Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan. Papar semua catatan

09 Julai 2020

Tukar Prop Untuk Nampak Cantik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tukar prop untuk nampak cantik



Minggu lepas yang dah berapa kali lepas terfikir nak tukar prop untuk letak bahan masakan.  Nak tukar prop sebab nak bagi nampak cantik dan berseri bila post dalam instagram atau blog.  Macam kelakar juga lah tapi tiada siapa pun kesah apa yang Sis buat.  Sebab semasa Sis di dapur tiada siapa boleh ganggu dan usik.  Masa di dapur adalah 'me time'. 😍

Selama ini pun tiada siapa di rumah yang pernah tegur prop Sis.   Tak pasti kenapa mereka tak berani tegur atau sebab malas nak tegur.  Tegur tidak puji pun tidak. Sedih?  Tidak lah... banyak masa kat dapur bercakap sendiri (dalam hati) dengan pinggan mangkuk dan periuk belanga.  Sesekali bila masa kdengan Encik Suami barulah Sis bercakap.


Prop masakan
Prop masakan

Ini Prop Masakan yang sis maksudkan.  Selalu guna pinggan bulat Tupperware warna merah kali ni tukar kepada pinggan bujur melamine... kalau tak silap hadiah kahwin 25 tahun lepas. Lama juga tak digunakan, daripada tersimpan dalam gerobok tanpa diusik baik kita jadikan prop masakan.




Dan, inilah hasilnya.  Senang nak longgok bahan yang banyak-banyak tu dalam satu tempat.  Tak perlu guna banyak bekas.  Sesuai untuk bahan kering saja, Sis terlupa nak letak santan kotak.

Nak tahu bahan ni untuk masak apa?  
Sis sedang susun cerita dan masa yang sesuai.
Tunggu ya

Sehingga itu terima kasih atas kesudian singgah dan tinggalkan jejak di sini, Tukar Prop Untuk Nampak Cantik.

.


21 Julai 2014

Sup Bebola Ikan berbunga karot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sup bebola ikan berbunga karot.  Antara masakan yang agak ringkas dan mudah.  Anak-anak suka makan, umi dan ayah pun senang hati.

Bila dah tiba masa malas nak masak campur dengan tiada idea, tak tahu nak masak apa jadinya apa saja yang terlintas kat kepala otak ni... itulah yang jadi.  Pergi ke pasar mini dekat rumah, cari apa benda yang boleh membantu untuk masakan.  Kebetulan terjumpa bebola ikan 'besar punya', ingat nak buat sambal tumis tapi anak-anak pula tak makan pedas.  Bulan puasa ni bukan saja selera mak bapak yang nak kena ikut, selera anak-anak lagi la nak kena ikut.  Sebagai hadiah kerana berpuasa.  Barulah bersemangat anak-anak nak puasa.

Masakan saya kebanyakannya jenis sup... mungkin juga sebab dah semula jadinya macam tu kot. :P
Malas nak bergulai bagai.  Kalau nak buat gulai-gulai tunggu encik suami yang masak.  Dia memang suka lah.  Tapi kali ini saya nak berkongsi resepi yang sangat ringkas dan mudah untuk sesiapa saja.



BAHAN-BAHAN:-

1 paket bebola ikan (anggaran 20 biji), boleh ditukar dengan bebola ayam atau ketam terpulang kepada selera masing-masing
1 batang lobak merah (karot)
1/2 pokok brokoli (tak tau nak panggil apa)
5 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - ketuk
1 mangkuk air (ikut citarasa)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam


CARA MEMBUATNYA:-

1.  Bebola ikan dibersihkan, bilas dengan air lalu.
2.  Brokoli dipotong kecil.  Lobak merah di hiris nipis.  Saya buat bentuk bunga seperti di dalam gambar untuk memberi semangat kepada anak-anak dan supaya mereka tertarik.  Memang berhasil, siap dapat pujian lagi.
3.  Tumis bawang merah dah bawang putih sehingga naik bau.  Masukkan air dan kacau.
4.  Masukkan berbola ikan, lobak, brokoli dan air. Tunggu sehingga mendidih.  Masukkan garam dan lada sulah.
5.  Hidangkan.


