Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

22 Julai 2022

JEMPUTAN MENGHADIRI EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



JEMPUTAN MENGHADIRI EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022


Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 pada 23 hingga 27 Julai 2022, 9.00 pagi hingga 5.00 petang di World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTC).


Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022
Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022


One Stop Employment Solution


Ekspo ini akan mengetengahkan konsep “One Stop Employment Solution” di mana ianya akan menghimpunkan pelbagai sektor industri dari seluruh negara termasuklah sektor gig ekonomi dan keusahawanan di bawah satu bumbung yang sama.  Objektif utama penganjuran ekspo ini selari dengan hasrat kerajaan di bawah bajet 2022 untuk mencapai sasaran 300,000 penempatan pekerjaan pada akhir tahun 2022.  Dijangkakan sebanyak 1,000 majikan dengan penawaran lebih 10,000 kekosongan jawatan bakal disediakan dalam ekspo ini nanti.

16 Julai 2020

PKPP : Task Force Operasi Pematuhan SOP PKPP

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera 


PKPP : Task Force Operasi Pematuhan SOP PKPP


Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (16 Julai 2020)

PKPP : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN SOP PKPP
PKPP : TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN SOP PKPP


1. Task Force Operasi Pematuhan


- 14,301 anggota telah membuat 67,938 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

-  3,950 pasar raya, 5,494 restoran serta 1,453 penjaja, 1,347 kilang, dan 2,035 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa, 3,849 tempat ibadah serta 1,493 tempat riadah

- PDRM menahan 68 individu atas kesalahan ingkar PKPP. 14 daripadanya direman & 54 dikenakan kompaun

- Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (28) & aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yg menyukarkan penjarakan sosial (40)
- Kerajaan berharap rakyat dapat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk melaporkan tindakan yg melanggar SOP


2. Kawalan Sempadan Negara


- Dari 1 Mei sehingga 15 Julai 2020, seramai 1,623 PATI, 526 tekong dan 110 penyeludup telah ditahan menerusi Operasi Benteng. Juga ditahan 59 bot/kapal serta 161 kenderaan

- Semalam, PDRM telah membuat 67 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dan memeriksa 39,183 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus

- PDRM telah berjaya menahan 1 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen


3. Operasi Sanitasi Awam COVID-19


- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,250 operasi sanitasi merangkumi 134 zon
- Semalam, sebanyak 15 operasi sanitasi meliputi 14 Zon di 6 buah negeri termasuk Sabah (7), Melaka (3) dan Terengganu (2)

- Operasi Sanitasi ini melibatkan 42 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta 140 anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain. 5 jentera JBPM turut digunakan dalam proses sanitasi.


4. Kuarantin Wajib


- Dari 10 Jun sehingga 15 Julai 2020, seramai 18,778 orang telah pulang ke tanah air melalui KLIA. 18,705 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine & 73 orang lagi telah dibawa ke hospital

- Pada 15 Julai 2020, sebanyak 624 rakyat Malaysia telah pulang melalui KLIA & KLIA2 dari Hong Kong, Indonesia, Qatar, Singapura, UAE, Brunei & Thailand.
- Kesemua 624 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka (home quarantine)


5. Pekerja Asing di Malaysia 


- Pekerja warganegara asing yang mempunyai permit & berada di Msia dibenarkan untuk kembali berkerja apabila sektor mereka beroperasi semula
- Kebenaran ini tertakluk kepada syarat mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum kembali berkerja


6. Penghidangan Makanan


- Kerajaan ambil maklum bahawa masih terdapat premis-premis makanan yang menghidangkan makanan secara buffet tanpa pramusaji ataupun penyediaan sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi mengambilan makanan

- Ini tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dan pengusaha premis makanan perlu memastikan adanya pramusaji ataupun sarung tangan pakai buang (disposable gloves) bagi kegunaan pelanggan, sekiranya menghidang makanan secara buffet.


7. Aplikasi MySejahtera


- Sehingga hari ini, seramai 6.2 juta pengguna telah memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera. 254,833 premis perniagaan juga telah mendaftar dengan aplikasi MySejahtera

- Walaubagaimanapun, masih terdapat premis perniagaan yg tidak menyediakan QR Code MySejahtera & hanya menyediakan QR Code aplikasi yg dibangunkan pihak lain. Kerajaan menggesa pengusaha perniagaan untuk mendaftar dgn aplikasi MySejahtera bagi memudahkan usaha membendung COVID-19


8. Peruntukan hand sanitizer di sekolah


- Pihak sekolah perlu sediakan kemudahan hand sanitizer dgn peruntukan sekolah & Kementerian Pendidikan juga telah menyalurkan peruntukan ke sekolah bagi membolehkan hand sanitizer & topeng penutup muka disediakan kepada guru & murid-murid.

