Pengikut Setia

30 Ogos 2017

Wordless Wednesday | Quotes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday | Quotes




Thanks

sziπŸ˜“

Renungan Pagi Rabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Renungan Pagi Rabu





Ya Allah
Berilah khabar gembira di pagi ini
Permudahkanlah segala urusan kami
Bukakanlah seluas-luasnya pintu rezeki buat kami
dan jadikanlah pagi ini pagi yang penuh dengan ketenangan.

Aamiin.

Terima kasih atas perhatian kepada entri ini, Renungan Pagi Rabu

szi😊

Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat


Barangkali telah menjadi perbahasan dan isu utama kepada kita semua berkenaan Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat.  Seperti tahun lepas, tahun ini sekali lagi Hari Raya Aidil Adha jatuh pada hari Jumaat.  Justeru timbul pelbagai persoalan mengenai solat sunat hari raya Aidil Adha, Solat Jumaat dan Solat Zuhur.


Gambar hiasan.  Milik peribadi


Berikut adalah petikan persoalan dan jawapan oleh majlis fatwa saudi yang dipinjam dari Channel Telegram Dr Zaharuddin Group, [27.08.17 08:30]

Soalan:


Banyak timbul persoalan apabila jatuh hari raya pada hari jumaat yang menyebabkan berhimpun 2 hari raya, Iedil Fitri atau Iedil Adha bersama hari Jumaat yang merupakan hari raya dalam seminggu, apakah wajib solat Jumaat ke atas sesiapa yang hadir menunaikan solat hari raya. Apakah memadai solat hari raya dan seseorang hanya perlu menunaikan solat Zohor sebagai ganti solat Jumaat? Dan apakah dilaungkan azan atau tidak untuk menunaikan solat Zohor di masjid?


Jawapan 


Dalam masalah ini terdapat beberapa hadis yang marfu' dan athar yang mauquf, antaranya:

1) Hadis Zaid bin Arqam RA bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan RA pernah bertanya kepada beliau: "Apakah kamu pernah bersama Rasulullah menyambut dua hari raya (raya fitri atau Adha bersama hari Jumaat) yang berhimpun pada hari yang sama."
Beliau menjawab: "Ya, pernah." 
Mu'awiyah bertanya lagi: "bagaimana yg baginda lakukan?" 
Jawab beliau: "Baginda solat hari raya dan baginda memberi kelonggaran pada solat Jumaat. Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu solat (Jumaat), maka lakukanlah." 
Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Nasa'ie, Ibn Majah, al-Darimi dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Beliau berkata: "Hadis ini Sahih al-Isnad, dan Imam al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya. Hadis ini juga terdspat sokongan dari riwayat lain yang memenuhi syarat Muslim. Penilaian al-Hakim ini dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata: "Isnadnya jayyid."

2) Sokongan (Ψ΄Ψ§Ω‡Ψ―) yang dinyatakan adalah hadis Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesunguhnya telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, maka sesiapa yang mahu, telah memadai baginya dari solat Jumaat, adapun kami akan melaksanakan Jumaat." Riwayat al-Hakim seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Diriwayatkan juga oleh Abu Daud, Ibn Majah, Ibn al-Jarud, al-Baihaqi dan selain mereka.

3) Hadis Ibn 'Umar RA yg berkata: "Pernah berhimpun dua hari raya (hari raya Fitri atau Adha dan hari Jumaat) di zaman Rasulullah SAW. Nabi SAW menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, setelah itu baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu hadir menunaikan solat jumaat, maka hadirlah, sesiapa yang tidak mahu hadir maka tidak mengapa." Riwayat Ibn Majah.
Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Mu'jam al-Kabir dengan lafaz: "Pernah berhimpun dua hari raya di zaman Rasulullah SAW, hari raya fitri dan hati Jumaat. Rasulullah menunaikan solat hari raya bersama orang ramai, kemudian baginda menghadap wajah ke arah mereka seraya berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kamu semua telah memperolehi kebaikan dan pahala yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan Jumaat. Sesiapa yang hendak melaksanakan jumaat bersama kami, maka lakukanlah, sesiapa yang hendak pulang, maka pulanglah."