Nota:
Selain dimakan bersama nasi panas, sup ini juga sedap dimakan begitu saja dan campurkan dengan sedikit sos cili keropok untuk rasa pedas dan sedikit masam manis.



09 Januari 2014

Akibat kehabisan gas memasak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Akibat kehabisan gas memasak macam-macam boleh jadi terutama ketika perut sedang lapar sangat ... masak mee segera tak sempat siap... mesti geram kan... rasa nak telan jer periuk.  Heee ekstrem sangat la pulak...Tidak sampai nak makan periuk besi tu... YB bukanlah wanita besi. Ngeeee


Konon-konon tengahari tak nak makan sebab nak simpan untuk makan petang plus makan malam.  Sampai rumah... tengok-tengok lauk dah habis yang tinggal hanya telur yang belum dimasak.  Jadi... apa lagi 'cekoh' jer apa yang ada... campak-campak dalam kuali. Sedang baik punya tunggu lauk masak.... tiba-tiba api dapur bertukar menjadi perlahan... eh sapa pula yang usik ni... kuatkan sikit... makin perlahan pulak... kuatkan lagi... terus hilang dari pandangan... adakah pandangan ku kabur.  Jerit la kat encik suami... gas dah habis aaaa... cepat nak masak tak sempat siap lauk nie... 

Ceee... encik suami pun telefon la kawan baiknya pengedar gas memasak di kawasan berhampiran.  Okey siap! kejap lagi dia sampai... tunggu punya tunggu dah masuk 15 minit... tak juga sampai... salah masa kot.

Tak per kita ada ikhtiar lain.  Masuk minit ke 20 tak sampai juga tong gas idaman tu... 'moh lerah' kita cari ikthiar.

Inilah ikhtiar yang ada, tak der gas letrik masih ada.  Bukan tak nak jimat tapi hidup mesti diteruskan.  Entahlah mana satu nak berjimat... jimat gas kurangkan memasak?  Kurangkan makan boleh ? Jimatkan letrik pun ada kaitan juga dengan memasak dan aktiviti kehidupan yang lain...  Panda-pandailah agihkan penjimatan asalkan hidup diteruskan seperti biasa... atau seperti luar biasa?

Gas dah habis letrik ada.  Boleh juga digunakan untuk memasak.  Walaupun tidak serupa tetapi makanan itu masih boleh dinikmati.  Alhamdulillah.

Apa nama makanan yang umi masak ni?  Anak-anak dok sibuk bertanya.  Pelik sangat ker.  Memang pelik sebab umi tak pernah guna 'sandwich maker' untuk bakar telur 'scrumble'.  Ha... korang dah tahu kan apa nama makanan ni. Nak kata ajaib tak juga cuma pelik sikit. Heeee

Makanan di atas tu adalah campuran segala macam sumber makanan dari bawang, telur, cili, kentang, tomato, telur dan susu cair.  Susu cair pun ada?  Yes.  Okey tak kalau umi ajak anak-anaknya makan... kemudian cakap pada anak-anak... korang tak makan ni rugi la kat hotel pun tak der makanan cam ni... umi jer yang boleh buat.. semua diam... tak peduli pun.

Tak perlah... umi makan dengan inas jer. Ayah tak nak makan katanya sedang diet.  Dietlah sangat!

Dah habis makan pun pembekal tong gas tu tak sampai lagi... kalau tunggu tadi memang kelaparan la sangat.

Akhirnya dan malam baru sampai... harga gas memasak satu tong sekarang nie rupanya 28 ringgit yer. Huuu tak pernah ambil tahupun sebab yang selalu uruskan adalah encik suami... puan isteri ni masak jer apa yang ada.  Mungkin harga tu termasuk caj penghantaran.

Ikhtiar hidup mesti ada untuk meneruskan kehidupan.  Jangan sampai menyusahkan orang lain dan diri sendiri dah la.


suka duka pentas dunia


$

11 Februari 2012

Sarapan pagi di hari Sabtu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cucur Kucai Secukup Rasa Kuning Berseri

Pagi Sabtu yang damai, pagi-pagi lagi anak2 dah bangun lepaskan mereka menonton TV9, tanyalah Ustaz sambil menghirup susu di botol... Eh... lari pulak cerita tak sama dengan gambar kat atas tajuk pun lari.

