Pageviews

22 Julai 2013

Ketika senang atau susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sembahlah Allah dan beribadahlah kepada-Nya baik di saat senang maupun di saat susah! Janganlah Anda menjadi seorang hamba yang hanya menyembah Allah bila mendapatkan keuntungan dunia dari ibadahnya. Jika ia mendapatkan kebaikan ia merasa tenang, jika mendapat cobaan ia berbalik mundur ke belakang. Sesungguhnya istiqamah (konsisten) dalam beribadah membutuhkan latihan pengendalian hawa nafsu yang selalu mengajak kepada kejahatan.
(Seorang ahli hikmah)

21 Julai 2013

Erti Sebenar kasih sayang dan kejayaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.



ERTI SEBENAR KASIH SAYANG

Renungan Buat Kita Semua:

Seseorang kanak-kanak yang secara lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya.  Insan seumpama ini selalunya tidak akan nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya.  Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan, dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.

Orang-orang seperti ini mungkin mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan yang sebenar.  Mereka suka merungut dan dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan bagi menambah apa yang sudah diperolehi.

Jika kita tergolong dalam kelompok ibu bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?

Kita boleh menyediakan anak-anak dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini.  Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan mangkuk bersama adik-beradik yang lain.  Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang betul.  Kita mahu mereka faham hakikat bahawa betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua, rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda mereka dahulu.

Perkara pokok yang sangat penting kita beri tumpuan ialah supaya anak kita belajar untuk menghargai usaha dan sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka, menghayati kesusahan yang mereka itu lalui dan menghargai usaha-usaha kerja berpasukan bagi mencapai apa yang diimpikan.  Kita mahu anak-anak faham bahawa kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan tawakkal yang seikhlasnya.






Sekian adanya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah tertulis di atas.

20 Julai 2013

Ada Beri Dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini telah masuk Ramadhan ke-11. Masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan.

"Kita sudah berada di fasa ke dua Ramadan iaitu sepuluh hari ke dua Ramadan yang merupakan fasa pengampunan maka marilah kita memohon sebanyak mungkin pengampunan dari ALLAH SWT untuk diri kita, ibubapa, keluarga dan seluruh umat Islam yg hidup dan yg telah meninggal." Denaihati Ilhamku

Nak segarkan kembali dan untuk peringatan kepada diri sendiri mengenai kata-kata ini yang didengar dari Prof. Dr. Muhaya iaitu 'Ada Beri Dapat'.  Konsep ini mungkin sudah biasa kita dengar atau dapat di mana-mana tetapi kadang-kadang kita alpa dan tidak sedar bahawa ia sebenarnya sedang berlaku di sekitar kehidupan kita.


Ada Beri Dapat

Apa yang kita ada berikan kepada orang dan kita akan dapat semula.

Semua orang pastinya mahukan yang terbaik dan elok-elok.  Untuk itu berikan yang terbaik kepada orang.  Tidak semestinya kita akan dapat dari orang sama yang kita beri tetapi kita sendiri tidak sedar. 

Bagaimana kita nak beri kebaikan?  Ha... untuk itu lah kita perlu wujudkan kebaikan dalam diri kita supaya kita dapat berikan kepada orang lain dan kita akan dapat banyak kebaikan.

Contoh yang paling senang seperti yang telah dikatakan oleh Prof. Dr. Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi adalah senyuman.  Tidak susah hendak mengukir senyuman.  Berikan senyuman kepada orang lain dan insyaAllah kita akan rasa bahagia.

Seandainya kita mendapat keburukan dari orang lain kemungkinan adalah kerana kita pernah 'memberi' keburukan kepada orang lain.  Nau'zubillah.

Ada senyuman Beri Senyuman Dapat Senyuman.  Hindari dari memberikan sesuatu yang negatif kepada orang lain.

Sekian.  Suka Duka Pentas Dunia.

Ramadan Karim!

(*-*)

Segmen Kad Raya by DiyanaHani

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sebagai sokongan kepada rakan blogger yang menganjurkan segmen mudah dan ringkas.  :D






 

 Segmen Kad Raya by DiyanaHani berlangsung selama seminggu iaitu bermula pada 20/7/2013 sehingga 27/7/2013.Segmen ini  diadakan untuk memberi penghargaan kepada penyokong-penyokong blog ini bersempena dengan hari raya aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi. 


KLIK BANNER DAH JOIN 



Ada yang lebih bahaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Ingat 5 Perkara sebelum datang 5 Perkara.  Gambar Hiasan


Menyia-nyiakan waktu (luang) lebih berbahaya daripada kematian; Karena sesungguhnya menyia-nyiakan waktu (luang) memutuskanmu dari Allah dan negeri akhirat, sedangkan kematian memutuskanmu dari dunia dan penduduknya.
(Ibnul Qayyim)



19 Julai 2013

Bayar Zakat Rezeki berkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Hari ini dah masuk hari ke-10 dalam bulan Ramadhan 1434 bersamaan 19 Julai 2013.  Sedar atau tidak puasa Ramadhan juga dikaitkan dengan Zakat Fitrah.  Tahun ini, kadar zakat fitrah bagi negeri Perak Darul Ridzuan ditetapkan sebanyak RM7.00 seorang.
   
Sementara itu, ikuti petikan salah satu daripada hadis berkaitan kewajipan menunaikan zakat fitrah:


فرَضَ رَسُولُ اللهِ - صلى الله عليه وسلم - زَكَاةَ الفِطرِ طُهرَةً لِلصَّائِمِ مِنَ اللَّغوِ وَالرَّفَثِ، وَطُعمَةً لِلمَسَاكِينِ.

“Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata kotor serta sebagai pemberian makanan untuk orang-orang miskin....” 
(Hasan, HR. Abu Dawud Kitabul Zakat Bab. Zakatul Fitr: 17 no. 1609 Ibnu Majah: 2/395 K. Zakat Bab Shadaqah Fitri: 21 no: 1827 dihasankan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Dawud)


Sekian, selamat berpuasa Ramadhan.

Ramadhan Karim!

Sesi bergambar kenangan | Photoshoot time!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alkisah disebutkan setelah disepakati oleh sekaliannya, maka pada hari ini terciptalah sejarah pertama bagi warga pejabat untuk bergambar kenangan bagi tahun 2013.

Nak diringkaskan cerita begini lah....Hari ini merupakan hari bersejarah buat kami semua kerana dapat berkumpul semuanya untuk bergambar kenangan.  Bukan senang sebenarnya nak berkumpul semua orang dalam satu masa, tambahan pula hari ini Jumaat dan banyak agenda penting yang harus diselesaikan segera.




Awal pagi lagi cameraman dah bersedia, cari sudut yang sesuai dan menarik.

Bukan senang tau nak dapat sudut yang menarik tambah dengan pencahayaan pagi yang matahari tidak berapa menampakkan sinarnya lagi..  Tidak lah gelap sangat dah pukul 8.00 pagi pun, tetapi cuaca agak mendung sikit... Rahmat di bulan Ramadhan.

Lokasi adalah di  kawasan lanskap sekitar tiang bendera depan bangunan pentadbiran.  ngeeee... ayat tu copy paste dari ayat bos dalam email, korang tak kisah kan...




Berbalik kepada cameraman tadi, berubah-ubah tempatnya... dari tingkat bawah naik ke tingkat atas kemudian tu turun ke bawah balik... nak dapat posisi yang sesuai dengan bilangan ahli yang ramai, mana tidaknya staf bahagian kami memang ramai cuma lokasi tempat bertugas saja yang berasingan... kat Pejabat Am ni adalah beberapa 'kerat' jer... :D

Tunggu punya tunggu.... jenuh jugak lah mana nak cari kedudukan lagi nak susun ikut ketinggian lagi (cuma lebar jer tak kesah.... :P).

Sebelum kedudukan disusun sempat lagi berborak isu semasa... berkaitan isu semasa di pejabat le... dunia luar lain ... tak kuasa nak layan.

Bila cameraman dah sedia... model pula tak siap lagi.  

Berpeluh jugak lah ... nak dapatkan kedudukan yang sesuai.

Gambar beramai-ramai tu tak dapatlah nak letak di sisi sebab tak siap lagi.  Kalau dah siap pun belum tentu lagi nak letak kat sini... sapa nak tengok?

Sekian adanya.

Perkataan dan Perbuatan biarlah seiring baiknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan


Barangsiapa baik perkataannya namun buruk amalnya, maka Allah akan menolak perkataannya. Namun, barangsiapa baik perkataannya dan baik pula amalnya, maka amalnya itu akan mengangkat derajatnya (di sisi Allah). Hal itu karena Allah Subhaanahu Wata'ala berfirman: …Kepada-Nya perkataan yang baik dan amal shalih akan diangkat… (QS. Faathir: 10)
(Salah seorang ahli hikmah)

18 Julai 2013

Andainya sudah terlaksana, senangkah hati?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Berkali-kali tertangguh hendak melaksanakan amanat yang satu ini.  Bukan satu tetapi mungkin juga banyak lagi akan datang atau yang telah diamanahkan.

Setelah dikumpul segala kekuatan dan pencerahan maka terlaksana juga amanat itu.  Petang tadi dengan rasa rendah diri bersemuka dengannya untuk menyerahkan amanat.  Berbicara harus manis agar tidak terluka hati dan perasaan.

Biarpun pedih untuk menyatakan hasrat tetapi harus dilaksanakan juga agar pedih tidak berpanjangan.  Setelah selesai segalanya, menjadi harapan yang tinggi menggunung agar kesilapan dan kekhilafan lalu tidak berulang lagi.  Kerana terlalu sukar sebenarnya untuk menjatuhkan hukuman biarpun memang itu yang harus dilakukan.  Sesekali terasa ingin beban itu ditanggung sendiri agar tiada hati yang terluka serta persahabatan yang terjalin tidak terlerai.

Syukur Alhamdulillah, nampaknya dia memahami. Semoga begitulah juga di dalam hatinya.  Memang asam garam dalam kehidupan kita tidak pernah lari dari sifat alpa.  Tetapi sifat itu tidaklah seharusnya dijadikan alasan untuk mengulangi kesilapan yang sama.

Sekian, selesai sudah satu perkara.

Masih belum terlaksana lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Persoalan demi persoalan bermain di kotak fikiran.  Namun tiada satupun yang dapat dijawab dengan jelas. Sambil menunggu peluang dan masa yang sesuai, urusan lain yang penting disiapkan dahulu.  Tetapi persoalan ini juga penting.

Sukar sebenarnya hendak dinyatakan apa yang dimaksudkan dengan persoalan di atas.  Sebenarnya ia ada kaitan dengan catatan ini

Sungguh tak sampai hati nak nyatakan perkara ini.  Walaupun ia memang patut dilakukan segera.

Mungkin juga petang ini atau pagi esok persoalan itu akan terlerai.

Semoga dengan terzahirnya catatan ini dapat memberi kekuatan dan semangat untuk selesaikan segera persoalan ini.

Sekian.  *-*