4) Hadis Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "telah berhimpun dua hari raya pada hari ini. Sesiapa yang menghendaki, sudah memadai jumaat darinya. Adapun kami insyaallah akan melaksanakan jumaat." Riwayat Ibn Majah.
Kata al-Busiri: "Isnadnya Sahih dan para perawinya thiqat."

5) Mursal Zakwan bin Soleh katanya: "pernah bertembung dua hari raya di zaman Rasulullah SAW. Hari jumaat dan hari raya, baginda menunaikan solat, setelah itu bangun lalu berkhutbah kepada orang ramai, baginda bersabda: "Sesungguhnya kamu semua telah memperolehi zikir dan kebaikan yang banyak. Adapun kami akan melaksanakan jumaat. Sesiapa yang mahu tetap di rumahnya (tidak mahu melaksanakan jumaat), maka tetaplah di rumah. Sesiapa yang mahu melaksanakan jumaat maka lakukanlah." (Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al'Kubra).

6) Daripada 'Ato' bin Abi Rabah katanya: "Ibn al-Zubair pernah solat hari raya bersama kami pada pagi hari jumaat. Setelah itu (apabila masuk waktu jumaat) kami keluar untuk menunaikan solat jumaat, tetapi beliau tidak keluar kepada kami (untuk solat Jumaat). Maka kami pun solat bersendirian. Ketika itu Ibn Abbas berada di Taif. Ketikamana beliau sampai kepada kami, kami nyatakan hal itu kepadanya. Beliau berkata: "Hal itu menetapi sunnah." Riwayat Abu Daud.
Ibn Khuzaimah meriwayatkannya dengan lafaz lain yang terdapat tambahan di akhirnya, kata Ibn al-Zubair: "Aku pernah melihat Umar bin al-Khattab apabila bertembung dua hari raya, beliau melakukan seumpama ini."

7) Di dalam Sahih al-Bukhari RH dan Muwattha' al-Imam Malik RH daripada Abi Ubaid Maula Ibn Azhar, kata Abu 'Ubaid: "Aku pernah menyaksikan dua hari raya bersama Uthman bin Affan RA, ketika itu hari Jumaat. Beliau menunaikan solat (hari raya) sebelum berkhutbah, setelah itu berkhutbah. Beliau berkata: "Wahai sekelian manusia, sesungguhnya pada hari ini telah berhimpun pada kamu semua dua hari raya. Sesiapa yang mahu menunggu jumaat dari kalangan orang-pendalaman maka tunggulah. Sesiapa yang pulang maka telah aku izinkan kepadanya."

8) Daripada Ali bin Abi Tolib RA, ketikamana bertempung dua hari raya (raya fitri atau adha dengan hari jumaat) pada hari yang sama, beliau pernah berkata: "Sesiapa yang mahu menunaikan jumaat, maka tunaikanlah. Sesiapa yang mahu tetap di rumah (sepwrti yang dinuatakan oleh Sufyan), maka lakukanlah." Riwayat Abd al-Razzaq di dalam al-Musannaf dan Ibn Abi Syaibah dengan riwayat yang seumpamanya.

Berdasarkan hadis-hadis marfu' kepada Nabi SAW ini, demikian juga athar-athar mauquf dari beberapa sahabat RA, juga berdasarkan perakuan majoriti ulama tentang kefahaman dari riwayat-riwayat ini, di bawah ini adalah penjelasan hukum dari Jawatankuasa Lujnah al-Daimah:

1) Sesiapa yang telah hadir untuk solat hari raya, diberi keringanan untuk dia tidak hadir solat Jumaat, dia solat Zohor pada waktu Zohor. Jika dia mengamalkan azimah dengan tetap hadir juga solat jumaat, maka itulah yang lebih utama (Afdjal)

2) Sesiapa yang tidak hadir solat hari raya, dia tidak termasuk dalam kalangan yang diberi keringanan tidak hadjr jumaat. Oleh itu tidak gugur kewajipan jumaat darinya, wajib dia hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Jika tidak mendapati jumlah jemaah yang membolehkan solat jumaat, maka ditunaikan solat Zohor.