Sumber:  Majlis Keselamatan Negara 


#kitajagakita
#kitamestimenang

PKPP : Task Force Operasi Pematuhan SOP PKPP

.

01 Julai 2020

Wordless Wednesday | Jata Negara Malaysia Tanah Air Tercinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday | Jata Negara Malaysia Tanah Air Tercinta



Jata Negara Malaysia
Jata Negara Malaysia


💓

08 Jun 2020

Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cuti Umum Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Daulat Tuanku.



Secara rasminya, hari ini 8 Jun 2020 merupakan cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Daulat Tuanku.


Hamba sekalian rakyat Malaysia tanah air tercinta ini mendoakan semoga tuanku berdua sentiasa diberkati dan dikurniakan rahmat Allah yang berpanjangan.

.

26 Ogos 2017

Raikan Kemerdekaan dengan Dokumentari Patriotik Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Raikan Kemerdekaan dengan Dokumentari Patriotik Istimewa daripada FiTA Studios di Astro!


Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama ASTRO akan mengadakan tayangan dokumentari istimewa genre Patriotik sebagai meraikan kemerdekaan Malaysia.  Tayangan berlangsung mulai 26 Ogos bagi episod Di Puncak Dunia manakala dokumentari #theblackhawkdawn Wira Keamanan pula akan ditayangkan pada 31 Ogos 2017.




Di Puncak Dunia

Di Puncak Dunia

Setiap Sabtu, mulai 26 Ogos 2017.

Jam 10.30 maloam di ASTRO Prima & ASTRO Maya HD.





Wira Keamanan

Wira Keamanan


Pada Khamis, 31 Ogos 2017.
Jam 11.00 malam di  ASTRO Prima & ASTRO Maya HD.


Marilah kita sama-sama Raikan Kemerdekaan dengan Dokumentari Patriotik Istimewa

szi💖

16 September 2016

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, 16 September 2016. Selamat Hari Malaysia kepada seluruh warga Malaysia, Timur dan Barat. Semoga hari bersejarah ini akan terus berkekalan.




Semoga perpaduan nasional yang terjalin hampir 53 tahun ini akan terus diwarnai dengan keharmonian dan jalinan kerjasama erat.


Terima kasih baca entri ini, Selamat Hari Malaysia.

posted from Bloggeroid

25 Mei 2015

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Sudah lama rasanya kita tidak mendengar lagu baru berkaitan lagu Melayu Asli. Bukan calang-calang orang yang mampu menyanyikannya dengan baik. Bukan sahaja menyanyi penulis lirik turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan lagu Melayu yang benar-benar Asli.

Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015


Satu peluang keemasan kepada yang berminat dan berbakat dalam penulisan lirik lagu.   Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Lagu Melayu Asli 2015.  Program ini bertujuan untuk mencungkil bakal penciptaan lagu dan penulisan lirik yang merupakan kesinambungan daripada Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan.  Dengan adanya program seumpama ini secara tidak langsung dapat memartabat dan memulihara warisan tradisi Negara dan mengekalkan ras cinta kita terhadap seni muzik tradisional dikalangan generasi muda.




Penyertaan untuk pertandingan ini teruka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas.  Peluang kepada remaja seawal usia 15 tahun juga boleh menyertai pertandingan ini. Inilah peluang untuk kita mengasah bakat terpendam.

Hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan.  Kiranya berbaloi dengan usaha menghasilkan karya dan penulisan lirik Melayu Asli.

Syarat pertandingan lain dan borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.jkkn.gov.my




Selamat mencuba kepada semua.  Semoga bertambah lagu kesenian Melayu Asli yang bermutu tinggi.

Ini adalah entri khidmat masyarakat

16 September 2014

16 September | Hari Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Selamat Menyambut Hari Malaysia.
16 September merupakan hari penyatuan Malaysia yang melambangkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

16 September kini telah diisyriharkan sebagai Cuti Umum bagi seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Malaysia terus aman makmur dan rakyatnya diberkati.




