Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hari Pekerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Pekerja. Papar semua catatan

01 Mei 2021

Perkara yang disukai pada bulan Mei

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang disukai pada bulan Mei



Mei, bulan ke-5 pada setiap tahun masehi.  Selamat datang Mei 2021.  Sungguh rasa tak percaya seperti baru saja melangkah masuk ke tahun 2021... dah tiba bulan Mei.  Semoga kehadiran bulan Mei pada tahun ini membawa rahmat dan kesejahteraan buat semua.  Banyak sebenarnya yang menarik pada bulan Mei ini bukan sahaja kerana ianya adalah bulan rasmi kelahiran saya 😍


Mei 2021



Pandangan metafizik mengenai kelahiran bulan Mei


Orang yang lahir pada bulan Mei dipercayai mempunyai sifat keras hati dan degil selain dari itu kuat semangat dan bermotivasi tinggi.

Mempunyai pemikiran tajam, mudah marah jika tidak dikawal namun pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian.  Insan mei juga mempunyai perasaan yang sangat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal serta tidak perlu dimotivasikan.

Kelahiran bulan Mei juga mempunyai pendirian yang tetap tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain selain dari mudah dipujuk dan bersikap sistematik (menggunakan otak kiri).

Suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain adalah kelebihan pada insan yang lahir pada bulan Mei.

Sayangnya mereka mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan serta daya khayalannya tinggi

Kehebatannya juga adalah mempunyai pemikiran yang tajam, pandai berdebat. bentuk fizikal yang baik, suka sastera, seni, muzik dan melancong serta tidak berapa suka duduk dirumah dan tidak boleh duduk diam.

Mungkin juga tidak punya ramai anak, namun rajin dan bersemangat tinggi.

Tidak keterlaluan juga, mereka ini agak boros.

#nota:  Catatan di atas hanya sebagai sandaran dan tidak seharusnya dipercayai 100%.  Mana-mana kekurangan yang kebetulan ada boleh juga dijadikan sebagai sempadan untuk berhadapan dengan situasi sebenar.


Hari Pekerja


Mei juga dimulai dengan sambutan Hari Pekerja.  Tahun ini, 1 Mei jatuh pada hari Sabtu....makanya kita bercuti seperti biasa dan tiada cuti gantian pada hari Isnin.

Hari Pekerja 2021


Kerja dengan amanah kerana kita hendak Allah tengok ikhlas dan jujurnya kita dalam mencari rezeki,  bukan sebab kita mahukan penghargaan dari majikan semata.  Kita buat kerana Allah, kita akan lebih rasa tenang dan seronok dalam suasana bekerja, berbanding kita buat kerana manusia hidup kita akan terus tertekan sepanjang hayat sebab penat dan lelahnya dalam mencari rezeki.

Rezeki bukan untuk di cari tetapi rezeki perlu di jemput.


Peristiwa lain pada bulan Mei akan dikongsikan bila tiba masanya.  








01 Mei 2014

Hati Seorang Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat hari pekerja.

#hatiseorangpekerja pada 1 Mei seluruh warga dunia mengetahui bahawa hari ini adalah Hari Buruh atau Hari Pekerja.  Kalau tak silap dari zaman sekolah lagi hari ini antara hari yang ditunggu.  Bukan kerana budak sekolah kena bekerja tetapi pada hari ini hari cuti umum kerana cikgu juga cuti.  Sebenarnya percayalah pada zaman sekolahan dulu memang tidak tahu pun apa peranan pekerja.  Kalau tahu pun tidak faham sangat kan.



Tetapi sekarang bila dah bekerja tahulah peranan dan #hatiseorangpekerja.  Walaupun demikian perasaan masih sama iaitu konsep 1 Mei adalah hari cuti umum.  

01 Mei 2013

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




1 Mei 2013.  Hari Pekerja.  
Tema:  Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Bersempena dengan Hari Pekerja kali ini, aye ingin kongsikan cebisan artikel yang dipinjam dari Majalah Nur keluaran Mei 2011.  Ianya adalah berkaitan semangat di tempat kerja.

sumber

Tips Bersemangat di Tempat Kerja

1.  Ingat, kerja adalah ibadah.
Kita bekerja bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan organisasi tetapi yang lebih penting adalah kerana Allah.  Rezeki yang berkat itu datangnya daripada kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan tekun.  Harus diingat bahawa kita yang mencari kerja itu dan tiada siapa memaksa kita memohon jawatan sesuatu jawatan itu.

2.  Kenal dan faham penyebab.
Semangat yang merudum pasti ada penyebabnya.  Ianya adalah mudah untuk diatasi sekiranya kita mengetahui sebabnya dengan jelas.  Mungkin juga kita boleh mengubah posisi meja atau ruang kerja.  Susunan meja dan atau ruang kerja yang kurang sesuai mungkin boleh menyebabkan timbunan kerja.  Cara yang terbaik adalah dengan mengemas dan menyusun atur semula kedudukan ruang kerja agar lebih lapang dan rasa lebih selesa.

3.  Susun keutamaan.
Adalah lebih baik kita mempunyau pelan kerja dan perancangan tersusun dengan mendahulukan kerja yang paling penting dikehendaki organisasi.  Menyiapkan kerja yang paling penting mampu meringankan beban dan mempengaruhi tindakan ke atas tugas-tugas berikutnya.

4.  Disiplin.
Menentukan dan mengenalpasti dateline sesuatu tugasan.  Pastikan deadline kita tidak bercanggah dengan ketetapan yang telah dibuat oleh organisasi.  Kesegeraan menyiapkan sesuatu tugasan akan dapat mengelakkan kerja daripada bertimbun atau 'hilang dalam perhatian'.

5.  Letakkan foto orang atau pemandangan yang kita suka.
Seringkali ketika melihat orang yang kita cintai atau pemandangan yang indah perasaan sedih dan tidak bersemangat akan pudar dan boleh diubah, kerana hal ini dapat merangsang semangat untuk bekerja dengan lebih tekun.


meja kerja di pejabat terdahulu

Sekian adanya.  Semoga tips di atas dapat memberikan manfaat dan sedikit sebanyak dapat memberikan semangat baru dalam meneruskan kerjaya untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti.

Carian