Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1Malaysia. Papar semua catatan

30 Ogos 2016

Malam Inspirasi Perjuangan 2016

Malam Inspirasi Perjuangan 2016



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Malam Inspirasi Perjuangan 2016 (PEJUANG) dianjurkan oleh ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) dan PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional).  Program ini dijadualkan pada 24 September 2016, jam 7.30 malam hingga 11.00 malam, bertempat di IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam.  

Satu program yang amat bertepatan dengan orang muda sekarang yang rata-rata antara kita tidak mengenali pejuang-pejuang bangsa yang telah memperjuangkan tanah air kita.  Inilah masanya untuk kita sama-sama hayati mesej yang ingin disampaikan dalam program yang penuh inspirasi.



Malam Inspirasi Pejuang

Malam Inspirasi Pejuang



Perjuangan mencapai kemerdekaan seterusnya membina negara Malaysia yang makmur, maju dan berdaulat adalah suatu bentuk perjuangan yang amat besar maknanya kepada rakyat dan negara. 

Sepanjang lebih 100 tahun terakhir ini, negara telah melihat dan menyaksikan perjuangan bertintakan emas oleh generasi terdahulu yang mana mereka telah memberikan seluruh jiwa dan raga mereka demi mempertahankan kedaulatan negara, membebaskan tanahair daripada penjajah seterusnya membangun dan memajukan negara.

Sumbangan tokoh-tokoh ini seharusnya dikenang dan dijadikan rujukan generasi hari ini dan akan datang.


Kenapa ANDA perlu hadir?


✔️ Supaya ANDA menghayati keperitan datuk nenek moyang dahulu untuk memastikan ANDA masih Islam
✔️ Supaya ANDA tidak mengangkat tokoh yang salah sebagai idola perjuangan
✔️ Supaya ANDA tidak menjadi mangsa percaturan barat sebagai generasi yang melupakan pejuang sebenar
✔️ Supaya ANDA mengenali dan menghayati hiburan sebenar orang Melayu Muslim


Maklumat Majlis

Tempat: Dewan 11, IDEAL Convention Centre (IDCC), Shah Alam
Harga tiket : RM 150 sahaja


Maklumat Pendaftaran

Daftar sekarang di: ►► http://pejuang2016.eventbrite.com 
atau hubungi Hotline 0132789146 (Whatsapp/Telegram)



       

Jom hayati Inspirasi Pejuang Bangsa.


Terima kasih baca entri ini, Malam Inspirasi Perjuangan 2016

14 Oktober 2014

#Bajet2015| Ada apa dengan maklumbalas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


#Bajet2015|  Maklumbalas diperlukan



Pembentangan #Bajet2015 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak yang berlangsung Jumaat lalu telah berjalan dengan lancar. Pembentangan tersebut dapat diikuti sama ada melalui siaran televisyen dan radio, secara atas talian mahupun melalui Sorotan Pembentangan di Twitter.

Terjawab sudah teka-teki dan persoalan yang bermain di kotak minda dengan terungkainya isi kandungan pembentangan.  Bermacam-macam pandangan dan pendapat mengenai pembentangan #Bajet2015.  Dimaklumkan bahawa kerajaan kini ingin mengetahui pendapat dan maklumbalas rakyat berhubung apa yang telah dibentangkan Jumaat lalu di Parlimen.

Selaras dengan itu, Kaji Selidik #Bajet2015 dijalankan bagi mengumpul pandangan serta pendapat anda berhubung #Bajet2015 yang baru dibentangkan. Daripada cakap-cakap kosong atau pun bernas, ada baiknya pendapat dan maklumbalas itu disalurkan ke saluran yang betul. Sudah pasti setiap maklumbalas daripada semua pihak mendapat perhatian pihak berwajib.

Sila kunjungi www.najibrazak.com/bajet2015/survey untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut.

Teruskan mengikuti laman web www.NajibRazak.com serta laman sosial Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak seperti Facebook dan Twitter untuk mendapatkan perkembangan terkini #Bajet2015.





