Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Prof Dr Muhaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prof Dr Muhaya. Papar semua catatan

25 April 2016

Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya


Kita sering mencari kata-kata semangat untuk dijadikan pedoman dan panduan.  Sesekali apabila mendapat kata-kata nasihat dari pakar pastinya akan memberi kesan kepada kita.  Tidak banyak sedikit pun jadilah.  Kata-kata berikut adalah daripada siri Jom Audit Diri bersama Prof Dr Muhaya. Ada kemungkinan besar kita biasa membacanya di mana-mana.  Namun YB kongsikan semula sebagai ingatan kepada diri ini yang sering lupa.  Semoga dengan ingatan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat baru kepada kita semua.




"Kita mesti ingat, apabila kita menolong orang, sebenarnya bukan kita yang tolong, tetapi Allah tolong melalui kita.  Allah mengizinkan kita ada rezeki, kudrat, masa dan kesihatan untuk menolong orang dan memberi rahmat kepada kepada insan dan makhluk Allah yang lain".  (Prof Dr Muhaya)


Terima kasih dan selamat membaca.  Jom Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya.


18 Ogos 2014

Keputusan untuk hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Setiap warna mempunyai maksud dan rasa tersendiri.  
Pilihan di tangan kita untuk memilih yang terbaik untuk kebaikan semua orang.  Gambar hiasan



Hari ini buatlah keputusan untuk melihat kebaikan semua orang.  Sayangi semua orang dan bersyukur dengan apa yang kita ada.  Berhenti daripada menonton berita, drama serta membaca surat khabar yang berunsur negatif. Jadikan kasih sayang fokus kehidupan kita. Lihat bagaimana kehidupan kita akan berubah dari segi kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan"


- Prof Dr Muhaya, Refleksi Diri

20 Julai 2013

Ada Beri Dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini telah masuk Ramadhan ke-11. Masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan.

"Kita sudah berada di fasa ke dua Ramadan iaitu sepuluh hari ke dua Ramadan yang merupakan fasa pengampunan maka marilah kita memohon sebanyak mungkin pengampunan dari ALLAH SWT untuk diri kita, ibubapa, keluarga dan seluruh umat Islam yg hidup dan yg telah meninggal." Denaihati Ilhamku

Nak segarkan kembali dan untuk peringatan kepada diri sendiri mengenai kata-kata ini yang didengar dari Prof. Dr. Muhaya iaitu 'Ada Beri Dapat'.  Konsep ini mungkin sudah biasa kita dengar atau dapat di mana-mana tetapi kadang-kadang kita alpa dan tidak sedar bahawa ia sebenarnya sedang berlaku di sekitar kehidupan kita.


Ada Beri Dapat

Apa yang kita ada berikan kepada orang dan kita akan dapat semula.

Semua orang pastinya mahukan yang terbaik dan elok-elok.  Untuk itu berikan yang terbaik kepada orang.  Tidak semestinya kita akan dapat dari orang sama yang kita beri tetapi kita sendiri tidak sedar. 

Bagaimana kita nak beri kebaikan?  Ha... untuk itu lah kita perlu wujudkan kebaikan dalam diri kita supaya kita dapat berikan kepada orang lain dan kita akan dapat banyak kebaikan.

Contoh yang paling senang seperti yang telah dikatakan oleh Prof. Dr. Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi adalah senyuman.  Tidak susah hendak mengukir senyuman.  Berikan senyuman kepada orang lain dan insyaAllah kita akan rasa bahagia.

Seandainya kita mendapat keburukan dari orang lain kemungkinan adalah kerana kita pernah 'memberi' keburukan kepada orang lain.  Nau'zubillah.

Ada senyuman Beri Senyuman Dapat Senyuman.  Hindari dari memberikan sesuatu yang negatif kepada orang lain.

Sekian.  Suka Duka Pentas Dunia.

Ramadan Karim!

(*-*)

27 Jun 2013

Celik Hati | Episod Terakhir - Makna Hidup Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkongsian perbincangan antara Prof. Dr. Muhaya, Datuk Siti Norhaliza dan

Pengalaman individu hebat semoga dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Hari yang paling penting adalah bila kita tahu kita semak semula detik kehidupan kita.

4 Peringkat hidup manusia
1.  Atlit - cergas
2.  Pahlawan - hendak menang
3.  Bijaksana - suka memberi
4.  Makrifatullah -

Makna kehidupan

Tahu dan sedar akan tanggungjawab dan peranan kita di muka bumi.

Pencuri dalam hidup merangkumi kebimbangan dan penyesalan masa lepas.

Pengalaman bermula dari bawah mengajar erti kehidupan.

Kegagalan adalah kejayaan yang tertunggak juga menjadi baja untuk menyuburkan kehidupan untuk terus maju dan berjaya dunia dan akhirat.

Kejayaan terhasil dengan keberanian, usaha berterusan.

Tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang tidak suka dengan kejayaan dan usaha yang kita lakukan.

