Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan

23 Disember 2013

Harapan itu hendaklah sama dengan perbuatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pensil yang tumpul jika hendak ditajamkan perlu diasah supaya penulisan dapat diteruskan.  Gambar hiasan


Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.

(Salah seorang ahli hikmah)


suka duka pentas dunia





11 Mac 2012

Berhenti Mengharap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Untuk kesekian kali, tajuk Berhenti Mengharap diutarakan. Tetapi dalam situasi yang berbeza.  Berhenti mengharap bukan bermakna berputus asa tetapi lebih kepada kurangkan kebergantungan kepada orang lain.  Juga bukan kerana tidak percaya tetapi lebih kepada membina keyakinan diri dan keupayaan diri untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dan urusan.

Berhenti mengharap dengan harapan orang lain tidak menyalahkan kita atas kesilapan yang bukan kita lakukan kerana kita terlalu banyak mengharap kepada orang lain untuk menyelesaikan urusan kerja kita.

Sentiasa berwaspada atas setiap tutur kata, perbuatan dan juga tulisan.  Bertanggungjawab atas setiap apa yang berlaku ...berat juga nih.  Macam mana yer?

(>-<)

?

23 Februari 2012

Harapan sekadar impian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


gambar hiasan

1.   Harapan untuk melaksanakan sesuatu arahan adalah supaya tugasan itu dapat dilaksanakan dengan baik.

2.  Penerima harapan seharusnya berusaha sehabis baik untuk melaksanakan harapan itu.

3.  Tidak semestinya bila harapan yang diberikan itu bila tidak terjadi seperti yang diharapkan bermaksud orang itu gagal.

4.  Harus bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi andainya harapan itu tidak terlaksana seperti kehendaknya.

5.  Kita mampu memberi harapan namun harus dilihat kepada keupayaan orang yang hendak melaksanakan harapan itu.

6.  Gagal tidak bererti tewas tetapi sebagai permulaan untuk harapan yang akan datang.


.

14 Disember 2011

Ceritera 1005 - perasaan, harapan dan impian

Assalamualaikum dan selamat sejahtra,



Kisah ombak rindu masih belum berakhir dan tidak akan berakhir selaginya adanya perasaan, harapan dan impian.
ceritera ini tidak menggambarkan filem ombak rindu jauh sekali review filem ombak rindu
ceritera ini berkisar kehidupan manusia ketika berhadapan dengan situasi mendesak dan terdesak atau ketika terjebak

setiap dari kita punya perasaan
perasaan itu unik serta berbeza bergantung kepada cara didikan, pemikiran dan alam sekitar kita

adakala kita cepat melenting dengan sesuatu kejutan
lantas menjadikan kita tewas dan malas berfikir
tanpa fikir panjang terus melulu mengherdik dan mencebik kepada pembawa murka

acapkali kita tewas untuk berfikir
tentang perasaan orang lain
lalu menggadai maruah diri
hanya kerana lemas dalam lautan kemarahan

siapalah kita


kita punya harapan
harapan untuk menjadi insan terbaik
menjadi hamba Allah yang terbaik

impian itu jangan ditewaskan
harus digapai walau ia setinggi gunung hatta mencapai awan

impian itu harus bertapak kukuh
sematkan di hati sanubari
kita punya harapan dan impian

menjadi insan terbaik untuk semua orang
walau kita tidak mampu jadi baik
usah jadi penghalang kepada kebaikan


sekian adanya... ratapan dan rintihan dari hati yang tersentap...

... * ...

.

14 Oktober 2011

Perjalanan yang lalu menghitung hari muka

Asslamualaikum dan selamat sejahtera,


Perjalanan masa lalu telah ditempuhi
Jerit perit diharungi jua
Walau sarat walau berat mata memandang
Terpikul dan tergalas jua

Menghitung hari muka
Entah apa menunggu
Saban hari Saban waktu
Menadah tangan menghadap Ilahi
Semoga dimudahkan segala urusan

*.*



'

10 September 2011

Yang naik lagi adalah harga top up

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harga top up pula naik 6%.  Khabarnya ia adalah untuk caj perkhidmatan.  Dengan itu secara tidak langsung nilai top up juga akan bertambah.  Tiada lagi prepaid bernilain RM30.00 tetapi akan jadi RM31.80.  Boleh jadi juga akan jadi RM28.20.