Jom kita sama-sama berikan sokongan dan maklumbalas mengenai pembentangan #Bajet2015. Serlahkan bakat dan potensi kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

(*-*)

10 Oktober 2014

#Bajet2015 | Ada apa dengan kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


#Bajet2015 dijadualkan akan dibentangkan di Parlimen pada petang ini, jam 4.00 petang.  Sudah pasti banyak pihak yang ternanti-nanti apa yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

#Bajet2015, 10/10/2014, 4.00 petang


Setelah beberapa bulan tempoh penyediaan dan pengumpulan maklumbalas daripada rakyat Malaysia, pembentangan #Bajet2015 akhirnya akan dibentangkan hari ini, 10 Oktober 2014.

Ada apa dengan kita?  Semestinya banyak perkara yang bakal dibentangkan terutamanya isu-isu berkaitan  Kos Sara Hidup, Perumahan, Kehidupan Bandar dan pelbagai lagi antara intipati #Bajet2015 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak di Parlimen.
Bagi memastikan Pembentangan #Bajet2015 dapat diikuti oleh segenap lapisan rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada. Pihak berwajib telah menyediakan beberapa platform agar pembentangan #Bajet2015 dapat diikuti oleh semua.  



Antara platform yang disediakan, antaranya:

Siaran Langsung secara atas talian (online streaming) di www.NajibRazak.com atau www.Treasury.gov.my
Sesi Live Tweet di www.twitter.com/PMOMalaysia
Rumusan Pembentangan di www.twitter.com/NajibRazak
Perkembangan terkini berkaitan #Bajet2015 juga dapat diikuti melalui  Facebook Dato' Sri Najib Razak.




"Malaysia sedang berada dalam satu perjalanan.  Destinasi kita jelas: sebuah negara dengan status ekonomi maju dan berpendapatan tinggi.  Namun setiap perjalanan pasti akan ada cabaran.  Kita mungkin perlu menyesuaikan perjalanan kita demi mengelak sebarang halangan.  Walau apa pun, destinasi kita kekal sama".  NajibRazak.com

Semoga #Bajet2015 yang dibentangkan dapat memberi kebaikan yang banyak kepada kita untuk meneruskan kehidupan lebih berkualiti dunia dan akhirat.  Kerana sudah pasti di sana destinasi kita yang abadi.


22 Ogos 2014

Jumaat #MalaysiaBerkabung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Hari ini Jumaat, 22 Ogos 2014. Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena ketibaan jenazah korban MH17. Kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat didoakan semoga kalian semua tabah dan bersabar atas ketentuan ini. Semoga dikurniakan keberkatan kepada yang masih ada.

Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang. Bagi kami di Perak Darul Ridzuan tetap juga bendera negeri dikibarkan separuh tiang kerana masih lagi berkabung 100 hari atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Bukan sahaja bendera dikibarkan separuh tiang malahan pekerja wanita disarankan memakai tudung hitam manakala pekerja lelaki memakai songkok hitam.

Kami masih lagi di ILU mengikuti seminar.

posted from Bloggeroid

06 Mei 2013

Saya Sayang Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia



Saya Sayang Malaysia.  Negaraku yang tercinta lagi berdaulat.  Semoga kita semua menjadi rakyat Malaysia  yang sayangkan negara kita.  Peristiwa yang telah berlaku semoga dapat dijadikan sempadan untuk kelangsungan hidup di negara demokrasi dan harmoni.

Semoga Malaysia terus makmur untuk seluruh rakyatnya.

Semoga Malaysia terus aman dan harmoni untuk seluruh hidup rakyatnya.

Semoga rakyat Malaysia sentiasa berjiwa kental untuk berhadapan dengan segala tohmahan dari luar.

Semoga rakyat Malaysia tidak lagi berhadapan dengan kenaikan harga yang menjejaskan ekonomi keluarga mereka.

Semoga rakyat Malaysia dikurniakan rezeki yang murah dan diberkati lagi dirahmati.

Saya Sayang Malaysia.




