Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label minuman. Papar semua catatan

07 September 2016

Jus dari Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Baik Untuk Kesihatan

Jus dari Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Baik Untuk Kesihatan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






















































































Terima kasih baca entri ini, Jus dari Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Baik Untuk Kesihatan

25 Mac 2016

Usrah Coffee Penghilang Dahaga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Usrah Coffee Penghilang Dahaga


Diam tak diam. Timbul dengan Usrah Coffee pula.  YB sebenarnya sudah hampir seminggu tidak menghidup ais.  Asyik minum air masak kosong atau air teh o panas.  Apa tidaknya sudah seminggu demam dan baru saja baik.  Demam panas dan disusuli dengan batuk.  Satu kombinasi yang amat baik sekali ketika musim panas ala-ala El-Nino datang melanda negara kita.

Usrah Coffee
Usrah Coffee

Green Tea dari Usrah Coffee.  Green Tea ini dibelanja oleh rakan sepejabat yang telah lama berjanji.  Tanpa disangka hari ini dia telah menggirangkan YB dengan Green Tea ini.  YB belum belum pernah cuba lagi kopi-kopi lain keluaran Usrah Coffee.

Balik pejabat hari ini rasanya tidak sempat singgah atau cari Usrah Coffee.  Mungkin esok atau lusa boleh lah ajak encik suami mencari di manakah lokasi rahsia Usrah Coffee.

Terima kasih sahabat yang telah belanja YB Green Tea kesukaan.



21 Januari 2016

Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung


Ramai di antara kita terutamanya kaum wanita mengetahui kelebihan minum air Kacip Fatimah. YangBaik sebenarnya terpengaruh juga dengan situasi semasa. Maklumlah sekarang ni dah buat lebih dari 2 kerja, kesihatan dan tenaga perlu dijaga. Bagi kita yang telah berusia, tenaga untuk bekerja sudah tidak segagah dulu. Sesekali diserang juga rasa letih dan lenguh sana sini.

Teringat juga ketika zaman muda dulu, bila minum air kacip fatimah tidak kiralah kopi 3 in 1 atau dalam tin, waktu malam terasa cergas dan mampu menyiapkan kerja-kerja rumah. Kadang-kadang ditambah pula dengan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah. Walaupun berjaga malam dan tidur lewat, boleh saja bangun awal pagi dan terasa segar.

Kacip Fatimah OK
Kacip Fatimah OK 

Sekarang, mungkin disebabkan faktor usia minum air kacip fatimah ini sekadar untuk kesegaran semasa saja. Atau untuk menghilangkan dahaga ketika di pejabat. Bila balik rumah dan buat kerja rumah ... tetaplah juga badan terasa letih.

Cuma sekarang ni harganya dan naik selari dengan GST kot. Kalau tahun lepas RM5 boleh lagi dapat dua tin, sekarang dah tak lepas kena tambah lagi.

Walau apapun kelebihan minum air kacip fatimah tidaklah diragui kerana sedikit sebanyak dapat memberikan tenaga untuk kerja seharian.

Sekianlah dulu pengalaman YangBaik bersama Kacip Fatimah Orang Kampung.


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca Kelebihan Kacip Fatimah Orang Kampung.


08 Februari 2015

Pertama kali minum Kopi Penawar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pertama kali minum Kopi Penawar


Alhamdulillah, rasanya memang sedap.  Namapun kopi percuma.  Kopi pemberian mak mertua ketika datang ke rumah minggu lepas. Tidak pernah terfikir pun nak cuba beli atau minum kopi ini, ketika melihatnya di sebuah kedai makan. Tetapi tidak tergamak pula nak menolak pemberian mak mertua. Pemberiannya tidaklah banyak cukup sekadar untuk rasa barang 3 ke 4 hari. Jadilah, orang memberi kita merasa.

Kata jer tak pernak nak cuba, tapi bila dah dapat minum juga. Sekali dah cuba minum sedap pula rasanya. Nasib baik tidak jadi bahan rebutan.

