkan hidangan kepada tetamu ataupun keluarga sendiri.  Maka ia disimpan dan dalam masa yang sama masih mampu berfikir bahawa ia pasti mampu digunakan dengan caranya yang tersendiri.



Yang penting masih boleh digunakan walaupun sekadar 'belakang tabir'.



Selagi masih boleh digunakan ada baiknya ia disimpan dan sekiranya ia pecah sekali lagi... itulah nasibnya tak perlu rasa kecewa atau sedih.


Nah... sekarang ia dijadikan sebagai alas meletakkan bekas dadih untuk disimpan di dalam peti ais.  Bekas dadih perlu diletakkan atas dulang atau talam supaya kedudukannya stabil dan tidak mudah terbalik.

Segala tindakan kita hanya kita yang mampu mengawalnya dan tidak perlu mengharapkan orang lain.  Dalam keadaan emosi kurang stabil kita tidak mampu berfikir atau bertindak dengan cara yang waras.  Sebaliknya perasaan itu perlu diredakan dengan banyakkan istighfar.

Harus ingat... pecah bukan untuk dibuang.  Barang yang lepas jangan dikenang sebaliknya jadikan ia sebagai teladan.

Sekian.  Terima kasih atas perhatian yang diberikan.


suka duka pentas dunia.


06 Disember 2013

Kematian yang tertangguh [Puisi]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



gambar hiasan


Kematian yang tertangguh


Kematian...
Satu saat yang tiada siapa tahu
Tiba saatnya satu saat tidak kurang tidak lebih

Kematian...
Apakah boleh ditunggu saat yang sesuai
Atau mampukah bertahan bila tiba saatnya

Kematian...
Yang jauh dan dekat perginya bersilih ganti
Tiba saatnya tanpa diduga
Tanpa disedari

Kematian...
Sesekali kehadirannya terasa hampir
Ketika hati resah dan gelisah
Sesekali seperti terpanggil 
Tatkala melewati Taman Barzakh

Kematian...
Apakah ini kematian yang tertangguh

Sesungguhnya hidupku dan matiku adalah untuk beribadah dan berbakti di jalan Allah


Nukilan  YANGBAIK
13:45, 6 Disember 2013 (2 Safar 1435)


suka duka pentas dunia



06 November 2013

Perasaan yang bagaimana

Assalamualaikum





Entah dari mana hendak dimulakan cerita dan bagaimana hendak digambarkan perasaan ini.

Sesekali terfikir ini hanyalah ujian kecil dari jutaan ujian yang kecil. Terasa sedikit kesal tetapi bukan menyesal mengapa anak kecil itu terlibat.

Bagi dia yang masih kecil... hati dan perasaannya masih bersih tidak tersimpan rasa benci atau geram apatah dendam kesumat. Perasaan mazmumah itu hanya ada pada orang dewasa.

Tidak mengapa biarkan saja perasaan itu terubat sendiri bersama seribu rasa yang membukam. Leraikan saja rasa tidak enak itu....benamkan ia sejauh dasar laut ketujuh.

Yang pasti kehidupan ini mesti diteruskan dengan penuh semangat waja. Kesilapan itu terlalu kecil untuk disingkap.

Semoga yang terbaik buat semua.

Sekian.




Suka duka pentas dunia



posted from Bloggeroid

21 Ogos 2013

Peraturan dibuat untuk memudahkan urusan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar dari google

Pada hari Rabu yang biasanya ramai orang tidak berkata-kata sebaliknya hanya memberi gambaran sahaja, aye terasa nak tulis panjang lebar... bukan berkata tetapi menulis apa yang terbuku dalam hati.  Bila menulis begini paling tidak dapat mengurangkan rasa hati yang membekam.  Nak bercakap atau bercerita pada orang bimbang mengganggu emosi dan perasaan mereka mula... jadi tulis di sini dan sesiapa yang sudi membaca tulisan ini tidak berhasrat mengganggu perasaan tetapi sekadar luahan sahaja.