3) Wajib ke atas imam masjid melaksanakan Jumaat pada hari tersebut, agar boleh disertai oleh sesiapa yang hendak menyertainya atau mereka yang tidak sertai solat hari raya, jika bilangan mencukupi untuk solat jumaat. Jika bilangan tidak mencukupi ditunaikan solat zohor.

4) Sesiapa yang telah hadir solat hari raya dan mengambil keringanan untuk tidak hadir solat jumaat, hendaklah menunaikan solat zohor apabila masuk waktu zohor.

5) Tidak disyariatkan pada waktu ini azan melainkan di masjid-masjid yang didirikan padanya solat jumaat. Tidak disyariatkan juga azan jika hendak ditunaikan solat zohor pada hari tersebut.

6) pandangan yang mengatakan sesiapa yang hadir solat hari raya, gugur darinya solat jumaat dan solat zohor untuk hari tersebut adalah pandangan yang tidak benar. Kerana itu para ulama meninggalkan pandangan ini dan menghukumnya sebagai salah dan ganjil kerana menyelisihi sunnah dan ia menggugurkan salah-satu kefardhuan dari Allah tanpa dalil. Barangkali tidak sampai kepada mereka al-Sunan dan al-Athar dalam masalah ini yang memberi keringanan kepada sesiapa yang telah hadir solat hari raya untuk tidak hadir solat jumaat, dan wajib solat zohor.


Salam Aidil Adha.  Sumber gambar

Semoga mendapat manfaat dari keterangan yang tertera di atas.  Keterangan di atas memang sengaja tidak diedit bagi mendapatkan lebih kefahaman selain daripada tidak memberikan maksud yang berbeza dari yang dimaksudkan oleh penulis asal.

Semoga ibadah kita mendapat ganjaran setimpal dan diberkati.  Solat Hari Raya Pada Hari Jumaat

szi πŸ’šπŸ’šπŸ’š

29 Ogos 2017

SERUAN DAN RAYUAN KEMPEN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


*SERUAN DAN RAYUAN KEMPEN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH 2017*



Raya korban makin menghampiri
Syiar Islam yang mesti diingati
Mereka di sana menanti-nanti
Sumbangan kita pada hari ini

Buat mereka yang telah menyertai
Alangkah baiknya sebarkan rayuan ini
Biar pahala kita berganti-ganti
Sebagai bekalan di kemudian hari

☘☘☘☘☘☘☘☘☘

Berbaki beberapa hari lagi menjelang Aidil Adha, sasaran korban masih jauh.

Namun, peluang dan ruang masih terbuka luas buat para dermawan dan pencinta perjuangan suci ini.

Andainya boleh dikongsi secebis nikmat yang dipinjamkan selama ini bersama saudara kita di sana..

Pengorbanan kita, harapan mereka

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Aman Palestin telah menyasarkan sebanyak RM2.7 juta yang akan digunakan untuk membeli haiwan korban di samping bantuan persiapan untuk meraikan hari raya korban pada tahun ini.

Projek Ibadah Korban dan Akikah ini dianggarkan akan memberi manfaat kepada lebih 250,000 orang di Gaza, Tebing Barat, Masjidil Aqsa, Lubnan dan Syria. Tidak lupa juga kepada rakyat Palestin dan Syria yang telahpun berada di tanah air kita, Malaysia.