Air kopi di rumah ini tidak perlu risau berebut dengan anak-anak kerana mereka tidak suka minum kopi... pahit. Begitulah semasa di dalam pantang, selamat kopi untuk 2 bulan. Kecuali air coklat atau milo memang kena kongsi dengan anak-anak. Suami pun kurang minum kopi macam ni, melainkan kopi o.


Kopi Penawar Penyakit Rohani Jasmani


Kopi pra campur (3dalam1) turut mengandungi pati kemuning hitam & habbatus sauda. Telah dirukyahkan oleh al-Fadhil Ustaz Sharhan. Kopi ini selain sebagai minuman harian juga amat berkhasiat sebagai penawar bagi penyakit rohani dan jasmani.

Kopi sebegini biasanya saya minum waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Saya tidak akan minum waktu petang atau malam kerana akan mengganggu masa tidur.

Sekarang stok kopi penawar sudah habis. Nak cari di kedai mana boleh saya beli untuk stok di rumah dan elok juga sebagai hadiah ... kot!?

Lihat dulu mana boleh jumpa.

Sekian. ~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

21 Mac 2014

Vitagen| Home Delivery Services

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkhidmatan penghantaran ke rumah oleh Vitagen

Vitagen

Entah bila pernah tengok perkhidmatan seumpama ini di Jepun.  Tetapi kalau tak silap bukan Vitagen.  Dan kali ini, kurang pasti pula sama ada ini adalah perkhidmatan pertama di Malaysia atau di Perak atau di Perak Tengah.

Senang sangat lah sekarang ni... semuanya di hujung jari.  Sediakan duit secukupnya rehat di rumah.  

Memang sengaja dibiarkan nombor telefon di borang tidak dipadam.  Kan ini sebahagian daripada CSR (sangat!!!)  Tetapi kalian yang tinggal luar dari Seri Iskandar harus ingat buat masa ini nombor yang tertera pada borang di atas hanya menawarkan khidmat di kawasan Seri Iskandar.  Kalau nak cuba call boleh juga.  Mana tahu kalau-kalau penama berkenaan tahu perkhidmataan di tempat lain pula.  

Eh... terlupa pula borang ini anak-anak yang bawa balik.  Katanya selepas sekolah KAFA, ada kakak yang bagi borang ni.  Kakak mana pula nie.

Perkhidmatan sekarang, inilah antara sebahagian daripada contoh mendapatkan sumber pendapatan sampingan dan juga untuk membantu penjagaan kesihatan.

Nampak kecil tetapi memberi kesan yang besar.  

Good Job!!


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

12 Mac 2014

Minuman Tenaga STING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Gambar: Sting Energy Drink
Minuman tenaga baru bernama STING keluaran PEPSI.
Harga Promosi agaknya hanya RM1.90

01 Disember 2013

Butang Lencana BoBoiBoy Khas dari Musim ke-3 | Solivite

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Butang di atas adalah koleksi peribadi... baru satu dapat kumpul dan simpan.  Butang ini boleh didapati apabila memberi Solivite.  Terdapat 30 rekabentuk butang dan ianya adalah percuma dengan pembelian minuman sukaramai Solivite.

Untuk rekod butang di atas adalah pemberian rakan sepejabat.  Dah habis diminum air solivite diberinya saya butang ini.  Terima kasih kawan.

Beberapa hari lepas ternampak seperti ada butang yang serupa saiznya di rumah.  Sudah jadi bahan mainan anak-anak.  Agaknya mereka dapat semasa beli solivite dengan ayah kot!!.

Okey... butang ini umi akan simpan dan buat koleksi... baru dapat satu tinggal lagi 29 rekabentuk yang nak kena kumpul... mudah-mudahan berjaya.


Nak dimaklumkan juga siri animasi hebat BoBoiBoy Musim ke-3 akan datang pada Januari 2014.  



Intro dan jalan cerita memanglah macam terdesak sangat sebab nak kejar masa nie... 
Idea tak berapa nak jadi tapi nak juga buat cerita.



suka duka pentas dunia



23 Oktober 2013

Nasi Lemak Milo Panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




segelas milo panas



sebungkus nasi lemak



suka duka pentas dunia



27 September 2013

Biskut dan kopi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petang-petang begini... kerja pun tak berapa nak selesai jugak walaupun dah jenoh dok berteleku depan komputer... sampai mata pun naik juling...rehat sekejap.


