Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan

21 Julai 2013

Erti Sebenar kasih sayang dan kejayaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.



ERTI SEBENAR KASIH SAYANG

Renungan Buat Kita Semua:

Seseorang kanak-kanak yang secara lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya.  Insan seumpama ini selalunya tidak akan nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya.  Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan, dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.

Orang-orang seperti ini mungkin mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan yang sebenar.  Mereka suka merungut dan dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan bagi menambah apa yang sudah diperolehi.

Jika kita tergolong dalam kelompok ibu bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?

Kita boleh menyediakan anak-anak dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini.  Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan mangkuk bersama adik-beradik yang lain.  Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang betul.  Kita mahu mereka faham hakikat bahawa betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua, rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda mereka dahulu.

Perkara pokok yang sangat penting kita beri tumpuan ialah supaya anak kita belajar untuk menghargai usaha dan sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka, menghayati kesusahan yang mereka itu lalui dan menghargai usaha-usaha kerja berpasukan bagi mencapai apa yang diimpikan.  Kita mahu anak-anak faham bahawa kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan tawakkal yang seikhlasnya.






Sekian adanya.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah tertulis di atas.

13 Disember 2012

Blogger Jutawan Satu Impian atau Realiti

As salam,

"Impian Seorang Blogger"

Bermula dari tidak tahu apa-apa mengenai blog.  Seketika buat-buat tidak tahu hanya setelah tersebar kononnya boleh buat duit dengan blog barulah terkial-kial nak buat blog.  Dari situ mula Simpan Impian untuk menjadi Blogger Jutawan walaupun sehingga kini masih lagi terkial-kial kemaskini blog.

Susunan blog pun tidak berapa mesra SEO.  SEO pulak?  Entah belum khatam lagi bab-bab mencari atau mendapatkan SEO yang mesra.  Sebaliknya masih lagi merangkak atau boleh juga dikatakan merayap.

Kekuatan semangat dan kesungguhan pastinya menjadi kunci kepada sesuatu kejayaan diiringi juga sudah pastinya dengan sokongan keluarga.  Bagi aye sendiri dalam masa terdekat ini memanglah tiada saudara mara atau rakan terdekat yang menjadi blogger tegar atau bakal menjadi Blogger Jutawan.  Mungkin juga ada tetapi tidak diwar-warkan... :)

Hanya yang pasti dalam dunia blog dan persahabatan di alam maya, tanpa kita sedari sebenarnya kita dikelilingi oleh Rakan Blogger  yang bakal menjadi Blogger Jutawan.  Memang benar ada di antara mereka yang langsung tidak pernah aye jumpa hanya kenal di alam blog sahaja.

Dalam tak disangka-sangka rupa-rupanya ada pakatan antara blogger INI dengan blogger INI  dalam mengeluarkan tajuk Blogger Jutawan.  Dan tanpa disangka-sangka tajuk ini juga secara kebetulan berkaitan pula dengan tajuk INI.  Memang secara kebetulan blog picisan ini pula tersangkut....ala-ala blogger jutawan pula (perasan sekejap).

... entah apa-apa ajelah...

23 Februari 2012

Harapan sekadar impian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


gambar hiasan

1.   Harapan untuk melaksanakan sesuatu arahan adalah supaya tugasan itu dapat dilaksanakan dengan baik.

2.  Penerima harapan seharusnya berusaha sehabis baik untuk melaksanakan harapan itu.

3.  Tidak semestinya bila harapan yang diberikan itu bila tidak terjadi seperti yang diharapkan bermaksud orang itu gagal.

4.  Harus bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi andainya harapan itu tidak terlaksana seperti kehendaknya.

5.  Kita mampu memberi harapan namun harus dilihat kepada keupayaan orang yang hendak melaksanakan harapan itu.

6.  Gagal tidak bererti tewas tetapi sebagai permulaan untuk harapan yang akan datang.


.

Carian