08 April 2013

Pengalaman menjadi pengundi semasa Pilihan Raya Umum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pilihan Raya Umum Malaysia tiba lagi dan kali ini merupakan kali ke-13.  Sungguh terasa bahangnya, sesekali terasa seperti hendak menyambut Hari Raya pula.

Teringat masa zaman kanak-kanak ketika di kampung suatu ketika dulu.  Kesibukan memasang bendera terasa seperti sibuknya memasang pelita panjut untuk menyambut hari raya.  Begitu juga dengan kesibukan pada hari pembuangan undi atau semasa Pilihan Raya meriah sungguh seperti Hari Raya.  Ramai orang dewasa berbaju baru seperti Hari Raya juga.  Cuma yang berbeza kami budak-budak tidak pula dipakaikan baju baru walaupun diminta dan merengek-rengek... itu peristiwa semasa kecil sebelum ada peluang untuk membuat pilihan sendiri.

28 Februari 2012

Gadget Impian Pilihan Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan tiada kaitan dengan 7 gadget impian pilihan blogger Malaysia
Namun gambar itu ada kaitan dengan impian seorang blogger... semoga jadi kenyataan semula...

gambar hiasan... juga merupakan salah satu daripada gadget impian blogger


Yang sebenarnya demam gadget impian belum lagi berakhir kerana ia sedang dikemuncak acara... eh.. demam ke apa nih... Lebih kurang ajer lah... bak kata Denaihati "Contest Gadget Impian Belum Tamat Lagi".  Kemuncak acara adalah menjelangnya 5/3/2012.  Panas tu...

Daripada dok berceloteh panjang berikut disenaraikan 7 gadget impian blogger Malaysia.  Iaitu:
1.  Macbook Pro
2.  Macbook Air
3.  iPhone 4S
4.  Samsung Galaxy Tab 10.1
5.  Samsung Galaxy Note
6.  iPad 2
7.  Nikon D90

Walaupun pada asalnya terdapat 11 blogger yang tercalon untuk memiliki gadget impian, tetapi setelah diteliti terdapat beberapa orang blogger berkongsi gadget seperti tersebut di atas.

Jom kita lihat senarai calon dan gadget impian mereka:












Jika nak tahu mengapa gadget berkenaan jadi pilihan mereka sila lawat link di atas.  Ada banyak sebab dan alasan mengapa gadget berkenaan menjadi impian mereka. 

Mungkin ia juga boleh dijadikan panduan untuk membuat pemilihan gadget tak kiralah untuk kegunaan sebagai pelajar universiti, suri rumah atau usahawan atau juga blogger tegar.

Semoga bermanfaat. 

Sokongan kepada rakan blogger dan peserta contest GADGET IMPIAN anjuran Denaihati.com

(^-^)

23 Top Blog Malaysia Paling Popular 2012 | Denaihati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Terima kasih  tidak terhingga kepada Denaihati kerana memberi peluang kepada blogger picisan ini menumpang trafik organik dari google.  Mana tidaknya dengan senarai 23 top blog Malaysia yang paling popular mampu menyumbang trafik organik.  

Tahniah juga kepada Denaihati yang telah terpilih sebagai pemenang untuk kategori Best of the Best Blog of the Year.


23 Top Blog Malaysia paling popular, kenapa popular kerana mereka ini menang World Bloggers Award 2012 yang dianjurkan oleh MSMW2012 hasil daripada pilihan rakyat Malaysia. Popular kerana blog berkualiti atau blog ada ramai peminat. Banyak yang kita boleh belajar daripada Blogger-Blogger hebat ini untuk mencapai tahap yang mereka kecapi.

Malu dan segan pun ada juga untuk dibandingkan dengan blog yangbaik yang tidak seberapanya ini jika nak dibandingkan dengan 23 top blogger paling popular.  Walau apapun penting juga untuk mendapat kenalan dan pengalaman serta ilmu pengetahuan baru dalam dunia blog.

Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri

1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)

2.  Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)

3.  Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)

4.Kucing.my (Blog CSR/PR1)

5.  iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)

6.  ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)

7.  Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)

8.  All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)

9.  Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)

10.  Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)

11.  Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)

12.  Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)

13.  Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)

14.  Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)

15.  Chedet.cc (Blog Politik/PR5)

16.  Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)

17.  World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)

18.  Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)

19.  Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)

20.  Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)

21.  Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)

22.  Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)

23.  Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)

Semua hebat-hebat belaka.  Cuma cadangan yangbaik jika ditambah blog motivasi dan blog surirumah  dah cukup 25 kategori. 

Akhir kata, ditinggalkan pesanan dari bro Denaihati "Kalau rajin copy paste dan buatlah posting kat blog Rakan Blogger semua kerana mengikut tips yang dapat dari workshop MSMW2012 sesekali kena buat entri senarai seperti ini untuk mendapat trafik organik dari Google".

Copy paste tak susah kan... memang suka sangat lah.. tetapi lagi bagus juga jika ada penambahan ayat atau olah sedikit ikut kefahaman.

Sekian.

19 Februari 2012

Ringkasan cerita dari RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,




Seperti entri yang baru lepas, yangbaik ada laa buat cerita sikit berkenaan RTC Gopeng.



Meriah sungguh, cuma satu kurangnya yangbaik memang bukan kaki 'gambar' tak pandai nak 'capture' gambar hatta gambar sendiri pun takder harapkan kamera dari 'cameraman' yang entah dari mana datangnya tiba-tiba 'klip klap' cahaya lampu kamera, tak tau pula gambar mana yang diambilnya.


saat ketibaan PM ... sepintas lalu... nampak?

Diringkaskan cerita, setelah majlis perasmian di khemah sebelah sana selesai, PM telah melalui hadapan booth KPT... sayangnya PM tak singgah, mungkin kerana keletihan agaknya memandangkan PM baru saja tiba dari program lain di Selangor dan malamnya akan ke FELCRA Changkat Lada pula... sibuk sungguh yer...


pada hari pertama karnival sempat singgah sebentar di booth Kedai Rakyat 1Malaysia.
dari pengamatan yangbaik yang tak seberapa ni serta didokong oleh beberapa orang ahli pemasaran, 'packaging' produk 1Malaysia perlu ditambahbaik lagi bukan sekadar warna putih sahaja yang kelihatan seperti lesu... boleh? sekadar pandangan

Tak banyak booth yang dapat dilawati maklumlah bertugas kan, masa makan pun berebut bersilih ganti dengan petugas lain...  
sekian... rintihan suara dari RTC.  Beberapa rintihan suara hati terbuku di hati ... jauh di sudut hati

(^-^)
suka dengan logo di atas?...
layan..


16 Februari 2012

Jom ke RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Jom ke RTC Gopeng.  Sekarang, mulai 16 Februari 2012 hingga 19 Februari 2012 berlangsungnya Karnival Pengajian Tinggi, selain dari itu terdapat banyak ruang pameran dan gerai jualan secara umumnya adalah berkaitan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. 

Bersempena itu juga Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas dan akan dilancarkan dengan rasmi pada 18 Feb ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Buat masa ini tidak banyak gambar yang dapat dipamerkan di sini kerana masih banyak 'acara' yang belum disertai.  Ini ada kerana Yangbaik berada di sana (RTC Gopeng) mulai 16 hingga 19 Feb 2012.  Tugas!!!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai RTC Gopeng sila ke SINI.

Sekian.




.

14 Januari 2012

Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.Com





Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Di atas adalah wang kertas Malaysia Siri Baharu yang baru saja dilancarkan oleh Bank Negara, bernilai RM300.00.  Gambar ini dicedok dari blog Eyriqazz.com

Syarat pertama: SIAP


Memang bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.  Maaflah kenyataan tadi tiada kaitan langsung dengan give away Eyriqazz.com, tetapi terbabas sekejap sebab tersentap sebentar tadi kerana telah 'dilanggar lari' oleh anak-anak yang meragam nak tidur tapi dok main mata pulak... Mana tidak tersentapnya, dah ditidurkan anak-anak, Yangbaik pun mula lah berlegar di alamanda alam maya lalu terlintas nak join give away ini... dan tiba-tiba pula si bolat tu meragam dah nak kena ulik semula... hilang idea jap... okey sambung semula.