Biskut dan kopi memang sahabat sejati

So... dalam mata dok terbedik bedik tengok komputer yang tak faham faham nak buat kerja sendiri...rehat sekejap ... sambil menikmati kerangupan biskut dicicah kopi... Syukur Alhamdulillah.

Bukan tak nak balik lagi... tapi nak siapkan dulu mana yang patut.

Selesai minum kopi dah habis sekampit sepaket biskut... basuh cawan dan tangan.

Apa lagi... tak reti reti nak update kat blog.... hahahahha

dah sambung buat kerja ...

:P


29 Ogos 2013

Minum petang di Padang Bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Apa ke cerita nie... minum petang pulak di padang bola.

Al kisahnya aye menemankan rakan sekerja dah banyak kali 'ngajak' minum kat situ.  Selalunya ajakan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu balik segera dan kadang-kadang kerana balik lewat atau hari ni balik kerja dengan abang... alasan kan macam-macam.  Tapi yang pastinya alasan itu adalah benar dan memang saya percaya ianya betul bukan dibuat-buat...

eh... betullah nak bagi alasan kena yang betul dan memang yakin percaya bukan sengaja dibuat-buat.  Pening kepala sekejap...nak cerita pasal minum petang dah melalut ke lain.

nak tambah lagi satu.... kisah minum petang ni berlaku lepas waktu kerja tau bukan keluar minum petang waktu kerja....dan cerita ini dibuat juga selang beberapa hari kemudian... juga dikarang bukan pada waktu pejabat... cuma mungkin publish waktu pejabat (kan ada auto publish...hehehe).

Okey... diteruskan cerita sebenar.  Sebelum berjimba dengan kawan baik haruslah juga dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada encik suami.... wajib ingat tu.  Wajib juga dimaklumkan tempat yang hendak dituju dan untuk apa.  Faham yer!!!

Setelah sampai ke tempat yang dituju... cari port yang sesuai dan santai.  Agak-agak banyak tempat duduk masih kosong... boleh pindah-pindah sementara belum order makan dan minum... kalau dah order pun masih boleh ubah kalau tempat asal tak serasi... selagi belum makan dan minum kan?


Dah sampai ke tempat duduk yang sesuai...  kita mulakan cerita atau tinjau pemandangan sekitar yang sungguh menarik... nak rakam gambar pemandangan boleh kerana ia tidak melibatkan mana-mana individu... kalau nak rakam gambar 'couple' kena minta izin dulu.... kalau tidak nanti habis 'note smart' kena rampas pulak... 

Pemandangan yang indah dan menarik di satu sudut padang bola... ketika tiada orang bermain bola.  Dan... ketika itu masih belum ramai lagi pengunjung gerai ini tiba... bebas kan.  Saya Sayang Malaysia.


Serius aye cakap memang tak der idea nak makan atau minum apa tetapi untuk tidak menghampakan hasrat kawan, teman dan sahabat... maka ikut juga.  Sementara menunggu menu yang dipesan itu tiba... sempat juga rakam beberapa keping gambar untuk tatapan kalian... buat kenangan kami juga.



Ini adalah menu pertama yang tiba... iaitu limau ais untuk Seri dan Nescafe ais untuk aye.  Bukannya tak biasa minum nescafe ais.  Kadang-kadang teringat juga gurauan kawan-kawan semasa muda remaja dulu... kalau nak makan atau minum di kedai kena cari menu yang tiada di rumah kita.  Boleh lah kan... kat rumah aye memang tak der nescafe ais... dah lama tak berisi balang kaca antik :D



Sekali lagi sudut pemandangan dua gelas yang mewakili zaman dan usia yang berbeza... beza sangatkah???   'Idak' lah... pangkat adik dengan kakak jer



Masih sempat lagi menikmati indahnya langit petang di Seri Iskandar.  Sementara menunggu ketibaan char kuew teow dan mee goreng... 

