Pujian atau celaan
Selamat hari Jumaat kepada semua. Semoga di hari mulia penghulu segala hari ini kita semua mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna buat kehidupan kita dunia dan akhirat.Semua orang tidak menginginkan celaan apatah lagi apabila ianya mampu menjejaskan emosi. Sebaliknya pujian yang diterima tidaklah seharusnya kita terima bulat-bulat kerana kebaikan dan pujian itu hanyalah kepada Yang Maha Besar.
Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita sempurna di mata manusia sehingga kita layak mendapat pujian. Sesungguhnya pujian yang agung yang terhebat hanyalah untuk Allah.
Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.
(Ibnul Qayyim)