Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amanah. Papar semua catatan

15 September 2015

Tazkirah pagi Selasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tazkirah pagi Selasa


Tazkirah adalah satu bentuk peringatan.  Saya bukanlah Ustazah bertauliah yang layak untuk memberi peringatan tetapi hasrat saya untuk berkongsi peringatan semoga peringatan ini turut diingati oleh saya sendiri.


Amanah
Amanah

Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.  (HR Abu Daud)

Semoga kita semua mendapat manfaat.


02 Mac 2014

Antara amanah dan khianat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan

Antara amanah dan khianat
Sudah sering kita dengar
Amanah itu perlu dipelihara
Datangnya ia bersama ganjaran berganda
Amanah itu atas dasar percaya
Perlukah ia dikesampingkan?

Amanah itu sesuatu yang berat
Namun ringan untuk dijaga
Dengan hati tulus ikhlas
Layar amanah pasti terpelihara

Khianat itu memang durjana
Datangnya ia memusnah percaya
Sedar atau tidak ia membawa bencana
Musnah seluruh kota dan desa

Khianat perlu disenggara
Bukan kita penentu balasnya
Hanya yang Kuasa berhak keatasnya
Semoga khianat bukan punca
Minta disimpangkan dari dunia
Lemparlah khianat sejauhnya
Bersihkan jiwa
Nur cahaya

Hadis ini buat pedoman, antara amanah jua khianat
mana satu jadi pilihan?

Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.

(HR Abu Daud)

Sekian adanya

Nukilan:  yangbaik | 232014 | 11:00 pm



suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

30 September 2013

Tentang cinta dan tetangga lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Corak ke-50 bertajuk kesinambungan kufi.  Corak hiasan


Apabila kalian senang Allah ta'ala dan Rasul-Nya mencintai kalian, maka tunaikanlah amanah kalian, dan benarlah jika berbicara, dan bertetanggalah dengan baik kepada tetangga kalian.
(HR Imam Suyuthi)



15 September 2013

Amanah kepada yang dipercayai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Saya Sayang Malaysia.  Gambar Hiasan


Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.
(HR Abu Daud)





18 Julai 2013

Andainya sudah terlaksana, senangkah hati?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Berkali-kali tertangguh hendak melaksanakan amanat yang satu ini.  Bukan satu tetapi mungkin juga banyak lagi akan datang atau yang telah diamanahkan.

Setelah dikumpul segala kekuatan dan pencerahan maka terlaksana juga amanat itu.  Petang tadi dengan rasa rendah diri bersemuka dengannya untuk menyerahkan amanat.  Berbicara harus manis agar tidak terluka hati dan perasaan.

Biarpun pedih untuk menyatakan hasrat tetapi harus dilaksanakan juga agar pedih tidak berpanjangan.  Setelah selesai segalanya, menjadi harapan yang tinggi menggunung agar kesilapan dan kekhilafan lalu tidak berulang lagi.  Kerana terlalu sukar sebenarnya untuk menjatuhkan hukuman biarpun memang itu yang harus dilakukan.  Sesekali terasa ingin beban itu ditanggung sendiri agar tiada hati yang terluka serta persahabatan yang terjalin tidak terlerai.

Syukur Alhamdulillah, nampaknya dia memahami. Semoga begitulah juga di dalam hatinya.  Memang asam garam dalam kehidupan kita tidak pernah lari dari sifat alpa.  Tetapi sifat itu tidaklah seharusnya dijadikan alasan untuk mengulangi kesilapan yang sama.

Sekian, selesai sudah satu perkara.

10 Februari 2012

Sudah tertunaikah amanah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sedetik lalu teringat peristiwa yang telah menimpa seorang sahabat.  Kejadian itu sungguh menyayat hati walaupun bukan kisah kemalangan yang meragut nyawa sesiapa tetapi kejadian itu telah meragut sebuah kepercayaan. 

Teringat pula tidak berapa lama dulu sebuah ingatan yang telah ditanam walaupun pemberi ingat itu mungkin tidak berapa disukai oleh beberapa ramai orang namun ingatan itu cukup memberi kesan kerana ia amat bernilai dan berkesan.  Tidak semua orang mampu menilai ingatan itu kerana datangnya ingatan itu bukan ketika mereka merasa peritnya kepercayaan yang dikhianati.

Ingatan bagaimana sebuah amanah atau kepercayaan seharusnya dipelihara dan dihargai.  Sekali kepercayaan itu dinodai ia mampu merobek seluruh kepercayaan dan tidak akan ada lagi kepercayaan walaupun dibayar dengan segunung emas.

Amanah tugas seharusnya dan sewajibkan dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan jujur serta istiqamah.  Andainya amanah tugas itu tidak dilaksanakan dengan sempurna bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri terutamanya kesan kepada perhubungan dan pertalian dengan rakan setugas juga dengan ketua jabatan atau ketua unit atau ketua bahagian. 

Bagaimana hendak melaksanakan sesuatu tugas sekiranya amanah yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan baik serta tidak difahami asal-usul amanah itu.  Bagaimana hendak berbelanja dengan hasil gaji yang diperolehi sekiranya tugas yang diarahkan jarang sekali mencapai KPI atau sasaran. 

Tanggungjawab untuk melaksanakan tugas itu walaupun datang dari atas (bos) hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya.  Bukanlah dengan sengaja bos memberi tugas itu jika tidak kerana bos juga diberikan amanah tugas oleh bos di atasnya.

Kecil hati bukanlah satu jalan penyelesaian kepada sebuah masalah atau isu.  Setiap permasalahan ada penyelesaian dan mulakan dari sekarang jangan tunggu lagi untuk melaksanakan dan menunaikan amanah dengan baik.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kebaikan semua pihak.


~~~~~~~~~~~~~~
Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.  (HR Abu Daud)

.

Carian