Heboh di pejabat pasal harga top up pula naik.  Apa nak buat kan sekarang semua barang dah naik harga.  Adakah kenaikan harga ini ada kaitan dengan kenaikan harga minyak atau harga barangan lain seperti caj elektrik atau harga gula?


Mengapa mesti dinaikkan harga sampai 6%.  Jika dinaikkan juga, apa pula mekanisma kawalan yang dilakukan oleh pihak berkenaan bagi penjualan prepaid di kampung-kampung atau kawasan pendalaman.  Pernah terjadi bila beli prepaid RM10.00, "caj perkhidmatan" yang dikenakan adalah 50 sen.  Kalau beli RM5.00 dikenakan tambahan 20 sen.  Apa kes? Antara mahu dengan tidak terpaksa juga beli kalau tidak dalam dunia handphone yang serba maju ini kita akan terputus hubungan dan dengan kata lain hilang punca untuk berhubung.

Di Pejabat sekarang ni heboh nak beli top up banyak-banyak nak jimat sementara menunggu kenaikan 6%. Adakah cara ini berbaloi? Bagi sesetengah orang lagi kenaikan ini memang membebankan. 

Memang tidak dinafikan bila tiba masa kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai kenaikan harga.  Cuma tak sangka pula harga prepaid akan naik secepat ini atau sehingga 6%.  Adakah selepas ini akan tumbuh semula pondok-pondok telefon awam bagi cendawan lepas hujan. 

Sedang berfikir sejenak.....


$*.*$


.

20 Mei 2011

Jaga dan harapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.
(Salah seorang ahli hikmah)

18 April 2011

Jangan pernah berhenti mengharap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Jangan pernah berhenti mengharap, kerana rahmat Allah itu amat luas.

Cerita-ceriti tentang beberapa pengharapan terdapat dalam bentuk monolog dan bersambung di sini.

Lanjutan itu walau dalam keadaan sukar mana sekalipun serahkan segala pengharapan itu kepada yang Satu.


28 Mac 2011

Monolog sambungan sebuah pengharapan yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


... sambungan kisah sebuah pengharapan yang tertinggal...

-  Kita mengharap kepada keadaan.  Adakah keadaan mampu membantu kita, lantas ia menjadikan kita berserah kepada nasib semata-mata tanpa perlu berusaha.  Sama seperti tawakkal, setlah berusaha sehabis ikhtiar dan daya upaya maka nasih mana yang menyebelahi kita, kita akan terima dan reda.  Namun adakah kita sepanjang masa bergantung kepada nasib yang baik... bagaimana sebaliknya?


-  Mengharap kepada masa.  Sama ada tempoh untuk sesuatu yang akan berlaku itu dipanjangkan kerana kita kurang bersedia.  Atau mengharapkan masa itu tidak akan berlaku kerana kita langsung tidak bersedia.  Adakah itu boleh dijadikan ukuran untuk kita tidak berusaha atau berhenti berusaha.  Dan harus ingat masa juga bukanlah alasan untuk kita melarikan diri dari sesuatu yang kita tidak suka.  Suatu masa... saat itu akan tiba juga sama ada kita sudah bersedia kurang bersedia atau tidak bersedia.

-  Mengharap kepada alam dan suasana.  Bagaimana harus kita menyerahkan harapa kepada alam dan suasana .... tidak terduga dek akal...

-  Semua pengharapan itu andai bergabung akan kembali ke bahu kita.  Kerana kita tidak mampu "berdiri di atas bahu gergasi" yang begitu tinggi lantas menjadikan kita gayat dengan ketinggian itu.  Kita juga tidak mampu menyaksikan harapan itu berlalu pergi tanpa kembali lagi.