*Justeru, pihak kami menyeru dan merayu kepada semua untuk bersama-sama menyumbang dengan menyertai pakej berikut:*

*Ibadah Korban di Palestin dan Syria*
1 Bahagian Lembu | RM1,900
1 Ekor Kambing | RM1,900
Sedekah Korban | RM350

*Ibadah Korban di Malaysia (untuk rakyat Palestin dan Syria di Malaysia)*
1 bahagian Lembu | RM800
1 Ekor Kambing | RM1,000

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

*CARANYA? TIGA LANGKAH MUDAHπŸ‘‡πŸ»*


1️⃣ *Hulurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad*

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Muamalat: 12070005133717
RHB Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

2️⃣ *Sms/whatsapp/emel slip transaksi* ke

Us Farhan 013-3513040
Us Farhan 013-3513040
Pejabat 03-55105867
farhan@amanpalestin.net

3️⃣ *Sertakan (untuk rekod dan rujukan kami)*

Nama :
Alamat :
No. kad pengenalan :
No. telefon :
Emel :
Tujuan : (Cth ; 1 Bahagian Lembu)

πŸ’ *Tolong tularkan (viralkan) mesej ini kepada semua kenalan sama ada group whatssap, telegram, FB dan sebagainya.* Bukan untuk saya tetapi untuk saudara seIslam kita di Palestin, Syria, Lubnan dan sekitarnya. Wakil kita yang berjuang mempertahankan kedaulatan Bumi Al-Aqsa dan Bumi Syam yang diberkati.

#denganjiwa
#dengandarahkami
#jommenyumbang
#pengorbanankitaharapanmereka
posted from Bloggeroid

Yakinlah ada yang menanti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Yakinlah ada yang menanti


Kita memangnya tidak pernah sendirian
Biarpun ketika berada di kamar kecil
Kita bisa saja bersendirian secara jasadnya tetapi tidak secara batinnya
Kerana kita ada Tuhan yang sentiasa mengawasi setiap gerak laku kita


Yakinlah
Yakinlah


Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran (yang kau jalani) yang akan membuatmu terpana hingga kau lupa pedihnya rasa sakit. (Ali bin Abu Thalib)


Semoga kita sentiasa bersabar dalam setiap detik nafas yang dilalui.

Yakinlah ada yang menanti

szi 😌

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )


Gembira sekali dapat berjumpa dengan rakan blogger baru.  Seperti biasa juga SZ belum pernah bersua muka dengan rakan blogger Mrs Pip.  Dapat tahu giveaway ini dari rakan blogger Mialiana.


Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )

Syarat-syarat penyertaan

1.  WAJIB follow blog mrs pip

2.  PILIHAN (nak follow boleh, tak follow pun ok jer)
  • follow Google+ Mrs Pip
  • follow Twitter @MrsPip18 
  • follow Facebook Mrs Pip KLIK SINI 
  • follow IG Mrs Pip @MrsPip18  
3.  Buat satu entry penyertaan bertajuk 'Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )

4.  Mrs Pip mencari 2 Pemenang bertuah 

Info tambahan

Untuk info penuh mengenai giveaway ini boleh klik banner di atas atau di SINI. 

Giveaway berlangsung mulai 28 Ogos hingga 16 September 2017.


Jom kita support rakan blogger.  Rama-ramai kita meriahkan Happy Giveaway by Mrs Pip (28/8/17 - 16/9/17)

szi πŸ’–

Daily Quotes | Successful People

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Daily Quotes |  Successful People




Successfull people don't reach their goals alone.
You are not successful until you help others succeed.
(Anon.)

Thanks.  You are not alone.
szi πŸ’ž

28 Ogos 2017

Seminar Harta & Pewarisan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seminar Harta & Pewarisan


Perkongsian asas, pemasalahan dan penyelesaian pengurusan harta Muslim.


Seminar Harta & Pewarisan

Seminar Harta & Pewarisan


Tarikh :  9 September 2017 (Sabtu)
Masa :  9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat:  Training room 2, 3 & 4, Prudential Ipoh


Adalah menjadi harapan seminar ini juga terbuka kepada orang ramai dan tidak terhad kepada pemegang insuran Prudential sahaja.