Syarat kedua: SIAP

Buat masa ini entry terbaik di blog Yangbaik adalah "Jom Tengok Rumah di Puncak Iskandar".  Entri INI saya rasakan entri terbaik saya kerana ia ditulis dengan idea sendiri tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.  Selain dari itu penulisannya bersahaja dan ramai juga yang singgah baca walaupun sekadar 'pembaca senyap' (tiada komen).  Tidak ketinggalan juga tujuan entry ini dikeluarkan merupakan satu memori yang indah kerana ia dibuat secara spontan.

Syarat ketiga:  oleh kerana TIDAK WAJIB, maka Yangbaik tidak buat... hehehe

Syarat keempat:
sila anggap telah dibuat setelah entry ini siap. 
: )

Syarat kelima:  oleh kerana entry ini dibuat sebelum 31 Januari 2012, maka ia juga telah SIAP.

Sekian, adanya.

Sungguh!  Yangbaik ketandusan idea kerana asyik berkejaran dengan anak-anak yang nak tidur tapi tak berapa lena. 

Tinggi sungguh Banjaran Titiwangsa
Tinggi lagi Gunung Kinabalu
Tinggi sungguh harapan hamba
Semoga tercapai hasrat di kalbu

Sungguh cantik rantai mutiara
Mutiara Sabah jadi taruhan
Sungguh cantik wang Malaysia
Wang kertas baharu menjadi impian

*.*

*

13 Januari 2012

Apa kaitannya baucer buku dengan top-up

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sekarang memang sedang 'in' pencarian mengenai baucer buku 1 Malaysia.  Cuma satu yang kurang sedap di dengar apabila Baucer Buku 1 Malaysia ini khabarnya boleh ditukar dengan top-up. 

Hello....., wahai adik-adik sekalian, baucer buku itu untuk buku satu kemudahan dan untuk meringankan beban keluarga serta beban pelajar sendiri untuk membeli buku rujukan dan bahan-bahan berkaitan alat tulis iaitu keperluan untuk pembelajaran.

Janganlah disalah gunakan baucer buku itu, memang lah dalam dunia ini ada penawaran dan ada permintaan.  Biarkanlah pernawaran itu dengan tawarannya.  Tak perlu diwujudkan permintaan lain yang merugikan diri sendiri.  RM200.00 tu bukan sedikit jika dapat beli buku bukankah itu sesuatu yang menguntukan.

Fikir-fikirkan lah... dah belajar di Universiti tak kan tak boleh fikir sendiri...mana baik mana buruk..

*

07 Januari 2012

Baucer Buku 1Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Catatan ini dipetik dari laman web MOHE

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.


2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.


3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).


4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.


5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.


6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;


7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.




Edited:
Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar UiTM (Perak) akan dilaksanakan pada 9 Januari 2012 (Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Seri Iskandar. 

Agihan dibuat kepada semua pelajar UiTM (Perak) iaitu pelajar sepenuh masa, e-PJJ, PLK, DBA dan EMBA yang masih aktif sahaja dalam sistem SIMs.

Urusan agihan dilaksanakan oleh staf Pejabat Bendahari.

22 September 2011

22 September | Hari Tanpa Kereta Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Malaysia dan 1Dunia semoga anda semua sihat.  (Skema jer!!!)



22 September adalah Hari Tanpa Kereta Sedunia.  Oleh kerana dunia sekarang dan penuh sesak dengan kereta dan adakalanya sukar untuk mendapatkan tempat untuk letak kenderaan.  Kemungkinan program ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Ipoh atau juga Kota Bharu.  Itulah adalah antara bandar-bandar di Malaysia tidak termasuk bandar-bandar besar di seluruh dunia seperti Taiwan, Kota Jakarta, New York atau kota London. 

