Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Perancangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perancangan. Papar semua catatan

15 September 2017

Perbandingan perancangan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perbandingan perancangan kita


Kita merancang, Allah juga merancang.

Jangan kecewa, Kerana perancangan Allah itu lebih baik.

Bersabarlah, Kerana kesabaran menjadikan kita untuk terus kuat.




Kita sebenarnya tidak tewas dalam merancang.  Kerana kita hendakkan sesuatu itu terlaksana dengan baik.  Namun ada ketikanya dalam merancang juga kita menempuh berbagai rintangan inikan pula ketika melaksanakannya.

Tetapi kita harus ingat setiap perancangan kita harus diawali dengan niat yang baik dan diiringi doa dan tawakkal.  Agar perancangan itu terlaksana dengan baik serta mendapat hikmah dari Allah.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Perbandingan Perancangan Kita.

szi.

02 Jun 2015

Penentuan itu bukan milik kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Penentuan itu bukan milik kita. Biasa kita dengar ungkapan "kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan". Biasakan! Bukanlah bermaksud saya hendak menolak perancangan kita, tetapi begitulah lumrah dalam kehidupan seharian.

Kita semua bahkan semua orang telah merancang yang terbaik untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Namun bila tiba hari kejadian ada pula dikalangan ahli kita yang ditimpa musibah. Kita tahu dan semua orang tahu bahawa musibah itu tidak diminta. Tiada siapa yang meminta ditimpa musibah.

Musibah yang melanda ahli kita itu pastinya turut memberi kesan kepada kita. Dengan itu kita perlu ada perancangan kedua atau pasrah saja dengan apa yang bakal kita terima.



Semoga setiap perancangan kita mampu terlaksana dengan baik tanpa aral melintang. Namun setiap rintangan yang tiba sebenarnya ujian ketabahan buat kita.

Sekian.
posted from Bloggeroid

31 Julai 2013

Giveaway | Perancangan bulan Ogos 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


header yang pernah bertakhta seketika cuma...

Alhamdulillah blog #yangbaik sudahpun berusia 5 tahun pada tahun ini.  Tarikh yang lengkap tidak dapat diingati kerana beberapa entry awal sekadar percubaan telahpun terpadam... bukan sengaja tetapi dalam proses pembelajaran.  Walaupun demikian blog #yangbaik bukanlah blog pertama aye tetapi blog yang kedua dan ada lagi blog lain yang tidak berapa aktif.

Dipendekkan cerita... ehh panjang sangat ker intro kat atas tu.  Sekadar satu perenggan yang tidak beberapa patah perkataan... tidaklah panjang sangat.

Insya Allah, bersempena usia blog #yangbaik mencecah 5 lima tahun, beberapa perancangan sedang dan sentiasa bermain di kotak akal ini.

Antaranya adalah hendak mengadakan giveaway secara tetap setiap bulan.  Giveaway ini mudah saja dan tidak akan menyusahkan.  Hadiahnya tertakluk kepada budi bicara dan sumber.

Dan berikut adalah antara contoh hadiah giveaway yang bakal diterima.  Ada sesiapa yang berminat?



selendang atau shawl


alas meja kait

Buku.  gambar hiasan

cuba teka...gambar apakah ini.

Gambar-gambar di atas atas adalah tertakluk kepada pindaan dan stok semasa atau stok baru.  Atau ada cadangan hadiah lain... akan aye pertimbangkan. :D

Dan yang pasti setiap hadiah bukanlah bahan kitar semula atau barang terpakai sebaliknya didatangkan khusus untuk setiap giveaway. :)

Semoga saya dikuatkan semangat dan dapat melaksanakan perancangan ini dengan teratur dan cantik.

Sekian adanya...

Terima kasih.