Bila dah sampai menu idaman dah tak sempat rakam gambar... terus jer makan...lepas makan kemas meja sikit...ingat makan kat warung tak boleh kemas meja ker?  Cuba buat... mesti rasa teruja kan?  Sebab dapat meringankan beban orang.  Begitulah nanti kita juga tidak akan terbeban dengan lambakan kerja yang banyak... ada saja yang sanggup membantu..

Sekian dulu kisah sepetang di padang bola di Taman Iskandar Perdana, Seri Iskandar.




Sekitar Majlis Potluck Aidilfitri HEA 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dan terus berbahang.  Sana sana di rumah atau di pejabat ada saja jemputan untuk jamuan sempena Aidilfitri.

Berikut adalah gambar dan cerita sekitar majlis Potluck jamuan Aidilfitri 1434 / 2013 di pejabat.

Seperti biasalah kalau namapun Potluck... sudah tentu banyak juadah yang dihidangkan.  Jika tidak silap perkiraan terdapat lebih daripada 20 menu untuk majlis Potluck kali ini.  Puas jugaklah AJK hiasan dan AJK hidangan nak menyiapkan tempat dan tagging nama menu.


Antara dereten menu potluck.  Kenal ke kek depan sekali nie???


Kueh raya, kerepek dan buah-buahan pun ada.


nasi lemak daun pisang + nasi lemak ayam

Ala... tak sempat pula nak letak gambar nasi maglubah.... bos yang buat tau... sekejap jer dah habis (bos buat sikit sangat, tak sempat aye nak rasa...)


puding (coklat la sangat kan) dan tart keju serta agar-agar laici antara pemanis mulut


tidak ketinggalan Pavlova... antara menu pertama yang dihabiskan.  
Ada rezeki... dapatlah sesuap... sedap!!!

Sebenarnya banyak lagi menu yang dihidangkan antara menu yang tidak kelihatan (tak sempat nak rakam) adalah bihun goreng, dadih puding koktel, nasih impit bersama rendang hitam, pulut kuning (ganti lemang) bersama rendah ayam, roti jala bersama kuah durian, spagheti, macaroni, kek, sambal goreng jawa, talam sagu banjar, laksa buyung dan sirap laici berserta teh o panas.




Majlis Potluck jika tiada hiasan... memang tidak meriah.



Antara hiasan wajib ada untuk potluck Hari Raya... ketupat.  
Walaupun tiada isi dapat tengok warna pun jadilah...
Aye jadi tukang ikat jer lah...



Nak menghias memang suka sangat... Ramai yang datang membantu.
Tiba nak mengemas.... tinggal lah berapa kerat jer

Lepas makan jangan lupa mengemas yer...


Walau apapun majlis Potluck kali ini cukup meriah.  Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua AJK terlibat dan juga kehadiran tetamu jemputan.  Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Seperti biasa lagi... jangan ditanya kenapa tiada gambar tetamu atau AJK... atau gambar penulis ini.  Kerania cerita ini adalah cerita berkaitan makanan dan persiapan sahaja... nak letak gambar orang kena maklum tuan punya badan jer.

Sekian adanya.







17 Jun 2013

Sambutan Hari Bapa di Restoran Nasi Ayam Fuziah Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agak lama juga tidak ke restoran Nasi Ayam Fuziah (Bazar Bulat) di Bandar U, Seri Iskandar.  Semasa awal pembukaannya sering juga ke sana pekena nasi goreng ayam, sedap!!!  Bila dah berpindah berhampiran restoran resepi rahsia... agak lama juga tunggu momentum untuk singgah.

Hanya beberapa hari lepas teringin pula nak makan di sana, tambahan pula kini restoran berkenaan buka dari pagi dengan menu biasa seperti Nasi Lemak, Mee Rebus, Pasembor, Mee Goreng Mamak dan roti canai.  Nasi ayam mula beroperasi mulai jam 12.00 tengahari.  Jadilah dulu untuk sarapan pagi terutama di hujung minggu yang sentiasa menjanjikan periuk belanga dan senduk segala galanya disimpan bersih.

Bila ke Restoran Nasi Ayam Fuziah, tidak sah bawa satu keluarga.  Memang kena bawa.  Harus ada pesanan makan dan minum untuk semua orang.  Didahului dengan anak-anak dan diikuti dengan umi dan ayah.