Kempen ini memanglah amat baik, namun agak sukar mendapatkan maklumat mengenai kempen ini.  Secara kebetulan tengahari tadi "terlihat" berita di TV3 mengenai kempen yang dilakukan oleh pihak KTMB dan terbaca berita semalam di Utusan Malaysia Online mengenai program yang dilakukan oleh Syarikat pengangkutan awam, Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang) pada 21 September 2011.  Rapid Penang Sdn Berhad telah mengedarkan sebanyak 500 tiket bas percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Tanpa Kereta Sedunia.  


Semoga kempen yang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan mampu memberi kesan positif terhadap pencemaran alam sekitar sekali gus menyumbang kepada suasana dan udara yang segar.

Sekian.  Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

31 Ogos 2011

Kerana sibuk berhari raya dan sambut Hari Malaysia Merdeka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Hari ini adalah 31 Ogos 2011 dan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-54.  Hari ini juga masih lagi panas dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ke-2.

Oleh kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sambutan hari raya maka secara tidak langsung aktiviti di blog juga turut terjejas.  Simpati?  Memang kasihan.



Sungguh agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apa yang diduga itu rupanya benar-benar terjadi.  Blog picisan ini yang perasan konon-kononnya top blogger Malaysia 2011, akan mendapat kunjungan ramai sebenarnya tidak menjadi.  Bagaimana nak dapat kunjungan yang ramai kalau tidak diupdate dengan cerita yang terbaik tentang suasana hari raya atau juga suasana sambutan merdeka seperti kibarkan jalur gemilang. 

Kerana itulah blog yang perasan nak jadi top blogger Malaysia 2011 seharusnya dengan rajin dan gigih mengemaskini blog bukan sahaja dengan cerita-cerita kosong tetapi harus diisi dengan berita dan cerita yang mendatangkan faedah kepada pengunjung.



Namun begitu kata kunci yang paling menarik adalah berkaitan 'gambar back ground rumah kosaong'.... tukar kepada 'rumah kosong'.  Apa yang dicari dengan rumah kosong itu? Hanya pencarinya sahaja yang memahami apa yang dicari.  Carian itu mencecah sehingga ke angka 4.  Ini bermakna seramai 4 orang telah mencari 'rumah kosong'.

Walau apapun kata kunci yang tidak pernah dilupakan dan tidak perlu diperkenalkan lagi adalah berkaitan 'nelydia senrose' dan 'jari/jejari runcing'.  Kata kunci ini sememangnya tidak pernah terlepas walaupun untuk satu hari.  Pasti ada peminat anak gadis Pak Nik (Nik Zaris Nelydia Senrose) dan penyokong Alia (ex-fiancee pemain bola sepak negara) yang terkenal dengan blognya jejari runcing. 

Paling tidak dilupakan juga adalah berkaitan dengan 'ubat gigi yang menjadi punca perceraian'.  Pesanan aye kepada diri sendiri dan kepada semua yang berkaitan dengannya... jangan kerana perkara yang kecil dan remeh temeh itu diperbesarkan dan dijadikan isu atau punca untuk berpecah.  Masih ada jalan penyelesaian dan orang yang hebat adalah orang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cubaan (pesanan ini untuk diri sendiri juga ... yes!)


Sekali lagi, setelah diteliti, page view untuk hari ini (31 Ogos 2011) amatlah sedikit tidak sampai 50 orang.  Bagaimana ini harus terjadi?  Atau bagaimana untuk mengatasi kejadian ini daripada berulang.  Walaupun tidak lama dahulu kejadian ini sering terjadi namun atas beberapa usaha gigih dan dengan semangat yang kental maka peningkatan pengunjung dapat dilihat dengan jelas dan ketara.

Walau apapun yang terjadi, sebagai bakal top blogger Malaysia 2011 (ehehehe... ) harus tidak menjadikan ini semua sebagai halangan untuk memajukan diri dalam dunia blog.

Sekian adanya. 

*-*
 .