Perghhh... (ayat apa ni aye tak tau) pengenalan punya la panjang belum masuk isi cerita lagi.

sekadar hiasan

Seperti biasa kita akan berhadapan dengan situasi tertentu di mana kita perlu akur dengan peraturan. Sekadar nak berkongsi bukan senang sebenarnya nak mencipta arahan atau peraturan... perlu diteliti satu persatu agar ayat yang dibuat tidak menyukarkan mana-mana pihak untuk memahaminya.  Dan... untuk membuat pindaan pada mana-mana senarai peraturan perlu juga melalui kelulusan dan perbincangan bersama dan bukan keputusan seorang.

Seringkali juga peraturan yang senang akan nampak susah bila tidak dibaca dengan teliti.  Hal ini akan membawa pula kepada kerenah birokrasi yang seterusnya akan memburukkan keadaan.

Birokrasi dicipta bukan untuk menyusahkan tetapi untuk memudahkan.

Baca dengan teliti arahan dan syarat yang dikenakan.  Ikutlah kenyataan yang dibuat supaya dapat memudahkan semua pihak termasuk diri sendiri.

Tidak susah sebenarnya nak ikut peraturan atau syarat yang dikenakan.  Sekiranya tidak faham boleh bertanya... begitulah yang sering dikatakan oleh cikgu-cikgu ketika kita disekolah.  Tetapi sekiranya cikgu sendiripun malas nak bertanya... macam mana anak murid nak memahaminya.

Tiada siapa yang hendak susah termasuk juga orang yang tergolong dalam pembuat peraturan dan keputusan.  Tetapi bila bersendirian... nak tukar peraturan dan syarat akan memakan diri... kerana ditegaskan sekali lagi... peraturan yang dibuat secara bersama perlu dipinda secara bersama juga.

Semoga memahami.

Sekian adanya, terima kasih kerana sudi membaca dan memberi pandangan.

(*-*)

04 Julai 2013

Sesatkah kita kiranya malu bertanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jika tidak tahu arah yang hendak dituju... carilah peta atau alamat supaya tidak tersesat.
Gambar hiasan

Dah hampir larut malam, tetapi masih ada lagi si kecil yang belum melelapkan mata.  Maka terganggu lagi nak menghasilkan tulisan untuk malam hari ini.

Ok tak per... cari masa dan peluang supaya catatan ini terhasil juga untuk malam ini.

Penatnya nak perah idea untuk menghasilkan catatan yang tidak seberapanya ini.  Sudahlah dua tiga hari catatan yang terhasil tak berapa bernas maklumlah banyak perkara yang diuruskan termasuklah juga halangan dalaman.

Tajuk kat atas mengenai sesat kan?   :D Anti klimaks pulak.

Kembali kepada jalan cerita.  Setiap kali kita mendapat jemputan untuk menghadiri sesuatu acara ataupun kita sendiri yang hendak menghadiri program itu, sudah pasti kita mahukan petunjuk atau jalan ke tempat itu.

Ada orang yang beranggapan dia akan tahu sendiri jalan ke tempat itu kerana dia sudah mahir dengan jalan atau kawasan di tempat itu.

Ada orang yang sibuk bertanya sana sini arah ke tempat itu kerana tidak pasti dengan tempat itu atau tidak tahu langsung arah ke tempat itu.

Ada orang yang langsung tidak tahu apa-apa tetapi berusaha cari sendiri jalan dan arah tempat itu.

Percaya atau tidak, kerana kesungguhan dan minat tempat yang sukar dan tidak pernah dituju akan menjadi mudah kerana secara kebetulan ada orang yang sudi membantu.

Sebenarnya kita tidak perlu malu untuk bertanya andainya tempat yang hendak dituju itu adalah tempat yang baik.  Contoh kelas pengajian Bahasa Arab, kelas al-quran atau lain-lain tempat bercorak keilmuan.

Sesatkah kita kiranya malu bertanya.  Mungkin juga ada sesetengah orang bukan malu tetapi segan nak bertanya. Mulutnya seperti berat nak bersuara biarpun di dalamnya tiada walaupun sebutir emas.  Tetapi dengan hasrat dan niat yang baik sesungguhnya bantuan akan tiba.  Yang penting berusaha.

Sekian adanya.  Suka duka pentas dunia.

Carian