Setelah pesanan dibuat, sementara menantikan makanan di bawa ke meja apa kata kita bergambar dulu. Cheese.


Selamat Hari Ayah.  Tiga hero dalam keluarga  -  Ayah, Alif dan Abid.

Giliran Dina pula nak bergambar.  Eh... kenapa senyum macam tu?  Apa-apa aje lah

Yang ini satu.  Dah elok-elok senyum tiba-tiba melarikan muka pula.  Tak mahu tangkap gambar katanya.

Dan, yang ini adalah penulis blog ini.  Gambar ini ditangkap oleh anak lelakinya bernama Alif.  Mengapa hitam putih pula.  Biarlah lain sikit.... kan?

Dah selesai berposing, air minuman pun sampai.  Jom minum dulu.

Eh... tiada pula gambar minuman.  Kenapa tak tangkap?  Tak sempat sampai jer, memasing lepas baca Bismillah terus minum.  Tak sempat umi nak tangkap gambar.  

Tak apalah nanti kita kongsi gambar makanan pula, itupun yang sempat ditangkap.

Mee Rebus untuk umi berkongsi dengan Inas.  Gambar ni blurr skit berebut hp dengan Alif.

Pasembor untuk ayah.

Makanan lain ... roti canai dan mee goreng tak sempat nak tangkap gambarnya umi nak makan dan berebut pula dengan ayah nak jaga Abid.

Lepas ni nak datang tengahari atau petang sikit nak makan nasi goreng ayam... adakah rasanya masih sama.

Restoran Nasi Ayam Fuziah tetap di hati
Nasi ayam terbaik sedap tak terperi
Kekalkan kualiti dan kuantiti


Pelanggan datang pasti puas hati
.

12 Jun 2013

Gulsan Nar Eksisi | Jus delima dari Turki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gulsan Nar Eksisi | Jus delima dari Turki


Banyak sungguh produk berbentuk jus atau pati untuk minuman kesihatan.  Memang tidak diragui minuman berasaskan buah-buahan baik untuk kesihatan.  Terutamanya jus buah kiwi, buah durian belanda, jambu batu merah (pink guava) dan banyak lagi dan yang terkini YB jumpa adalah jus buah delima keluaran negara Turki.

Jus delima ini rasanya masam dan kalau wanita hamil pasti suka dengan rasanya.  YB baru saja cuba jus ini dalam seminggu ini, diambil 1 satu besar setiap pagi dan malam.  Keberkesanannya tidak lahu lagi, sebab mungkin juga secara kebetulan sebelum mengambil jus ini YB demam, selselma dan batuk.  Khabarnya baik untuk kesihatan.  Belum sempat goggle lagi.

Dua hari selepas membelinya dari rakan sepejabat encik suami, terjumpa pula jus berkenaan di kedai runcit berhampiran rumah.  Sungguh tidak disangka sama sekali.

Sementara itu aye nak ajak rakan blogger yang singgah cuba perhatikan apa perbezaan antara kedua-dua botol jus delima yang dimaksudkan.


(pandangan hadapan)
jus dari kiri dibeli dari rakan dan kanan dibeli dari kedai runcit berhampiran di SIDEC

pandangan belakang botol

pandangan dari sisi kiri dan kanan sama saja

Untuk bagi kejutan sikit.  Maaflah bukan nak buat giveaway atau cabutan nombor bertuah tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat atau pengetahuan dari rakan blogger yang mengetahui mengenai jus delima Gulsan keluaran Turki ini.

Walau apapun jawapan anda mengenai botol berkenaan aye terima dan mungkin juga betul dengan apa yang aye tahu.




lihat harga dalam bulatan kuning
Tetapi apa yang aye ingin kongsikan adalah mengenai harganya. Nampak jauh bezakan.  Memang untung dapat harga murah tetapi adakah ianya betul-betul asli atau tiruan?

Untuk itu juga kepada rakan blogger yang pernah mencuba jus ini... jika tidak keberatan boleh juga kongsikan pengalaman.


Carian