Semoga bermanfaat buat semua.  Seminar Harta & Pewarisan

szi 😌

Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban


Hari Raya Korban bakal berkunjung lagi.  Ramai orang telah bersedia dengan lembu dan kambing untuk korban.  Sama ada sedang mencari yang paling baik atau sudah mendapatkan baka yang terbaik untuk dikorban.  Korban yang terbaik semoga mendapat berkat dan pahala berpanjangan.  

Dalam masa persediaan kita itu, ingin SZ kongsikan wacana yang dikeluarkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor.  Dikongsikan semula untuk manfaat dan peringatan kita bersama.




ΨΉَΩ†ْ ΨΉَΩ„ِيٍّ Ω‚َΨ§Ω„َ Ψ£َΩ…َΨ±َΩ†ِي Ψ±َΨ³ُΩˆΩ„ُ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ِ Ψ΅َΩ„َّΩ‰ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ ΨΉَΩ„َيْΩ‡ِ وَΨ³َΩ„َّΩ…َ Ψ£َΩ†ْ Ψ£َΩ‚ُΩˆΩ…َ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ¨ُΨ―ْΩ†ِΩ‡ِ وَΨ£َΩ†ْ Ψ£َΨͺَΨ΅َΨ―َّΩ‚َ Ψ¨ِΩ„َΨ­ْΩ…ِΩ‡َΨ§ وَΨ¬ُΩ„ُودِΩ‡َΨ§ وَΨ£َΨ¬ِΩ„َّΨͺِΩ‡َΨ§ وَΨ£َΩ†ْ Ω„َΨ§ Ψ£ُΨΉْΨ·ِيَ Ψ§Ω„ْΨ¬َΨ²َّΨ§Ψ±َ Ω…ِΩ†ْΩ‡َΨ§ Ω‚َΨ§Ω„َ Ω†َΨ­ْΩ†ُ Ω†ُΨΉْΨ·ِΩŠΩ‡ِ Ω…ِΩ†ْ ΨΉِΩ†ْΨ―ِΩ†َΨ§

Dari Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (HR Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:


1.  πŸ‚Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin serta jiran tetangga.

2.  πŸ‚Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja yang dilarang.

3.  πŸ‚Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

4.  πŸ‚Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual oleh peserta korban. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

5.  πŸ‚Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih, pelapah atau petugas. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

6.  πŸ‚Saidina Ali menyebut: Maka untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

7.  πŸ‚Jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Peringatan


πŸ”ͺJusteru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.πŸ”ͺ

Oleh itu marilah kita bersikap AMANAH dan RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
28hb Ogos  2017 | 06hb Zulhijjah 1438H | Isnin

Terima kasih kerana membaca entri ini Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban
sziπŸ’š

Hari Isnin Sentiasa Indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Isnin Sentiasa Indah


Hari Isnin seringkali dikaitkan dengan "Monday Blues".
Mengapa begitu?
Tukar persepsi dan jadikan hari Isnin sebagai hari yang paling indah dalam hidup bagi memulakan kerja untuk hari-hari berikutnya.




Semoga hari ini menjadi hari yang indah buat kita,
dan semoga kita semua dalam perlindungan Allah sentiasa
Aamiin.


Terima kasih kerana menjadikan Hari Isnin Sentiasa Indah

szi πŸ’–

26 Ogos 2017

Raikan Kemerdekaan dengan Dokumentari Patriotik Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Raikan Kemerdekaan dengan Dokumentari Patriotik Istimewa daripada FiTA Studios di Astro!


Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama ASTRO akan mengadakan tayangan dokumentari istimewa genre Patriotik sebagai meraikan kemerdekaan Malaysia.  Tayangan berlangsung mulai 26 Ogos bagi episod Di Puncak Dunia manakala dokumentari #theblackhawkdawn Wira Keamanan pula akan ditayangkan pada 31 Ogos 2017.




Di Puncak Dunia

Di Puncak Dunia

Setiap Sabtu, mulai 26 Ogos 2017.

Jam 10.30 maloam di ASTRO Prima & ASTRO Maya HD.