~(@^_^@)~ #SayaAnakMalaysiaMerdeka

posted from Bloggeroid

29 Ogos 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

Peranan saya sebagai blogger Malaysia

Sebagai seorang blogger banyak sebenarnya peranan yang boleh dimainkan untuk menzahirkan 'Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta'.

Antara peranan saya sebagai blogger Malaysia adalah dengan memberi sokongan kepada Rakan Blogger yang menganjurkan segmen atau giveaway yang berkaitan dengan Kemerdekaan Malaysia.

Berikut adalah segmen yang telah saya sertai
1.  Giveaway Merdeka Lestari (31/8/2014)
2.  Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia (16/9/2014)
3.  termasuk juga segmen ini...

Melalui blog saya juga pernah mengeluarkan entri berkaitan Malaysia antaranya:
1.  Saya Sayang Malaysia
2.  Malaysia! Jom Mengundi
3.  Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
4.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA
5.  Top Blogger Malaysia 2011
6.  16 September 2013 | Hari Malaysia yang ke-50
7.  Perodua Kenari Kereta Kompak untuk keluarga Malaysia
8.  Wordless Wednesday: Wajah Perdana Menteri Malaysia ke-6

Walaupun tidak banyak yang dapat saya buat kerana kekangan tugas dan masa.  Namun yang penting rasa cinta kepada negara sudah pasti bersemadi dalam darah daging ini kerana Malaysia Tanah Airku, Tanah tumpahnya darahku.  Di sini lahirnya sebuah cinta seorang blogger, dan lahirnya cinta itu turut diadaptasikan melalui karya-karya picisan yang sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat cintakan tanah airnya yang tercinta.  Bagi saya karya yang dihasilkan tidak semestinya panjang lebar seperti menghasilkan esei atau rencana tetapi karya yang pendek tetapi dekat dengan penulisnya, mudah difahami dan pengisiannya tidak terlalu ilmiah seperti jurnal akademik.

Sebagai seorang blogger, hasrat untuk membuat header atau background berasaskan kemerdekaan tetapi ada, tetapi saya bukanlah seorang designer blogger, lantaran itu hasrat itu dipendamkan sahaja.  Maka dengan masa dan ruang yang terbatas inilah saya berblogging.

Walaupun tidak mudah sebenarnya untuk menghasilkan entri dengan ruang masa yang agak terbatas tetapi usaha tetap diteruskan sebagai tanda bahawa saya sentiasa bersama blogger Malaysia lain yang sayang dan cintakan negara. Saya juga pasti rakan blogger Malaysia juga mempunyai cara mereka tersendiri untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara Malaysia.

Saya bukanlah pahlawan yang gagah menghulur senjata, bukan juga perwira yang gagah di perbatasan tetapi saya sebagai rakyat Malaysia tetap cintakan Malaysia.

Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta.




27 Ogos 2014

Rabu Tanpa Kata | Malaysia... Di sini lahirnya sebuah cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Malaysia |  Di sini lahirnya sebuah cinta


p/s:  Typo telah dikemaskini.

06 Mei 2013

Saya Sayang Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia



Saya Sayang Malaysia.  Negaraku yang tercinta lagi berdaulat.  Semoga kita semua menjadi rakyat Malaysia  yang sayangkan negara kita.  Peristiwa yang telah berlaku semoga dapat dijadikan sempadan untuk kelangsungan hidup di negara demokrasi dan harmoni.

Semoga Malaysia terus makmur untuk seluruh rakyatnya.

Semoga Malaysia terus aman dan harmoni untuk seluruh hidup rakyatnya.

Semoga rakyat Malaysia sentiasa berjiwa kental untuk berhadapan dengan segala tohmahan dari luar.

Semoga rakyat Malaysia tidak lagi berhadapan dengan kenaikan harga yang menjejaskan ekonomi keluarga mereka.

Semoga rakyat Malaysia dikurniakan rezeki yang murah dan diberkati lagi dirahmati.

Saya Sayang Malaysia.




05 Mei 2013

Malaysia! Jom Mengundi

As salam,


sumber gambar google
 Hari ini 5 Mei 2013.  Hari mengundi buat seluruh rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas.

Jom Mengundi.  Laksanakan tanggungjawab demokrasi untuk negara Malaysia tercinta.

Apa yang dipilih itulah yang menentukan masa depan kita... betul?