Sebenarnya nak bercerita mengenai menu pagi Sabtu, Cucur Kucai jer. Nak resepi?... Segan pula nak tulis sebabnya semua orang dah tahu nak buat cucur... sekadar potong kucai, bawang dan campak jer dalam mangkuk besar masukkan pula tepung gandum, telur sebiji dan secubit secukup rasa.  Kalau nak sedap lagi tambahkan sedikit marjerin dan gaulkan dengan ais, goreng hingga masak, agak2lah kalau dah biasa masuk dapur tak susah, cuma masa dan kerajinan saja yang menguatkan semangat.

Makan bersama sos cili dan masukkan sesudu gula... sedap... cubalah... jemput makan...

.

10 Januari 2012

Muffin Kismis Mentega Kacang 'Kick Start'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rasanya sudah terlalu lama sangat tak masak kueh mueh terutama muffin atau kek.  Sedangkan anak-anak Yangbaik memang suka sangat dengan kek.  Namun 3 hari lepas, datang kekuatan baru setelah terjurmpa keratan akhbar di rumah mertua, Batu 10 Lekir.  Apa yang menarik minat adalah resepinya yang mudah dan makanannya memang kesukaan keluarga. 

Balik dari Lekir, dalam perjalanan balik ke rumah di SIDEC Yangbaik singgah di Kedai Runcit Rahmat (memang kedai kesukaan Alif, sebabnya nanti citer di lain ruangan) beli keperluan untuk membuat muffin.  Bahan-bahannya memang mudah dan murah.  Balik rumah sampai dah malam, mood pun dah kedaung bertambah dengan keriuhan anak-anak, simpan jer dulu bahan-bahan tu. 

Hari ini (sebenarnya pada hari Isnin), pada waktu malam selepas makan nasi kerabu yang dibeli dari pasar malam, tiba-tiba datang semangat nak buat muffin... apa lagi geledah le kabinet dapur tu selongkar periuk oven dan acuan segala bagai lagi... bilas sambil lalu dan lap.. operasi pun bermula.  Tak lah susah sangat cuma nak dapatkan mood jer yang susah sikit... dah siap... Alif orang pertama yang merasa dan memang dari awal lagi tunggu nak makan kek yang ummi masak... sabor jer la.. Dah makan ... la Alif tak suka pula sebab ada kismis.  Alif... kata tak suka tapi hampir 10 biji muffin dimakannya... dah kenyang macam-macam alasan pulak.

Dipendekkan cerita di sini diperturunkan resepi berkenaan yang telah Yangbaik olah sedikit mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.

Muffin Kismis Mentega Kacang










Bahan-bahan:

200 gm mentega
100 gm gula caster
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung serbaguna Blue Key
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
80 gm kismis
40 gm coklat urai
50 gm peanut butter (kasar)

Cara membuat:

1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti esen vanilla, kacau hingga sebati.
3.  Ayak tepung dan serbuk penaik di dalam bekas lain.
4.  Masukkan kismis, coklat urai dan mentega kacang, kacau rata.
5.  Tuang adunan tepung ke dalam mangkuk berisi mentega sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga rata.
6.  Masukkan adunan yang telah siap ke dalam mangkuk kertas sehingga 1/3.
7.  Bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga kekuningan.

Sekian, selamat mencuba.

19 Ogos 2011

Bubur lambuk Ramadan 1432H / 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kepada yang masih mencari-cari resepi atau bahan untuk membuat bubur lambuk, di sini ada disediakan cuma bahan ajer lah... lain-lain kaedah membuatnya dah pandai masak kan.. pandai2 la agak.

Senarai bahan untuk penyediaan bubur lambuk...

Beras
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia 
Serai
Daun Bawang
Bawang Goreng
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Rempah Sup
Rempah Kurma
Rempah Beriani
Daging Lembu
Daging kisar

Senangkan... tak payah lah nak bersusah payah... pagi Sabtu ni jom pi cari bahan bahan nya , tengahari ni meh kita pakat masak ramai2 boleh bagi kat jiran sebelah rumah kiri kanan dan jiran belakang juga... kat depat rumah aye tak der jiran... kebun jer...

Carian