Wira Keamanan

Wira Keamanan


Pada Khamis, 31 Ogos 2017.
Jam 11.00 malam di  ASTRO Prima & ASTRO Maya HD.


Marilah kita sama-sama Raikan Kemerdekaan dengan Dokumentari Patriotik Istimewa

sziπŸ’–

25 Ogos 2017

Kaklongchan.com Merdeka Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kaklongchan.com Merdeka Giveaway


Giveaway merdeka lagi.  Kali ini dianjurkan oleh rakan blogger yang bergelar Kaklongchan.  Mengapa Kaklongchan?  Itu kena tanya tuan punya badan.  Akak tak sempat lagi nak bersoreh. Tapi akak nak join juga giveaway yang pertama kali dianjurkan oleh Kaklongchan.

Jom kita tengok.

Kaklongchan.com Merdeka Giveaway

Kaklongchan.com Merdeka Giveaway


Klik banner di atas atau di SINI untuk dapatkan info giveaway.

Giveaway berlangsung sehingga 31 Ogos 2017.

Jom ramai-ramai kita meriahkan Kaklongchan.com Merdeka Giveaway


szi😍


Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !


Rakan blogger penganjur segmen kali ini merupakan antara blogger yang baru SZ kenali.  Kenal blog sahaja di alam maya.  Belum pernah bersua muka dengan pemiliknya.  Airah Syahirah anjurkan segmen ini sebagai platform untuk menambah kenalan di kalangan blogger.

Jom kita tengok apa yang disediakan untuk Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !

Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !

Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !


Segmen ini dijangka tamat pada 30 Ogos 2017.

Jom rakan-rakan blogger semua kita meriahkan  Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !

szi😍

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST


Sepanjang bulan kemerdekaan ini ramai rakan blogger anjurkan contest, segmen dan giveaway.  Justeru itu juga sebagai sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan blogger marilah kita luangkan masa untuk menyertainya.  Ada bermacam-macam genre contest.  Contest kali ini agak rare juga bagi SZ kerana pertama kali join contest bergenre sulam. 😍

Banyak celoteh pulak.  Jom kita tengok ada apa dengan SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST.

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST


Untuk info contest boleh klik banner di atas atau klik SINI.

Tempoh contest 1 - 31 Ogos 2017.

Jom support rakan blogger, kita join SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST

szi 😍

Kelebihan baca surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kelebihan baca surah Al-Kahfi


Surah Al-Kahfi bukan sahaja dibaca pada hari Jumaat tetapi pada setiap hari.  Mukjizatnya banyak dan tidak terhuraikan.  Hanya yang ahli sahaja berhak berhujah mengenai mukjizat surah ini.



"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat".  (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



szi 😊


Hari ke-3 ZULHIJJAH | Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ke-3 ZULHIJJAH

Hari ini hari JUMAAT, merupakan hari ke-3 dalam bulan Zullhijjah dan berada di 10 hari awal ZULHIJJAH.

JOM perbanyakkan amalan soleh di hari Jumaat

Hari Jumaat


Amalan utama di hari Jumaat


1.  Banyakkan shalawat.  ۞Ψ§َΩ„Ω„Ω‡ُΩ…َّ Ψ΅َΩ„ِّ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ³َيِّΨ―ِΩ†َΨ§ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ وَΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ’Ω„ِ Ψ³َيِّΨ―ِΩ†َΨ§ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ۞

2.  Perbanyak do'a dan dzikir

3.  Membaca surah al-kahfi


Semoga Allah swt memudahkan kita semua dalam beramal...Aamiin

sumber:  @quotephotovideo


Terima kasih atas kunjungan anda ke entri ini Hari ke-3 ZULHIJJAH |  Jumaat 

sziπŸ’š

24 Ogos 2017

Jangan pentingkan diri bila berada di Surau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan pentingkan diri bila berada di Surau


Kenapa tiba-tiba SZ buat tajuk cerita macam nie?
Sekadar berkongsi citarasa dan perasaan.
Bukanlah nak buka pekong di dada atau nak riak atau nak menjatuhkan maruah sesiapa.
Tetapi kita semua selaku umat Islam seringkali menggunakan Surau untuk menunaikan solat 5 kali sehari atau lebih dari itu (Solat Sunat).