Sendiri tanda sendiri fikirlah ... undi anda kan rahsia



03 April 2013

Parlimen dibubarkan hari ini 4.3.2013

As salam,


sumber gambar:  Berita Harian Online

Baru tadi, sekitar jam 11.30 pagi Dato' Seri Najib telah mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia.

Justeru itu, bermulalah kesibukan agen-agen parti politik berkempen dan menjalankan tugas untuk parti yang mereka wakili.  Walaupun sebenarnya tugas-tugas berkaitan telahpun bermula dengan giatnya berikutan tumbuhnya tiang-tiang bendera di sepanjang jalan seumpama cendawan tumbuh selepas hujan.  Kali ini dan selepas ini semakin banyaklah tumbuh tiang-tiang bendera di serata tempat.

Semoga mereka yang bertugas sentiasa menjaga keharmonian masyarakat dan juga keselamatan diri sendiri.

Selamat bertugas kepada semua.

Berdebar juga menunggu tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.  Bila agaknya...


04 Februari 2012

Cintai Bahasa Kebangsaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


(gambar hiasan:  di dinding Poliklinik Dr. Azhar, Seri Iskandar)

Cintai Bahasa Kebangsaan Kita, Bahasa Malaysia.  Maju Bangsa dan Maju Negara.  Teguhkan Taat Setia dengan satu bahasa.  Antara lirik lagu yang pernah terngiang-ngiang di telinga suatu ketika dahulu.

Sebetulnya Yangbaik nak berkongsi Tag yang menarik di blog Denaihati yang diperolehinya dari blog Nessa dan Emilayusof.  Bukan sahaja Denaihati, malahan Yangbaik juga bila terjumpa dengan Tag ni rasa tercabar nak mencurah Yang Terbuku Di Hati. Yang bagusnya tag ini MESTI dijawab dalam BAHASA MELAYU.



TAG 1 - Mari menjawab soalan dalam Bahasa Melayu.

Bekas kekasih saya adalah: telah dilupakan.

Saya sedang mendengar: dengkuran anak yang sedang tidur keletihan dan sesekali bunyi cengkerik.

Mungkin saya patut: berehat dan menikmati keindahan alam.

Saya suka : melakukan kerja yang berfaedah.

Sahabat-sahabat baik saya: sentiasa membantu saya ketika diperlukan.

Saya tak faham: kenapa ada individu yang tidak memahami tugas dan tanggungjawabnya.

Saya kehilangan: masa rehat yang cukup.

Ramai yang berkata: saya ini tidak tahu....

Makna nama saya: sukar nak dinyatakan kerana belum berjumpa dengan maksud sebenarnya.

Cinta itu adalah: sesuatu yang suci yang dianugerahkan Allah kepada hambanya.

Di suatu tempat, seseorang sedang: meneliti sesuatu yang tidak berapa jelas.

Saya akan cuba: memperbaiki masa bersama keluarga.

Ayat SELAMANYA membawa maksud: SENTIASA.

Telefon bimbit saya: yang paling disayangi adalah hadiah daripada suami saya iaitu NOKIA N95.

Bila saya terjaga dari tidur: saya baca doa bangun tidur dan istighfar.

Saya paling meluat apabila: saya kelihatan seperti orang bodoh.

Pesta/Parti adalah: lebih baik jika tidak dicampurkan dengan kelakuan atau aktiviti sumbang.

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : seekor anak kucing yang diberi nama Kecik.

Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : ketika di zaman kanak-kanak.

Hari ini: secara tiba-tiba saya telah diminta mewakili bos ke satu mesyuarat, sedangkan saya tidak cukup persediaan.

Malam ini saya akan: makan dan minum sebelum tidur setelah menjawab tag ini.

Esok pula saya akan: mulakan tugas sebagai suri rumah kerana esok adalah hari cuti kerja.

Saya betul-betul ingin: membantu keluarga saya dan berehat bersama keluarga.

Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini: saya tersedar bahawa usia semakin meningkat dengan perubahan pada struktur wajah sedangkan masih banyak yang perlu dilakukan.

Pusat membeli-belah atau arked permainan: lebih kepada hendak mengambil kesempatan ke atas pengunjungnya.

Makanan Barat atau Jepun: kedua-duanya mempunyai cara masakan dan rasa yang jauh berbeza.

Bilik yang terang atau gelap: Bilik yang terang lebih baik untuk ruang bacaan berbanding bilik gelap.

Makanan segera adalah: makanan yang ringkas dan mudah disediakan serta cepat dimakan.