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Antara sedar dengan tidak disebalik kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri masuk hari kedua hari ini dan dalam masa yang sama hari ini kita juga turut menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air tercinta Malaysia yang ke-54. 



Tema sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini adalah Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Lebih informasi mengenai Malaysia Merdeka sila klinik SINI

Sekian.

*-*
.

27 Ogos 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Duit Raya sebanyak RM1000.00 dari blog Denaihati bagi tahun 2011 untuk rakan blogger.  Lumayan kan?  Biarpun bukan RM1000.00 yang menjadi taruhan tetapi yang penting adalah semangat untuk menyertai contest ini.  Bagi aye contest ini merupakan contest yang berprestij dan berprofail tinggi. 

Kerana ia terbuka kepada 1Dunia blog.  Bermakna dari pelusuk manapun blogger berada sekiranya terbuka pintu hati untuk menyertai contest ini... peluang tetap ada.  Bukankan itu suatu prestij dan profail contest yang tinggi.  Sementelahan lagi blog Denaihati telah mencapai ranking yang tersendiri dalam kelasnya.  Hebat!


Tanpa banyak bicara... kerana bateri laptop ni pun semakin kurang, maka dipendekkan cerita aye senaraikan entry 'Related Post' yang berjaya dikenalpasti bermula dengan

1.  Rakan Denaihati Network

Hanya sehingga itu yang dapat dikejar... selebihnya kalau diberi masa sehingga esok mungkin boleh dapat lebih lagi... itupun masa yang diambil tak masuk masa rehat ... Fuhhh memang semangat sungguh nak buat ni... mana nak kejar masa nak masak lagi... dah tu sibuk pulak dengan nak layan anak2...sabar ajer lah..

22 Ogos 2011

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kerana aku (tak sedap pula guna perkataan aku.. nak gantikan dengan aye... maksudnya sama jer) dilahirkan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Amat-amat menghargai kemerdekaan Malaysia.  Biarpun aye tidak termasuk dalam golongan orang-orang gagah yang telah berjuang untuk kemerdekaan Malaysia, AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kerana perjuangan dan keberanian serta usaha gigih mereka Malaysia mencapai kemerdekaan.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kepada anak-anak muda terutamanya kepada anak-anak aye; Alif, Irdina dan Inas dan ingatan untuk diri sendiri hargailah kemerdekaan Malaysia.  Pelihara dan hormati nama baik Malaysia.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Kehidupan aman setelah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah suatu nikmat yang harus dihargai semua.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Tahun 2011 merupakan tahun ke-54 Malaysia mencapai kemerdekaan dan tahun perayaan kemerdekaan berkembar dengan kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan bersama dengan Hari Raya Aidilfitri dengan temanya 1Malaysia:  Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Contest seo anjuran DEZAMAN COTTAGE.  Untuk lebih maklumat sila klik pada link di sini.

Untuk penyertaan AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA.  Aye nak tag 5 orang ini yang tak pernah jumpa di alam realiti, tetapi kenal di alam maya saja.

1.  Mak Dara Terdiva
2.  Ardini Humaira
3.  Kakcik Seroja
4.  Cikgu Bulan
5.  Budak Lelaki Sebelah Pintu

Semoga kalian tidak menguzurkan diri.  AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA!

Sekian.








12 Februari 2011

Di mana letaknya Setia

Selamat Sejahtera buat 1Malaysia,


Dengan gigihnya dipersembahkan lirik lagu "Setia" untuk dihayati dan diamati bersama... tak kisahlah lagu propaganda ke apa ker... yang penting ia mengingatkan kita untuk setia kepada negara kita yang tercinta ini, itulah Malaysia.


Demi negara yang tercinta

Dicurahkan bakti penuh setia

Demi raja yang disanjung tinggi

Kesetiaan tak berbelah bagi



Kepada pemimpin kepada rakyat

Khidmat diberi penuh taat

Sama bekerja sama berusaha

Setia berkhidmat untuk semua



Rela berkorban apa saja

Amanah bangsa tetap dijaga

Kami berikrar penuh setia

Untuk agama bangsa dan negara

Carian