Kenapa pilih Surau bukan Masjid?
Sebabnya dah nak buat tajuk begitu

Tak kisahlah dimanapun kita menunaikan rukun Islam yang ke-2 itu, asalkan kita tidak pentingkan diri.

Tahu... bukan sengaja
Kadang-kadang tidak sengaja
Terlupa off hp sehingga mengganggu jemaah yang lain

Tidak sengaja solat di tengah kerana Tidak sangka ada lain orang nak solat lagi
Kita sangka hanya kita yang terlewat.

Tidak sengaja juga tercakap kuat dalam surau
Kerana kita tidak perasan ada orang lain sedang solat
kita juga tidak nampak ada orang sedang mengaji
Kerana kita sangkat orang itu tidak mendengar perbualan kita

Sedangkan di dalam surau itu, suara semasa solat pun tidak boleh dikuatkan bimbang mengganggu orang lain yang sedang berehat.  So?

Apakah kita yang mementingkan diri atau orang itu yang pentingkan dirinya.

Wallahu a'lam.

Bersyukurlah, Husnudzon dan Sabar.


Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.


Terima kasih.  Sama-samalah kita Jangan pentingkan diri bila berada di Surau

sziπŸ˜”

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89


Wah... meriah blog SZ dengan segmen dan giveaway ya.
Suka sangat-sangat.  Kali ini SZ join FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89.  Bestnya giveaway ini dapat hadiah face mask dan yang paling best boleh pilih hadiah pula.

Sebelum tu kita tengok dulu banner giveaway.

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89


Giveaway dijadualkan tamat pada 5 September 2017. 


Hadiah 3:
Beaute Blizz Aloe Vera Leaf Water Refreshning Facial Mask
+
Bye Bye 'Tired Eyes'

Daripada 3 hadiah yang ditawarkan SZ pilih yang ini.  Dapat segarkan muka dan boleh ucapkan selamat tinggal kepada mata yang letih. Hebat kan!

Korang nak tengok hadiah yang lain kena klik banner giveaway di atas.

Mana tau ada rezeki korang pula kan.  Tak dapat hadiah dapat masuk bloglist pun okey juga.

Jom kita meriahkan berikan sokongan kepada FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89.

szi😍

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.

Klik banner di atas.


Terima kasih semua follower Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

sziπŸ’”

Muhasabah Diri | Berhati-hati dengan urusan dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Muhasabah Diri | Berhati-hati dengan urusan dunia


Peringatan buat diri
Biarpun berkali-kali diingatkan
Namun kealpaan seringkali menguasai
Semoga terhapus segala kealpaan

Berhati-hatilah dengan urusan dunia kerana...
HALALNYA DI HISAB
HARAMNYA DI ADZAB



Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak peduli lagi apakah harta yang diperolehinya HAHAL atau HARAM.  (HR Bukhari & Muslim)

sumber:  @quotephotovideo

Terima kasih atas perhatian untuk entri ini Muhasabah Diri | Berhati-hati dengan urusan dunia

szi πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”

23 Ogos 2017

Giveaway Blog Bycikrenex

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Blog Bycikrenex


Kehebatan dunia blog adalah bila kita rajin menjelajah di dalam alam maya.  Maka kita akan ketemukan banyak blog yang masih baru diwujudkan dan juga blog lama tetapi tidak pernah kita sampai.  Kiranya Giveaway Blog Bycikrenex menemukan SZ dengan rakan blogger baru.