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? Terima kasih.



TAG 2

Apakah perasaan anda sekarang? Biasa

Saya nak makan? Macaroni goreng + seafood.

Saya tak suka? Perasaan yang tidak menentu

Impian saya? Menjadi manusia yang berbakti kepada agama bangsa dan negara

Haiwan yg saya tak suka? Anjing.

Saya harapkan? saya dapat mendidik anak-anak dan keturunan saya menjadi insan yang soleh dan soleha.

Jika boleh putarkan masa? Tidak pasti nak ke mana tetapi saya tidak menyesal dengan apa yang telah berlaku kepada saya baik susah atau senang…pasti ada hikmahnya.

Saya pada 10 tahun akan datang? Bertambah lagi usia dan lebih dekat dengan Allah serta lebih baik dari sekarang.

Handphone saya adalah sebuah? gajet impian yang sangat membantu dalam urusan harian baik kerana urusan keluarga atau pekerjaan.

Saya pernah bercinta sebanyak? Infiniti.

Kawan-kawan saya? memberi sokongan dalam pekerjaan.

Pernah dikhianati? pernah.

Apa yang hendak saya lakukan terhadap orang yang mengkhianati saya? Doakan semuga mereka mendapat hidayah dan membantu saya ketika saya kesusahan.

Siapa yang saya nak Tag? Semua yang baca tag ini dan rasa tercabar.

Sekian, terima kasih.

^-^

17 November 2011

Gelora Bung Karno menjadi saksi perlawanan Malaysia menentang Indonesia | Sukan Sea 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Malam ini menjadi saksi perlawanan bola sepak antara pasukan Harimau Muda (Malaysia) dan Garuda (Indonesia) dalam Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Semoga yang terbaik buat kedua-dua pasukan.  Kalah atau menang adat pertandingan.  Namun semua yang masuk bertanding pasti mahukan kemenangan.  Sehingga catatan ini ditulis, Malaysia telah mendahului Indonesia dengan satu mata (1:0).  Gol pertama dijaringkan pada minit ke 17.

Ikuti juga perkembangan terkini di Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

*.*

09 Oktober 2011

Bajet 2012 | Antara bonus, kenaikan gaji dan kenaikan harga barang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bajet Malaysia 2012 telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2011. 

Banyak kebaikan dan faedah daripada pembentangan bajet berkenaan.  Terutama kepada ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 dapat one-off untuk anak-anak sekolah rendah hingga sekolah menengah. 

Dapat juga pelepasan cukai yang agak tinggi. Dan yang paling amat menggembirakan pastinya kakitangan awam, antaranya dapat tambahan bonus lagi setengah bulan gaji atau RM500.00 dan kenaikan gaji.

Apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kenaikan harga barang.  Sungguh tinggilah harapan kami bukan sahaja kakitangan awam tetapi mewakili juga rakyat Malaysia yang tinggal di kampung-kampung andainya jadilah harga barang naik sudah tentu menyusahkan.  Baru nak merasa naik gaji boleh hantar ke kampung lebih sikit, nak menabung untuk masa depan... tiba-tiba macam tiada kenaikan gaji pulak... manakan tidak harga barang dah melambung ... harga ayam pun dah mencecah RM9.00 sekilo belum lagi kira harga ikan mambung sekilo jer dah mencecah RM10.00.

Walau apa pun kenaikan harga barang itu pastinya ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan ekonomi negara dan juga situasi global yang rata-rata menuntut pengorbanan dari semua pihak.

Semoga kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa di tanah air Malaysia yang tercinta ini.  Cukuplah dengan segala musibah melanda selama ini... hentikanlah kekejaman sesama makhluk dan janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri. 

Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa, jangan diikutkan hati dan nafsu yang melulu, semuanya tidak berbaloi. 

Sekian. 