-  Bukankah lebih kita kita terus berusaha memperbaiki diri dan meningkatkan kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab serta bersedia untuk dikritik dan ditegur.  Daripada teguran itulah kita belajar dan mampu berdiri sendiri.  Dan, janganlah kerana takutkan teguran lantas menjadikan kita tidak berusaha dan menyalahkan semua yang ada di sekeliling kita... kononnya 'orang itu/orang lain' tidak boleh harap .  Bukankah harapan itu ada juga pada kita?...

layanzzzzzzzz

24 Mac 2011

Monolog sebuah harapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sumber:  mr. google (rumah seni)
Izinkan aye bermonolog tentang harapan....

-  Dalam hidup ini kita sentiasa mengharap.  Mengharap pada diri sendiri, mengharap kepada orang lain, mengharap kepada keadaan, mengharap kepada masa, mengharap kepada alam dan suasana.

-  Ada kala kita keliru dengan harapan... mengapa sukar mengharap atau tiada harapan.

-  Sememangnya harapan itu andainya tidak terlaksana seperti yang diharapkan akan membuatkan kita kecewa... mengapa kecewa dengan harapan... andai diri sendiri tidak boleh diharap???

-  Kita mengharapkan kepada diri sendiri.  Andai diri tidak berjaya, kita akan hilang kepercayaaan kepada diri sendiri lantas menjadikan kita seperti hilang akal... tak mampu berfikir ... tak mampu mencari harapan baru???

-  Kita mengharap kepada orang lain pula bila kita tasa kita tak mampu laksanakan harapan kita itu.  Namun tahukah kita orang yang kita harapkan itu mampu laksanakan apa yang kita harapkan itu?  Disitu... kita patut teliti dan yakin dengan keupayaan orang lain.  Jika tidak, andainya tidak berjaya... adakah kita akan salahkan orang itu... atau salah kepada harapan kita... kita sukar menelah apa sebenarnya harapan orang dan harapan kita sendiri pun...

.....sekian dulu harapan yang belum selesai...

22 Disember 2010

Azam, Harapan dan Anugerah Cinta 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap dari kita pasti mempunyai harapan atau juga azam untuk dilaksanakan pada setiap tahun.  Dah penghujung tahun 2010, agak-agaknya azam dan harapan untuk tahun 2010 dah tercapai tak?  Kalau tak banyak paling kurang pun 80% dah tercapai.  Baki lagi tu carry forward  ke tahun 2011.  Itupun kalau sesuai dan boleh dibuat carry forward.  Tak macam baki cuti, kerana tak semua baki cuti boleh dibawa ke hadapan, contohnya baki cuti tanpa rekod... mesti habiskan tahun ni juga sebelum 31/12/2010.

Jika ada harapan atau azam yang masih tidak tercapai, janganlah berputus asa, cuba lah berharap lagi.  Kerana tidak mustahil suatu ketika harapan dan azam itu pasti tercapai.  Kadang-kadang kita tak perasan pun dah tercapai dan tak teringat pulak bila kita berazam dan berharap begitu.  Jangan berhenti mengharap ... seperti lagu pulak.

29 September 2010

Masih juga belum pasti

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat seisi alam buana

Untuk kesekian kalinya pada hari ini
ingin dijelaskan sekali lagi
segala-galanya masih kabur
namun harapan dan impian yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih tidak terhingga
semoga doa dan harapan yang baik-baik dari kalian menjadi kenyataan
cuma enggan menaruh seribu impian dan harapan
kerana segala-galanya masih dalam kesamaran
penantian itu memang menyeksakan
namun harapan yang diberikan lagi menyesakkan nafas

enggan berbicara lebih panjang
namun ingin juga menanti dengan penuh kesabaran
tentang segala kemungkinan

enggan juga meneka dalam kesamaran
kerna burung camar itu entah di mana pada ketika ini...

aku bermonolog lagi
sendirian
.

Carian