Giveaway Blog Bycikrenex dianjurkan oleh penganjurnya sebagai pengenalan dan untuk menambah rakan blogger yang juga bakal pelanggannya... hebatkan dua dalam satu. πŸ˜‰

Jom kita ada apa dengan Giveaway Blog Bycikrenex

Giveaway Blog Bycikrenex
Giveaway Blog Bycikrenex

Klik banner di atas untuk info

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017

Terima kasih atas perhatian awak semua.  Jom kita meriahkan Giveaway Blog Bycikrenex.

szi😍

Wordless Wednesday | Words

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Wordless Wednesday | Words

Words

Words


Thanks.
sziπŸ’«

Salam Zulhijjah 1438H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Salam Zulhijjah 1438H

Zulhijjah datang lagi
Zulhijjah bulan terakhir dalam kalendar Islam namun penuh dengan kesucian dan pengorbanan.
Zulhijjah adalah bulan Haji, hanya satu-satunya bulan yang membolehkan umat Islam menunaikan rukun Islam ke-5 di Makkah

Salam Zulhijjah 1438H

Salam Zulhijjah 1438H


Keep Calm & Aidiladha is coming!

Sumber:  @quotephotovideo

Terima kasih.  Salam Zulhijjah 1438H

szi πŸ’š

15 Ogos 2017

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 



Giveaway yang tidak kurang meriahnya juga, dianjurkan oleh rakan blogger aerill hassan.  Jom kita tengok yang telah disediakan oleh saudara aerill hassan untuk giveaway ini.



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor 

  • Like Fanpage 




  • Add To Circle Sponsor 
  • Follow Instagram Sponsor  

  • Follow Twitter Sponsor 
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI

17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 
 1 September 2017


Sekian , terima kasih

Terima kasih atas sokongan anda semua.  Jom meriahkan Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com.

szi 😍

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY



Dah lama tak join giveaway, walaupun beberapa hari dah terasa sangat lama ... poyo sangat aya akak nih.  Oleh kerana terasa sangat lama makanya hari ini akak ambil kesempatan untuk mengikut serta rakan-rakan blogger yang lain melibatkan blog dalam TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY.  Akak dan TengkuButang bukanlah asing sangat walaupun tidak pernah bersua muka tetapi pernah juga ikuti kisah hidupnya melalui blog.  Tak sangka walaupun agak lama akan menyepikan diri dalam blogging, blog TengkuButang ini masih lagi seperti dulu.

Okey... tak paya celoteh panjang lebar.  Entri ini adalah untuk menceritakan mengenai penyertaan blog SZ dalam TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY.

Jom kita tengok apa yang ada dengan TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY.

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY


Syarat penyertaan


Lengkapkan 3 Syarat dibawah :

1.) Buat entri bertajuk "TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY" . 

2.) TEMPEK BANNER atas ni ke entri korang, jangan lupa letak backlink ke entri GA teman ni yea.. dan Publish entri. jangan lupa Tinggalkan URL entri korang ke dalam ruangan komen (bukan entri ini, tetapi entri penganjur)

3.) FOLLOW / LIKE / ADD /  KOMEN semua link dibawah ni ye! terima kasih semua.. 

a) Follow Blog
❤ Tengkubutang
❤ Fara Hanim
❤ Syamimi Saad
❤ Raden Galoh
❤ Nurul Syahirah
❤ Nor Afdilah Lias

b) Follow Instagram
❤ rika_jue 
❤ ohh_fara
❤ cikza_com
❤ afdilah17


c) Add / Follow Facebook 


d) LIKE FB Page
❤ Cik Sepet


e) Follow Twitter


f) Komen mana-mana entri di blog ini :
 https://www.pendidik2u.my/


DAN AKHIR SEKALI ...............................

---> LIKE dan Komen di gambar ---> SINI


Nampaknya jaringan kerjasama erat dan perkongsian pintar sesama rakan blogger.  Baguskan.  Dalam satu entri saja kita dapat ramai rakan blogger.  Ada rakan baru dan ada juga rakan lama yang sudah lama tidak ditemui..

Apa lagi, jom kita meriahkan giveaway yang sangat meriah dengan rakan-rakan blogger dan smart partnership.

Terima kasih atas perhatian anda semua untuk entri ini TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY

szi 😍

Carian