*.*

07 Oktober 2011

Belanjawan 2012 | Dasar Transformasi Nasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


7/10/2011. 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, dasar itu yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah 2020. Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi. Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Ahli Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya, pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


~~~~~

Terkejut atau tidak perlu terkejut kerana bukan semua rakyat Malaysia berminat nak ikuti perkembangan belanjawan 2012. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi lalu di hadapan kedai makan dan terdapat skrin besar di kebanyakan kedai makan, namun tidak kelihatan satu pun skrin yang memaparkan ucapan bajet 2012 yang sedang berlangsung.  Sebaliknya yang ditayangkan adalah perlawanan bola sepak, ... hiduplah sukan untuk negara!

Sedangkan kita dalam kekalutan nak cepat balik dan sampai rumah untung-untung sempat juga tengok kesudahan ucapan bajet 2012.  Paling tidak dapat juga tahu perkembangan terkini ekonomi negara.

Aku anak Malaysia Merdeka!

Sekian.

*.*


30 September 2011

Take the quiz to see How Malaysian Are You

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Batik Malaysia ?  Jadikan wall paper pun cantik juga, cubalah!


keputusan kuiz untuk yangbaik (aye le tu) baru 90%.  Ingatkan 100%, rupanya masih belum cukup.  Nak cuba lagi, tengok pula apa pula keputusan.


Sekian. Aku Anak Malaysia Merdeka!

*.*

29 September 2011

Shell FuelSave Day - Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Teringat pada bulan yang lepas Shell telah buat kempen pembelian 3 biji gelas percuma dengan pembelian Shell Helix Ultra 4L, 2 gelas dengan Shell Helix HX7 4L dan 1 gelas dengan Shell Helix HX5 3/4L.  Kalau tak ingat baca kat Dapat Gelas Ferarri .  Kempen berkenaan telah tamat pada 30 Jun 2011


ini adalah gambar sebenar gelas berkenaan.  ada 6 biji mengikut keluaran kereta ferrari

Sekarang ni, Shel sedang menganjurkan satu lagi kempen hebat iaitu Shell FuelSave Day.  Program berbentuk pendidikan ini diadakan untuk mempelajjari bagai hendak menjimatkan minyak dan mengurangkan kos perbelanjaan kenderaan.  Hebat kan?
 

Peluang untuk sama-sma mencipta rekod Guinness World 

Maklumat mengenai acara berkenaan.  Harus tidak lupa siapa itu.... yang turut serta dalam pasukan berkenaan... Siapa?... Tengok lah...
Jangan lupa juga... masuk adalah percuma dan untuk ahli Bonus Link.. ada bonus juga menanti.  Nak Register? CLICK HERE TO REGISTER NOW
 
bIG fUEL-sAVINGS, bIG aRTISTES.

Eh.. okeh lah... ada Ning Baizura, Rosevelt, Suki Low pun ada termasuklah Diplomats Of Drums dan Freeloaders.

Tunggu apa lagi... jangan lepaskan peluang untuk mencipta nama dalam Guinness World Record,  nama untuk negara kita Malaysia tercinta.

Entry ini khidmat masyarakat.  
Orang Memberi Kita Merasa.
Terima kasih kepada Nuffnang.
Semoga BE yang diberi itu berkekalan lama di situ... 

Sekian.
*.* 

28 September 2011

Budak lelaki Malaysia muka macam Korea

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


Bunyi tajuk macam la terdesak sangat.  Sebenarnya itulah hakikat yang harus kita terima pada masa ini apabila terdapatnya keinginan untuk melihat mula lelaki Malaysia dalam wajah Korea.


Lelaki di Malaysia tidak kah akan terasa atau sedikit terkesan dengan aliran remaja sekarang.  Apabila terlalu banyak disogokkan dengan cerita-cerita dari luar yang lebih menarik minat remaja dan menghakis jati diri bangsa.  Lelaki asing lebih dibanggakan dan lebih dipuja.   

Manakan tidak cerita tempatan pula berkisar keganasan, berhantu dan merempit sana sini tak kira masa.  Paling tidak cerita lawak atau cerita cinta yang ntah ... inikah budaya atau wajah filem Malaysia sekarang yang lebih mempromosi kan keganasan dan kesusahan serta kehidupan yang tidak seimbang dengan wawasan negara menuju tahun 2020. 

Penerbit dan pengarah filem sewajarnya memahami kehendak wawasan 2020 negara dan turut sama menyumbang pencapaian wawasan berkenaan.  Dari apa yang ada sekarang, filem Malaysia langsung tidak menampakkan usaha membantu pencapaian wawasan 2020.  Sebaliknya lebih kepada hiburan dan keuntungan semata.

Sepatutnya semua pihak harus berusaha ke arah mencapai hasrat negara untuk menjadi negara yang rakyatnya bermoral dan beretika.

Dan... maaf lah tidak pula diletakkan pula muka lelaki Korea di sini walaupun tajuk di atas ada menyatakan perkara itu.


Sekian.

Carian