13 Januari 2013

Perancangan tak terlaksana

As salam,


Gelombang Hitam Merah Kuning  (hiasan)

Kita mampu merancang tapi takdir menentukan
Tidak perlu dikesalkan andainya tak terlaksana

Itulah antara bait-bait yang sering kita dengar atau baca bila perancangan tidak mampu terlaksana dengan sempurna.

Memang menyakitkan bila gagal melaksanakan perancangan berkenaan.  Setelah penat memikirkan kaedah melaksanakannya.

Sungguh kecewa... terasa sungguh kecewa kerana gagal membawa penjimatan.

Setelah difikirkan seketika dengan waras kegagalan terlaksananya perancangan adalah kerana pertama lewat bertindak.  Ini adalah kerana terlalu asyik memikirkan perancangan dan bagaimana nak melaksanakannya.  Kedua rancangan itu tidak dimaklumkan kepada individu yang dijangkan terlibat sama dalam melaksanakan perancangan tersebut.

Hanya dua sahaja sebab yang gagal dilaksnakan menyebabkan kegagalan kepada sesuatu perancangan.

Kalian ada sebab-sebab lain?  Silakan kongsi di sini...


29 Disember 2012

Ada Apa Dengan Tahun 2013

As salam,


Masih terlalu awalkah untuk bercerita mengenai sesuatu yang bakal berlaku pada tahun 2013?  Sudah tentu tidak.  Di mana-mana sahaja di kedai buku telah pun ada kalendar 2013 seperti kalendar meja, planner, management diary, diari muslimah dan yang paling popular adalah kalendar kuda.

Pada tahun 2013, anak pertama baru masuk darjah satu, anak kedua berusia 6 tahun dan akan sambung lagi sesi pengajian di PASTI, anak ketiga pula baru mencecah umur 2 tahun dan anak ke-4 pula akan berusia 1 tahun.

Pada tahun itu juga rumah baru akan siap, Insaa Allah.  Pada asalnya dijangka siap pada hujung tahun 2012 iaitu bulan sekarang (Disember).  Seperti biasa kita mampu merancang Tuhan yang menentukan.  Ada hikmah yang kita tidak ketahui.  Lambat siap bermakna lambatlah potong gaji bermakna juga sempat lagi kumpul duit.

Semoga perancangan dan tekad 2013 terlaksana.


06 September 2012

Mesti balik juga dan tips untuk berjaya sebagai pengurus

As salam

Mesti balik juga.  Di rumah menanti dan pejabat pula kerja memang lah sentiasa menunggu dan sampai bila pun tak siap cuma tak sampai hati nak biarkan tak siap maklumlah tak berapa minggu lagi harus dan wajib bercuti panjang.

Akhirnya balik juga ke rumah walaupun kerja di atas meja pejabat tak selesai lagi... tinggalkan nota untuk makluman tugas esok pula biar tidak terlupa akan tugas yang harus dilaksanakan.

Teringat ada satu kisah berkenaan kisah kejayaan korporat terkenal dunia bagaimana mereka membahagikan tugas dan merencanakan tugas mereka.  Tetapi yangbaik tak berapa ingat pula siapa dan yang mana satu.






Antara tips berkenaan adalah :

1.  Seorang merencanakan atau merancang tugas penting petang ini untuk dilaksanakan pada hari esoknya.
2.  Seorang lagi merancang tugasnya pada hari yang sama sebelum masuk kerja.






Kesimpulan:
Memang terdapat perbezaan antara mereka tetapi apa yang sama adalah mereka memastikan senarai tugas yang dilaksanakan itu tidak lebih atau kurang dari 5 tugas utama.  Bagi yangbaik perancangan mereka itu menjadi perangsang dan pembakar semangat untuk tugas harian.  Bezanya kita yang kurang berjaya ini kadang-kadang terbabas dari membuat perancangan dan melaksanakan perancangan tugas tersebut.  Namun usaha harus ada untuk melakukan yang terbaik dan tidak membiarkan hari-hari yang dilalui kosong tanpa perancangan.


'suka duka pentas dunia'

Carian