Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

01 Februari 2011

CD khurafat dah keluar!

Selamat sejahtera 1Malaysia,


CD Khurafat dah keluar?... Kenape tak tengok kat panggung jer... Tengok kat panggung lagi best giler..gempak habis, dengan sound effect yang debum.  Silap2 dapat tengok 'wayang percuma'...

Bab pi panggung lagi satu hal.  Aye memang dah lama sangat tak ke panggung wayang. Last pergi pun masa sekolah, itu pun pergi dengan kawan2 tengok cerita Azura... beli tiket dan tambang bas guna duit belanja sekolah... jenuh menyimpan... sekarang ni dah besau panjang walaupun dah kerja... dan dah kahwin jugak... tak berapa minat le... sorri yer... pengalaman masa tengok cerita Azura tu... dah cukup ... mengajar erti hidup... tak sanggup nak diulangi lagi... stop kat sini.

heh.... ini nak cerita tentang CD pulak... kalau CD cetak rompak mungkin dah berlambak kat pasaran sekarang... pergi jer kat pasar malam... tak pun ka kedai CD di kawasan 'gelap' pasti ada... Opsss jangan salah faham pulak... aye bukanlah dari kalangan peminat CD cetak rompak ... tak puas nak tengok...

cerita jer nak cari CD filem Khurafat... tapi sebenarnya aye ni kalau nak tengok bab seram sejuk... nih... memang rasa seram sejuk jugak... tengok dengan bantal jer la... hikikikik...

layan...

30 Januari 2011

Kesabaran dan keredhaan Fasha Sandha

Selamat sejahtera,


Dramatis popular reda apabila hubungan cintanya dengan Jejai sudah berakhir


ENGGAN terus menoleh laluan semalam yang menyakitkan, Fasha Sandha memilih untuk berdiam diri tanpa perlu menyatakan segala punca dan alasan yang menyebabkan percintaannya dengan Rizal Ashram Ramli berakhir, baru-baru ini. Mudah pendirian Fasha, 27, cukup cuma dia dan Rizal Ashram atau lebih mesra disapa Jejai, 34, saja yang tahu mengapa mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing. Baginya, jalan yang diambil itu adalah pilihan terbaik buat mereka berdua dan selebihnya, dia memohon untuk menyimpannya kemas di sudut hati sebagai rahsia yang tidak perlu dikongsi.

“Kegagalan percintaan kami saya jadikan sebagai titik kebangkitan dalam kehidupan, apatah lagi pada 28 Mac ini saya akan berusia 27 tahun. Saya tidak akan sesekali menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada sesiapa saja atas apa yang berlaku. Semua yang terjadi ini adalah ketentuan takdir.

“Saya tidak kecewa, sebaliknya berasa seperti mendapat kekuatan baru untuk meneruskan perjalanan hidup ini,” ulas pemilik nama lengkap, Nur Fasha Sandha Hassan ini sarat nada positif.

Cuba disuap soalan mengenai kemungkinan hatinya masih berbekas dengan perasaan sayang terhadap Jejai, aktres kelahiran Johor Bahru itu cuma mampu menghela nafas panjang sebelum bersuara ringkas. Bisik Fasha perlahan, biar semua itu disimpan sendiri di kamar hatinya. Apa yang dapat mampu dijelaskannya, dia sudah memaafkan Jejai atas perpisahan yang terjadi.

“Langsung saya tidak menyimpan perasaan dendam atau marah kepadanya. Saya juga manusia biasa yang punya kekurangan dan tidak sempurna. Saya cuma mahu mengingati segala yang manis sepanjang bersamanya.

“Secara peribadi, Jejai seorang lelaki yang baik namun sudah tertulis dia bukan jodoh saya. Saya reda kerana perpisahan ini adalah jalan terbaik untuk kami berdua,” katanya yang kekal dengan pendirian untuk terus mengunci mulut.


.... sumber Berita Harian Online

21 Disember 2010

Taxi dinobat juara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Menjawab persoalan dan pencarian tentang taxi dan angkubah...

Mencari penyelesaian bagi sebuah kekusutan dan kekalutan serta kekeliruan...

Mengapa Taxi angkubah yang dicari.... lantas ketemukan aye dengan artikel ini....

~~~~~~~~~~~~~~
Sumber:  Berita Harian Online


Kumpulan Taxi
Persiapan pada saat akhir raih wang tunai RM20,000

KUMPULAN Taxi hanya bergabung pada hari sesi uji bakat Hot FM Twisties Bingit berlangsung di Johor Bahru namun disebabkan terlampau leka berlatih sejak awal pagi untuk memantapkan skil, mereka nyaris terlewat mendaftar sebagai peserta. Begitupun sudah tersurat, kerja keras diadun bersama bakat dan kesungguhan melayakkan empat anak muda lingkungan usia 19 hingga 23 tahun itu mara peringkat akhir di Kuala Lumpur seterusnya meraih gelaran juara dan berpeluang merebut kontrak merakamkan album berserta wang tunai RM20,000. Kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya pada Sabtu lalu, adalah permulaan bagi Taxi apabila bersaksikan empat juri profesional-Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) dari Warner Music, Edrie Hashim, Genervie Kam dan Edry Abdul Halim- selain kira-kira 1,000 penonton, mereka memancing tumpukan ramai.

Vokalisnya, Muhd Ar Rashidin Tuah, 19, berkata, detik nyaris tidak dapat mendaftar sebagai peserta akan dikenang sepanjang hayat kerana jika peluang itu terlepas, bermakna Taxi tidak mungkin mampu berada di pentas Twisties Bingit dan membina tapak kerjaya seni.

“Sebelum ini kami memang mengenali antara satu sama lain, cuma ‘jamming’ di studio dengan rakan lain. Sehari sebelum uji bakat, baru kelam kabut mencari anggota dan keesokan harinya, kami terus menempah studio kerana tidak mahu datang kosong,” katanya.

Carian