Ubah pemikiran - ubah persepsi dari negatif ke positif

Apa yang ada dalam jiwa kita itulah yang menentukan kehidupan kita.

Tetapkan dalam diri bahawa tujuan hidup hendak masuk syurga.  Mudah-mudahan setiap tindakan kita menuju ke arah itu.

Buat kebaikan, melihat kebaikan hidup akan bahagia.

Sekian dulu catatan ringkas secara langsung dari rancangan Celik Hati di TV9, episod akhir dengan tajuk Makna Hidup Ini.


02 Jun 2013

Wanita yang baik untuk lelaki yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan



Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Ubah diri untuk ubah suami dan anak anak. Penuhi diri dan keluarga dengan kasih sayang dan beri pada keluarga insyaAllah akan dapat kasih sayang itu. Alangkah ruginya manusia yang suka marah marah. Penyakit banyak dan hidup di benci semua orang dan akan menyesal seumur hidup.  

~Prof. Dr. Muhaya




04 Mei 2013

7 perkara positif

As salam,


corak hiasan mewakili 7 warna

Sekali lagi berkongsi kata-kata hikmah dari Prof Dr Muhaya.

7 perkara positif setiap hari


1. Cakap positif pada diri

2. Imej positif tentang diri


3. Orang positif


4. Makanan minda positif dengan ilmu bukan berita


5. Perkembangan diri positif dengan seminar dan latihan

6. Tabiat kesihatan positif

7. Jangkaan positif



Sekian.  Semoga beroleh menafaat dan dapat memotivasikan diri yang sedang lemau...

02 Mei 2013

Kerana taksub dengan pilihanraya

As salam,


gambar hiasan
Kerana taksub dengan pilihanraya.  Pilihan Raya Umum ke-13, bakal berlangsung beberapa hari saja lagi.  Bersabarlah juga dengan kerenah sebilangan pihak yang sedang mencipta pelbagai tohmahan.  

Sebenarnya aye pun tak berapa suka sangat nak keluarkan artikel atau bercerita mengenai kempen sempena PRU ke-13.  Adalah sekali kot buat catatan pada WW berkaitan bendera.  Itupun tak banyak mana. 

Nak kata takut tidaklah, tetapi sebenarnya malas nak cari idea atau pasal berkaitan kempen pilihanraya.  Cukuplah sekadar menumpang sekali mengenai cerita yang dikemaskini (update) di FB.  Tumpang baca.  Suka juga baca dan tengok gelagat penyokong dan perayu undi.  Tak kesahlah itu kreativiti masing-masing tetapi pastikan ianya adalah jujur dan benar bukan semata-mata kerana meraih undi.

Dalam sehari dua yang semakin mendekat ke hari PRU ke-13, semakin banyak pula lambakan update yang tidak molek dibaca atau ditonton.  Pernah juga sekali dua (mungkin banyak lagi tetapi tak perasan) terdapat update di FB yang agak keterlaluan.  Abaikan saja.  Aye rasa agak terkilan juga bila sesuatu isu itu dipermainkan semata-mata kerana pilihanraya.  Seolah-olah hendak mengaibkan atau menjatuh maruah seseorang.  Walhal di luar waktu puncak kempen pilihanraya tak siapa pun peduli.

Aye percaya dan yakin juga update berkenaan bukanlah semata-mata kerana kempen pilihanraya tetapi lebih kepada hendak menyakitkan hati sebelah pihak atau lebih kepada provokasi.  Hingga kita yang tidak terlibat ini seperti terheret sama ke kancah pergaduhan dan pertelingkahan antara mereka.

Tak perlu lah aye nyatakan di sini apa yang dinyatakan atau dikaitkan.  Aye pasti juga dan berharap pihak yang berkenaan diberikan kesedaran dan hidayah dari Allah Yang Maha Besar agar mereka insaf dan kembali ke pangkal jalan.


Orang yang bijak tidak akan terkesan dgn apa dia lihat dan dengar yang negatif dan hati yang bersih hanya akan menyerap kebaikan. Kita yang tentukan apa yang masuk dalam jiwa kita. Tidak bererti jika ada kemalangan di jalan raya kita tidak akan gunakan jalan raya utk ke destinasi penting. Jom gunakan media mencari ilmu dan hentikan alasan utk tidak mendengar ilmu. Orang berminda kecil mencari alasan and jadi penghalang, orang berminda besar menjadi solusi dan mencari jalan.  (Prof Dr Muhaya)

suka duka pentas kehidupan

26 April 2013

Jom Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Audit Diri Bersama Prof Dr Muhaya.  Berikut adalah petikan yang sempat diambil dari FB Prof Dr Muhaya.

Aye tidak dapat menulis panjang lebar kerana kekangan tugas dan urusan lain.  Hanya sempat ambil masa untuk membuat rekaan sahaja sebagai penghias dan penyeri blog ini.


Jom buang emosi negatif



Jom perbaharui iman


Sekian, semoga bermanfaat untuk semua.

Jom Audit Diri

Carian